Pages

30 November 2011

Aku Anti-Poligami


Teringat masa aku tingkatan 3 dulu. Dulu aku kelas 3 Adil (kelas paling pandai :p). Aku lalu-lalang kat kelas sebelah, 3 Bakti (kelas kedua pandai). Aku nampak macam ada suatu perdebatan antara dua kumpulan. Setiap kumpulan ada 3 orang pendebat. Meja pun disusun ala-ala debat kat TV.

Pastu aku tanya kawan aku apa yang didebatkan tu tadi. "Korang debat apa tu?". Pastu kawan aku cakap "Debat pasal poligami. Satu kumpulan pro-poligami. Satu lagi kumpulan anti-poligami". Pastu aku tanya pulak, "Sapa yang pilih tajuk tu?". Ringkas kawan aku jawab, "Cikgu...". Lebih kurang macam nilah dialog. Aku tergamam dan kaget seketika.

Seperti biasalah, pihak pro-poligami dah tentulah pihak lelaki. Tak pernah-pernah seumur hidup aku tengok laki anti-poligami. Bahkan sunnah yang HARUS HUKUMYA inilah yang selalu diperjuangkan oleh sebilangan besar kaum lelaki walaupun ada di kalangan mereka tu yang tak solat. Diorang ingat, poligami tu nak berjimak je kot? Dan seperti biasa juga, pihak anti-poligami tu dah tentulah orang perempuan. Dan aku nak tau jugak apa pandangan bapok terhadap poligami.

وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَىٰ فَانكِحُوا مَا طَابَ لَكُم مِّنَ النِّسَاءِ مَثْنَىٰ وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ ۖ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَلَّا تَعُولُوا

"Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bilamana kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya" [TMQ an-Nisa'(4):3]

Perkara ni membuatkan aku berfikir sejenak. Diorang ni biar betul hujahkan topik macam ni? Cikgu pun satu hal. Nak kata bahangong (balalol + bengong) kat cikgu ni, kang tak berkat ilmu aku. Dan takkanlah bahangong kot sebab dah belajar tinggi-tinggi? Belajar tinggi-tinggi, bahangong pon bertingkat-tingkat? Buatlah topik yang membina iman. Ini tidak... Topik tu dah tentu merosakkan iman. Buat malu je kalau orang kafir tengok umat Islam berdebat pasal hukum syarak sendiri. Emmm... Mungkin jugak cikgu tu jadi mangsa suaminya yang berpoligami tapi tak bertanggungjawab. Pastu dia lepas geram buat topik macam ni. Kan? Haha.

Bagi pihak laki yang berdebat, aku tak masalah apa-apa. Kalau diorang tak solat ke apa, itu nombor dua (dalam bab poligami). Sebab mereka bukan anti-poligami. Tapi yang masalahnya adalah pihak perempuan yang meletakkan diri mereka di tempat 'Aku Anti-Poligami'. Mereka tak tahu poligami tu adalah sebahagian daripada syariat Islam? Mereka tak tahu poligami tu sunnah? Mistahil tak tahu. Orang kafir pun tahu yang lelaki muslim boleh kawin sampai 4 dalam satu-satu masa.


Kalau korang anti-sunnah dan anti-syariah, mana korang punya iman ye? Aku bukan nak kafirkan orang. Tapi kalau ikut aqidah umat Islam, ragu dan tolak isikandungan al-Quran dan hadis walaupun sedikit dan membolehkan kita jatuh kafir. Diorang terang-terang meletakkan diri mereka sebagai anti-poligami, bukan anti kepada orang yang berpoligami. Apa yang pasti, golongan macam ni sebenarnya dah termakan dengan hasutan dan fitnah puak orientalis dan musuh Islam yang memburuk-burukkan Islam dari luar dan dalam. Inilah akibatnya apabila tiadanya sistem Khilafah untuk menyekat mereka daripada menabur fitnah dan memburuk-burukkan Islam.

Kalau nak anti pun, anti-lah kepada orang yang berpoligami tu, bukan anti-poligami. Kerana poligami tu sendiri adalah sebahagian daripada hukum Islam. Memang aku sebagai lelaki akui, ramai sangat orang yang berpoligami, tapi langgar perintah Allah dan abaikan tanggungjawab. Mungkin mereka ni hanya fikir pasal jimak. Jimak jimak jimak. Takde benda lain nak fikir. Poligami je jimak. Jimak je poligami.

Kepada kaum lelaki, hukum poligami tu hanyalah HARUS. Kalau betullah nak perjuangkan sunnah, jangan hanya perjuangkan sunnah poligami je. Sunnah-sunnah lain pun banyak belum kita laksanakan. Tak salah nak berpoligami kalau kita mampu, tapi jangan hanya perjuangkan poligami semata-mata. Yang pompuan pulak, jangan anti-poligami. Sebab anti-poligami boleh menyebabkan kita jatuh kafir. Tapi anti-lah kelakuan-kelakuan suami yang tak bertanggungjawab tu ok?

Maksud hadis:

"Sesiapa yang tidak menyukai sunnahku ia tidak termasuk golonganku" [HR Bukhari dan Muslim]
Selanjutnya...

27 November 2011

Apa yang Berlaku Selepas Peristiwa Hijrah Nabi SAW?


 Peristiwa hijrah Nabi SAW dan para sahabat digembar-gemburkan oleh puak orientalis sebagai 'melarikan diri'. Walhal, peristiwa hijrah bukanlah melarikan diri, tapi ia dilakukan sebagai salah satu perintah daripada Allah SWT dan merupakan satu strategi untuk mengembangkan dakwah Islam.

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُولَٰئِكَ يَرْجُونَ رَحْمَتَ اللَّهِ ۚ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [TMQ al-Baqarah(2):218]

Berikut merupakan antara perkara yang berlaku setelah peristiwa Hijrah. Kesan peristiwa Hijrah dapat dirasakan hingga ke hari ini.

1. Persaudaraan antara kaum Aus dan Khazraj
Nabi SAW mempersaudarakan kaum Aus dan Khazraj. Ini menunjukkan Islam itu dikembangkan tanpa mengira bangsa, suku, dan warna kulit. Maka, perjuangan bangsa adalah perjuangan yang tidak sah. Contohnya memperjuangkan bangsa Melayu.

2. Pembinaan Masjid Quba'
Tibanya Nabi SAW dan para sahabat, mereka membina masjid Quba'. Ini menunjukkan Islam begitu menekankan aspek ibadah dan penyatuan umat melalui masjid. Masjid merupakan tempat beraktiviti dan tempat menjalin ukhuwah yang sangat baik.


3. Pembinaan Pasar
Nabi SAW membina pasar bagi mengasingkan muamalat Islam dengan muamalat Yahudi yang dipenuhi unsur-unsur riba. Ekonomi yang didasarkan dengan aqidah dikembangluaskan dan sistem ekonomi kufur yang menindas dapat ditolak dengan berkesan. Namun sayang... Pada waktu ini, sistem ekonomi Islam hanya sekadar nama dan mereka (para ulama dan ahli ekonomi) tetap menggunakan riba sebagai jantung ekonomi untuk mengepam keluar-masuk wang.

4. Tertegaknya Satu-satunya Negara Islam
Antara matlamat hijrah adalah untuk menerapkan satu-satunya negara Islam. Ini adalah kerana fikrah Islam hanya dapat diterapkan 100% dalam keadaan bernegara. Tanpa sebuah negara, fikrah Islam adalah mustahil untuk diterapkan. Misalnya, hukum hudud dan jihad hanya boleh dilaksanakan oleh pemerintah. Ia haram untuk dilaksanakan oleh individu atau jemaah Islam. Maka di sini, hujah mereka yang menolak politik dan negara Islam adalah tertolak sama sekali. Golongan yang menolak politik dan negara Islam sebenarnya adalah golongan yang melanggar sunnah Nabi SAW walaupun mereka mendakwa mereka adalah golongan yang mengamalkan sunnah.

5. Islam Dikembangkan ke Seluruh Dunia
Dengan kuasa yang ada, Nabi SAW menghantar para sahabat untuk berdakwah ke serata dunia. Mereka adalah tentera merangkap pendakwah yang tidak gentar untuk berhadapan dengan orang kafir. Dalam hal ini, para tentera Islam wajib menawarkan 3 pilihan kepada orang kafir yang didakwah. Yakni:
- Memeluk Islam atau;
- Membayar jizyah sekiranya tidak mahu memeluk Islam atau;
- Diperangi.

Maksud hadis:
"Berperanglah kalian dengan nama Allah dan di jalan Allah. Perangilah orang-orang yang kufur kepada Allah. Berperanglah dan janganlah berlebih lebihan, berkhianat dan mendendam. Janganlah membunuh anak kecil. Jika kamu menghadapai musuh dari kalangan orang-orang musryik, maka serulah mereka kepada tiga hal. Mana saja diantara tiga hal itu yang mereka penuhi, maka terimalah dan tahanlah dirimu untuk tidak memerangi mereka. Kemudian serulah mereka kepada Islam. Jika mereka memenuhinya, maka terimalah dan tahanlah dirimu untuk tidak memerangi mereka. Kemudian serulah mereka agar berpindah dari daerah mereka ke daerah Muhajirin. Beritahukanlah mereka bahwa jika mereka mau melaksanakannya, maka mereka akan mendapatkan seperti yang didapatkan orang-orang Muhajirin dan berkewajiban seperti kewajiban orang-orang Muhajirin. Jika mereka menolak untuk berpindah dari sana, maka beritahukanlah kepada mereka bahwa mereka seperti orang asing bagi orang-orang Muslim. Hukum Allah berlaku atas mereka seperti yang berlaku atas orang-orang Mukmin. Mereka tidak mendapatkan sedikitpun dari harta rampasan perang dan Fa'i, kecuali jika mereka berperang bersama-sama orang Muslim. Jika mereka menolak hal itu maka mintalah Jizyah dari mereka. Jika mereka memenuhi seruanmu, maka terimalah dan tahanlah dirimu untuk tidak memerangi mereka. Jika mereka tetap menolak, maka mintalah pertolongan kepada Allah dan perangilah mereka. [HR Muslim dan Ahmad]

Antara kesan dakwah Islam ke seluruh dunia adalah:
 

Penaklukan kawasan-kawasan penting seperti Syria, Mesir, Palestin, negara-negara Afrika, dan sebagainya 

-Wafatnya Saad bin Abi Waqas di Canton (China) semasa menyampaikan Islam

-Tertegaknya Khilafah Abbasiyah di Sepanyol 

-Pengutusan Wali Songo (9 orang Gabenor) oleh Khilafah untuk menyampaikan Islam di Nusantara 

-Hubungan kerajaan Melayu dengan Khilafah
Wallahu a'lam
Selanjutnya...

23 November 2011

Indonsial vs Malingsia


Dendam kesumat Indonesia terhadap Malaysia sekali lagi dapat ditonjolkan pada suka SEA 2011 di mana Indonesia menjadi tuan rumah. Paling ketara, dendam kesumat ini ditonjolkan pada sukan bolasepak. Bukan sahaja pemain bolasepak Malaysia yang menjadi ejekan, bas penyokong Malaysia juga 'diserbu' dan dikepung oleh sebilangan besar peminat fanatik Indonesia.

Pelbagai cemuhan dan kutukan terpaksa dihadapi oleh Malaysia contohnya 'Malaysia Go to Hell!'. Apa yang sedih, Upin Ipin yang tidak bersalah juga turut terkana palitan ejekan ini. Tidak kurang juga penyokong-penyokong Malaysia mengejek pasukan Indonesia dengan panggilan 'Indon' dan sebagainya.

Semangat nasionalisme antara negara-negara di dunia hari ini bermula dengan konsep pemerintahan Barat kufur 'pecah dan perintah'. Setelah mereka puas merompak hasil bumi tanah umat Islam dan mendoktrik pemikiran umat Islam dengan pemikiran asobiyah, nasionalisme, demokrasi, kapitalisme, dan sebagainya, mereka berikan pula kemerdekaan. Kemerdekaan itu pula diberikan kepada boneka-boneka mereka yang rela meneruskan legasi impirealis. Walaupun para imperialis itu sudah tiada di tanah umat Islam, legasi mereka tetap tertancap kukuh dalam sistem yang diterapkan oleh boneka-boneka mereka. Maka tidak hairanlah mengapa sistem demokrasi dan kapitalis terus diterapkan di negara umat Islam

Kemudian, atas dasar nasionalisme yang membuak-buak, Presiden Soeharto telah melancarkan konfrontasi ke atas Malaysia yang diberikan nama 'Ganyang Malaysia' kerana tidak berpuas hati dengan Persekutuan Tanah Melayu yang ingin menggabungkan Brunei, Sabah, dan Sarawak untuk menjadi negara Malaysia. Mungkin bertitik-tolak daripada kejadian ini, semangat nasionalisme rakyat Indonesia menjadi membuak-buak sehingga tidak mempedulikan ikatan aqidah sesama muslim. Bahkan, perang saraf terus dilancarkan ke atas Malaysia walaupun Indonesia baru sahaja ditimpa gempa bumi di Padang.

Dendam kesumat ini terus membara apabila Indonesia dikalahkan dalam perlawanan akhir Piala Suzuki. Misi membalas dendam Piala Suzuki itu nampaknya tidak kesampaian apabila mereka sekali lagi tewas dalam perlawanan akhir bolasepak Sukan SEA 2011 walaupun semangat nasionalisme mereka dibakar oleh media-media pro-asobiyyah. Setelah tidak puas hati dengan kekalahan yang dialami dalam Piala Suzuki, laman web di Malaysia yang tidak bersalah dijadikan mangsa keadaan apabila digodam oleh penggodam tidak bertanggungjawab


Penyokong-penyokong Malaysia pun apa kurangnya. Turut menghina dan mengejek Indonesia dengan panggilan yang tidak enak seperti 'Indon Bodoh' dan sebagainya. Inilah salah satu bukti kejayaan para imperialis kufur memisahkan umat Islam dengan sempadan-sempadan negara, walhal umat Islam itu adalah umat yang satu. Tatkala umat Islam Indonesia dan Malaysia bertelingkah, kaum kafir terus bertepuk tangan dan bersorak-sorai meraikan kejayaan mereka memecah-belahkan umat Islam. Mereka tersenyum puas melihat pertelagahan sesama umat Islam hanya kerana sebiji bola yang boleh dibeli di kedai sukan al-Ikhsan.

Beginilah kelakuan sebilangan umat Islam sesudah mereka disuntik dengan racuan nasionalisme. Mereka terus melupakan ikatan aqidah sesama muslim. Sungguh jelas mereka lebih mengagungkan negara yang menerapkan hukum kufur berbanding ikatan aqidah. Menang piala atau pingat bagaikan amalan yang boleh dibawa ke dalam kubur dan dihujahkan di hadapan Allah. Mungkinkah pingat dan piala itu akan membela mereka di hari akhirat kelak?

Namun, bukan semua rakyat Malaysia dan Indonesia itu jahat. Apa yang kita lihat hanyalah sebahagian sahaja. Marilah kita semua bersatu di bawah SATU NEGARA yakni Negara Khilafah kerana Tuhan kita satu, Kitab kita satu, Rasul kita satu, dan Kiblat kita satu kerana kita adalah UMAT YANG SATU
Selanjutnya...

15 November 2011

Greyson Chance: Satu Lagi Fenomena Bodoh Selepas Justin Bieber


Greyson Chance, satu lagi nama yang telah mendapat tempat di Malaysia, terutamanya gadis-gadis gedik. Tambahan pula, budak ini baru sahaja membuat konsert maksiat di negara Malaysia yang sekular ini. Gadis-gadis gedik ini tampak begitu gumbira dengan kehadiran seorang lagi mat jambu selepas kewujudan Justin Bieber di dunia yang sementara ini.

Greyson Chance dikatakan pesaing terdekat Justin Bieber yang digilai ramai gadis gedik. Namanya diseru-seru di mana-mana. Gadis-gadis gedik rela beratur panjang untuk mendapatkan tiket konsert maksiatnya walaupun memungkinkan mereka berlapar siang-malam-pagi-petang untuk membeli tiker super mahal itu. Berpelukan dengan mat jambu ini juga menjadi satu kebanggaan bagi mereka.

Apa pun, inilah satu lagi fenomena bodoh yang melanda dunia Islam selepas fenomena Bieber Fever yang telah dikuasai mat jambu kafir Justin Bieber. Belum pun berakhir fenomena Bieber Fever, satu lagi fenomena bebal melanda nak mencucuk-cucuk pemikiran umat Islam, lebih-lebih lagi gadis-gadis gedik yang barangkali suka memuncungkan bibir mereka.


Inilah jarum-jarum halus yang sedang menerobos ke dalam hati dan sanubari umat Islam. Mereka menjadikan artis sebagai medium perantara kerana mereka tahu artis mempunyai aura dan gelombang yang meluas dalam memanipulasikan pemikiran manusia. Kerja mereka juga dimudahkan oleh pemerintah muslim sekular dengan memberikan lesen kepada si kafir ini membuat maksiat. Asalkan ada lesen, semuanya halal.

Apa yang menjengkelkan, mereka ini lebih suka mengenal artis daripada mengenal Nabi Muhammad SAW dan para ulamak. Sanggup membeli baju yang terpampang muka Greyson Chance tu besar-besar. Ya, mungkin mereka lebih suka nak kenal artis-artis seperti Greyson Chance dan Justin Bieber kerana mereka inilah yang akan memberi syafaat di akhirat.

Inilah satu lagi fenomena bodoh yang baru sahaja melanda negara. Nampak sangat rakyat Malaysia ni terlalu kebulur hiburan. Hmmmm.... Pelik? Tak payah rasa pelik! Butthurt?
Selanjutnya...

12 November 2011

Kelebihan Dinar dan Dirham


Kesedaran tentang kepentingan Dinar dan Dirham sudah mula tersebar ke dunia Islam. Cuma, kesedaran itu masih belum menyeluruh. Mungkin kerana masyarakat masih 'takut-takut' untuk membeli emas dan perak.

Mereka takut-takut untuk melestarikan syariat Islam kerana untuk membeli emas dan perak, sudah tentu ia memerlukan modal yang besar. Tetapi peliknya masyarakat kita tidak pula takut-takut untuk melabur dalam ASB, Forex Trading, dan saham (saham kapitalis) yang kita tahu status hukumnya adalah haram.

Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab mereka yang telah jaga dari tidur untuk mengejutkan umat Islam yang masih tidur diulit mimpi basah yang sungguh enak itu.


Antara keistimewaan Dinar dan Dirham:

1. Jaminan daripada Rasulullah SAW
Rasulullah SAW telah menjamin kedudukan Dinar dan Dirham sejak 1400 tahun lalu. Yakinlah 200% dengan hadis ini. Jangan ada sebarang keraguan!

Maksud hadis:
Abu Bakar ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah DInar dan Dirham"
[Musnad Ahmad] (Hadis Dhoif)

2. Kelebihan

- Dinar dan Dirham adalah matawang yang sebenar
- Boleh digunakan sebagai mahar, hadiah, koleksi, dan sebagainya
- Penggunaan Dinar membolehkan pembayaran zakat yang lebih tepat
- Warna dan sifatnya yang menawan yang membangkitkan naluri kemanusiaan
- Mempunyai nilai intrinsik yang tersendiri dan diiktiraf sebagai wang di seluruh dunia
- Harga emas yang meningkat setiap tahun akan menambahkan nilai kekayaan penyimpan Dinar
- Kalis inflasi. Tidak seperti wang fiat, di mana nilai wang fiat jatuh dari semasa ke semasa akibat daripada aplikasi riba

Jadi, tunggu apa lagi? Kalau ada duit simpanan dalam bank, jangan simpan dan biarkan ia di dalam bank! Tapi gunakan wang tu untuk membeli Dinar dan Dirham! Lebih baik menyimpan Dinar dan Dirham (yang mempunyai nilai di sisi syariat dan di dunia) daripada menyimpan wang kertas.

Mana nak beli Dinar dan Dirham ni?
Boleh rujuk group di facebook:
1. PASAR MUAMALAT DnD
2 Gold Lot Shop (emas sahaja)
3. Silver Lot Shop (perak sahaja)
Selanjutnya...

07 November 2011

Buang Bayi: Salah Siapa?


Boleh kata tiap-tiap minggu, tiap-tiap bulan ada kes buang bayi. Kes yang sama tetap berulang tanpa ada penyelesaian. Bila jadi kes ni, seperti biasa akan berlaku pula kes tuding-menuding. Masing-masing nak salahkan masing-masing.

Ayat-ayat di bawah ni adalah ayat lebih-kurang yang sering kita dengar:

1. Salah individu sebab tiada kesedaran agama dan kurang didikan agama.
2. Salah guru kerana tidak pandai mengajar.
3. Salah boipren sebab menggatal sangat, nak pegang sana pegang sini. Tangan tu asyik nak merayap je.
4. Salah girlpren sebab suka menggoda dan pakai pakaian tak cukup kain.
5. Salah mak bapak sebab hanya tahu beromen buat anak je. Anak sendiri beromen dengan pasangan yang haram, mak bapak tak tahu.
6. Salah masyarakat setempat kerana tak berganding bahu membanteras kes mengawan, beromen, berzina, dan seumpama dengannya.
7. Salah masyarakat setempat kerana tak menebas semak-samun dan menghapuskan port beromen.
8. Salah ustaz dan ustazah kerana cakap 'pum-pang-pum-pang' tapi habuk pun tarak.
9. Salah media kerana sering menerbitkan bahan separa lucah seperti Majalah Mangga, URTV, Harian Metro, dan sebagainya.
10. Salah badan-badan korporat kerana tidak menaja kondom percuma kepada para peromen dan penzina. (???)

Lebih kurang macam ni lah ayat yang kita selalu dengar. Kan? Tanpa kita sedari, kia hanya tahu nak menuding jari kepada individu dan masyarakat sahaja.


Kenapa kita tidak mahu menuding jari kepada pihak pemerintah? Bukankah akar kepada sesuatu negara itu adalah berlandaskan perlembagaan negara itu? Dan siapa pula yang menerapkan perlembagaan itu? Bukankah para pemerintah?

Seperti yang kita ketahui, perlembagaan negara Malaysia adalah Perlembagaan Persekutuan. Inilah perlembagaan kufur yang menjadi musuh Islam dalam diam yang diasaskan oleh si kafir Lord Reid. Di sinilah punca kerosakan-kerosakan dalam negara.

Di sinilah punca kes buang bayi dan segala-gala kerosakan dalam negara. Selagi sistem pemerintahan tidak ditukar kepada sistem Islam, kerosakan yang sama bakal kita lihat dari semasa ke semasa.
Selanjutnya...

01 November 2011

Laporan Konferens Negara Islam - Dunia Menuju Khilafah



"Alhamdulillah, Berjaya!". Inilah ungkapan terbaik yang boleh diucapkan ke atas kejayaan Konferens Negara Islam - Dunia Menuju Khilafah. Program ini telah dijalankan dengan jayanya di Hotel Nouvelle, Seri Kembangan tanpa ada sebarang gangguan daripada pihak pengkhianat Islam.

Namun, kejayaan program ini tidak boleh diletakkan pada perkara itu sahaja. Konferens ini mendapat sambutan yang amat luar biasa dan dewan program sememangnya penuh dengan hadirin dan hadirat. Dianggarkan seramai 1400 orang telah menghadiri konferens ini. Turut hadir adalah wartawan daripada Bernama dan ahli Parlimen daripada PAS.

Apa yang mengharukan, dewan konferens bergegak-gempita dengan laungan-laungan takbir, kalimah toyyibah, dan seruan umat yang inginkan Khilafah ditegakkan dengan segara. Apa yang menarik juga, konferens ini dihadiri oleh jurucakap-jurucakap dari luar negara seperti dari Palestin, Australia, Indonesia, dan Britain.

Ucapan-ucapan berkarisma daripada pembentang telah membuatkan para hadirin dan hadirat terpaku di dewan dan turut serta bertakbir apabila seruan takbir diseru. Semoga Khilafah segera tertegak. Dan semoga Allah SWT memberikan balasan baik yang setimpal kepada mereka yang bertungkus-lumus menjayakan program ini

*Gambar-gambar konferens di bawah



















Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...