Pages

20 December 2012

21.12.12: Tiada Kiamat Sebelum Tertunainya Janji Nabi SAW


Bermula dengan kepercayaan pada kalendar karut kaum Maya, umat manusia hari ini ada yang sudah panik kerana mereka menyangka dunia akan berakhir pada 21 Disember 2012. Ini adalah kerana kalendar Maya yang karut itu berakhir pada 21 Disember 2012.

Walaupun ia dilihat sebagai kuno dan karut, sebilangan besar umat manusia ada juga yang mempercayainya sehingga muncul pelbagai teori dan ramalan-ramalan yang berdasarkan kalendar ini.

Namun, bagi hamba-Nya yang beriman, perkara ini seharusnya tidak langsung menyinggah di pemikiran kita. Sebaliknya hanya perlu 'dengar-dengar' saja dan terus mematahkan hujah karut ini sama ada dengan akal ataupun dengan dalil.

Percaya dan yakinlah, bahawa masih terdapat beberapa janji Nabi SAW yang masih belum terlaksana sehingga hari ini. Sesungguhnya setiap kata-kata insan yang bernama Muhammad SAW bin Abdullah itu tiada satu pun yang bohong. Semua janjinya pasti akan terlaksana. Cuma batas waktu sahaja yang memisahkan janji Nabi SAW dengan perlaksanaannya. Jadi, tiada kiamat sebelum semua janji-janji tersebut terlaksana!



Ingatkah kita, bahawa Nabi SAW pernah berjanji bahawa kota Konstanopel akan ditakluk oleh umat Islam, berdasarkan khabar gembiranya yang bermaksud:

“Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukinya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah komando adalah sebaik-baik pasukan.” [HR Ahmad]

Semenjak itu, para sahabat tidak putus-putus berusaha untuk menakluk kota Konstantinopel. Namun, setiap ketumbukan tentera yang dihantar ke sana tidak berjaya. Selepas 800 tahun khabar gembira itu disabdakan, kota Konstantinopel telah dibuka oleh Sultan Muhammad al-Fateh. Inilah kebenaran janji Nabi SAW walaupun ia memakan masa selama 800 tahun!

Bukan itu saja, bahkan Nabi SAW juga telah menjanjikan bahawa kota Rom adalah milik umat Islam akhir zaman. Maksud hadis:

Dari Abdullah bin Amr bin Al-As berkata, “Saat kami sedang menulis di sekeliling Rasulullah SAW, tiba-tiba beliau ditanya tentang kota manakah dari kedua kota yang akan dibebaskan terlebih dahulu, Konstantinopel atau Rom. Maka Rasulullah saw menjawab, “Kota Heraclius akan dibebaskan terlebih dahulu.” Maksudnya adalah Konstantinopel. [HR Ahmad]

Bahkan, ada lagi khabar gembira daripada Nabi SAW, bahawa Khilafah akan kembali setelah keruntuhannya (pada tahun 1924).

"Di tengah-tengah kalian terdapat zaman kenabian, atas izin Allah ia tetap ada. Lalu Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada Khilafah yang mengikuti manhaj kenabian. Ia ada dan atas izin Allah ia akan tetap ada. Lalu Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada kekuasaan (kerajaan) yang zalim; ia juga ada dan atas izin Allah ia akan tetap ada. Lalu Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada kekuasaan (kerajaan) diktator yang menyengsarakan; ia juga ada dan atas izin Alah akan tetap ada. Kemudian, akan kembali Khilafah di atas jalan kenabian." Kemudian beliau diam. [HR Ahmad]

Jadi, sebagai hamba-Nya yang beriman, adalah tidak wajar bagi kita untuk mempunyai frekuensi pemikiran yang sama dengan pemikiran orang-orang kafir. Orang-orang kafir sedang menghitung hari menuju 21 Disember 2012, manakala umat Islam di seluruh dunia sedang berusaha siang dan malam baik di alam maya mahupun di alam nyata untuk merealisasikan janji Nabi SAW.



Lihatlah di bumi Syria, para mujahid tidak henti-henti berjihad di sana tanpa memikirkan tentang peristiwa karut yang bakal berlaku pada 21 Disember 2012. Sebaliknya, hanya jihad atau syahid saja yang sedang berlegar-legar di ruang pemikiran mereka. Azam dan sumpah mereka adalah untuk membunuh Bashar al-Asad La'natullah, lantas mereka akan menegakkan Khilafah yang dijanjikan oleh Nabi SAW!

Inilah perbezaan kehidupan orang beriman dan orang kafir, di mana orang kafir akan sentiasa mempercayai perkara-perkara rekaan manusia yang tidak berpijak pada bumi yang nyata. Sebaliknya, umat Islam itu mempunyai visi yang unik, kerana janji Nabi SAW itu sudah direalisasikan dan masih ada belum yang direalisasikan!
Comments
2 Comments

2 comments:

♥ Nana BamBam ♥ said...

sedangkan Rasulullah SAW tak tahu bilanye kiamat, ini main pandai2 letakkan tarikh kiamat..ish ishh

LydSunshine said...

Ramalan kiamat tu memang mengarut. Tapi saya agak kurang setuju jika ramai org mengutuk kalendar mayan atau ada yang kata kaum mayan kaum bodoh dan sebagainya. Mereka tak pernah kata apa2 pun tentang kiamat. Yang bodoh dan mengarut hanyalah org yg mentafsirkan kalendar tersebut. *bukanlah saya nak membela kaum mayan. Saya pun tak kenal mereka siapa. Yang saya tahu mereka adalah salah satu kaum kuno zaman dahulu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...