Pages

16 November 2012

Palestin Dihancurkan kerana Tak Pakai Jubah dan Serban


Aku ingat lagi satu peristiwa masa aku semester akhir masa ambik diploma dulu. Masa tu study week. Untuk mengisi masa pelajar, beberapa orang kawan aku telah menjemput pendakwah dari luar untuk memberika sedikit tazkirah.

Lepas saja solat isyak, bermulalah sesi tazkirah tu. Aku sedikit terkejut apabila orang yang akan memberikan tazkirah tu adalah kawan aku masa sekolah dulu. Aku tengok dia dah lain. Dah berjanggut, berjambang, dan memakai jubah. Aku pun mendengar tazkirah yang diberikan sampailah habis sesi tazkirah. Antara yang mendengar adalah junior-junior aku.

Usai saja tazkirah, ada pulak sesi makan-makan ringan. Masa ni lah ramai yang bertanyakan soalan kepada penceramah. Untuk pengetahuan korang, penceramah merupakan pendakwah dari jemaah sekian-sekian (aku tak nak bagi tau jemaah mana satu). Kebetulan, yang mendegar juga kebanyakannya terdiri daripada geng-geng jemaah ni jugak.

Tengah makan, junior aku pun bertanyakan soalan tentang Palestin. Sebelum tu, kat Stadium Malawati Shah Alam ada buat program pasal Palestin. Jadi, semangat budak ni masih berkobar-kobar dek program tu. "Bang, saya nak tanya sikit pasal Palestin. Apa pendapat abang pasal isu Palestin sekarang ni?". Lebih kurang macam ni lah soalan budak tu kat si penceramah tu.


Terdiam seketika, lalu si penceramah tu pun tersenyum lantas menjawab, "Kang, aku jawab... korang kata aku ni anti-Palestin pulak". Aku yang mendengar jawapan tu sedikit rasa pelik. Sambungnya lagi, "Aku dah tanya eldest (orang otai dalam jemaah ni). Diorang pun ada jawapan yang sama. Sebenarnya Palestin dihancurkan kerana diorang tak pakai jubah dan serban".


Aku terkesima dengan jawapan tu. Memang aku betul-betul menyirap mendengar jawapan tu. "Korang tengok yang baling batu tu... Ada diorang pakai jubah? Ada diorang pakai serban? Takkan? Diorang pakai T-shirt je. Sebab tu lah Allah hancurkan diorang. Lepas golongan ni dihancurkan oleh Israel, Allah gantikan pulak dengan golongan yang pakai jubah dan serban". Aku malas nak betah dah. Sebab sebelum junior aku tu tanya soalan ni, aku dah berdebat dengan dia secara baik. Tapi jawapannya memang merapu dan mengelirukan. Aku hanya diam je bila dengar dia cakap macam tu. Lagi pon, geng dia memang ramai kat situ. Malas aku nak keruhkan keadaan.

Orang yang cerdik dan masih waras pasti akan berfikir dengan lebih jauh dan secara automatik pemikiran kita akan mencantas jawapan dia ni. Masakan Allah menghancurkan sesuatu kaum atas alasan bukan maksiat? Tak pakai jubah dan serban tu bukannya maksiat pun, malah ia tidak diwajibkan dalam Islam! Kenapa pulak dia tak cakap Allah akan hancurkan Malaysia sebab Malaysia ni ada kilang arak, ada lesen judi, banyak zina, dan banyak maksiat?

Apa yang menyedihkan, kebanyakan umat Islam yang berada dalam jemaah ni suka bertaqlid buta. Apa yang otai dalam jemaah ni cakap akan terus meresap dalam kepala otak dioran dan terus terima tanpa usul periksa. Berdakwahlah sesuai dengan ilmu kita, bukan berdakwah dengan sesuatu yang kita tak tahu. Dan apabila orang bercakap atas tiket agama, belum tentu ianya sesuatu kebenaran. Selidiklah dulu dengan akal fikiran yang waras. Wallahu a'lam
Comments
13 Comments

13 comments:

E.y.n.a said...

hmm..macam tau je jemaah ni. knp x bantah balik jwpn dia? huhu..

soutulmujahid.com said...

dah jawab kat entry:
"Aku malas nak betah dah. Sebab sebelum junior aku tu tanya soalan ni, aku dah berdebat dengan dia secara baik. Tapi jawapannya memang merapu dan mengelirukan. Aku hanya diam je bila dengar dia cakap macam tu. Lagi pon, geng dia memang ramai kat situ. Malas aku nak keruhkan keadaan"

fuad ansari said...

kadang2, ada orang yg salah cakap..

kadang2, ada orang yg tak berapa pandai nak cakap..

kadang2, maksud yang ingin disampaikan tidak sama seperti apa yg orang lain faham..

saya suka melihat pada sudut yg positif akan pandangan2 yg begini dan sy mahu bersangka mereka dalam proses pembelajaran.. sama seperti sy yg masih belajar..

cuma bagi saya, masyarakat yang jauh dari agama dan amalan kehidupan Nabi saw adalah sukar untuk mendapat bantuan Allah swt.. tidak perlu tengok jauh2, sedihnya masyarakat kita juga sudah semakin jauh dari agama..

LydSunshine said...

Ada jugak org macam ni. Jmaah apa yg berjubah berserban ye? Tabligh ke?

Shah Min Ho said...

jmaah ape ye? cerita la sini..saya nak tau..kabur la entry kat atas..tak faham...

ahmad said...

makin banyak kita amal sunnah nabi makin banyak kelebihan yang kita dapat.. seperti kisah Abdul Rahman bin Auf yg mahu rugi.. tapi last skali ditukar takdir jadi untung sebab kutip makanan yg jatuh kemudian makan .. . tu xkira lg cara berak,, kencing, berjalan.

Firdaus said...

admit it,it is tabligh

I agree the Penceramah guy answer.
Here in UIAM,these Palestinians students,ignore the main prophetic sunnah which is having having beard...
MOST of them shave their bear n keep mustache.some of them just trim their beard..following Hollywood sunnah

Y? Remember the story of Muslim army win against roman army?

It's just because of a miswak.Simple as that...

But Alhamdulillah,nowdays there are some Palestinians brother started to think about keeping beard...Let this be a good start

You may delete this post if you disagree

soutulmujahid.com said...

ya, jemaah tabligh. tapi persoalan jubah dengan janggut tu lain. ada qaul yg menyatakan janggut tu wajib dan ada qaul yg menyatakan janggut tak wajib

tp jubah bagi lelaki, adakah ia wajib? Allah hancurkan sesuatu kaum krn x amalkan perkara wajib? merepek.

Anonymous said...

Orang mukmin pasti mengamalkan sunnah....

HariSaya La said...

ok,serius bahaya gol cmni..
kadang2 yg wat org x ske jemaah cm tabligh sbb gol cmni ar. ade je gol yg benar. tp certain yg bg statement cmni la yg wat rosaknya.. huhu..

Anonymous said...

Depa rasa depa lah golongan paling hampir pada tuhan..... Itulah apabila perasan menguasai perasaan..... Yg perlu ditekankan adalah isu Tauhid bkn nye isu jubah...... Sejauh mn pengamalan Tauhid seseorg itu ketika berhadapan musuh....... Panjang nk ulas yg ni so stakat ctu je lah bt ms ni......

Romeo said...

kefahaman org alim berbeza dgn org yg bkn alim. Memang susah nk diterima akal klu kte x alim. Yakinlah dlm sunnah ada kejayaan. Kalau kaji balik sejarah mmg byk cerita org islam kalah sebab x amal sunnah. Panjang nk ulas bab sunnah ni. Sesiapa yg ragu2 lagi pasal bende ni baiklah kalian teroka dulu keajaiban sunnah n kesan dlm kehidupan manusia

Romeo said...

Just my 2 cents. Klu disagree bolehla delete comment ni.. Assalamualaikum :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...