Pages

21 June 2012

Beza Saidina Umar dengan Sultan Sekarang



Aku tak tau dari mana pemikiran feudal orang Melayu ni datang. Terlalu mengagung-agungkan makhluk yang bukannya maksum yang bergelar Sultan. Malkhluk Allah yang bergelar Sultan ni nampaknya tidak boleh langsung dikritik mahupun dikomen. Seolah-olah mereka ni kebal daripada melakukan dosa.

Apabila ada individu yang mengkritik, dia akan didakwa atas Akta Hasutan yang dicipta dengan akal manusia. Sedangkan, apabila Islam dihina, terlalu sedikit orang yang bersuara. Orang yang melenting pasal Sultan, entah-entah langsung tak ambik pusing pasal Islam dihina. Itu baru Islam dihina, belum lagi umat Islam yang hari-hari ditindas dan dibunuh. Kalau Sultan dikritik, tindakan yang paling wajar diambil oleh para penjilat adalah mendakwa mereka di bawah Akta Hasutan.

Disebabkan mereka ni tak maksum tapi diagung-agung dan didewakan, aku nak bawak satu kisah seorang pemimpin agung, sahabat akbar, ulamak mujtahid dan ahli syurga yakni Saidina Umar ra. Kita pun tahu, sebelum keislamannya, beliaulah mafia Arab. Kerja asyik nak gaduh, suka berbunuhan, dan pernah bersumpah untuk memenggal kepala Nabi SAW.

Kisahnya adalah beliau sendiri dimuhasabah oleh orang lain walaupun pada masa tu, beliau adalah Amirul Mukmin. Dalam satu kes, Saidina Umar telah memanjat rumah seorang lelaki kerana berasa curiga terhadap apa yang sedang berlaku dalam rumah tu. Lalu, Saidina Umar telah memanjat bumbung rumah tu dan melihat perbuatan lelaki tersebut.


Lelaki tersebut telah membantah Umar dan berkata: “Jika aku menderhakai Allah pada satu perkara, sesungguhnya engkau telah menderhakaiNya pada tiga perkara.” Umar bertanya: “Apa dia?” Dia berkata:

وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ

"dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang". [al-Hujurat(49):12]

Sesungguhnya engkau telah melakukannya. Allah berfirman:

وَأْتُوا الْبُيُوتَ مِنْ أَبْوَابِهَا ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

"...dan masuklah ke rumah (Kamu) itu melalui pintunya, serta bertaqwalah kamu kepada Allah
supaya kamu berjaya".
[al-Baqarah (2):189]

Sesungguhnya engkau telah memanjat dari bumbung. Allah berfirman:

فَإِذَا دَخَلْتُم بُيُوتًا فَسَلِّمُوا عَلَىٰ أَنفُسِكُمْ تَحِيَّةً مِّنْ عِندِ اللَّهِ مُبَارَكَةً طَيِّبَةً ۚ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمُ الْآيَاتِ لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ

Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat (yang menjelaskan hukum-hukumNya), supaya kamu memahaminya [an-Nur (24):61]
Sesungguhnya engkau tidak memberi salam.” Maka Umar pun meninggalkannya. Maka ketahuilah bahawa sesiapa yang mengunci pintu rumahnya dan bersembunyi di sebalik dindingnya, maka tidak harus seseorang memasuki tanpa izin daripadanya hanya kerana ingin mengetahui perbuatan maksiat. Kecuali jika ia nyata sehingga diketahui oleh sesiapa yang berada di luar rumah tersebut.” [Al-Ghazali, Ihya ‘Ulum al-Din, 3/28, Beirut: Dar al-Khair 1990].

Begitulah beraninya lelaki tersebut memuhasabah seorang Amirul Mukminin dengan firman-Nya yang agung di hadapan Amirul Mukminin sendiri. Tapi, Saidina Umar langsung tidak melenting, tetapi keesokan harinya Baginda pergi berjumpa para sahabat yang lain termasuk Saidina Ali untuk membincangkan perkara ini. Keputusannya, lelaki tersebut tidak boleh dijatuhkan hukuman kerana tidak cukup saksi.







Apa yang pasti, takde seorang pun umat Islam yang membuat perhimpunan di hadapan rumah Saidina Umar untuk mengampu Saidina Umar sebagai tanda sokongan terhadapnya. Pada ketika itu, umat Islam benar-benar faham Islam dan benar-benar faham konsep ketidakmaksuman manusia biasa. Dan juga, umat Islam benar-benar faham konsep muhasabah pemimpin. Mereka takkan terkinja-kinja menjilat dan mengipas punggung para khalifah apabila sang khalifah dimuhasabah dan ditegur. Bahkan, para khalifah yang adil akan mengaku salah apabila mereka sedar yang mereka telah melakukan kesalahan.

Tapi, macam mana pulak dengan fenomenan dan situasi rakyat Malaysia hari ini? Jauh panggang dari api jika dibandingkan dengan kes Saidina Umar ini. Rakyat sekarang lebih rela menjilat punggung pemimpin-pemimpin kita termasuk Sultan yang bukannya maksum pun! Apabila ada yang mengkritik dengan hujah yang benar lagi berasas, orang yang mengkritik itu akan didakwa di atas Akta Hasutan!

Inilah akibat daripada kebobrokan sistem syirik demokrasi. Umat Islam mendewa-dewakan pemimpin yang tidak menerapkan hukum Allah dan mendiamkan diri apabila mereka tidak menerapkan hukum-hakam Allah. Wallahi, umat Islam tidak memerlukan institusi beraja dan institusi politik yang tidak menerapkan hukum Allah!
Selanjutnya...

13 June 2012

Dah Mati Baru Nak Kalut Pasal Aurat?



Entry kali ni, sumpah aku tak tuding kat sapa-sapa secara spesifik. Cuma menyatakan pandangan aku secara umum. Apa yang aku nak tulis kali ni adalah perkara yang serius. Perkara yang aku rasa ramai di kalangan kita terlepas pandang. Tak lain tak bukan, pasal aurat. Aurat laki mahupun perempuan.

Apa yang aku perasan selama ni, orang kita memang sangat prihatin dengan isu-isu kematian. Lebih-lebih lagi isu kematian perempuan-perempuan comel lotey yang tak tutup aurat. Bila ada kematian golongan macam ni, kecohlah satu ruang legar internet tanah air. Media-media panas tak terkecuali untuk membuat 'liputan' walaupun arwah telah pergi meninggalkan kita.

Apa yang pelik, masa arwah masih bernafas, kitalah yang jadi tukang like gambar-gambar dia. Kitalah yang paling rajin puji gambar comel dia. "Ehhh.. Tiutnyew awak! Gebu lah pipi awak tu! Naik nafsu syahwat saya tengok dua bukit awak tu. HikHikHik". Ayat macam ni mungkin agak keterlaluan, tapi lebih kurang macam nilah situasi yang berlaku. Bukan tu saja, malah kita jugalah yang rajin share gambar dia untuk tatapan umum. Tak cukup dengan tu, kita simpan pulak gambar-gambar dia buat koleksi. Ni mungkin langkah awal untuk menjadi lelaki gila seks.

Ni baru kat facebook. Cerita pasal blog pulak, kalau letak muka kat blog, atau juga dikenali sebagai BLOG JUAL MUKA (BJM), berduyun-duyunlah manusia follow blog tu. Pada hal isi kandungannya takdelah mantap sangat. Yang mantapnya perempuan yang jual muka tu. Follow pun kemungkinan besar sebab nak tengok dia posing untuk shooting untuk overpriced camera/DSLR dengan pakaian ketat dan tabarruj walaupun bertudung

Tapi, bila sampai berita ada orang mati, kitalah orang pertama yang kalut. Kalutlah suruh hack blog, hack akaun facebook, hack akaun twitter, dan macam-macam lagilah yang perlu digodam. Ini adalah satu bebanan baru terhadap para penggodam. Menggodam akaun facebook, twitter, dan blog orang dah meninggal yang tak tutup aurat bagaikan satu tugas baru para penggodam. Apa yang pelik, masa arwah tu hidup, tak pulak kita muhasabah arwah supaya tutup aurat, tak pulak kita suruh para penggodam hack itu ini. Kan?

Pemikiran apa ye yang sedang selubungi kita? Adakah kita hanya sayang kawan-kawan kita sesudah dia mati? Masa dia mati, barulah nak cakap, "deletelah blog ni... nanti arwah terseksa dalam kubur". Hah... Pandai pulak nak kata arwah kena seksa. Pada hal, masa dia hidup dulu, kitalah yang galakkan dia pamer aksi haram dia kat internet. Yang lelaki pulak, tayang gambar kepala lutut. Aurat ciput pun tak mampu nak tutup!

Kepada diriku, ahli keluarga, para pembaca, dan kawan-kawan sekalian, tak usahlah kita tayang-tayang aurat kita. Kalau kita berada di pihak yang benar, takde orang pun akan suruh orang delete atau hack blog, twitter, atau facebook kita. Sebab kita gunakan teknologi untuk berdakwah dan menyampaikan ilmu. Bahkan, orang akan abadikan ilmu-ilmu kita. Jadi, pilihan kat tangan kita. Fikir-fikirkanlah untuk kesenangan kita di sana juga :)


====================


Aku harap bila aku dah mati nanti, takde orang akan delete atau hack blog aku :)

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati..." [Aali 'Imran(3):185]

Selanjutnya...

04 June 2012

Mencurahkan Ilmu Sebanyak Mungkin Sebelum Ajal Berkunjung



Berita kematian seorang remaja cute memang tengah hot trending kat internet sekarang ni. Aku tak tau kenapa hot sangat trending. Mungkin sebab dia cun kot. Kalau betul hot trending sebab cun, aku rasa corak pemikiran ni perlu diubah segera. Sebab cun atau tak cun tu bukan ukuran.

Lebih menarik perhatian lagi, arwah sempat post sekeping gambar kat akaun Instagram dia tentang buku Alam Barzakh. Semoga gambar yang dia post tu menjadikan kita lebih ingat tentang kematian yang semakin hari semakin dekat.

Aku yang banyak buat dosa ni pun, sedikit sebanyak terkesan dengan apa yang berlaku terhadap arwah. Post gambar pasal buku alam barzakh dan tak sangka dia pula yang menyinggah ke alam barzakh lebih awal. Apa yang menyedihkan, arwah singgah ke alam barzakh dalam keadaan yang tragis, yakni dilanggar oleh sebuah van dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala. Turut menemui ajal adalah dua orang kawannya lagi.

Aku pun terfikir, apakah persiapan aku untuk menyinggah ke alam barzakh yang merupakan stesen transit sebelum menuju ke destinasi akhirat. Alam roh, alam dunia, dan alam barzakh merupakan stesen transit saja. Akhirat itu destinasi kita. Tapi apakah persiapan kita untuk menuju ke sana?

Aku pun nak ingatkan diri sendiri dan para pembaca sekalian. Gunakan ledakan teknologi dan era globalisasi untuk mendapat ledakan amalan yang super hebat. Rangkaian internet yang ada sekarang ni insya Allah membolehkan kita menyampaikan ilmu bermanfaat secara berkesan dan meluas. Nak tak nak je sebenarnya. Korang pilihlah sendiri... Korang tulis blog hanya sekadar untuk buat lawak? Atau untuk membuat fitnah dan onar terhadap golongan yang berlainan fahaman politik? Atau membuat entry-entry lucah dab berunsur lucah untuk menarik pembaca? Atau sekadar suka-suka untuk menulis? Fikirlah sendiri...

Cakap pasal kematian, sebenarnya kita tak perlu takut mati. Sebab dalam kubur nanti pun, kalau amalan kita bagus, baguslah keadaan kita di sana. Apa yang perlu kita takut adalah betapa sikitnya amalan kita dan bertimbunnya perbuatan jahat kita kat dunia ni.

Semoga Allah mengampuni segala dosa arwah dan menempatkannya di kalangan nabi, siddiqin, syuhada', dan solihin. Amin. Semoga arwah tenang di sana. Amin...




=======================


Maksud hadis:
"Apabila seorang anak Adam meninggal maka terputuslah amalnya kecuali kerana tiga hal; sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya" [HR Muslim]
Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...