Pages

26 February 2012

Kalau Bini Kita Dicium, Apa Tindakan Kita?


Kalau bini kita dicium, apa tindakan kita? Maksud aku, orang asing mencium bini kita. Bukan mak bapak bini kita. Soalan ni sebenarnya relevan untuk ditanya kepada mana-mana lelaki, tak kira yang dah bernikah atau pun belum. Sebab, sudah pasti akan ada suatu jawapan yang tersimpan kemas dalam pemikiran seorang lelaki bermaruah.

Seorang lelaki bermaruah takkan sewenang-wenangnya membiarkan isterinya dipegang, dicium, atau disentuh oleh orang asing. Perkara ni sebenarnya melibatkan maruah dan syariat. Kalau seorang suami tu takde rasa apa-apa kalau aurat isterinya dipandang, tubuh badannya disentuh, sahlah bahawa suami itu adalah suami yang DAYUS.

ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي .

Maksudnya: Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" [HR Ahmad]

Sudah pasti, kalau bini kita dicium, akan ada suatu tindakbalas yang cepat, pantas, lagi spontan. Tak kiralah apa jua pun tindakan tu, sama ada menampar, menumbuk, menendang, memarahi, atau sebagainya. Yang pasti, ianya pasti merupakan suatu tindakbalas yang spontan. Sekelip mata saja tangan dihayun dan penumbuk menghinggap di pipi. Lalu darah keluar berhamburan.

Dan sudah pasti juga, tiada tindakbalas yang lembab, longlai, dan lengai. Senyum, senyap, tersipu-sipu. Jika ada kelakuan macam ni bila bini kita dicium, alahai ruginya kita bayar mahar kat bini kita. Dah bayar mahar jadi dayus pulak.



Okay, ambik satu contoh pulak. Seorang pornstar bernama Chua Soi Lek menghina hudud dalam satu majlis di hadapan seorang Ularmak Muda UMNO bernama Ustaz Fathul Bari. Dalam majlis ni, pornstar tersebut telah menghina hudud secara jelas dan terbuka. Dalam web MCA juga, si pornstar Chua Soi Lek tersebut juga ada membuat kenyataan menghina hudud. Boleh la baca sendiri kat sini: FDI will drop should hudud be implemented

Kalau kita ambik situasi bini kita kena cium, sudah pasti secara spontan kita akan bertindak. Tapi dalam hal hukum Allah dihina, ularmak muda UMNO ni hanya mendiamkan diri dan bersifat lengai apabila hukum Allah dihina secara terbuka. Bukanlah aku nak suruh ularmak UMNO ni bubuh penumpuk kat pornstar tu, tapi sekurang-kurangnya bersuaralah menentang pendapatnya.

Kat mana kita letak maruah kita sebagai seorang muslim apabila hukum Allah dihina? Kalau bini kena cium, tau pulak nak bertindak spontan. Tapi bila hukum Allah dihina, seorang ustaz yang belajar tinggi-tinggi macam dia berdiam diri. Kalau suami bersikap lengai apabila isterinya dicium lelaki asing, dia dikira dayus. Kalau umat Islam bersikap lengai apabila hukum Allah dihina, apa pula statusnya? Ha... pikirlah sendiri!!!

وَآمِنُوا بِمَا أَنزَلْتُ مُصَدِّقًا لِّمَا مَعَكُمْ وَلَا تَكُونُوا أَوَّلَ كَافِرٍ بِهِ ۖ وَلَا تَشْتَرُوا بِآيَاتِي ثَمَنًا قَلِيلًا وَإِيَّايَ فَاتَّقُونِ

"Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan (Al-Quran) yang mengesahkan benarnya Kitab yang ada pada kamu, dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang mula-mula kafir (ingkar) akan dia; dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa" [al-Baqarah(1):41]
Selanjutnya...

19 February 2012

AWAS, Taktik Penipuan Bermotor!!!


Kejadian ni berlaku pada awal Januari lepas, di mana aku baru je balik kerja dan mengisi minyak di stesen minyak BHP. Sedang aku mengisi minyak, aku didatangi oleh seorang lelaki bermotor.

Lalu dia menyapa aku dengan penuh harapan. Lebih kurang macam ni lah dialognya: "dik... dik... boleh tolong abang tak? Tayar motor abang pancit ni...". Lalu aku mengalihkan pandangan aku ke arah tayar motornya. Ya, memang betul pancit kat tayar belakang. Lalu dialog disambung lebih kurang, "abang takde duit ni... Gaji belum masuk lagi. Esok baru masuk gaji. Boleh tak abang nak pinjam duit?" Aku terpinga-tinga sebab tiba-tiba disapa lalu mamat ni nak pinjam duit aku.

Lalu aku pun tanya, "nak pinjam berapa?". Jawabnya pulak, "RM30 boleh tak dik?". Dari awal lagi sememangnya aku ragu-ragu untuk menghulurkan wang aku. Wajah aku pun agak terpinga-pinga masa tu. Lalu aku menyambung, "biasanya kalau tayar pancit, RM20 je bang". Lalu dia jawab, "RM20 pon takpelah...".

Lalu aku pun mengeluarkan RM20 dengan niat bukan untuk sedekah, tapi semata-mata bagi hutang kat dia. Lalu dia pon kata, "terima kasih ye dik... kita SESAMA MUSLIM... Esok kita jumpa. Abang bayar duit adik".

Lepas tu, aku pon beredar dari situ dalam keadaan hati aku yang rasa tak berapa sedap. Tapi aku gagahkan untuk sedapkan hati aku, niat kerana Allah. Aku sedapkan hati aku jugak masa tu. Aku fikir ia adalah tanggungjawab aku untuk bantu orang yang susah. Esok-esok Allah tolong aku pulak kan?

Esoknya, aku SMS brader tu tanya hutang aku. Tapi aku tak simpan pulak SMS dia yang tu. Dia jawab dia belum gaji lagi. Lusa baru gaji. OKlah... Nak buat macam mana kan? Lepas lusa, aku SMS dia lagi, dan SMS dia aku simpan sampai hari ni. SMS dia ni aku tak ubah walau sedikit pun. Macam ni la rupa SMSnya:

"W.salam ..adik bang mita maf sb gji blnce 7o rm sja ..bang x tipu ..x snang de dunia apakta nti tngh blan nti t.up no adik ..ya baru kja cayalh dik ! Jgn risau bang byr ye..trus-trang snang..jgn mrh..ya.."

Inilah SMS bertarikh 11 Januari 2012, 21:26:23, yang dihantar melalui nombor 0122273903. Lepas beberapa hari, aku pun hantar SMS lagi, tengok-tengok mesej aku tak sampai kat nombor ni. Sah aku dah kena tipu. Memang tak guna punya manusia. Gunakan nama 'muslim' untuk kepentingan diri. Ko jawablah kat akhirat nanti sebab tipu aku dan jual nama 'muslim'.

Kepada kawan-kawan, hati-hatilah ye. Ada jugak ye gunakan taktik pancitkan tayar motor untuk ambik duir orang. Tapi aku pun silap, terlupa ambik nombor plate dia (T.T)
Selanjutnya...

12 February 2012

Alasan untuk Tidak Menutup Aurat?

Ini balut aurat, bukan tutup aurat

Cakap soal aurat, pasti aurat wanita yang lebih ditekankan. Memang sewajarnya kita menekankan tentang aurat wanita, kerana setiap inci tubuh wanita tu bisa menggoyah iman kaum Adam yang normal. Tapi jangan pulak asyik dok tekankan pasal aurat wanita, aurat lelaki diabaikan. Itu pasallah terlalu ramai orang main bola dalam keadaan tak tutup aurat, orang buat dungu je.

Apabila kita nasihat golongan wanita yang tak nak tutup aurat ni, pelbagai alasan dikemukakan, tapi alasan tu amat mudah dipatahkan, semudah ABC. Berikut meruapakan alasan-alasan terlebih pandai orang yang taknak tutup aurat:

1. "belum sampai seru" - padahal seruan menutup aurat telah lengkap diturunkan 1400 tahun lepas

2. "gatal kepala bila pakai tudung" - dan malas syampoo rambut, salahkan tudung.

3. "nak pakai macam mana lagi?" - dia letak akal dia sebagai standard, bukan al-Quran dan as-Sunnah. Kalau letak akal manusia sebagai standard, baik bogel je. Seni katakan...

4. "Dosa masing-masing, kubur lain-lain" - masalahnya nanti kalau hang nak masuk kuboq, orang lain jugak yang nak kena mandikan, kafankan, solatkan, dan tanamkan.

5. "belum bersedia" - zaman Nabi SAW, setelah turunnya ayat penutupan aurat, para muslimah DENGAN SEGERA mengambil kain-kain yang ada untuk menutup kepala mereka. Ini menunjukkan mereka adalah golongan yang BERSEGERA MELAKSANAKAN SYARIAT.

Apa pun, jom tengok gambar di bawah. Moga-moga yang belum tutup aurat tu dapat semangat bila tengok gambar ni. Mereka dalam gambar ni menutup aurat tanpa sebarang alasan dalam keadaan susah dan senang!!! Memang tabik spring kat depa!!! Semoga Allah meredhai mereka. Amin...









+++++


وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya". [TMQ an-Nur (24):31]
Selanjutnya...

05 February 2012

Menyambut Maulidur Rasul dengan Sekularisme


Maulidur Rasul menjelang lagi. Seperti biasa, Maulidur Rasul disambut besar-besaran. Alhamdulillah, ini merupakan salah satu sifat terpuji kerana mengingati Nabi SAW. Lebih baik mengingati Nabi SAW daripada mengingati artis-artis yang menyesatkan kita. Pakai tudung, tapi pakai baju ketat-ketat. Orang pon fikir, "Ooooo... Islamiknya artis tu.. Pakai tudung. Contoh Islamik tu sebab pakai tudung...".

Walhal, artis tu dah menyimpang sama sekalu dengan ajaran Islam. Mereka kembali kepada trend jahiliyah, di mana wanita dieksploitasi. Wanita juga dikomersial dan dilacurkan untuk memuaskan dan membuaskan nafsu lelaki arab jahiliyah yang sememangnya buas. Namun, setelah seorang insan agung dilahirkan dari rahim ibu bertuah, Siti Aminah, segala-galanya berubah. Peradaban manusia yang gelap dihijrahkan kepada cahaya Islam. Perhambaan daripada hamba kepada hamba dihijrahkan daripada hamba kepada Pencipta.

Inilah kesan dakwah seorang insan agung, Nabi Muhammad SAW. Dakwahnya mengubah kekufuran kepada keimanan, kemunduran kepada kemajuan. Dari Timur ke Barat. Dari Asia ke Afrika. Dari Afrika ke Eropah. Dari Eropah ke Amerika. Inilah kesan wahyu dan kebijaksanaan Nabi Muhammad SAW. Namun, keagungan Islam itu bagaikan nampak malap pada hari ini. Islam dianggap agama pengganas. Umat Islam pula dipandang sebagai umat yang mundur.

Walhal, sejak 1300 tahun lepas, berbondong-bondong manusia memeluk Islam. Umat Islam juga dipandang tinggi kerana keimanan dan kemajuan teknologi, ekonomi, dan sebagainya. Dalam masa yang sama, orang Barat hidup dalam kegelapan. Senang cerita, mereka ni hidup dalam kebodohan. Dah lah bodoh, ditindas oleh golongan gereja pulak tu. Bukan tu saja, ada pulak sistem feudal yang mengasingkan mereka dengan golongan raja dan bangsawan.

Tapi sekarang, macam jadi terbalik pulak. Umat Islam yang hidup dalam kesempitan dan kebodohan. Majoriti teknologi dikuasai oleh orang kafir. Apa bezanya umat Islam dulu dengan sekarang? Adakah umat Islam dulu adalah dua Allah dan sekarang kita ada satu Allah? Dah tentu jawapannya tak. Umat Islam dulu, aqidahnya sama dengan aqidah kita dan mereka laksanakan 100% hukum-hakam Allah. Kita pulak, aqidah kita sama dengan aqidah mereka, tapi kita laksanakan hukum sekular. Semuanya gara-gara penghancuran Khilafah pada 3 Mac 1924.

Inilah tanda kecintaan umat akhir zaman terhadap Nabi Muhammad SAW. Cinta mereka adalah dengan melaksanakan hukum sekular dan berarak sempena Maulidur Rasul. Yang lebih warak pulak, duduk dalam masjid, iktikaf, solat, dan zikir. Orang warak kuasa dua pulak, ajak orang iktikaf, solat, dan zikir dalam masjid. Hukum Allah tak diterapkan, aku peduli apa? Yang penting, iman kena kuat dulu, baru hukum Allah boleh dilaksanakan. Selagi iman tak kuat, macam mana kita nak redha dengan hukum Allah? Jadi, kita zikir dan solat je lah dulu. Ye tak?



Dan orang paling cintakan Nabi Muhammad SAW adalah Perdana Menteri dan Menteri-menteri kita yang lain. Sebab merekalah golongan yang berkuasa menerapkan hukum-hakam kafir. Bukankah umat akhir zaman mempamerkan 'kecintaan' mereka terhadap Nabi Muhammad SAW dengan menerapkan hukum sekular? Dan di bawah ni merupakan kesan-kesan kecintaan mereka terhadap Nabi Muhammad SAW:
1. kes bunuh boleh kata hari-hari berlaku
2. kes kecurian hari-hari berlaku
3. buang bayi bagaikan buang sampah
4. zina berleluasa tanpa mengira kondom dipakai ataupun tidak
5. perempuan dan lelaki mendedahkan aurat tapi dibiarkan begitu saja
6. orang murtad bagaikan cendawan tumbuh lepas hujan
7. sistem riba dijadikan pam untuk menyedut keluar-masuk wang
8. rakyat hidup dalam keadaan takut, tapi menteri ada bodyguard
9. bontot pondan boleh didapati di kawasan panas dengan mudah
10. judi dan arak dihalalkan kerana ada lesen

Dan banyak lagi lah! Tak larat nak tulis kat sini.

Syabas! Para menteri memang legend dalam mencintai Nabi Muhammad SAW ♥
Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...