Sekarang ni memang tengah hangat sembang pasal logo kemerdekaan ke-55 yang penuh kontroversi. Logo kontroversi tu sebenarnya tak layak langsung digelar logo. Tak tau nak guna istilah apa bagi logo tu. Mungkin paling sesuai untuk mengistilahkan hasil seni yang naif itu adalah logo janji siap. Inilah bahan jenaka yang dimainkan oleh rakyat Malaysia kini apabila melihat logo mee segera tersebut.
Lantas, kerajaan sekular Malaysia menegaskan ia adalah hak kerajaan. Walaupun logo mee segera yang buruk tersebut mendapat tentangan yang hebat, kerajaan sekular Malaysia tetap mempertahan logo buruk tersebut dengan alasan yang mereka anggap kukuh.
Nampaknya, pertembungan pola pemikiran telahpun berlaku antara rakyat dengan kerajaan. Rakyat menginginkan logo yang lebih cantik dan bermakna. Manakalah pihak kerajaan pula tetap mempertahankan logo mee segera tersebut walaupun ia sangatlah buruk dan sama sekali telah mencemar kredibiliti Gagasan 1Malaysia.
Lihat, pertembungan rakyat dengan kerajaan telahpun difokuskan pada logo yang bersifat nasionalisme ataupun asobiyyah. Di bulan yang penuh dengan kemuliaan ini, pertembungan pemikiran bukan lagi tercetus daripada frekuensi aqidah, tapi dicetuskan daripada pemikiran yang diadun dengan aqidah sekular dan berideologikan ideologi kapitalis.
Tatkala umat Islam di Myanmar disembelih, umat Islam di Syria berjuang bermati-matian untuk menghapuskan cengkaman Bashar al-Asad La'natullah, umat Islam di Malaysia pula disibukkan dengan satu pertembungan pemikiran yang langsung tidak Islami. Bahkan, pemikiran nasionalisme inilah yang menyebabkan umat Islam dipecah-belahkan dengan sempadan-sempadan negara kecil tanpa kekuatan. Maka, umat Islam di seluruh pelosok dunia tidak diendahkan dari segi politik, ketenteraan, dan ekonomi kerana mereka tidak termasuk dalam batas-batas negara yang bersifat nasionalisme.
Lebih menyedihkan lagi, tatkala rakyat Malaysia menyambut hari kemerdekaan (baca: hari kemerdekaan palsu) yang ke-55, masih ramai lagi yang belum celik bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular lagi kafir yang tidak pernah menerapkan hukum-hakam Allah. Sebaliknya menerapkan hukum kafir selama 55 tahun setelah mendapat kemerdekaan palsu daripada British. Atas sebab inikah umat Islam di Malaysia perlu berbangga dengan kemerdekaan yang datang daripada kaum kafir harbi yang telah menipu umat Islam mentah-mentah?
Anjakan paradigma perlu terusk dilangsungkan agar umat Islam membuang pola pemikiran nasionalisme yang memecah-belahkan umat Islam di seluruh dunia. Sedarlah, tiada apa yang patut ditelagahkan pasal logo kontroversi ni. Sebaliknya, ubahlah pemikiran untuk menegakkan Khilafah yang telah lama dijatuhkan pada 3 Mac 1924!
para designer jangan kecik hati! kohkohkoh~











