Pages

31 January 2012

Ceramah Ustaz Azhar Idrus di Shah Alam


Masa nak pergi, keadaan macam nak hujan. Langit memang gelap. Hampir mematahkan semangat aku untuk ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Tapi aku nekad untuk redah jugak kalau hujan membasahi bumi.

Aku pun memecut motor aku. Memang rushing habis sebab masa tu dah nak maghrib Sampai kat Lebuhraya Guthrie, tak sangka plak jumpa 'geng' nak ke Masjid Shah Alam jugak. Aku dan brader ni saling pecut-memecut. Sekejap aku kat depan, kejap dia kat depan. Macam racing di jalan yang lurus plak.

Sampai kat lampu isyarat, lagi ramai geng aku nampak. Berbaju Melayu belaka. Semuanya menuju ke Masjid Shah Alam. Tibanya aku kat sana, azan berkumandang. Alhamdulillah sempat jugak sampai sebelum solat bermula.

Apa pon, biar gambar di bawah ni saja yang berbicara :)











Alhamdulillah, seramai 30k orang telah hadir dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus. Sementara tu, AJL (Anugerah Jahannam Lagha) berlangsung serentak. Kita lihat tentera-tentera setan berjaya memesongkan umat Islam daripada jalan yang benar. Maksiat AJL dibiar berlangsung, tapi dakwah disekat. Lu fikirlah sendiri!
Selanjutnya...

25 January 2012

Melayu, Dengki, dan Babi


Malaysia kecoh lagi dengan isu babi. Dulu, isu babi ini disebar seluas-luasnya hanya dengan menggunakan kertas sahaja. Al-maklumlah, internet belum meluas. Myspace dan Friendster pun belum ada. Apatah lagi facebook. Mereka yang berfikiran pendek, tanpa berfikir panjang terus mencetak kertas fitnah tu dengan seberapa jumlah yang banyak. Aku ingat lagi, kertas ni sampai ke tangan aku pada peti surat rumah dan kawan aku sendiri yang mencetak kertas tu.

Nasihat punya nasihat, tak jalan jugak. Kawan aku yang dok edarkan kertas tu berkeras dengan pendiriannya bahawa isikandungan dalam kertas tu benar belaka. Banyak gila benda nak dibabikan dalam kertas tu termasuk pen kilometrico.

Dari sudut positifnya, kita nampak orang kita begitu prihati tentang halal-haram yang melibatkan anjing dan babi. Dari sudut negatifnya pula, orang kita 'terlebih prihatin' sampai tak kaji selidik dulu sama ada sahih ataupun fitnah. Kedua, kenapa hal halal-haram melibatkan babi sahaja? Riba, sekular, kapitalis, kenapa tak digembar-gemburkan dengan begitu hebat?

Mengulas isu fitnah terbaru ni, bayangkan betapa banyaknya dosa fitnah orang yang memuatnaik gambar tu? Tak silap aku, lebih 20k shares di facebook! Kemudian gambar tu dibuang oleh pemuatnaik gambar tu, mungkin rasa bersalah dan dicemuh oleh ramai pihak. Takkan nak tunggu jadi hal macam ni baru nak fikir? Sepatutnya fikir dulu sama ada fitnah ataupun sahih. Dapatlah dosa fitnah senang-senang. Tambah-tambah ada butang share. Adoi...



Lepas ni, tak tau pulak apa lagi yang nak dibabikan. Orang kita, nampak je perniagaan orang lain maju... Ha... Mulalah nak dengki. Kalau tak sihir, babi. Kalau tak babi, sihir. Lepas ni, ntah-ntah Proton pulak dibabikan. Kecoh pulak seat kereta proton dibuat daripada kulit babi. Mungkinkah?

Pengajaran yang boleh diambik daripada kes ni:
1. Fikir dulu sebelum kongsi apa-apa. Kaji kesahihan. Takut terjunam ke lembah fitnah!
2. Kesian kat babi. Mentang-mentang depa tu najis mughallazhoh, hampa hina depa. Kesian kat depa tau dak? Kat akhirat nanti, depa tak kena hisab. Tapi kita kena hisab. Pikiaq-pikiaq la noh!
3. Janganlah bersikap prejudis terhadap orang yang tak sebangsa dan seagama dengan kita. Asal cina yang buat produk, ada babi. Apa punya pemikiran ni?
4. Aku bukan nak hina bangsa Melayu. Tapi Melayu dan dengki bagaikan irama dan lagu. Melayu dan dengki bagaikan laut dan pantai. Bukan semua, tapi sinonim? Marilah kita bersama-sama lunturkan 'gelaran' ni sejajar dengan ajaran Islam.

Itu ajelah. Wallahu a'lam
Selanjutnya...

18 January 2012

Berbogel untuk Seni


Madah bercili bagi artis Hollywood tentang kerelaan mereka untuk melakukan aksi ranjang dan berbogel merupakan rona-rona normal dalam kehidupan bebas mereka. Ini adalah kerana mereka menganut fahaman sekular dan liberal, di mana mereka mengasingkan agama dengan kehidupan mereka, dan juga mereka beranggapan mereka bebas melakukan apa saja, atas tiket Hak Asasi Manusia (HAM).

Kerosakan ini dapat kita lihat secara langsung, tatkala dunia di hujung jari. Klik pada tetikus saja, boleh dah nampak gambar telajang sana-sini. Ada juga diantara mereka memang berniat untuk melucah. Ada juga di antara mereka berbogel atas tiket seni. Perkara ini sudah banyak terjadi di dunia Barat. Lazimnya, yang berbogel atas tiket seni adalah kaum wanita. Masakan tidak, wanitalah mempunyai pelbagai aset pada tubuh mereka. Ehem ehem... Rasanya tak perlu tulis kat sini. Kang ada yang mimpi basah, salahkan penulis pulak. Ahaks!

Serangan pemikiran atas tiket seni ini telahpun menerobos ke dalam pemikiran umat Islam dalam negara kita. Mereka rela beraksi ghairah untuk mendapat rating tinggi dalam sesebuah filem. Contohnya aksi wanita-wanita muslim berkemban. Mendedahkan aurat itu sememangnya salah, apatah lagi berkemban yang boleh membuatkan lelaki normal terangsang. Contoh lain yang terkenal adalah aksi ghairah Maya Karin dalam filem Ombak Rindu. Apa kejadahnya semua ini? Pemerintah dok nganga. Orang berdakwah ditangkap, orang merangsang nafsu orang lain tak ditangkap?

Kisah panas terbaru, artis yang tak berapa terkenal dan tak berapa gah telah membuat kenyataan pada Kosmo! yang berbunyi:
"SAYA tidak akan menolak jika ditawarkan untuk berbogel dalam mana-mana filem di masa-masa hadapan dan isteri saya pun tidak kisah jika saya dikehendaki berbogel sekali lagi (dalam filem)". Inilah salah satu bukti kerosakan pemikiran umat Islam hari ini. Si suami meletakkan isteri sebagai tempat rujukan dan kayu ukur perbuatan. Dan seolah-olah isterilah Tuhan bagi meredhai segala perbuatannya.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ ۖ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۚ ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا

"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya" [an-Nisa'(4):59]

Tambahnya lagi:
"Saya beruntung kerana keluarga dan isteri saya, Fyza memahami tugas saya selaku seorang pelakon. Mereka tahu saya lakukan semua ini untuk tugas saya dan saya juga akan bertindak profesional. Isteri saya tidak kisah, kerana dia tahu saya ramai 'teman wanita' dalam setiap produk lakonan saya".

Lihat, inilah kerosakan yang terpampang sendiri di depan mata kita. Umat Islam sudah tidak kisah untuk melakukan kekejian secara terbuka dan tidak ada sekelumitpun rasa malu tentang perbuatan kejinya itu. Dengan manusia yang kita nampak pun tak malu, apatah lagi dengan Allah yang kita tak nampak.

Hedonimse, sekularisme, dan liberalisme akan terus bertunjang dalam pemikiran masyarakat selagi mana pemerintah kita tidak menerapkan hukum-hakam Allah dan terus menjadi anjing-anjing Yahudi dan Nasrani.

Kepada pemimpin dan penyokong pemimpin, hayatilah peringatan daripada Allah ini

هَٰذَا فَوْجٌ مُّقْتَحِمٌ مَّعَكُمْ ۖ لَا مَرْحَبًا بِهِمْ ۚ إِنَّهُمْ صَالُو النَّارِ
قَالُوا بَلْ أَنتُمْ لَا مَرْحَبًا بِكُمْ ۖ أَنتُمْ قَدَّمْتُمُوهُ لَنَا ۖ فَبِئْسَ الْقَرَارُ
قَالُوا رَبَّنَا مَن قَدَّمَ لَنَا هَٰذَا فَزِدْهُ عَذَابًا ضِعْفًا فِي النَّارِ

(Penjaga neraka berkata kepada ketua-ketua golongan kafir dan penderhaka itu): " Ini ialah serombongan (orang-orang kamu) yang masuk berasak-asak bersama-sama kamu ". (Ketua-ketua itu berkata): " Mereka tidak perlu dialu-alukan, kerana sesungguhnya mereka pun akan menderita bakaran neraka ". Pengikut-pengikut mereka menjawab: " Bahkan kamulah yang tidak perlu dialu-alukan, kerana kamulah yang membawa azab sengsara ini kepada kami, maka amatlah buruknya neraka ini sebagai tempat penetapan ". Mereka berkata lagi: " Wahai Tuhan kami! Sesiapa yang membawa azab ini kepada kami, maka tambahilah dia azab seksa berlipat ganda di dalam neraka ". [Sod(38):59-61]
Selanjutnya...

11 January 2012

Kahwin Muda Itu Tanda Gatal?


Teringat cerita mak aku. Masa zaman mak aku kecik-kecik dulu, orang tua-tua cukup pantang kalau anak-anak muda cakap pasal nkah-kahwin. Ada je penampar yang hinggap kat pipi kalau sebut pasal kahwin. Dikatanya kita gatal dan sebagainya.

Inilah contoh pemikiran ortodoks orang dulu-dulu. Dah tentu pemikiran ortodoks ni bukan daripada pemikiran yang Islami. Ini merupakan salah satu kejayaan penjajah kufur mendoktrin pemikiran masyarakat dengan menyuntik doktrin dan pemikiran yang tidak Islami. Lalu, pemikiran ini meresap ke dalam masyarakat lalu mencambahkan tingkah-laku yang bertentangan dengan aqidah, syariah, dan akhlak Islamiyah.

Tapi alhamdulillah pemikiran ortodoks yang pekat tu lama-kelamaan telah mencair disebabkan oleh munculnya ulama-ulama yang berfikiran cemerlang untuk menongkah arus pemikiran masyarakat. Gerakan-gerakan Islam dibina dan fikrah yang Islami meresap ke dalam masyarakat. Namun, kepekatan doktrin dan pemikiran ortodoks tu sebenarnya masih belum hilang dan mencair sepenuhnya.

Buktinya, perkara ni terjadi pada keluarga aku sendiri. Aku teringat suatu peristiwa beberapa tahun lalu di mana sepupu (perempuan) aku ingin melangsungkan perkahwinan dengan jejaka idamannya pada usia yang muda. Tak silap aku, umur 20 tahun kot. Pada saat tu, aku fikir sepupu aku tu mengalami tekanan jiwa kot. Syukur alhamdulillah dia tidak dimasukkan ke dalam wad sakit jiwa.


Masakan tidak, sebilangan makcik-makcik aku menaburkan tohmahan terhadapnya hanya kerana dia ingin kahwin dalam usia yang muda. Label 'gatai' bagaikan satu label yang wajib digelar kepada sepupu aku tu. "Gatai nak menikah awai". Lebih kurang macam tulah tohmahan yang dihamburkan. Aku yang dengar pun sakit telinga bagai nak bernanah!

Bukan makcik-makcik aku je yang kata orang kahwin awal ni gatal. Aku masih perasan lagi, ada juga orang kita yang berkata demikian. Bukankah perkahwinan itu sebahagian daripada Islam? Sekiranya orang tu nak kahwin, perlukah kita menaburkan fitnah dan tohmahan? Sekiranya seseorang itu sudah sampai ke tahap wajib kahwin, ada di antara kita menghamburkan pelbagai kata-kata nista. Walhal, kita sepatutnya memberikan sokongan moral atau kewangan kepada orang yang nak kahwin ni!

Maksud hadis:
“Barang siapa menikah, maka ia telah melengkapi separuh dari agamanya. Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam memelihara yang separuhnya lagi."
[HR Thabrani dan Hakim]

Aku buat satu perumpamaan, jika sudah sampai waktu solat, boleh tak kita mengata seseorang itu kerana dia nak tunaikan solat? Tak boleh kan? Bahkan haram hukumnya! Jadi, apa bezanya dengan kewajipan berkahwin? Wajarkan kita menista orang yang sudah mencapai tahap wajib kahwin?

Yang pelik, orang yang nak salurkan nafsunya di jalan yang halal dan berpahala dikatakan gatal. Tapi, orang yang berzina sana-sini sampai buang anak, pernahkah kita kata mereka tu gatal? Mereka tulah sebenarnya yang gatal dan melakukan al-kaba'ir (dosa besar). Inilah contoh pemikiran kolot yang diadun oleh penjajah kufur. Syariah Islam dianggap jelek dan asing. Manakala pula maksiat diaggap biasa dan sebahagian daripada norma-norma kehidupan. Rendah sungguh tahap pemikiran kita.

Maksud hadis:
Dari Abdullah r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda:”Hai para pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah sanggup memikul tanggungjawab berumahtangga, maka kahwinlah! Kerana perkahwinan itu dapat menundukkan mata dan kemaluan (dari dosa). Siapa yang belum sanggup, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat menundukkan nafsu berahi.” [HR Muslim]

Apa pun, segala permasalahan, kita wajib menggalinya hingga ke akar masalah. Bukan hanya sekadar melihat kepada ranting masalah. Dicantas ranting itu, lepas tu tumbuh balik ranting tu kerana akarnya masih tidak dicabut dan diganti dengan akar yang baru.

Akar kepada permasalahan kita hari ini adalah sistem kufur lagi rosak yang diterapkan oleh pemerintah kita. Mereka mendaulatkan suara manusia di dalam parlimen dan membelakangkan al-Quran dan as-Sunnah. Sekiranya Islam diterapkan secara 100%, adakah masalah yang semakin meruncing ni berlanjutan sampai ke saat ini? Sudah lupa kah kita, sewaktu zaman pemerintah Umar Abdul Aziz, setiap pemuda yang ingin berkahwin akan dibantu? Adakah mereka digelar gatal dan menggedik? Fikir-fikirkan..

*****


Maksud hadis:
“Nikah adalah sunnahku (jalan agamaku), maka barangsiapa yang cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunahku itu”. [HR Abu Ya’la dari Ibnu Abbas r.a]
Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...