26 February 2012

Kalau Bini Kita Dicium, Apa Tindakan Kita?


Kalau bini kita dicium, apa tindakan kita? Maksud aku, orang asing mencium bini kita. Bukan mak bapak bini kita. Soalan ni sebenarnya relevan untuk ditanya kepada mana-mana lelaki, tak kira yang dah bernikah atau pun belum. Sebab, sudah pasti akan ada suatu jawapan yang tersimpan kemas dalam pemikiran seorang lelaki bermaruah.

Seorang lelaki bermaruah takkan sewenang-wenangnya membiarkan isterinya dipegang, dicium, atau disentuh oleh orang asing. Perkara ni sebenarnya melibatkan maruah dan syariat. Kalau seorang suami tu takde rasa apa-apa kalau aurat isterinya dipandang, tubuh badannya disentuh, sahlah bahawa suami itu adalah suami yang DAYUS.

ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي .

Maksudnya: Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" [HR Ahmad]

Sudah pasti, kalau bini kita dicium, akan ada suatu tindakbalas yang cepat, pantas, lagi spontan. Tak kiralah apa jua pun tindakan tu, sama ada menampar, menumbuk, menendang, memarahi, atau sebagainya. Yang pasti, ianya pasti merupakan suatu tindakbalas yang spontan. Sekelip mata saja tangan dihayun dan penumbuk menghinggap di pipi. Lalu darah keluar berhamburan.

Dan sudah pasti juga, tiada tindakbalas yang lembab, longlai, dan lengai. Senyum, senyap, tersipu-sipu. Jika ada kelakuan macam ni bila bini kita dicium, alahai ruginya kita bayar mahar kat bini kita. Dah bayar mahar jadi dayus pulak.



Okay, ambik satu contoh pulak. Seorang pornstar bernama Chua Soi Lek menghina hudud dalam satu majlis di hadapan seorang Ularmak Muda UMNO bernama Ustaz Fathul Bari. Dalam majlis ni, pornstar tersebut telah menghina hudud secara jelas dan terbuka. Dalam web MCA juga, si pornstar Chua Soi Lek tersebut juga ada membuat kenyataan menghina hudud. Boleh la baca sendiri kat sini: FDI will drop should hudud be implemented

Kalau kita ambik situasi bini kita kena cium, sudah pasti secara spontan kita akan bertindak. Tapi dalam hal hukum Allah dihina, ularmak muda UMNO ni hanya mendiamkan diri dan bersifat lengai apabila hukum Allah dihina secara terbuka. Bukanlah aku nak suruh ularmak UMNO ni bubuh penumpuk kat pornstar tu, tapi sekurang-kurangnya bersuaralah menentang pendapatnya.

Kat mana kita letak maruah kita sebagai seorang muslim apabila hukum Allah dihina? Kalau bini kena cium, tau pulak nak bertindak spontan. Tapi bila hukum Allah dihina, seorang ustaz yang belajar tinggi-tinggi macam dia berdiam diri. Kalau suami bersikap lengai apabila isterinya dicium lelaki asing, dia dikira dayus. Kalau umat Islam bersikap lengai apabila hukum Allah dihina, apa pula statusnya? Ha... pikirlah sendiri!!!

وَآمِنُوا بِمَا أَنزَلْتُ مُصَدِّقًا لِّمَا مَعَكُمْ وَلَا تَكُونُوا أَوَّلَ كَافِرٍ بِهِ ۖ وَلَا تَشْتَرُوا بِآيَاتِي ثَمَنًا قَلِيلًا وَإِيَّايَ فَاتَّقُونِ

"Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan (Al-Quran) yang mengesahkan benarnya Kitab yang ada pada kamu, dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang mula-mula kafir (ingkar) akan dia; dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa" [al-Baqarah(1):41]

Comments
5 Comments

5 Orang Cari Pasal:

Anonymous said...

Skurang2 die ulama UMNO yg terkeji stiap masa... bagaimana klu die adlh ulama atas name Parti Ajaran Sesat (PAS) yg mnjerit 24jam tok islam tp melacurkan islam... x lg hina ke, antra ularmak UMNO ataw penjual agama PAS itu...

Liyana Zahim said...

Like tis... Betapa agama tu dipandang penting.. Sbetulnya kasih pada ALLAH tu patut lebih dari segala2NYA kerana DIA mengasihi kite lebih dari segala2nya..

Topijerami90 said...

setuju dengan admin sini....
sebenarnya akidah umat islam dah ramai hancur bila
menduakan hukum Allah...

sebab 2 ramai yg teruk2...
dan najib menjadi penyebab utama akidah umat islam di malaysia rosak...

SoutulMujahid said...

bukan persoalan PAS atau UMNO masalahnya skrg. masalahnya adalah individu muslim yg berdiam diri apb hukum Allah dihina.

Anonymous said...

Ahli-ahli UMNO tak dapat bezakan antara agama dan parti. di sini ulama( berpengetahuan agama) UMNO tak kata apa-apa bila pornstar perlekeh hudud. Dia tu mengaku ulama' UMNO jadi kenalah berhujjah balik tapi dia diam jer. Bila berhadapan dgn PAS, Ewaaaah! bukan main tunjuk hebat! Maknanya disini, dia takder nilai nak pertahankan agama depan orang kafir. masuk UMNO hanya untuk dunia jer bukan nak perjuangkan agama!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...