Semakin hari, semakin tua bumi ni. Semakin hari, semakin banyak jugak aku tengok artis yang tak bertudung dah pun bertudung. Kali ni aku nak cakap pasal artis yang agak kontroversi sikit baru-baru ni, iaitu ABBY ABADI. Sapa tak kenal Abby Abadi? Rasanya rata-rata di antara kita kenal sapa Abby Abadi, lebih-lebih lagi yang minat tengok cerita Gerak Khas.
Baru-baru saje beliau bertudung. Satu penghijrahan yang amat baik. Lepas saja bertudung, dia dah mula tweet pasal tudung kat akaun twitternya. Perkara ni membuatkan segelintir orang marah. Cakap pasal aurat pun nak marah? Ye lah... Kau tu baru sehari-dua pakai tudung, dah nak nasihatkan orang pakai tudung. Pigi daaaa!!!
Dah pakai tudung, join pulak PAS. Ini yang membuatkan ada orang panas bontot. Mereka yang panas bontot ni mula mencerca Abby dengan gelaran Khawarij dan ustazah mee segera. Lebih panas lagi, beliau dikatakan mencela orang sebuah parti sekular kat Malaysia, UMNO atau lebih popular dengan panggilan UMNGOK. Perkara ini menyebabkan beliau bertegang leher dengan Finaz Yunus, pengacara TV al-Hijrah.
Mengikut logik akal manusia yang liberal dan dibaluti pemikiran sekular, memang Abby wajar dianggap hampeh, karut-marut, poyo tak sedar diri sebab baru je sehari-dua bertudung, dah nak cakap pasal aurat. Sedarlah, engkau tu dulu pakai pun seksi-seksi. Aurat dedah sana-sini. Pakai skirt nampak peha. Kepala pun ditogelkan. Lepas pakai tudung dah nak cakap pasal aurat? Come on lah... Cermin diri tu dulu sebelum nak berdakwah. Tengok balik la zaman silam kau tu masa kau berlakon dulu. Puihh!!!
Ini memang 'benar dan wajar' kalau dinilai dari sudut liberalisme dan sekularisme. Sememangnya orang yang baru saja berubah tak wajar untuk bercakap tentang dakwah. Orang yang dah berubah lalu bercakap tentang dakwah akan dicemuh dan dicerca hanya kerana zaman silamnya yang digelapkan dengan dosan dan noda. Tapi, tidakkah kita fikir bahawa cahaya Allah itu tak memilih sesiapa?
Kalau kita betul-betul nak ikut logik akal puak-puak ni, apakah standard yang kita perlu pakai untuk berdakwah? Adakah dah 10 tahun tutup aurat, baru boleh cakap pasal aurat? Adakah dah 10 tahun solat 5 waktu, barulah kita boleh dakwahkan orang untuk solat 5 waktu? Ternyata pemikiran macam ni adalah satu pemikiran yang amat dungu dan dangkal. Islam tak meletakkan standard iman dan taqwa untuk berdakwah. Sebab, dakwah itu diwajibkan ke atas setiap muslim tak kira dia tu adalah pendosa ataupun tidak. Kalau kita guna pakai logik ni, kita letak standard iman kita macam iman Imam Syafi'ie. Dah tentu untuk capai tahap iman macam Imam Syafi'ie tu sangat lama sebab amal ibadat dan ilmu sangat hebat. Jadi, belum sampai tahap iman macam Imam Syafi'ie kita dah mati. Jadi, sampai masuk kuburlah kita tak buat dakwah sebab kita ikut logik macam ni.
Satu perkara lagi, adakah kita lupa tentang kisah para sahabat? Sesudah Saidina Umar r.a. masuk Islam je, beliau terus mengangkat takbir secara terbuka. Beliau juga merupakan bekas pembunuh, bekas samseng, bekas peminum arak, bekas penyembah berhala, dan bermacam-macam bekas lagi yang aku tak larat nak tulis. Sesudah beliau masuk Islam, beliaulah antara yang paling berani memperjuangkan Islam. Tapi, adakah Nabi SAW menghalang dakwahnya hanya kerana kegelapan zaman silamnya?
Satu lagi (berapa banyak punya satu lagi), sikap orang yang mencela Abby Abadi keran dakwahnya, saling tak tumpah macam perangai Yahudi. Dulu, masa dia berlakon, ramai yang puji. Bila dia buat dakwah, ramai pulak yang keji. Golongan macam ni, memang sebijik macam perangai Yahudi;
Maksud hadis:
Nabi Muhammad saw bertanya kepada orang-orang Yahudi yang baru tiba tersebut, "Menurut kalian, bagaimanakah Abdullah bin Salam itu? "Mereka menjawab, "Di antara kami, dialah yang paling alim dan paling baik. Keturunan orang paling alim dan keturunan yang terbaik diantara kami."
Nabi bertanya lagi, "Bagaimana pendapat kalian jika Abdullah bin Salam masuk Islam?". Orang-orang Yahudi itu menjawab, "Semoga Allah menjauhkannya dari Islam".
Lalu, keluarlah Abdullah bin Salam menemui mereka sambil mengucap dua kalimat syahadah. Ternyata, Orang-orang Yahudi itu lalu berkata, "Abdullah bin Salam adalah yang terburuk diantara kami, keturunan manusia yang terburuk diantara kami."Berubahlah sikap orang-orang Yahudi tersebut kepada Abdullah bin Salam. [HR Bukhari no. 3329]
Ha... Sama tak? Sama tak? Sama kan? Kalau tak nak jadi macam Yahudi, hentikan mencela orang yang buat kerja dakwah. Wallahu A'lam






