Pages

20 January 2013

Isu Kalimah Allah: Bolehkah Orang Kafir Menggunakan Kalimah Allah?


Isu kalimah Allah timbul kembali. Isu ini menjadi hangat pada tahun 2010, dan kini ia timbul kembali. Sebenarnya isu ini sengaja dipolemikkan untuk saling menjatuhkan. Kita tidak nampak ruang sedikit pun bahawa isu ini ditimbulkan adalah untuk kebangkitan umat. Bahkan, ia adalah satu isu yang boleh mengkucar-kacirkan pemikiran umat.

Tambahan pula, begitu ramai di antara kita berhujah mengikut emosi dan tidak disandarkan kepada al-Quran dan as-Sunnah. Para ulamak pula nampaknya sudah terikut-ikut dengan isu semasa. Kelihatan seperti iklim politik yang mencatur ulamak, bukan ulamak yang mencatur iklim politik! Jadi, umat terus terbawa-bawa dengan isu yang langsung tidak membawa kepada kebangkitan dan terperuk di takuk pemikiran yang jumud.

Antara hujah mengikut emosi umat Islam hari ini, apabila orang-orang Kristian menggunakan kalimah Allah adalah:
1. Membuatkan anak-anak kita keliru. Nanti ada anak kita ingat berhala itu adalah Allah.
2. Memurtadkan umat Melayu-Islam kerana Bible tersebut dicetak dalam Bahasa Melayu.
3. Kalimah 'Allah' adalah ekslusif untuk umat Islam
4. Haramkan penghasilan injil Melayu kerana ramai umat Melayu masih keliru.


Jadi, isu ini seharusnya diteliti mengikut al-Quran dan as-Sunnah, dan juga pandangan ulamak yang benar-benar ikhlas dalam menyampaikan dakwah, bukannya ulamak duniawi yang menyampaikan demi al-fulus dan kepentingan parti politik.

Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani telah menyatakan dalam kitabnya;
Khalifah tidak melegislasi hukum syara’ apapun yang berhubungan dengan ibadah, kecuali masalah zakat dan jihad. Khalifah juga tidak melegislasi pemikiran apapun yang berkaitan dengan akidah Islam. [Nizamul Islam, bab Rancangan Undang-undang Dasar]

Jadi, apa yang jelas di sini adalah, kalimah Allah dalam Bible adalah sesuatu yang terkait dengan ibadah orang Kristian. Mengikut apa yang diperkata oleh Syeikh Taqiyuddin ini adalah, Khalifah tidak boleh melegalisasi hukum syara' berhubung hal ibadah. Jelas di sini, kita tidak boleh memaksa mereka untuk meninggalkan ibadah mereka.

Bahkan, Allah SWT tidak melarang orang-orang kafir menggunakan kalimah Allah dalam kehidupan mereka, tetapi Allah SWT menempelak tindakan orang-orang kafir yang menyekutukan Allah, seperti mana mereka menyatakan Allah adalah Tuhan Bapa, Maryam adalah Tuhan Ibu, dan Jesus (Isa a.s) adalah Tuhan Anak. Terdapat banyak ayat di dalam al-Quran yang menempelak golongan yang melalukan syirik, antaranya:

Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu, dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar. Sesungguhnya Al Masih, Isa putera Maryam itu, adalah utusan Allah dan (yang diciptakan dengan) kalimat-Nya[384] yang disampaikan-Nya kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh dari-NyaMaka berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-rasul-Nya dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga", berhentilah (dari ucapan itu). (Itu) lebih baik bagimu. Sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah dari mempunyai anak, segala yang di langit dan di bumi adalah kepunyaan-Nya. Cukuplah Allah menjadi Pemelihara. [TMQ an-Nisa'(4):171]

Sesungguhnya berhala-berhala yang kamu seru selain Allah itu adalah makhluk (yang lemah) yang serupa juga dengan kamu. Maka serulah berhala-berhala itu lalu biarkanlah mereka mmperkenankan permintaanmu, jika kamu memang orang-orang yang benar [TMQ al-A'raaf(7):194]

Jelas, apa yang dilarang oleh Allah SWT adalah kesyirikan yang dilakukan oleh orang-orang kafir, bukan melarang orang kafir menggunakan nama Allah. Kita sebagai umat Islam tiada hak untuk melarang tindak-tanduk mereka dalam ibadah. Juga, ahkamul khamsah (hukum yang lima); wajib, sunat, makruh, mubah, dan haram hanya ditaklifkan (dibebankan) kepada mukallaf (orang yang dibebankan hukum), yakni umat Islam sahaja. Mereka (orang kafir) hanya diwajibkan untuk mengikut hukum muamalat Islam, hukum jenayah Islam, dan mereka juga diseru agar beriman kepada Allah SWT sekali gus menjauhi syirik.

Syeikh Taqiyuddin juga menyebut dalam kitabnya:
Orang-orang non-muslim dibiarkan memeluk akidah dan menjalankan ibadahnya di bawah perlindungan peraturan umum. [Nizamul Islam, bab Rancangan Undang-undang Dasar]

Apa yang sebenarnya perlu diperbetul oleh umat Islam adalah, umat Islam perlu menjauhi sikap prejudis terhadap orang-orang kafir. Walaupun mereka tidak beriman terhadap Allah SWT, mereka tiada hak untuk dilakukan sedemikian. Bukan sahaja dalam isu kalimah Allah, umat Islam juga dilihat begitu prejudis dalam isu holy water, kononnya apabila umat Islam meminum holy water, individu tersebut tidak lagi boleh untuk mengucap syahadah.

Berikut merupakan status di facebook yang agak menarik untuk diperhalusi:





Tuntasnya, isu ini tidak sepatutnya dipolemikkan. Sudah jelas ia ditimbulkan untuk saling menjatuhkan, bukan untuk kebangkitan umat. Ada lagi isu yang perlu diketengahkan, yakni menegakkan semula Daulah Khilafah yang telah diruntuhkan pada 1924. Ingatlah wahai umat Islam, Khalifah yang memimpin negara Khilafah itu akan mengangkat perselisihan (khilaf) yang berlaku di tengah-tengah umat. Inilah akibatnya apabila ketiadaan Daulah Khilfah. Pemikiran umat dikucar-kacirkan kerana kepentingan parti politik. Selagi Daulah Khilafah belum tertegak, masalah seumpama ini akan terus, terus, dan terus berlaku.

Wallahu a'lam.
Comments
10 Comments

10 comments:

muhammad naim Abdullah said...

Kupasan yang bagus..

pasaipa tak ada komen? huhu

Anonymous said...

Like

soutulmujahid.com said...

Pasai ni bukan cerita pasai artis. Kalau artikel pasai artia bogel byk la org komeb

Anonymous said...

hampir2 kefakiran itu membawa kekufuran,kami dsabah tidak kelirupun dgn isu ini kerna mungkin
kefahami kami terhadap printah Allah kot,agak tinggi juga,eeee
bangga jadi hamba Allah dan jadi
umat Muhammad tu je rahsianya,
Allah redha dan Nabi Allah Muhammad
saw jaminkan syafaat itu mencukupi
kita bukan hidup dzaman nabi esa
or jesus..era saw..di indon mugkin sebab fakir dan nafsu tak leh control itulah puncanya kot,jadikan iktibar..Allahhu alam

Anonymous said...

Etiketу - Etikety univerzаlne faгebne, Etіkety
na DVD, Εtikety lasеr ... za najlacnejsіe
сeny. Toνar skladοm ѕ dοrucenіm do
24 hoԁ. pre cele Slovensko.
Also visit my blog etikety, Etikety na CD , Etikety laser

Anonymous said...

Siroky výber tοvaгu na eshoρe wωω.
kоrοх.sk v κategoriі teleνіzorу
, tеlеvizoг lсd, lеd tv , tv
рlazma, lcd tѵ , alе аj tеleνizor, tеlevizor lcd,
tv led, tv рlazma, lcd tv do 19 palcoѵ, LCD-ΤV 20 až 24 ρalcоv, LϹD-TV
26 až 30 palcov
Look at my web-site televizory , televizor lcd, led tv , plazma tv , lcd tv

Anonymous said...

Greetings! I've been reading your blog for some time now and finally got the bravery to go ahead and give you a shout out from Austin Tx! Just wanted to say keep up the good job!
My web site ... ankle tattoos

::EIDA:: said...

Salam, ida ni, urusetia program amal kita smlm... datang jenguk belog ;)

L said...

admin juga perlu dengar video ini.. jom layan..

https://www.youtube.com/watch?v=K9SKQWnb_sI

Farah Areena =] said...

Menarik :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...