Pages

29 December 2011

Tentang Dhia dan Tentang Dia


Malam ni, banyak la pulak orang update status facebook pasal Tentang Dhia. Aku dengan bangganya tak layan cerita waktu maghrib tu walaupun dibarisi pelakon handalan seperti Nora Danish. Ya, Nora Danish yang mengenakan tudung. Tudung pelaris ke tudung ikhlas ni? Aku pun tak boleh nak bagi jawapan.

Kalau nak cakap pasal jalan cerita, sumpah satu habuk pun aku tak tau. 1 Episod pon aku tak tengok. Aku nak komen lah pasal sikap sebilangan besar orang kita pasal drama maghrib ni. Bukanlah aku nak kutuk, tapi sebagai muhabasah kepada diri aku jugak yang sangat selalu tewas kepada godaan syaitan.

Oh ya, sebut pasal syaitan, teringat pulak aku kat setan. Setan ni memikul tanggungjawab untuk 'mencuri' dan menggoyah iman manusia. Jadi, waktu maghrib orang tua-tua selalu sebut, setan banyak berkeliaran. Maka, semasa drama Tentang Dhia ditayangkan, ia menjadi satu kelebihan bagi mereka untuk menjalankan tanggungjawab dengan lebih efisien. Peluang para setan harus digunakan secara maksimum dan optimum.

Para setan seharusnya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak TV3 suku kerana membantu para setan untuk menjalankan tugas. Ia bagaikan memorandum persefahaman (Memorandum of Understanding/MOU)antara setan dengan TV3 suku. Jika diperhatikan, sebenarnya MOU antara setan dengan TV3 telahpun berlaku sejak dahulu lagi. Cumanya drama Tentang Dhia dilihat sebagai kerjasama setan dengan TV3 suku yang berjaya dan mempunyai keunikan tersendiri.


Masakan tidak, orang kita dok melangut tengok TV, dalam pada masa yang sama, tok bilal melaungkan azan menyeru umat Islam untuk menunaikan solat dan menuju kejayaan. Ada juga yang berasalan, mereka menunaikan solat apabila iklan ditayangkan. Cuba fikir, sejauh manakah khusyuk dapat digarap. Mungkinkah kita sering terfikir, "iklan dah habis ke belom?". Ataupun, ada tak yang lepas bagi salam je, tak zikir dan doa pendek-pendek ikut dan je sebab tak nak terlepas adegan menarik Tentang Dhia.

Jika perkara ini yang berlegar-legar di kepala otak kita, cuba kira berapa kali solat maghrib kita tak khusyuk gara-gara tentang Dhia? Korang kiralah sendiri berapa hari. Aku tak tengok cerita ni, jadi tak tau berapa hari ditayangkan. Kita tak lagi peduli tentang Dia, tetapi lebih mengutamakan Tentang Dhia.

Oh lihat, betapa berjayanya MOU antara setan dan TV3 suku. Usaha sama ini wajar dijalin lagi pada masa-masa akan datang. Kejayaan inilah yang membuahkan berjuta-juta wang ringgit, kerana di mana ada manfaat, di situ ada jalannya. Hasil kepada masyarakat pula, generasi rosak dicetak sehari-harian dek sistem yang diterapkan dan hasil daripada kelalaian terhadap solat.

Ini baru kita cerita pasal orang tak khusyuk solat. Belum lagi kita sentuh pasal orang tinggal solat hanya sebab Tentang Dhia. Tentang Dhia dan tentang Dia, agak-agak la kan, mana kita lebih arif? Tentang Dhia? Atau tentan Dia? Tepuk dada tanya iman kita, jangan tanya kat orang lain. Wallahu a'lam



*****

 Kalau ada sapa-sapa yang tersentap, aku mintak maap la ye. Aku tak tuding jari kat sapa-sapa pun. Hanya bagi peringatan untuk diri sendiri dan orang ramai secara rawak. Kalau nak tegur, mestilah kena bagi terasa ye tak? Kalau tak, tak merasalah kesannya. Aku rasa, ramai yang kena sentap ni. Baik aku cabut cepat :p
Selanjutnya...

25 December 2011

Hukum Pakaian Santa Claus


Krismas menjelang lagi. Selain daripa bunyi mercun yang berdentum-dentam, ada lagi perkara yang kita perlu fokuskan, yakni umat Islam 'meraikan' syiar agama Kristian dengan pelbagai cara. Antaranya adalah ucapan-ucapan perayaan seperti "Merry Christmas" di telefon, status facebook, SMS, dan sebagainya.

Tidak kurang juga ada yang 'meraikan' syiar agama Kristian dengan pakain Santa Claus. Sungguhpun mereka tidak hingin pun meraikan syiar agama Kristian, hakikatnya mereka telahpun meraikan syiar-syiar Kristian secara tak langsung.

Contohnya pemakaian pakaian Santa Claus yang dapat kita lihat yang dipakai oleh kafe terkenal seperti Starbucks Coffee. Walaupun pekerjanya muslim, mereka dimestikan untuk memakai pakaian ala-ala Santa Claus.

Apa yang harus difokuskan, pakaian Santa Claus itu bukan sekadar pakaian semata-mata, tapi ia adalah pakaian yang terkait dengan unsur-unsur aqidah Kristian. Hal ini telahpun dibahaskan oleh seorang ulama mujtahid, Allahyarham Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani dalam kitab Nizhomul Islam, dalam bab Hadharah Islam. Untuk memahami apakah yang dibahaskan dalam bab tersebut, mari kita tinjau peta minda di bawah supaya lebih jelas, insya Allah.



Hadharah
Adalah suatu mafahim (idea yang dianut dan mempunyai fakta) tentang kehidupan. Hadharah memang terkait secara langsung dengan aqidah, sama ada aqidah Islam atau aqidah kufur.

Contoh Hadharah Islam: menunaikan solat, menerapkan hukum-hakam Islam, dan lain-lain
Contoh Hadharah kufur: cara sembahyang orang kafir, penerapan hukum-hakam sekular, dan lain-lain

Madaniyah
Ringkasnya, kita boleh sebut sebagai benda atau alat. Secara umum, madaniyah tidak terkait dengan aqidah, kerana ia adalah benda. Contohnya, kayu, kain, teknologi, dan lain-lain. Adakah perkara tersebut terkait dengan aqidah? Tidak. Namun, madaniyah boleh terbahagi kepada dua jenis, seperti yang berikut:

Madaniyah Umum
Suatu benda yang memang tidak terkait dengan aqidah. Contohnya facebook, YouTube, blog, teknologi, dan sebagainya. Hukum menggunakannya adalah halal dan tidak ditegah dalam Islam

Madaniyah Khas
Inilah suatu benda yang terkait dengan aqidah. Walaupun ianya hanya benda, tapi ia boleh terkait dengan aqidah. Contohnya, kayu (sejenis benda) diukir menjadi salib. Ia terkait dengan aqidah kufur, maka kayu tersebut menjadi haram. Contoh lagi, pakaian seksi (sejenis benda). Ia haram dipakai di tempat awam kerana ada larangan mendedahkan aurat. Contoh lagi, pakaian Santa Claus. Walaupun ia adalah sejenis benda, ia menjadi haram kerana ia terkait dengan aqidah Kristian. Segala jenis madaniyah khas yang bertunjangkan aqidah kufur adalah haram untuk diambil dan digunapakai


*****


Jadi, jelaslah di sini, dengan mendirikan syiar agama mereka, hukumnya adalah haram. Memanglah dengan hanya memakai pakaian Santa Claus tidak menyebabkan kita jatuh kafir, tetapi ia adalah suatu keharaman dan dikhuatiri menjatuhkan diri kita ke lembah syirik

"Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku" [TMQ al-Kaafiruun (109):6]

Wallahu a'lam
Selanjutnya...

16 December 2011

Ariff Alfian Rosli Gay: Bukan Salah PETRONAS

Mmmuaah! Sayang awak! *eeww...~!*

Masa kita muda-muda dulu, kita dikejutkan dengan suatu kisah jijik di mana seorang jurutera bernama Azwan Ismail mengaku secara terbuka di YouTube, bahawasanya dia adalah seorang lelaki gay.

Hari ni pula, kita 'diterkejutkan' lagi dengan kisah gay. Di mana seorang pelajar tajaan Petronas telah berkahwin dengan seorang lelaki bernama Jonathan. Mungkin ada di luar sana kaitkan perkara kotor ini dengan Petronas kerana Petronas menajanya melanjutkan pelajaran di luar negara. Tapi PETRONAS tiada kaitan dengan kisah gay lelaki ini. Kalau Petronas ada kaitan pun, mungkin kerana kebebalan Ariff Alfian Rosli yang sama tinggi dengan menara berkembar PETRONAS. Belajar tinggi-tinggi, bodoh pun bertingkat-tingkat macam menara berkembar PETRONAS.

Inilah kerosakan dunia kapitalis hari ini yang mendaulatkan demokrasi. Di mana demokrasi itu memartabatkan kebebasan-kebebasan dalam kehidupan. Contoh jelas yang dapat diambil dalam kisah gay Ariff Alfian Rosli adalah kebebasan bertingkah-laku.

Allah SWT telah menciptakan hitam pasangannya putih. Siang pasangannya malam. Lelaki pasangannya perempuan. Zakar pasangannya faraj. Opsss... Macam lucah, tapi tak lucah. Inilah keAgungan Allah SWT. Nafsu syahwat dipuaskan dengan saluran yang betul, jitu, lagi tepat. Tapi manusia yang berfikiran kolot mengubah ciptaan Allah. Mereka memasangkan pedang tumpul dengan pedang tumpul dan zakar dengan bontot.

Golongan bernafsu songsang ni sebenarnya tidak akan tenang dan puas jiwanya kerana nafsu mereka disalur ke tempat yang salah. Kesian berjuta-juta sperma. Berenang punya berenang... Memerah keringat dan berjuang bermati-matian untuk mencari oosit sekunder tercinta... Tapi nasib mereka malang kerana mereka tidak akan dapat bertemu dengan cinta oosit sekunder untuk bersenyawa menjadi ovum, kerana mereka sedang berada di dalam bontot. Mungkin mereka hanya akan berjumpa dengan tahi yang busuk! Kesian kan kat para sperma tu?

Tatkala hati dan jiwa mereka tidak tenang, Allah SWT mencampakkan lagi azab kepada ahli-ahli 'main belakang' ni. Jijik dan terkutuk sungguh tindakan mereka! Nah, ini contoh azab Allah SWT di atas muka bumi yang berupa penyakit kronik yang membawa maut buat ahli main belakang:
1. Kanser Anus (risikonya 4000 kali bagi mereka yang meliwat)
2. Chlamydia Trachomatis
3. Cryptosporidium
4. Giardia Lamblia
5. Virus Herpes Simplex
6. Human Papilloma Virus (HPV)
7. Ketuat Kemaluan
8. Isospora Belli
9. Microsporidia
10. Gonorrhea
11. Hepatitis B dan C
12. Sifilis


Ini baru azab dunia. Azab akhirat, tak tahulah. Ya Allah... Takutnya. Oh, ya. Dalam pada kita terus menyedarkan ummat tentang kebobrokan sistem kehidupan pada hari ini, mari kita tunggu persatuan-perstuan Melayu seperti PERKASA yang sering menyalak kalau ada kes-kes penghinaan Melayu. Kali ni, anak Melayu-Islam kita buat kekufuran yang nyata, apa kata mereka pulak ek?

Apa pun, inilah hasil busuk lagi rosak akibat penerapan hukum-hakam kafir. Terapkan Islam, Insya Allah golongan gay seperti Ariff Alfian Rosli pasti kecut perut. Bukan saja kecut perut, malah kecut *toooooooot*. Wallahu a'lam.
Selanjutnya...

11 December 2011

Fitnah Lelaki Terhadap Wanita



Tonton video atas ni sebelum baca. Kalau ada sapa-sapa tersentap pasal entry ni, aku mintak maaf awal-awal. Entry ni tak ditujukan kepada sesiapa secara spesifik, tapi secara umum.


Seringkali kita dengar pasal fitnah perempuan terhadap lelaki. Fitnah perempuan yang kita nampak, memang dari banyak sudut. Lirik senyumnya, matanya, auratnya, potongan badannya, wangi-wangian, dan macam-macam lagi yang aku tak larat nak tulis kat sini.

Mungkin disebabkan terlalu fokus terhadap fitnah wanita terhadap lelaki, kita terlepas pandang pasal fitnah lelaki terhadap wanita. Ya, benar fitnah wanita terhadap lelaki tu kita nampak lebih dominan dan menonjol. Itu aku tak nafikan. Tapi, disebabkan terlalu fokus pasal wanita, kita lupa pasal lelaki. Al-Quran dan Hadis sememangnya menekankan tentang fitnah wanita, tetapi al-Quran dan Hadis tidak melupakan pasal fitnah lelaki terhadap wanita!

Seperti yang dinyatakan oleh syeikh di atas, para muslimin mengambil gambar dan memuatnaik gambar-gambar yang bermacam-macam pose di facebook. Apa tujuan semua itu? Mungkinkah untuk menggalakkan seseorang muslimin itu menyimpan janggut, memakai serban atau kopiah? Perkara itu amatlah jarang berlaku, sebaliknya menimbulkan fitnah terhadap wanita.

Ada jugak golongan yang warak memuatnaik gambar dalam facebook. Dah la perwatakannya warak, kacak pulak tu. Lalu ramailah pulak golongan muslimah like gambar tu. Bukan saja like, malah apa yang kita dapat lihat, ramai pulak muslimah yang 'tersangkut' dek mata kail fitnah lelaki warak tu. Kononnya memuatnaik untuk menggalakkan orang lain untuk meniru cara Nabi SAW, padahal tindakannya itu membawa fitnah kepada muslimah!

Kalau pun memuatnaik gambar tu sekadar nak bagi kenal, tak perlulah bubuh gambar yang besar-besar dan bermacam-macam pose sampai membuatkan muslimah lain tersangkut di mata kail tu. Cukuplah sekadar gambar biasa-biasa saja. Tapi, apa yang berlaku banyak pulak para muslimah tersangkut. Bermacam-macam pujian diberikan. 'Cutenyaaa, muka awak nampak alim, kacaknya, hensemnya...' dan lain-lain. Ada juga pujian fitnah yang 'berbentuk islamik' ya? Contohnya 'indahnya ciptaan Allah, hensemnya ciptaan Allah ni...' dan macam-macam lagilah!

Jadi, jangan fikir hanya wanita je boleh bawak fitnah kat laki. Laki pun boleh bawak fitnah kat wanita jugak. Ini adalah kerana kaum wanita juga dikurniakan gharizatul nau' (naluri berkasih-sayang/seksual). Mereka juga boleh terangsang dengan gambar-gambar kaum Adam :p

Oleh itu, berpada-padalah dalam bergambar dan memuatnaik gambar kat facebook dan laman sosial lain ya kawan-kawan. Kita asyik fokus pada fitnah wanita, dalam masa yang sama kita terlupa pasal fitnah lelaki terhadap wanita. Wallahu a'lam.


Selanjutnya...

07 December 2011

Aku Lebih Tua, Akulah yang Betul!


Ayat orang-orang tua kita yang agak ortodoks apabila ditegur, "aku makan garam lebih awal daripada kau!". Ayat ni merupakan ayat keramat orang yang lebih tua daripada kita, walaupun hanya 2-3 tahun lebih tua daripada kita.

Ayat ni seolah-olah membenarkan semua tindakan dan kata-kata mereka. Bagaikan 'dalil' untuk golongan seperti ini untuk menghalalkan tindakan mereka. Lazimnya bila kita dengar ayat ni, kita akan kaget, terdiam, dan terkedu seketika kerana hilang punca dan kering ilham nak balas apa.

Tak usah gusar... Kali ni aku ada satu ayat keramat untuk orang lebih muda apabila anda dihambur dengan ayat keramat orang tua. Itu pun kalau korang berani. Kalau diorang cakap "aku makan garam lebih awal daripada kau!", maka bersegeralah ucap, "patutlah pakcik bodoh. Pakcik kecik-kecik makan garam. Saya kecik-kecik minum susu!".

Biarkan mereka kaget pula. Orang lebih tua tak semestinya betul. Kerana bumi mana tidak ditimpa hujan? Kadang-kadang di antara mereka, ada yang dah nyanyuk dan ego lantas mempertahankan tindakan mereka walau terang-terang tindakan mereka tu salah.

Sebenarnya senioriti bukanlah satu standard untuk mengukur betul-salah tindakan seseorang itu. Kalaulah senioriti menjadi ukuran kita, dah tentu Abu Jahal dan Abu Lahab lebih benar daripada Nabi Muhammad SAW sebab mereka minum susu kambing lebih awal daripada Nabi SAW. Kagetlah Nabi SAW kalau Islam letakkan senioriti sebagai standard. Rendahnya tahap pemikiran orang yang menggunakan senioriti sebagai standard. Dan senioriti juga tidak menjamin seseorang itu lebih tahu daripada orang yang lebih muda.


Hakikatnya, standard kita adalah pada hukum syarak, bukan pada senioriti. Tapi masalahnya, bukan senang nak tundukkan ego orang tua. Mereka saja yang betul (sebilangan) kerana mereka tak nak tundukkan ego dan malu kalau ditegur oleh 'budak kecik'.

Macam manalah ye Nabi SAW berhadapan dengan orang jahiliyah yang lebih tua daripadanya? Susah kan? Tapi akhlak Nabi SAW berjaya melembutkan hati orang-orang tua dan memenangi hati orang-orang muda. Pengajarannya, orang tua tak semestinya sentiasa betul walaupun makan garam lebih awal. Orang muda bukan tak tahu semua kerena mereka minum susu masa kecik-kecik. Kalau ada orang lebih muda tegur kita, rujuk standard amal kita (hukum syarak). Jangan sesekali pertahankan ego kita kerana takut dimalukan. Wallahu a'lam.
Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...