19 February 2012

AWAS, Taktik Penipuan Bermotor!!!


Kejadian ni berlaku pada awal Januari lepas, di mana aku baru je balik kerja dan mengisi minyak di stesen minyak BHP. Sedang aku mengisi minyak, aku didatangi oleh seorang lelaki bermotor.

Lalu dia menyapa aku dengan penuh harapan. Lebih kurang macam ni lah dialognya: "dik... dik... boleh tolong abang tak? Tayar motor abang pancit ni...". Lalu aku mengalihkan pandangan aku ke arah tayar motornya. Ya, memang betul pancit kat tayar belakang. Lalu dialog disambung lebih kurang, "abang takde duit ni... Gaji belum masuk lagi. Esok baru masuk gaji. Boleh tak abang nak pinjam duit?" Aku terpinga-tinga sebab tiba-tiba disapa lalu mamat ni nak pinjam duit aku.

Lalu aku pun tanya, "nak pinjam berapa?". Jawabnya pulak, "RM30 boleh tak dik?". Dari awal lagi sememangnya aku ragu-ragu untuk menghulurkan wang aku. Wajah aku pun agak terpinga-pinga masa tu. Lalu aku menyambung, "biasanya kalau tayar pancit, RM20 je bang". Lalu dia jawab, "RM20 pon takpelah...".

Lalu aku pun mengeluarkan RM20 dengan niat bukan untuk sedekah, tapi semata-mata bagi hutang kat dia. Lalu dia pon kata, "terima kasih ye dik... kita SESAMA MUSLIM... Esok kita jumpa. Abang bayar duit adik".

Lepas tu, aku pon beredar dari situ dalam keadaan hati aku yang rasa tak berapa sedap. Tapi aku gagahkan untuk sedapkan hati aku, niat kerana Allah. Aku sedapkan hati aku jugak masa tu. Aku fikir ia adalah tanggungjawab aku untuk bantu orang yang susah. Esok-esok Allah tolong aku pulak kan?

Esoknya, aku SMS brader tu tanya hutang aku. Tapi aku tak simpan pulak SMS dia yang tu. Dia jawab dia belum gaji lagi. Lusa baru gaji. OKlah... Nak buat macam mana kan? Lepas lusa, aku SMS dia lagi, dan SMS dia aku simpan sampai hari ni. SMS dia ni aku tak ubah walau sedikit pun. Macam ni la rupa SMSnya:

"W.salam ..adik bang mita maf sb gji blnce 7o rm sja ..bang x tipu ..x snang de dunia apakta nti tngh blan nti t.up no adik ..ya baru kja cayalh dik ! Jgn risau bang byr ye..trus-trang snang..jgn mrh..ya.."

Inilah SMS bertarikh 11 Januari 2012, 21:26:23, yang dihantar melalui nombor 0122273903. Lepas beberapa hari, aku pun hantar SMS lagi, tengok-tengok mesej aku tak sampai kat nombor ni. Sah aku dah kena tipu. Memang tak guna punya manusia. Gunakan nama 'muslim' untuk kepentingan diri. Ko jawablah kat akhirat nanti sebab tipu aku dan jual nama 'muslim'.

Kepada kawan-kawan, hati-hatilah ye. Ada jugak ye gunakan taktik pancitkan tayar motor untuk ambik duir orang. Tapi aku pun silap, terlupa ambik nombor plate dia (T.T)

Comments
22 Comments

22 Orang Cari Pasal:

Ain Zulaikha said...

kesiannya... takpelah, tu kan peringatan sesama kita.. thanks sebab share.. benda ni dah selalu kena kan.. sellau jadi.. take care

~wani~ said...

hmm..lagikan yg berserban bagai pon menipu..saya pon pernah terkena dengan org sebegini..berhati-hatilah..

SoutulMujahid said...

kalau aku jumpa balik mamat ni, memang makan penerajang aku

NaRuFiQ said...

halalkan je laa....heee~

Anonymous said...

Nabi akan buat/balas mcm tu ke?

fuad ansari said...

saya bukanlah insan yang pandai meminta kembali hutang.. sy lebih suka memberi hutang tanpa berharap hutang itu akan dibayar kembali agar tidak ada keperluan yg mendesak sehinga saya terpaksa menuntut hutang itu kembali.. nak bayar, bayar.. tak nak bayar, sudah..

jika saya berharap hutang itu dibayar kembali, maka saya tak akan memberi.. saya lebih suka kata, "maafla, saya sendiri tak cukup duit"

(",)

SoutulMujahid said...

anonymous, itu cuma kata hati je, bukan betol2. nabi x menipu pun mcm mamat ni kan? orang asyik tengok mangsa kejadian, tp x tengok plak pesalah tu sendiri yg lakukan kesalahan. susah betol sampaikan maklumat dgn org2 mcm ni

aku budak klang said...

bila kita sedekahkan RM20 pada org yg memerlukan kita rasa mmg kita ikhlas utk bersedekah...tapi kalau mcm ni nak sedekah ke nak kena tipu aku ni???...mcmamna kita nak ikhlas ye bila kita tau kita kena tipu...entahlah...semoga tuan diberkati Allah..walaupun kena tipu sakit2 mmg sakit hati tu tapi maafkan ajelah....kena ikhlas kalau tak hati sakit lagi

Anonymous said...

Suami saya slalu bagi pinjam duit kat org tapi dia kata jgn harap dapat balik. Memang benar. 90% peminjam tu tak byr balik kat dia. Yg bagus tu mrk boleh buat tak tau je. Dia kata tak apalah. Nanti Allah ganti lain. Alhamdulillah Allah ganti dgn berbagai nikmat....

LydSunshine said...

Sabar je la Soutul. Kalau ikhlaskan RM20 tu, dpt la ganjarannya nanti. Kalau dia menipu, itu memang dosa dia.

L said...

20 yal jer... halal kan jerlaa..

Cik tikah said...

lain kali jgn mudah percaya. bagi pengajaran :)

Anonymous said...

Assalaimualaikum,
Org yg tipu saudara itu dah tentu ada balasannya di akhirat. Yg saudara beria2 sampai "kalau aku jumpa balik mamat ni, memang makan penerajang aku" tu yg saya tanya..
"Nabi akan buat/balas mcm tu ke?"

Sewajarnya kita meniru akhlak Nabi. Tetapi sekiranya saudara berlainan pendapat, maafkan saya.

naim said...

salam bro

ko kena hati jahat sama. haha

Ang kena hati2 sama, jgn terpedaya orng nak nipu..

SoutulMujahid said...

kaki ada, tangan ada, kudrat ada, takkan kuhalalkan RM20 tu. sapa nak bagi free2 RM20? orang nak dapatkan RM20 pon kena perah keringat. xpa2... kita jumpa kat akhirat esok. Allah tu Maha Adil

~CAHAYA~ said...

abg kacak halalkn jer, nnt abg kacak pn xtersangkut kt akhirat disebabkn urusan ngn dia xselesai...huhu

L said...

meh no akaun bank nak masuk rm20 ganti.. hehe

Anonymous said...

soutulmujahid ni memalukan nama "mujahid" tu sendiri... sy baru 1st time buka blog awak ni. sy dapat link dari tempat lain, awak tulis : x perlu cintakan malaysia. kalau awak tak cintakan malaysia, silalah tinggalkan negara ini..

saya jadi MALU kerana nama awak mujahid tapi sikap awak mengaibkan.

SoutulMujahid said...

anon, kalau nak komen, komen pada tempat yg betol, bukan pada entry yg xde kena-mengena dgn komen awak. berikan sebab kenapa perlu cintakan malaysia negara sekular ni?

Anonymous said...

haha..btul tu..aku pun x suka gak negara nie,w/pun aku mmg x prnh kluar dr m'sia nieh..nti bile m'sia dh ada pemimpin yg btul2 cintakan islam,barulah aku boleh cintakan jugak negara nie...

Badio Salleh said...

Akhlak mencermin hati, semoga kita semua dapat mencontohi akhlak Baginda Rasulullah S.A.W. Alhamdulillah saudara Soutul telah menunaikan tanggungjawab membantu sesama muslim dgn ikhlas, dan sebolehnya serahkanlah pada Allah berkenaan tanggungjawab pemimjam tersebut, rezeki dari Allah dan Allah berhak menarik atau menambah rezeki bila2 Dia kehendaki dgn apa cara sekalipun.. Wallahualam

nur_wa said...

sy pun pernah berpengalaman mcm tuan admin..
tapi bukan situasi motor pancit ni la..
ade sorg mak cik ni dok tegur.die ckp x cukup duit nak tambang ktm balik seremban kot(dh x ingat dah)tengok dari cara dia berpakaian dgn handbag mcm susah nak percaya..nampak lebih berkemampuan dr sy yg time tu still student lg..kebetulan time tu nak beli tiket..sy pon cakap la duit sy ni cukup2 utk tambang balik..tp makcik tu mcm mendesak memaksa pulak mintak duit dr sy...adoii..serba salah dibuatnya..byk kali terjadi situasi macam ni kat lrt dan tempat tunggu bas..takut sgt bile didatangi orang2 yg terdesak camni..cepat2 sy larikan diri..takut die cuba buat apa2 pulak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...