Pages

30 October 2011

Konferens Negara Islam-Dunia Menuju Khilafah

Undangan ke KONFERENS NEGARA ISLAM: DUNIA MENUJU KHILAFAH

Tarikh: 30 OKTOBER 2011 (AHAD)
Masa: 8.30pagi - 1.00ptg
Tempat: Dewan Perdana 1, Hotel Nouvelle, KM8,
Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, Seri Kembangan, Selangor
(Berhampiran Plaza Tol Sg. Besi)

Koordinat GPS : 3° 2'54.28"N 101°42'21.83"E

muslimin dan muslimat diundang hadir




Selanjutnya...

28 October 2011

Hanya Wanita Wajib Tutup Aurat?



Aku pasti ramai yang sudah tengok video atas ni. Kepada sesiapa yang belum tengok, sila tengok sekarang. 10 minit lebih je. Tak lama mana pun. Tengok cerita hindustan boleh sampai 3 jam, tengok video atas 10 minit lebih takkan tak boleh?

Pandangan aku, memang bagus mereka buat video macam ni. Menyebarkan kefahaman dalam bentuk media yang paling berkuasa, yakni video. Alhamdulillah matlamat mereka bagus, tapi ada perkara yang membuatkan aku sangat tidak berpuas hati denga kenyataan-kenyataan mereka walaupun kenyataan-kenyataan mereka sememangnya bersifat ilmiah.

Ternyata secara keseluruhan maklumat yang kita terima, video ini mengutarakan pendapat mereka yang bersifat menghentam kaum wanita. Dari pucuk sampai ke pangkal, semua asyik dok cantas wanita tanpa memandang ke arah sudut-sudut yang lain. Dan seperti biasa, kalau berbicara soal aurat, pasti aurat wanita yang begitu suka untuk ditekankan. Seolah-olah lelaki ni takde aurat dan boleh berbogel sesuka hati lebih-lebih lagi ketika bermain bolasepak.



Apa yang mengecewakan aku, berapa ramai yang nak tekankan pasal aurat lelaki? Adakah hanya perempuan sahaja yang wajib menutup aurat? Kalau nak bincang soal aurat, bincanglah secara seimbang dan saksama. Kerana kewajipan menutup aurat itu tidak hanya ditaklifkan (dibebankan) ke atas wanita sahaja. Allah SWT juga telah menetapkan kewajipan menutup aurat ke atas lelaki!

Dan asyik dok cakap pasal aurat wanita, seperti biasalah... Wanitalah yang salah. Semuanya salah wanita. Seolah-olah wanita itu syaitan dan lelaki itu malaikat. Lihatlah begitu jumudnya pemikiran masyarakat hari ni. Mereka hanya memandang permasalahan yang berlaku ini dari satu sudut sahaja. Sudut yang dipandang itupun bukanlah akar kepada permasalahan. Tetapi hanya ranting kepada permasalahan. Dicantas ranting itu, tumbuh semula ranting tu.

Masyarakat yang ditarbiyah dengan sistem sekular tidak memandang permasalahan itu dari akarnya. Sudah tentu akarnya adalah sistem kehidupan yang diterapkan oleh pemerintah. Oleh itu, marilah kita sama-sama muhasabah. Nilaikan dengan adil dan saksama. Bukan dengan menjumudkan pemikiran dan mencantas hanya sebelah pihak sahaja.

*Bincang pasal aurat je, aurat pompuan. Puuuiiii!!!
Selanjutnya...

24 October 2011

Laporan Himpunan Sejuta Umat



Dilaporkan, seramai 5000 orang telah menyertai program HIMPUN Selamatkan Aqidah Umat. Bermacam-macam jenis manusia dapat dilihat di program berunsurkan Islam ini. Walaupun program ini berunsurkan Islam, ada juga pengunjung yang tidak tutup aurat. 5000 bukanlah jumlah yang banyak walaupun tiada yuran dikenakan. Tetapi, stadium Shah Alam sesak semasa perlawanan Selangor vs Terengganu tempohari walaupun bayaran tiket dikenakan

Matlamat program ini amat bagus. Tapi sayangnya ada beberapa perkara yang tidak kena pada program HIMPUN. Mereka ingin menyelamatkan aqidah umat Islam, tetapi dengan cara yang tidak jelas.

Contohnya, masih mengharapkan Perlembagaan Persekutuan untuk bertindak. Walhal, Perlembagaan Persekutuan itu adalah senjata sulit daripada si kafir Lord Reid untuk menafikan Islam 'secara halal'. Tambahan pula, 'tuhan-tuhan' di dalam Parlimen seperti ahli Parlimen daripa DAP, UMNO, dan PKR secara jelas menolak Islam. Jadi, di manakah realistiknya mereka mengharapkan Perlembagaan Persekutuan untuk menyelamatkan aqidah umat Islam?

Kita juga perlu fikir, adakah untuk menyelamatkan aqidah umat Islam, majoriti 2/3 undi diperlukan di dalam Parlimen? Siapa tuhan? Allah atau ahli Parlimen? Sesungguhnya, dalam sistem demokrasi, ahli Parlimen itu telah menjadi 'tuhan' di dalam Parlimen kerana mereka telah mengambil alih tugas Allah dalam penggubalan undang-undang!

Apa yang mengecewakan lagi adalah, mereka masih lagi di takuk pemikiran asobiyyah, yakni memperjuangkan bangsa Melayu. Ada di kalangan speaker begitu risau tentang kes pemurtadan orang Melayu. Bagaimana jika yang dimurtadkan itu adalah orang Cina, India, ataupun yang tidak sebangsa dengan Melayu? Lebih mengecewakan lagi, semangat asobiyyah dibakar lagi dengan sepanduk-sepanduk yang bersifat kemelayuan.

Usaha murni ini wajar diteruskan. Tetapi wajiblah berpijak pada landasan yang tepat, realistik, dan mengikut syariat. Jika sekadar berhimpun tetapi sistem kufur, ia selamanya tidak akan mendaulatkan Islam.

*Lagi gambar di bawah


















Selanjutnya...

13 October 2011

Malu untuk Berbogel, Tapi Tak Malu untuk Berpakaian Tapi Berbogel


Seumur hidup aku, rasanya tak pernah lagi kalau aku pergi ke shopping complex, aku tak nampak perempuan seksi. Kalau aku tak nampak, mungkin aku lupa sebab masa tu aku kecik lagi. Menjengah dewasa ni, tanpa gagal aku pasti akan nampak perempuan seksi di shopping complex.

Kalau yang kafir tu, kita sedia maklumlah. Tapi, walau sedia maklum macam mana pun, lelaki yang tak gay, goyah juga imannya. Yang tak boleh terima tu, wanita-wanita muslim tu. Berpakaian ketat, sendat yang mungkin membuatkan nafas tersekat-sekat. Mungkin nafas si pemakai pakaian ketat tu tersekat-sekat sebab pengaliran udara tak baik. Si lelaki yang tengok pun boleh jugak mengalami nafas tersekat-sekat sebab gelojak nafsu yang mencanak-canak.

Apa yang perlu kita fokuska adalah, 'ada baiknya' perempuan-perempuan jenis ini terus berbogel saja apabila keluar rumah. Yalah, mereka sebenarnya telahpun mempamerkan segala aset tubuh mereka tak kira bentuk kaki, tangan, badan, buah dada, dan punggung. Mereka cuma membalut aurat saja, bukan menutup aurat. Tapi, apabila disarankan berbogel, pasti mereka malu!

Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:


“Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.” [HR Muslim no. 3971] Dalam riwayat Imam Malik, ada sambungan hadis ini iaitu: “…Bau wangi syurga dapat dihidu dari jarak 500 tahun perjalanan.” [Al-Muwatta’, no. 1421]

Inilah kekeliruan yang membunuh. Mereka malu untuk berbogel apabila keluar rumah, tapi mereka tidak malu untuk BERPAKAIAN TETAPI BERBOGEL. Inilah akibatnya apabila anasir-anasir jahat daripada kaum kafir dengan mudah menerobos dalam kehidupan masyarakat hari ini. Apa saja fesyen yang diperkenalkan hari ini, umat Islamlah yang rata-rata menjadi 'pendokong' kepada fesyen itu.


Kemudian, apabila masyarakat mula sedar akan hakikat penutupan aurat, mereka cipta pula fesyen-fesyen yang nampak islamik. Dikenakan tudung pula. Tapi yang lainnya semua ketat-ketat belaka sehingga menyebabkan sang lelaki tak tentu hala. Tak kurang juga mereka membuat fesyen jubah terkini. Kononnya jubah tersebut adalah pakaian muslimah. Tapi ternyata jubah tersebut tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh Allah SWT. Contohnya jubah ketat yang menampakkan bentuk dan potongan badan. Fesyen islamik kah ini?

Kepada yang suka berpakaian tetapi berbogel, 'ada baiknya' anda hanya berbogel saja apabila keluar rumah. Anda tidak perlu lagi untuk membeli pakaian yang mahal-mahal. Dan anda juga sebenarnya telahpun menayang aset anda secara percuma. Cuma, anda BALUT saja dengan pakaian ketat tu. 'Apa salahnya' anda terus berbogel saja? Senang bukan? Sebab anda tidak malu untuk berpakaian ketat! Kalau tak malu untuk berpakaian ketat, kenapa nak malu pulak apabila disarankan berbogel saja?

Inilah masalah umat yang sangat kronik. Masalah ini hanya dipandang sepi oleh pemerintah. Tiada hukuman dikenakan ke atas 'pembogel-pembogel' ini. Tapi pemerintah kita cukup sibuk menangkap orang yang berdakwah atas alasan mereka adalah ekstrimis, berdakwah tanpa tauliah, dan sebagainya. Apa lagi yang diharapkan daripada pemerintah yang meminta bala daripada Allah SWT ini? Mereka sibuk menangkap dan mengganggu golongan yang menggoyang kedudukan mereka, tetapi tidak sibuk untuk menerapkan hukum-hakam Allah.

*Kepada lelaki, tak bermakna aurat kita ciput, kita boleh sesuka hati dedahkan aurat. Lebih-lebih lagi masa bersukan. Kalau lelaki tengok aurat perempuan nafsu mencanak-canak, tak mustahil bagi perempuan untuk berlaku perkara yang sama
Selanjutnya...

09 October 2011

Artikel Soutul Mujahid di Pancaindera 9/10/11


Alhamdulillah rasa bagaikan satu penghormatan apabila artikel blog ni yang bertajuk Steve Jobs Berketurunan Muslim masuk dalam akhbar Mingguan Malaysia dalam sisipan Pancaindera.

Artikel tu tak ambik 100% ayat dalam entry tu. Tapi isinya hampir 100% sama dan ayatnya juga hampir 100% di mana ada sedikit penambahan maklumat.

Aku rasa terharu walaupun artikel tu tak dikreditkan pada blog ni. Syukur Alhamdulillah. Jutaan terima kasih kepada pihak Oh! Media kerana menyiarkan artikel steve pada akaun Facebook Oh! Media.

*Nak tau jugak apa respond pendengki blog ni setelah artikel tu masuk dalam sisipan Pancaindera. Kat bawah ni sedikit gambar dalam sisipan Pancaindera.



Selanjutnya...

Malaysia: Negara Islam atau Negara Kafir?


Chef Three merupakan seorang chef beragama Islam yang terkenal di Malaysia. Pada suatu hari, beliau membuat satu masakan baru yang dinamakan Kari Kerbau Pendek Siam. Bahan-bahan yang digunakan, ada bahan halal dan ada bahan yang haram. Antara bahan yang diperlukan untuk membuat Kari Kerbau Pendek Siam adalah:

1. Serbuk kari Alababas (Halal)
2. Kaki khinzir (Haram)
3. Asam jawa (halal)
4. dan lain-lain...

Setelah dicampur-campur dan dimasak selama 45 minit, maka jadilah satu menu baru iaitu Kari Kerbau Pendek Siam. Jadi, apakah status kehalalan masakan ini? Adakah ianya halal atau haram? Persoalan ini timbul kerana ada bahan yang haram dan halal bercampur.

Jawapannya:

"Aku mendengar Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya yang Halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan diantara keduanya ada perkara yang samar-samar, kebanyakan manusia tidak mengetahuinya, maka barangsiapa menjaga dirinya dari yang samar-samar itu, berarti ia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya, dan barangsiapa terjerumus dalam wilayah samar-samar maka ia telah terjerumus kedalam wilayah yang haram, seperti penggembala yang menggembala di sekitar daerah terlarang maka hampir-hampir dia terjerumus kedalamnya. Ingatlah setiap raja memiliki larangan dan ingatlah bahwa larangan Alloh apa-apa yang diharamkan-Nya. Ingatlah bahwa dalam jasad ada sekerat daging jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya dan jika ia rusak maka rusaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah bahwa segumpal daging itu adalah hati”. [HR. Bukhari dan Muslim]

Kari Kerbau Pendek Siam tu haram untuk dimakan kerana ia bercampur dengan ramuan yang haram + halal. Tapi, adakah Chef Three jatuh kafir kerana memasak makanan yang haram tu? Chef Three tidak jatuh kafir dengan hanya memasak dan memakan makanan haram itu. Tetapi hanya melanggar syariat dan boleh jatuh fasiq sahaja, tidak sampai jatuh kafir.

+++

Cerita di atas adalah hanya perumpamaan sahaja supaya maksud sebenar artikel ini boleh difahami, insya Allah. Cerita tersebut tiada kena-mengena dengan yang masih hidup, yang telah mati, yang sudah mati, ataupun yang masih mati.

+++

Berbalik kepada topik asal. Malaysia negara Islam atau negara kafir? Lihat saja perlembagaan Malaysia. Perlembagaan yang diasaskan daripada aqidah kufur yang membelakangkan hukum-hakam Allah. Undang-undang perlu dibahas dan digubal tanpa merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah.

Hanya secebis saja undang-undang Islam diamalkan. Itupun disempitkan sesempit-sempitnya. Contohnya kita berjual-beli dengan cara yang dibenarkan Islam. Yang lain, majoriti perundangan negara merujuk kepada perlembagaan kufur.

"padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba" [al-Baqarah (2):275]



Justeru, kekeliruan ini sebenarnya wajib dibetulkan. Ramai yang menyangka bahawa Malaysia adalah negara Islam. Dan kekeliruan yang seumpama dengannya juga adalah Iran dan Arab Saudi juga adalah negara Islam.

Disebabkan dasar dan perlembagaan sesuatu negara itu tidak diletakkan pada Islam, negara tersebut adalah negara kafir. Hal ini adalah sama dengan negara-negara Barat seperti Britain. Mereka tidak meletakkan dasar dan perlembagaan negara pada Islam. Nampak tak persamaan Malaysia dengan Britain?

Cuma yang membezakan Malaysia dan Britain adalah majoriti penduduk yang beragama Islam. Majoriti penduduk tidak bersabit langsung dalam menentukan status keislaman sesuatu negara. Tetapi jangan pula kita terkeliru. Walaupun Malaysia negara kafir, ia tidak bermaksud bahawa penduduknya turut sama kafir. Penduduk Malaysia yang beragama Islam tetap Islam dan tidak menjejaskan status keislaman walaupun tinggal di sebuah negara kafir.

Malaysia hanya NEGARA UMAT ISLAM (muslim country), bukan NEGARA ISLAM (Islamic Country). Negara Islam HANYA SATU sahaja, yakni Negara Khilafah yang akan tertegak sedikit masa sahaja lagi berdasarkan maksud hadis:

"...Kemudian akan kembali Khilafah di atas jalan kenabian..." [HR Ahmad]

Wallahu a'lam
Selanjutnya...

06 October 2011

Steve Jobs Berketurunan Muslim


Hari ini dunia dikejutkan dengan kematian seorang genius, Steve Jobs. Dunia hari ini telah kehilangan seorang genius dan pereka cipta yang banyak mengubah kehidupan dunia. Hasil rekacipta Steve Jobs sememangnya terlalu hebat dan sentiasa dikagumi.

Usia muda Steve Jobs tidak menggambarkan kecemerlangannya bersama syarikat yang dibinanya sendiri, Apple. Pada zaman persekolahannya, beliau seorang murid yang malas. Cikgunya terpaksa 'mengupahnya' dengan gula-gula dan $5 supaya beliau belajar.

Dan mungkin ada beberapa perkara lagi yang jarang-jarang kita tahu tentang Steve Jobs. Ramai di antara kita tahu produk-produk Apple seperti iPhone, iPad, iPod, Mac, iHome, dan sebagainya. Tapi, adakah kita tahu bahawa bapa kandung Steve Jobs merupakan seorang muslim yang berdarah Arab-Amerika?



Bapa kandung Steve Jobs bernama Abdulfattah John Jandali. Beliau mempunyai darah Syria. Beliau juga merupakan seorang profesor sains politik dan matematik. Maka, tidak hairanlah Steve Jobs mempunyai 'otak cekang', bak kata orang utara.

Sama juga seperti Steve Jobs, Abdulfattah merupakan seorang yang 'workaholic' atau kuat bekerja. Beliau sedaya-upaya cuba untuk mengelak daripada bersara. Namun, apa yang mengejutkan, beliau merupakan Naib Presiden di sebuah kasino yang terletak di Reno, Nevada. Terkejutkan? Seorang muslim menjadi naib presiden di tempat maksiat besar.

Abdulfattah dikatakan menyesal atas tindakannya menghantar Steve Jobs kepada orang lain untuk membesarkannya. Tetapi, katanya keputusan itu adalah bukan keputusannya, tetapi keputusan ibu kandung Steve Jobs, Joanne Schieble Simpson. Walaubagaimanapun, Abdulfattah dan Simpson adalah pasangan yang belum berkahwin pada tahun kelahiran Steve Jobs! Kemudian, Mereka menghantar Steve Jobs kepada pasangan Paul dan Clara Jobs bagi membesarkan Steve Jobs sepenuhnya.

Inilah secebis kisah seorang genius dan perekacipta, Steve Jobs. Apa yang dapat kita lihat, inilah kesilapan muslim hari ini yang bejat akhlaknya. Melakukan zina sehingga lahir seorang anak. Kemudian, anak itu diberikan kepada orang kafir untuk dibesarkan. Kemudian diasuh dan dididik dalam suasana yang tidak Islami.

Kita sedang menunggu, adakah akan muncul suatu hari nanti seorang muslim yang genius seperti Steve Jobs? Tidak mustahil akan ada kelompok genius seperti beliau. Sejarah telah membuktikan terlalu banyak genius muslim lahir pada zaman dahulu seperti Ibn Sina, al-Khwarizmi, Jabir Hayyan, al-Jazari, dan sebagainya.


*Artikel ini adalah berkaitan salasilah Steve Jobs yang mana bapanya beragama Islam. Artikel ini tidak menyatakan bahawa Steve Jobs itu adalah seorang muslim. Harap tidak tersalah tafsir dan mohon baca sampai habis agar tidak timbul perbalahan dan fitnah. Wallahu a'lam

Sumber maklumat:

1.Meet, Abdulfattah John Jandali, Steve Jobs’ (Biological) Father.

2.This Is Steve Jobs's Biological Father, Abdulfattah John Jandali. He'd Like To Meet His Son

3.Allaboutstevejobs.com








Selanjutnya...

05 October 2011

Jasmine Slalu Hepi


Jasmine Slalu Hepi- nama yang tidak asing lagi bagi penduduk Malaysia dan Indonesia. Terkenal kerana status di akaun facebook yang semuanya menghina Islam. Default Picture (DP) pada akaun facebooknya memaparkan gambar seorang gadis yang tidak cukup kain - seksi.

Tapi aku tak nak cakap pasal fizikal makhluk ni. Sebab, mungkin gambar yang digunakan bukan gambarnya yang sebenar. Orang yang hina Islam ni rata-rata pengecut macam Adlin bt. Abdul Jalil (Hajah Sitt al-Wuzara). Mungkin Jasmine Slalu Hepi ni gunakan gambar orang lain yang seksi untuk menarik perhatian orang ramai.

Seperti yang diketahui, pemilik akaun ini berasal dari Indonesia. Tapi kebanyakan yang komen statusnya tu adalah dari Malaysia. Bila Jasmine ni hina Islam, beribu-ribu komen diterima sampai mengalahkan artis. Lagi umat Islam komen, lagilah dia galak untuk menghina.

Apa yang aku tengok, kes ni amat berbeza dengan peristiwa Barat ingin mengadakan pementasan menghina Nabi Muhammad SAW pada saat Khilafah masih tertegak dulu. Pada saat tu, Sultan Abdul Hamid II hanya menghantar sepucuk surat sahaja yang mengarahkan mereka membatalkan pementasan tu. Kalau tak, bala tentera Islam akan datang menyerang mereka dengan seruan jihad.

Apa yang mengejutkan, Sultan Abdul Hamid II masih lagi berani dan boleh melakukan hal ini walaupun pada saat itu Khilafah berada dalam keadaan tenat, hutang keliling pinggang, anasir-anasir jahat yang menerobos ke dalam negara, dan pelbagai lagi masalah luaran dan dalam negara. Pada saat itu juga, Khilafah Uthmaniyyah digelar 'Sickman of Europe' (Orang Sakit Eropah). Inilah pemimpin Islam yang agung. Masih menjaga maruah Nabi Muhammad SAW walaupun negara dalam keadaan kucar-kacir. Tetapi perkara ini hanya tinggal kenangan apabila Khilafah telah secara rasmi diruntuhkan pada 3 Mac 1924.

Berbeza kan dengan situasi hari ini? Pemimpin-pemimpin umat Islam hanya tahu bercakap dan duduk di kerusi empuk mereka sahaja walaupun telah memegang tampuk kekuasaan. Umat Islam telah dikurniakan umat yang ramai, terusan Suez, sumber minyak dan gas, emas, air, uranium, dan pelbagai lagi sumber kekayaan. Namun apabila Islam dihina, cukuplah sekadar menutup blog yang menghina Islam. Paling tidak pun, menteri-menteri kita hanya mengeluarkan kenyataan akhbar untuk mengutuk penghina Islam ni.

Alahai... Sekadar tu aje? Jet-jet pejuang yang dibeli berjuta-juta ringgit tu nak buat apa? Tentera yang diberikan latihan tiap-tiap hari tu takkan nak ikat je? Kereta kebal tu takkan nak tayang masa sambutan Hari Kemerdekaan je? Kapal selam tu takkan beli je? Eh silap... Kapal selam Malaysia tak boleh selam.

Berbalik kepada kes Jasmine Slalu Hepi. Umat Islam hari ini hanya marah dengan tindakannya, pastu hanya maki balik je.
"memag sial.....laaaa...betina pompuan ni...!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"
"bodoh la ko setan!", "bangsattttt!!!!!"
"pukima kafir..pukima kafir..pukima kafir..pukima kafir..pukima kafir..pukima kafir..pukima kafir..pukima kafir..pukima kafir..pukima kafir..pukima kafir..pukima kafir..pukima kafir..pukima kafir..pukima kafir..pukima kafir..pukima kafir..pukima kafir..pukima kafir..pukima kafir..pukima kafir..pukima kafir..pukima kafir..pukima kafir..pukima kafir..pukima kafir..pukima kafir..pukima kafir..pukima kafir..pukima".


Inilah ayat makian yang lazim kita baca kalau marah sangat. Cara bebal ni takkan membuahkan apa-apa penyelesaian, bahkan keburukan akan terpalit kepada agama kita juga kerana kebebalan sesetengah pihak yang suka mencarut. Gunakanlah akal yang waras, untuk mencerminkan Islam itu indah.

Aku tahu korang marah. Aku pun marah. Tapi kenapa kita tak fikir jalan penyelesaiannya? Jalan penyelesainnya adalah kita bersama-sama jatuhkan sistem demokrasi kufur ni dan tegakkan Khilafah. Insya Allah Khilafah akan menjawab kedibadaban mereka dengan seruan jihad. Sistem demokrasi takkan menyelesaikan masalah dalam Islam, kerana ahli-ahli Parlimen perlu mendapat majoriti 2/3 undi UNTUK MELAKSANAKAN KEWAJIPAN. Sedangkan, kewajipan itu wajib dilaksanakan. Bukan diundi untuk persetujuan!

Kalau setakat maki hamun dalam facebook, masalah ni takkan selesai! Tegakkan Khilafah. Allahu Akbar!




Selanjutnya...

02 October 2011

Bagaimana Nak Jadi Penceramah Agama Terkenal



Kalau korang mempunyai bakat terpendam seperti boleh memberi ceramah agama, tapi takde peluang, mesti korang rasa kecewa kan? Ilmu tu ada. Dalil pun dah hafal banyak. Karisma pun mantap. Cara bercakap pun hebat. Tapi bakat korang dipandang sepi oleh masyarakat sekeliling kerana korang bukanlah seorang ustaz atau ustazah.

Kali ni aku nak bagi sikit tips macam mana nak jadi seorang penceramah agama yang hebat dan terkenal.

1. Peringkat pertama, korang perlu jadi artis. Tak kisahlah jadi artis yang berlakon atau yang menyanyi. Yang penting, bukan artis yang lukis-lukis ye!

2. Semasa korang jadi artis, banyakkan buat kontroversi seperti memakai pakaian tidak menutup aurat, bergaul bebas, dan macam-macam maksiat lagi.

3. Buat maksiat ni dalam tempoh yang agak lama agar nama korang meletup. Itu pun kalau korang yakin korang hidup lama lagi.

4. Selepas puas membuat maksiat, buat kenyataan di media bahawa anda sudah insaf dan ingin bertaubat. Senang cerita, ingin kembali ke pangkuan jalan. Buat maksiat ni tak menenangkan hati! Nikmatnya hanya sementara beb!

5. Lepas tu, anda nyatakan pada media, korang ingin berdakwah setelah puas menjadi artis.

6. Insya Allah korang akan jadi pendakwah yang terkenal dan sering dijemput untuk memberikan ceramah agama.

#butthurt?

Ni artikel sentap sebenarnya. Korang jangan buat pulak apa yang aku tulis kat atas. Aku cuma nak tekankan pandangan aku terhadap sesetengah bekas artis yang berdakwah.

Ada di antara mereka, setelah insaf, mereka jadi pendakwah. Ya, itu bagus kerana berdakwah adalah tanggungjawab SETIAP individu. Tapi disebabkan kurangnya ilmu, mereka ni menyampaikan ceramah secara semberono. Masa ceramah dok maki-hamun orang. Semua benda bodoh. Ceramah pun takde dalil.

Sebenarnya, inilah pemikiran masyarakat kita. Asalkan artis itu sudah insaf, maka dia boleh la bagi ceramah-ceramah agama. Tahap pemikiran ni adalah tahap pemikiran yang sangat rendah. Bukankah lebih baik bagi peluang kat orang-orang yang lebih layak untuk menyampaikan ceramah walaupun mereka tu bukan ustaz atau ustazah?

Apa pun, aku kagum dengan Sham Kamikaze. Semoga penghijrahan beliau membakar semangat kita :)
Jangan jadi penceramah agama yang semberono ye!




Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...