Pages

17 May 2012

DP Mogok Lapar Palestin: Muncul Satu Teori Baru yang Bodoh


Dengan pelancaran kempen DP facebook mogok lapar beberapa hari lepas, alhamdulillah ia memberika impak positif. Public awareness berjaya dicipta dan menyebabkan masyarakat dunia tertanya-tanya, warna coklat apakah yang sedang menghiasi facebook. Namun, aku tegaskan kat sini, kempen macam tu bukanlah segala-galanya untuk Palestin dan umat Islam. Ia bukanlah satu penyelesaian , tapi ia hanya mencetuskan public awareness yang positif.

Apa yang aku nak tegaskan adalah, ia bukan jalan penyelesaian yang tuntas untuk membebaskan bumi umat Islam yang dijajah oleh para kafir harbi. Tapi aku tetap memuji tindakan sebilangan besar umat Islam seluruh dunia yang turut serta dalam kes ini. Yang tak tukar DP macam aku, doa pun jadilah. Jangan perlecehkan usaha mereka sudah.

Tapi, lepas impak positif asbab daripada DP mogok lapar tu, muncul pulak dah satu teori bongok ala-ala teori konspirasi yang cukup bodoh yang amat dibenci. Aku tengok, blogger yang benci giler dengan teori konspirasi illuminati ni adalah Faiz Tapit. Ada-ada je entry sentap pasal teori dungu ni. Aku ingat teori konspirasi je yang meniti di bibir-bibir umat Islam, tapi DP mogok lapar pun turut 'diteorikan' mengikut kepala otak sendiri yang tak tahu hujung pangkal cerita.

Memetik teori bongok tersebut, ia berbunyi seperti:
"Tinggalkan gambar-gambar DP yang berwarna coklat . Ini menunjukkan sesiapa yang menggunakan gambar-gambar ni dalam profilenya menunjukkan dia adalah tawanan Zionis Israel, kain penutup dimata memberi maksud kita tidak melihat apa2 kekejaman Zionis Israel terhadap umat Islam. Tag perkataan yg tertulis adalah tulisan Yahudi. Maka, tukar secepat mungkin gambar-gambar ini. Harap maklum. Wallahualam."

Pertama kali aku baca kenyataan ni, memang memberi first impression yang sangat negatif. Ini merupakan kenyataan yang sangat naif lagi daif dan tidak berpijak pada bumi yang nyata. Nampak sangat diorang ni jenis yang menjadikan facebook sebagai rukun iman ke-7. Apa saja yang ditulis akan dikongsikan (share) kepada rakan-rakan lain selagi mana ia tampak menarik dan berinformatif.

Walhal, kenyataan dangkal seperti ini menunjukkan mereka tak cakna dengan isu-isu semasa dan pakai hentam mengikut nafsu dan kepala otak yang singkat. Punyalah banyak informasi-informasi berguna dari internet, yang sampah juga diorang ni suka ambik.

Kalau korang malas sangat nak membaca info berguna, biarlah aku yang bagi tau korang supaya fitnah yang tersebar tak disebarluaskan lagi. Memetik daripada sumber, blog szlihin.com,

1. Gambar di atas adalah simbolik kepada tahanan Palestine yang dipenjara.
2. Coklat adalah warna pakaian yang dikuatkuasakan oleh Perkhidmatan Penjara Israel ke atas tahanan Palestin.
3. Logo di sebelah kanan bermaksud "Shabas" dan ia adalah singkatan bagi Perkhidmatan Penjara Israel.

Lantas, fakta-fakta ni menyangkal teori tak berasas tu. Sesedap rasa je buat kenyataan itu dan ini asalkan dirasa dapat menimbulkan kesan logik pada akal. Lepas tu, dengan tak malunya menulis "wallahu a'lam".

Emmm... entahlah. Aku tak tau nak cakap apa lagi dengan golongan macam ni. Bukan pertama kali aku tulis artikel sentap macam ni. Artikel yang bertajuk Apabila 8.9 Skala Richter Dikaitkan dengan al-Anfal ayat 9 (8:9) dan Kecelaruan Pemikiran Pengkaji Teori Konspirasi juga merupakan artikel yang sentap-menyentap yang aku tulis akibat terlalu ramai menjadikan teori yang carca-merba sebagai topik perbincangan menarik.

Lepas ni, kalau ada apa-apa info, pastikan korang selidik dulu apa yang disampaikan, termasuklah dalam blog soutulmujahid.com. Jangan memvavi-buta menyebarkan maklumat yang entah betul entah tidak. Kepada sesiapa yang menjadikan facebook sebagai rukun iman ke-7, bawak-bawaklah bertaubat :p
Selanjutnya...

16 May 2012

Banduan Sudah Bebas, Tapi Palestin Belum Bebas!

Berita rakyat Palestin dipenjarakan tanpa bicara sememangnya menarik perhatian dunia. Untuk menunjukkan protes terhadap kekejaman penguasa negara haram Israel, mereka melakukan mogok lapar. Isu ini mendapat perhatian masyarakat dunia, lebih-lebih lagi dunia Islam.

Apa yang aku nak fokus adalah kempen menukar DP (Defaul Picture) facebook. Ada juga yang menukar Timeline Cover mereka kepada gambar-gambar mogok lapar. Apa yang aku lihat, Maher Zain merupakan individu yang bijak menggunakan uslub facebook untuk menyebarkan maklumat ni. Aku rasa, beliaulah pencetus kesedaran kempen ni. Kat Malaysia pulak, aku tengok iluvislam.com dan Oh! Media memainkan peranan penting untuk menyebarkan maklumat ni.

Alhamdulillah, atas desakan masyarakat dunia, rejim Israel telah membebaskan tahanan-tahanan yang tak bersalah tu. Ucapan ucapan takbir dan tahmid berkumat-kamit di bibir-bibir umat Islam. Perasaan gembira tu memang jelas diekspresikan oleh umat Islam. Namun, umat Islam tak seharusnya membiarkan kegembiraan ni terus berpanjangan. Sebab hanya banduan tu saja yang dibebaskan, Palestin masih belum bebas daripada penjajahan negara haram Yahudi tu!





Berbalik kepada DP facebook, apa yang aku lihat, umat Islam di seluruh dunia begitu 'aware' dengan isu hangat ni sehingga rejim Yahudi tunduk dengan desakan umat Islam seluruh dunia. Bila ramai giler orang tukar DP yang sama, orang akan tertanya-tanya apakah yang sedang berlaku. Lama-kelamaan, 'public awareness' berlaku dengan berkesan.

Persoalannya, kenapa perkara ni tak berlaku untuk meningkatkan kesedaran tentang kewajipan menegakkan Khilafah? Bahkan, Khilafah adalah sebuah kewajipan yang tertangguh. Tahukah anda, apabila Nabi SAW wafat, para sahabat bertungkus-lumus melantik seorang Khalifah supaya syariat Islam itu dapat dilaksanakan. 'Tempoh sah' untuk tiada Khalifah hanyalah 3 hari 2 malam. Tapi sejak 3 Mac 1924, dah berapa 3 hari 2 malam?

Tapi, umat Islam hanya bersikap acuh tak acuh dengan penegakan semula Khilafah. Ada juga yang mengelat dan mencari jalan untuk menafikan kewajipan Khilafah. Cuba korang bayangkan, tukar DP hanya beberapa jam pun rejim Israel tunduk, macam mana kalau kita tukar DP untuk menyeru pemimpin-pemimpin umat Islam untuk menegakkan Khilafah selama 40 hari 40 malam? Cuba fikir? Dengan public awareness yang begitu meluas, ditambah pula dengan tempoh 40 hari 40 malam, tidakkah ia memudahkan kita untuk menegakkan semula Khilafah?

Akhir sekali aku nak ingatkan, jangan biarkan pembebasan banduan-banduan ni membuatkan kita gembira berpanjangan. Hanya mereka yang dibebaskan, Palestin masih belum dibebaskan. Dan Palestin, Syria, Selatan Thai, dan bumi umat Islam hanya akan dibebaskan dengan Khilafah semata-mata!

*Sebenarnya aku takde idea nak tulis apa. Tapi aku gagahkan jugak nak tulis pasal isu Palestin ni. Ayat bersimpang-siur tanda kekontangan ilham. Adeh...
Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...