Blog dan followers, bagai irama dan lagu. Bagai ombak dan pantai. Tidak boleh dipisahkan. Namun, followers bukanlah segala-galanya dalam dunia blogging. Yang paling penting adalah isi yang diterjemahkan dalam penulisan. Aku rasa, semua blogger baru mengidam-idamkan jumlah followers yang ramai beribu-riban. Perkara ni aku tak nafikan sebab masa mula-mula dulu pon aku teruja dengan jumlah followers yang semakin meningkat.
Followers satu hal. Satu hal lagi adalah jumlah komen dalam sesebuah entry. Mungkin ada di antara kita begitu kagum dan berasa entry yang banyak komen adalah cetusan daripada blog hebat. Tapi pendapat tu salah bagi aku. Yang paling penting adalah isi kandungan yang diterjemahkan tu. Sejauh manakah paradigma berfikir dapat dicetuskan daripada sesebuah penulisan tu.
Aku ambik contoh, sebuah blog kontroversi ni, kat sesebuah entry tu, beratus-ratus komennya. Namun sayang, isinya sarat dengan pemikiran sampah, penulisannya sampah, dan isinya juga sampah. Kontroversi menggelar orang lain sebagai
'pelacur blogger' menyebabkan terlalu banyak komen pada entry tersebut. Namun, banyaknya komen bukanlah menandakan blog tu menghasilkan entry hebat yang membuka cakrawala dunia dan menerobos pemikiran jumud. Tapi komen-komennya sarat dengan kenistaan, kebencian, dan makian terhadap si penulis yang menghasilkan penulisan sampah, hasil daripada pentarbiyahan sampah sistem sekular. Menggelar orang lain sebegai
pelacur blogger bukanlah sesuatu yang hebat, tapi bejat.
Inilah natijah daripada pentarbiyahan sekular di akhir zaman. Sarana yang tersedia tidak digunakan sebaik-baiknya untuk menyeru kebangkitan umat, sebaliknya digunakan untuk meraih populariti dalam masa yang singkat, yakni dengan menggelar orang lain dengan gelaran yang kotor untuk menghangatkan perbincangan. Inilah kaki troll sampah yang bertunjangkan pemikiran liberal. Mereka yang bersifat liberal ni sebenarnya begitu mengagungkan kebebasan-kebebasan dalam kehidupan. Apa yang dominan dalam isu blogging ni sudah tentu kebebasan bersuara. Kebebasan bersuaralah suatu perkara yang begitu dicanang dan dipropagandakan oleh golongan kapitalis-liberal. Walhal, umat Islam itu tidak bebas melakukan apa saja kerana umat Islam itu terikat dengan hukum syarak. Tidak bebas bukanlah bermaksud kehidupan umat Islam itu dikongkong. Atas dasar keterikatan itulah kita tidak boleh sewenang-wenangnya memperleceh orang lain dan juga menggelar orang sebagai gigolo atau pelacur blogger. Kalaulah kebebasan bersuara itu termaktub dalam Islam, maka bolehlah kita mengeji sapa-sapa saja yang kita suka. Boleh lah menggelar sapa-sapa saja dengan gelaran
'pelacur blogger'. Tak gitu?

Ni baru cakap pasal memburuk-burukkan orang. Belum lagi cakap pasal kebejatan blog sampah yang suka fitnah golongan yang tak sebulu dengan blogger tu. Contohnya, menyajikan bahan-bahan politik yang berunsurkan fitnah. Dah la fitnah, banyak pulak cerita pasal porno. Blog sampah macam ni bagaikan blog koleksi video seks melayu. Tapi blog sampah macam nilah yang sangat tinggi trafiknya. Orang Malaysia ni suka baca pasal porno dan fitnah gamaknya?
Aku nasihat kat pembikin blog sampah, hentikanlah buat benda tak berfaedah macam ni. Segala penulisan anda akan dipertanggungjawabkan. Tak cukup ke dengan Blog Jual Muka, anda buat blog sampah hanya semata-mata untuk menyebarkan idea-idea korup anda? Idea-idea korup anda tu sebenarnya lahir daripada sistem yang rosak. Sistem yang rosak ini membuahkan hasil. Contoh hasilnya adalah blog-blog sampah yang berbaur fitnah. Perkara ini merupakan norma-norma yang wujud untuk mengukuhkan idea-idea rosak daripada sistem yang rosak tu. Anda tak rasa sedih ke apabila anda adalah sebahagian daripada sistem yang rosak tu? Anda produk yang dihasilkan daripada sistem yang rosak!
Sudah-sudahlah menyebarkan pemikiran sampah! Takkan anda tak tahu, kita sangat memerlukan wadah untuk kebangkitan umat? Masa zaman pemerintahan penjajah dulu, penulisan merupakan antara punca umat bangkit untuk memerangi penjajah. Begitu juga dengan realiti masa kini di mana kita memerlukan wadah untuk kebangkitan umat akhir zaman. Blog-blog sampah macam aku cakap ni, sikit pun tak memangkin kebangkitan umat, malah memecahbelahkan umat lagi ada... Tak payah nak kemaruk trafik sangat la...
Selanjutnya...