Pages

01 January 2013

Kes Budak Hilang di Ambang 2013, Dataran Shah Alam


Alhamdulillah malam tadi di Dataran Shah Alam, para pendakwah telah mengambil inisiatif yang progresif, yang mana mereka telah menukar frekuensi penduduk Shah Alam dan sekitarnya. Kebiasaannya, apabila menjelangnya tahun baru, pihak berkuasa sekular akan membuat pesta dan parti besar-besaran untuk menyambut kedatangan tahun baru.

Frekuensi pemikiran rakyat Shah Alam telahpun bertukar, di mana sambutan tahun baru 2013 ditukar kepada ceramah agama ala-ala santai dengan penampilan istimewa Ustaz Azhar Idrus, Pierre Andre, Kamal Adli, dan lain-lain. Alhamdulillah, seramai 120000 orang dikhabarkan telah hadir di majlis tersebut.

Aku tak pasti pukul berapa program tamat, tapi yang pasti program ni tamat pada lewat malam. Pada asalnya, aku nak pergi dengan kawan aku. Tapi dia terpaksa batalkan niat dia atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Jadi, aku menunggang motorsikal sorang-sorang. Setelah program tamat, aku bersendirian ke kawasan parking. Aku terkejut sebab ada sesuatu yang tak kena setelah aku sampai kat tempat parking motor aku.




Tak semena-mena aku nampak ada orang yang kelihatan mencurigakan kat motor aku. Aku dekat lagi, rupanya ada budak lingkungan 5 tahun sedang tidur sambil berdiri kat motor aku. Macam manalah budak ni boleh tidur sambil berdiri kat motor aku? Dia berdiri, tapi badannya dibaringkan kat motor aku. Aku rasa serba salah nak kejutkan dia yang sedang nyenyak tidur. Tapi takkanlah aku nak biarkan dia tidur kat situ sampai bila-bila?

Aku pun kejutkan dia dengan menepuk bahu dia. "Dik... dik...". Pastu dia bangun dalam keadaan separa sedar. Aku pun tanya, "Ayah mana?". Dia hanya menggeleng dan menjawab dengan suara kecil, "tak tau...". Lalu, "aku tanya apa nombor telefon ayah?". Lalu dia geleng saja. Aik? Budak ni biar betol? Apa yang mak bapak dia ajar dia? Dah la tinggalkan dia tidur sorang-sorang di tengah malam tanpa ada orang awasi, nombor telefon ayah pun dia tak tahu! Lalu aku tanya sekali lagi, "ayah mana?". Dia geleng lagi.

Lalu, aku suruh dia tunggu kejap kat situ, jangan ke mana-mana. Lalu aku bergegas ke tapak program semula untuk mencari wakil Unit Amal. Jumpa je sorang brader ni, aku mintak dia datang ke tempat parking motor untuk ambik budak tu. Alhamdulillah brader tu sebagai wakil Unit Amal menghulurkan bantuan tanpa banyak songeh.

Apa yang pelik, macam mana mak bapak budak ni boleh biarkan budak ni sorang-sorang tengah-tengah malam? Takkanlah tak fikir sekarang ni memang ramai dah budak yang hilang? Kepada mak bapak sekalian, jagalah anak-anak anda. Hal yang aku lalui ni amat mengejutkan. Mak bapak budak ni teramatlah cuai. Dan lebih mengejutkan, tiada pengumuman dibuat. Ada pun, budak lain, bukan budak ni.

Ceramah ceramah jugak. Tapi janganlah biar anak sorang-sorang di tengah malam tanpa pengawasan. Nasib baiklah aku ni baik. Kalau jahat, senang je aku culik budak tu dan mintak wang tebusan.
Comments
5 Comments

5 comments:

fuad ansari said...

mujur bukan iman yg hilang.. (",)

Teacher Basariah said...

kesiannya budak tu..terbayang plak anak di rumah

nadia said...

salam :)
nak join event anak yatim ye? tolong email nadia boleh?
nadiafarahida@gmail.com

soutulmujahid.com said...

ok.. nanti sy email

HariSaya La said...

naseb baik org jujur yg tlg jagakn. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...