Pages

27 August 2011

Bendera Rasulullah vs Jalur Gemilang [Bhg 2]


Aku dicaci dengan pelbagai gelaran. Miskin ilmu, lebih keji daripada sampah masyarakat, fanatik, ekstrimis, fanatik, dan lain-lain. Tapi semua tu tak sedikit pun melunturkan semangatku untuk menyebarkan kefahaman Islam walaupun ditentang habis-habisan kerana sangat bertentangan dengan apa yang mereka faham.

Masakan tidak, awal-awal kenal dunia, tak pernah kenal langsung bendera Rasulullah SAW. Tapi kita lebih kenal dengan Jalur Gemilang. Sebab, perkara-perkara yang berhubung-kait dengan kebangkitan umat Islam akan disorok habis-habisan supaya umat Islam sentiasa lesu dan selesa dengan keadaan mereka tanpa hukum-hakam Islam diterapkan ke atas mereka.

Berbalik kepada isu bendera, sewajarnya perkara ini tidak harus dipandang remeh. Isu bendera pun telah dikhabarkan oleh Rasulullah SAW. Hatta, nak berjimak dan buang air kecil pun diajar oleh Rasulullah SAW. Justeru, di manakah ruang bagi kita untuk mengambil bendera yang tidak pernah dikhabarkan oleh Rasulullah SAW? Tambahan pula, bendera yang kita ambil sekarang adalah hasil daripada kelulusan si kafir yang telah menjajah tanah umat Islam.

Kita duk sibuk-sibuk kibar Jalur Gemilang, tapi adakah warga Indonsia akan turut mengibarkan Jalur Gemilang? dan adakah warga Pakistan pula, akan mengibarkan bendera Indonesia? Sumpah tak nak! Perkara ini sudah menjelaskan, umat Islam itu sudah dipecah-belahkan dengan negara yang berbilang-bilang dan bendera yang berbilang-bilang.



Australia


Bangladesh

Britain

Denmark

Indonesia

Lubnan

Malaysia

Pakistan

Palestin

Turki

Ukraine

Berbeza kan? Ini hanya beberapa gambar sahaja. Bendera ini berkibar di seluruh pelusuk dunia. Dikibarkan oleh golongan yang benar-benar rindukan Daulah Khilafah. Bendera ini dikibar oleh golongan yang benci dengan semangat nasionalisme yang sempit. Bendera ini dikibar di seluruh pelusuk dunia tanpa mengira sempadan nasional, bangsa, dan warna kulit. Tapi bendera nasional hari ini hanya dikibar oleh warganegara tertentu sahaja. Semangat nasionalisme yang sangat sempit!
Selanjutnya...

26 August 2011

Bendera Rasulullah vs Jalur Gemilang [Bhg 1]

Entry aku sebelum ni, 'Jalur Gemilang: Bendera yang Tak Layak untuk Dikibar' mendapat maklumbalas yang agak memberangsangkan. Ada maklumbalas yang positif, dan banyak pula yang negatif. Apa yang aku nak sentuh adalah, pengomen yang memberikan jawapan negatif adalah amat mengecewakan. Kerana mereka komen bukan berdasarkan pandangan Allah, tetapi pandangan-pandangan mereka didasari habuah duniawi dan langsung tidak merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah. Semuanya hujah akal semata-mata.

Lebih mengecewakan, ada juga puak yang jenis tak hadam apa yang aku tulis. Mungkin baca sekerat jalan dan buat kesimpulan. Puak ni dengan sesedap hati menuduh aku seolah-olah aku ni buat entry bendera tu dan dikaitkan dengan freemason. Entah tang mana aku tulis pasal freemason, aku pun tak tahu. Dah lah aku ni memang benci giler pasal teori konspirasi yang mengarut tu!

Mereka yang memberi komen negatif itu, ada juga yang kata aku seolah-olah tak belajar sejarah. Aku belajar sejarah silibus yang ditetapkan oleh penjajah kufur British. Tapi aku kaji balik sejarah yang telah dipalsukan. Golongan yang buta akan sejarah Islam dan berpaling pada Islam, pasti menyokong 100% apa yang mereka pelajari daripada penjajah-penjajah kufur ini.

Apa yang nak aku fokuskan, golongan penentang ni jahil (tak tahu) tentang hakikat Jalur Gemilang dan Bendera Rasulullah SAW. Aku tak salahkan mereka kerana tak tahu. Tapi, kalau tak tahu, buatlah cara tak tahu. Jangan berpaling daripada hidayah Allah SWT.

Bendera umat Islam, sememangnya telah 'didesign' oleh Rasulullah SAW, berdasarkan hadis di bawah ini. Inilah pegangan kita. Sekiranya kita tidak berpegang pada Rasulullah SAW, siapa lagi kita nak jadikan tempat rujukan? Oh ya, aku tahu jawapannya. Sudah tentu puak-puak penentang ni merujuk Parlimen sebagai sumber hukum. Kerana Parlimen itu 'tuhan yang lebih besar daripada Allah'! Buat apa nak rujuk Allah dan Rasul-Nya kan? Kerana parlimen itu adalah tempat suci untuk menggubal undang-undang dan al-Quran dan as-Sunnah dibuang jauh-jauh dalam aspek kehidupan.



1. Bendera (Liwa'): adalah berwarna putih dan tertera di atasnya kalimah ‘La ilaha illallah, Muhammad Rasulullah’ dengan warna hitam. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas yang mengatakan,

"Bahawa bendera Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam berwarna hitam, sedangkan panji beliau warnanya putih." Riwayat Ibnu Abbas yang lain menurut Abi Syeikh dengan lafadz, "Bahawa pada bendera Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. tertulis kalimat ‘La ilaha illallah, Muhammad Rasulullah’.

Semasa perang (jihad), bendera ini akan dipegang oleh amir (panglima/ketua) perang. Ia akan dibawa dan menjadi tanda serta diletakkan di lokasi amir tadi. Dalil yang menunjukkan perkara ini adalah perbuatan (af’al) Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri, di mana baginda (sebagai amir), semasa pembukaan kota Makkah telah membawa dan mengibarkan bendera putih bersamanya. Dari Jabir,

"Bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam memasuki Makkah dengan membawa bendera (liwa') berwarna putih." [HR Ibnu Majah].

An-Nasa'i juga meriwayatkan Hadis melalui Anas bahawa semasa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam mengangkat Usama ibn Zaid sebagai amir (panglima) pasukan ke Rom, baginda menyerahkan bendera (liwa’) kepada Usama ibn Zaid dengan mengikatnya sendiri.


2. Panji (Rayah): adalah berwarna hitam, yang tertulis di atasnya kalimah ‘La ilaha illallah, Muhammad Rasulullah’ dengan warna putih. Hadis riwayat Ibnu Abbas di atas menjelaskan hal ini kepada kita. Semasa jihad, ia dibawa oleh ketua setiap unit (samada Division, Batalion, Detachment ataupun lain-lain unit). Dalilnya adalah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam, semasa menjadi panglima perang di Khaibar, bersabda,

"Aku benar-benar akan memberikan panji (rayah) ini kepada orang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya, serta dicintai oleh Allah dan Rasul-Nya, lalu Rasulullah memberikan panji itu kepada Ali." [HR Bukhari].

Saidina Ali karramallahu wajhah pada masa itu boleh dikatakan bertindak sebagai ketua division ataupun regimen.

Diriwayatkan dari Harits Bin Hassan Al Bakri yang mengatakan,

"Kami datang ke Madinah, saat itu dan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam sedang berada di atas mimbar, sementara itu Bilal berdiri dekat dengan beliau dengan pedang di tangannya. Dan di hadapan Rasulullah terdapat banyak rayah (panji) hitam. Lalu aku bertanya: "Ini panji-panjii apa?" Mereka pun menjawab: "(panji-panji) Amru Bin Ash, yang baru tiba dari peperangan."

Dalam riwayat At-Tirmidzi, menggunakan lafadz,

"Aku datang ke Madinah, lalu aku masuk ke masjid di mana masjid penuh sesak dengan orang ramai, dan di situ terdapat banyak panji hitam, sementara Bilal -ketika itu- tangannya sedang memegang pedang dekat Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Lalu aku bertanya: "Ada apa dengan orang-orang itu?" Mereka menjawab: "Beliau Sallallahu ‘alaihi wa Sallam akan mengirim Amru Bin Ash ke suatu tempat."

Maksud ungkapan “terdapat banyak rayah (panji) hitam” menunjukkan bahawa terdapat banyak panji-panji yang dibawa oleh para tentera, walaupun amir (panglima perang)nya hanyalah seorang, iaitu Amru Bin Ash. Dalam riwayat An Nasa'i, dari Anas,

"Bahawa Ibnu Ummi Maktum membawa panji hitam, dalam beberapa pertempuran bersama Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam."

Hadis-hadis di atas jelas menerangkan tentang bendera umat Islam. Tiada yang lain selain daripadanya. Tapi, bagaimana pula dengan Jalur Gemilang? Ia direka berdasarkan pertandingan dan direka menurut akal manusia yang terbatas.

Kononnya bendera yang berbilang-bilang di dunia ini adalah sebagai 'lambang' atau 'wakil' negara. Hakikatnya, berbilangnya bendera-bendera asobiyyah hari ini, ia jelas melambang perpecahan umat Islam kepada negara-negara kecil tanpa kekuatan. Lebih jelas lagi, bendera-bendera ini dicipta di atas keredhaan penjajah, bukan keredhaan Allah. Contoh, bendera Indonesia menyerupai bendera negara kufur yang pernah menjajah mereka, yakni Belanda. Inikah yang dikatakan maruah bagi sesebuah negara umat Islam? Rendahnya maruah kita seandainya kita meletakkan penjajah di tempat yang tertinggi mengatasi Allah dan Rasul-Nya.

Lebih sayang lagi, ada juga umat Islam yang begitu cintakan Malaysia walaupun negara sekular ini tidak pernah menerapkan hukum-hakam Allah SWT. Puak-puak yang cintakan negara sekular ini adalah kerana mereka sudah dapat apa yang mereka mahu dan tidak menghiraukan hukum-hakam Allah SWT dicampak ke dalam longkang.

Tapi, walaupun aku tidak pernah mencintai negara sekular ini, tidak bermakna aku perlu berambus dari negara ini. Nabi SAW pun pernah berada dalam negara kufur suatu ketika dahulu. Tetapi Nabi SAW tetap berdakwah sehingga tertegaknya Daulah Islam di Madinah. Wallahu a'lam
Selanjutnya...

23 August 2011

Jalur Gemilang: Bendera yang Tak Layak untuk Dikibar


Bulan Kemerdekaan sudahpun menuju ke penghujungnya. Ditakdirkan, bulan kemerdekaan yang hakikatnya penuh dengan kepalsuan ini bertembung dengan penghulu segala bulan, bulan Ramadhan. Di sebalik ramai umat Islam menyambut 'pesta ibadah' ini, ramai pula yang mengibarkan Jalur Gemilang.

Kedai-kedai giat menjual bendera ini. Bangunan-bangunan di sekitar ibu negara pula sudah dicemari dengan tergantung dan berkibarnya Jalur Gemilang. Istilah 'dicemari' amat wajar digunakan, bagi mereka yang benar-benar faham hakikat Jalur Gemilang.

Sejarah mencatitkan, Jalur Gemilang direka oleh seorang lelaki Melayu yang berasal dari Johor, Mohamed Hamzah. Tanpa menghiraukan hukum syarak, bendera ini diluluskan oleh penjajah yang telah merosakkan peradaban Islam di Tanah Melayu. Bagaikan hamba menghadap tuannya, bendera ini telah diluluskan oleh seorang pengganas yang bernama King George VI. Lihatlah begitu hinanya umat yang mengaku Allah itu Tuhannya dan Muhammad SAW sebagai rasulnya, tetapi tunduk dan menghambakan dirinya kepada seorang penjajah yang ganas!

Kemudian, bendera yang melambang semangat asobiyyah ini buat pertama kalinya dikibarkan dengan jijiknya dalam satu majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan pegawai-pegawai King George VI. Ya, amat menjijikkan, kerana bendera direka dan diluluskan atas dasar redha orang kafir yang telah banyak membunuh umat Islam, dan mereka tidak merujuk al-Quran dan as-Sunnah dalam perkara ini.

Mungkin ada pendapat di luar sana yang menyatakan, tidak mengapa kita mengibarkan bendera jijik ini. Kerana ia hanyalah lambang kepada negara-negara sahaja. Hakikatnya, apabila kita mengibarkan bendera jijik ini, akan timbul semangat patriotik. Apabila timbul semangat patriotik, kita akan mempertahankan institusi negara sekular yang dibentuk oleh penjajah-penjajah kufur. Lihat saja perang saraf yang berlaku di antara Malaysia dan Indonesia. Masing-masing mengibarkan bendera masing-masing dan saling mencaci walaupun yang mencaci dan dicaci itu adalah umat Islam.



Begitu besar pengaruh bendera dalam bernegara. Umat Islam berpecah-belah di bawah bendera masing-masing dan sibuk mempertahankan institusi negara masing-masing, tanpa mereka sedari, negara yang mereka diami bukan didirikan atas dasar aqidah. Tetapi, negara yang didirikan adalah atas dasar kekufuran dan keingkaran terhadap Allah dan Rasul-Nya!

Oleh yang demikian wahai umat Islam, sedarlah bahawa Jalur Gemilang bukan bendera kita! Kibarkanlah bendera yang telah dikhabarkan di dalam hadis. Kerana itulah pegangan kita. Tidakkah kita berasa jijik, kita sanggup mengibarkan bendera yang menjadi penyebab perpecahan umat Islam di serata dunia? Lebih mengecewakan, ada juga yang menyatakan Jalur Gemilang adalah maruah mereka. Alahai...

+++++

Maksud hadis:
"Aku benar-benar akan memberikan panji (rayah) ini kepada orang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya, serta dicintai oleh Allah dan Rasul-Nya, lalu Rasulullah memberikan panji itu kepada Ali." [HR Bukhari]

BACA LAGI: BENDERA KITA
Selanjutnya...

21 August 2011

Lambang Salib pada Kain Pelikat?

Lepas solat Jumaat lepas, aku terperasan seolah-olah ada lambang salib pada kain pelikat sorang pakcik ni. Lalu aku pun dengan segera ambil gambar. Tapi sejauh mana kebenarannya bahawa corak tu adalah salib, tak dapat dipastikan.

Sebab, aku tak mahu jadi macam pentaksub pengkaji teori konspirasi. Sikit-sikit freemason, sikit-sikit illuminati. Menyampah I tau tak? Jadi, para pembaca boleh beri pandangan masing-masing.

Apa pun, harap kita lebih berhati-hati membeli barang-barang keperluan sehari-harian kita, lebih-lebih barang-barang yang digunakan dalam masalah ibadah seperti kopiah, songkok, sejadah, kain pelikat, dan lain-lain. Wallahu a'lam

Boleh tengok gambar-gambar kat bawah ni. Aku tak ambik banyak gambar. Kang ada orang label aku stalker pulak. Huhuhu~







Amacam? Ada nampak macam salib tak? Tinggalkan komen anda...
Selanjutnya...

20 August 2011

Kemerdekaan yang Penuh dengan Kepalsuan

Rakyat Malaysia mana tidak tahu tentang tarikh 31 Ogos. Golongan muda mahupun tua pasti tahu akan tarikh keramat ini. Tanah Melayu dikatakan 'bebas' daripada penjajahan ketenteraan kufur British.

Kedai-kedai di seluruh negara tidak lekang daripada menjual bendera-bendera asobiyyah Jalur Gemilang. Semangat patriotik yang dipamerkan oleh warga Malaysia diberi pujian oleh media-media arus perdana. Tidak kurang juga, sempena bulan kemerdekaan, media-media arus perdana ini dengan gencarnya menerbitkan gambar-gambar yang membangkitkan semangat patriotik.

Namun, adakah kita sebagai umat Islam sedar akan hakikat kemerdekaan? Adakah 31 Ogos 1957 benar-benar merupakan tarikh keramat yang membawa kemerdekaan kepada rakyat Malaysia?

Catitan sejarah Tanah Melayu telah menjelaskan bahawa Tanah Melayu telah dijajah oleh beberapa penjajah Barat. Mengikut Buku Teks Sejarah sekolah di Malaysia, Tanah Melayu dijajah oleh Portugal kononnya untuk mendapatkan rempah-ratus. Walhal, penjajah Portugis datang secara haram ke Tanah Melayu adalah untuk menyebarkan dakyah-dakyah mereka dan kerana kebencian mereka terhadap Islam. Jika benarlah mereka ingin mendapatkan rempah-ratus semata-mata, apakah ertinya mereka membawa paderi Kristian yang bernama St. Francis Xavier? Beginilah kaum kapitalis mencorak pemikiran anak-anak kita. Mereka mencorak pemikiran anak-anak kita dengan mencucuk jarum halus tanpa kita sedari.

Ratusan tahun berikutnya, golongan yang terakhir menjajah Tanah Melayu adalah sang kapitalis British. Setelah mereka puas mencorak pemikiran penduduk Tanah Melayu, mereka berikan kemerdekaan kepada orang Melayu untuk memegang kekuasaan. Bukan itu sahaja, mereka juga 'dengan baik hati' menyerahkan kekuasaan kepada orang Melayu setelah mereka puas mengaut-rompak hasil kekayaan Tanah Melayu seperti emas dan bijih timah.

Untuk mendapatkan kemerdekaan daripada British, penguasa di Tanah Melayu pada ketika itu berunding dengan si kafir British. Mengikut ketetapan syarak, adakah wajar bagi umat Islam redha dengan ketetapan-ketetapan yang ditetapkan sendiri oleh Britsih, dan dalam masa yang sama meminggirkan hukum-hakam Allah?

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak redha kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu." [TMQ al-Baqarah:120]


Jelas di sini, mengikut ayat di atas, haram bagi kita untuk redha dengan ketetapan-ketetapan orang-orang kafir, di mana ketetapan-ketetapan mereka sudah pasti membelakangkan hukum-hakam Allah. Malah, mereka amat benci akan hukum-hakam Allah dan menjadikan ketetapan-ketetapan mereka sebagai 'ejen' bagi mereka untuk menghancurkan umat Islam dari dalam. Kemerdekaan ini juga, secara jelas British ibarat 'melembukan' orang Melayu. Mereka melepaskan 'ekor orang Melayu' tetapi 'memegang tali yang dicucuk pada hidung orang Melayu'. Kemerdekaan apakah ini?

Selain itu, adakah wajar bagi penguasa-penguasa muslim hanya duduk di meja rundingan untuk mendapatkan kemerdekaan? Walhal mereka adalah pembunuh umat Islam dan perompak kekayaan umat Islam. Jelas di sini, darah mereka adalah halal kerana mereka telah menentang hukum-hakam Allah dan membunuh umat Islam dengan bilangan yang amat besar. Lihat, begitu bobroknya pemerintah kita. Mereka sanggup mencemarkan maruah umat Islam demi sebuah kemerdekaan yang dibeli daripada kaum kafir harbi.

Justeru, kemerdekaan yang dikecapi pada hari ini hanyalah kemerdekaan yang disalut dengan kepalsuan. Walaupun tiada lagi penjajahan ketenteraan di Malaysia, namun pemikiran umat Islam tetap dijajah. Malah, umat Islam juga menggunapakai sistem pemerintahan penjajah kufur, yakni Demokrasi yang ibarat 'tuhan yang lebih besar daripada Allah'. Kerana segala perlembagaan akan dirujuk pada parlimen, bukan dirujuk pada al-Quran dan as-Sunnah.

Wallahu a'lam.
Selanjutnya...

18 August 2011

Kisah Pak Haji yang Rosak


Abu: Pak Haji!
Pak Haji: Ada apa Abu?
Abu: Anak Pak Haji main judi!
Pak Haji: Astagfirullah!
Abu: Tapi beliau menang.
Pak Haji: Alhamdulillah.

Begitulah dialog antara seorang remaja yang tak berapa kacak dengan seorang Pak Haji Malboro. Pak Haji tersebut pergi haji dengan hajat dapat haji mabrur. Tapi sayangnya, Haji Malboro yang beliau dapat. Ish3~

Ini menunjukkan, gelaran Haji tidak menjamin apa-apa kebaikan. Sebaliknya, terpulang kepada amalan seseorang itu yang mencerminkan keperibadiannya. Dialog di atas juga menunjukkan apa yang berlaku pada akhir zaman. Pak haji mahupun ulamak adalah golongan yang menyesatkan manusia, walaupun mereka dipandang sebagai golongan yang beragama.


+++++

“Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya”. [TMQ Al Baqarah (2) : 42]
Selanjutnya...

14 August 2011

Muslihat Puak-puak MLM [Bhg. 2]

Sebelum ni, aku dah tulis pasal Muslihat Puak-puak MLM [Bhg. 1]. Kali ni kita terjah pulak macam mana muslihat depa ni yang mengaburi mata masyarakat supaya orang tertarik untuk menyertai 'perniagaan' mereka.

Antara cara yang terkenal adalah seperti di bawah ni. Letak gambar depa dengan duit yang bersepah-sepah, pastu tag ramai-ramai kawan kat facebook. Duit sapa depa pinjam untuk bergambaq tak tau la...














+++++

Semoga kita tak tertipu dengan propaganda mereka
Selanjutnya...

13 August 2011

Sebab-sebab Tertidur Ketika Khutbah Jumaat

Tiap-tiap Jummat pergi solat Jumaat, tanpa gagal aku mesti nampak orang lain tersengguk-sengguk tahan mengantuk semasa khutbah disampaikan. Kalau tak tersengguk-sengguk, terlena terus. Pernah jugak pada waktu-waktu tertentu aku tak nampak orang tersengguk-sengguk atau tertidur semasa khutbah. Aku tak nampak sebab aku yang tertidur.

Cuba korang tengok gambar kat bawah ni, berapa ramai yang 'duduk tawadhuk' dan berapa ramai pula yang duduk khusyuk mendengar khutbah. Sudah tentu lebih ramai yang duduk tawadhuk berbanding yang duduk khusuk. Gambar ini baru saja diambil daripada 3 perspektif, belum keseluruhan masjid. Kalau tunjuk gambar keseluruhan masjid, pasti kita berasa aib melihat hakikat keadaan yang berlaku semasa khutbah Jumaat.




Uslub terbaru yang agak kreatif untuk menyampaikan mesej adalah menggantung TV LCD ataupun memasang projektor supaya sidang jemaah dapat membaca isikandungan khutbah. Namun, uslub ini nampak gayanya hanya sia-sia sahaja kerana tradisi khutbah Jumaat seperti yang ingin dinyatakan di bawah ini diteruskan zaman berzaman...


1. Cakap benda sama
Kalau khutbah, tak habis-habis cakap bab solat, zakat, zikir, dan lain-lain ibadah yang berkisar amalan ritual sahaja. Begitu sempit kita memandang Islam. Walhal, Islam itu merangkumi segala aspek kehidupan. Bila tiap-tiap minggu dengar benda yang dah banyak kali dengar bertahun-tahun, tidur lebih sedap nampak gayanya. Cubalah sampaikan apa yang belum pernah disampaikan, yakni perkara yang disorokkan daripada umat Islam. Contohnya pasal DAULAH KHILAFAH. Mesti jemaah tertanya-tanya dan tertarik untuk mendegar.

2. Khatib tidak berkarisma
Entah macam mana khatiba yang tidak berkarisma dilantik menjadi khatib. Susunan kata-katanya langsung tidak boleh menarik minat sidang jemaah untuk mendengar. Bila dah nampak orang tersengguk-sengguk, dibiarkan saja tanpa mengambil langkah proaktif untuk mengatasi masalah jemaah memekakkan telinga dengan melelapkan mata. Khatib jenis ni, bukan berkhutbah, tapi MEMBACA KHUTBAH.

3. Khatib tua
Bukan nak merendah-rendahkan golongan berusia emas. Tapi, berilah peluang kepada golongan muda untuk menerajui kepimpinan masjid. Golongan tua biasanya suara pun dah kendur, sebutan pun tak jelas, macam mana nak tarik sidang jemaah untuk mendengar khutbah?

4. Topik yang tidak membangun pemikiran
Hampir sama dengan point yang pertama. Kebanyakan khutbah hari ini hanya berkisar tentang amalan kerohanian. Maka, umat hanya fokus pada amalan rohani saja, lantas menolak tepi soal pemikiran Islam. Kalau dah tolak pemikiran Islam, tak bangkit-bangkitlah umat Islam seluruh dunia. Masa khutbah Jumaat pun tak bangkit, macam mana umat Islam nak bangkit?

5. Nada dan intonasi suara yang lemah
Suara mendatar saja dari mula sampai awal. Cakap pasal syurga dan neraka, sama saja nada dan intonasinya. Cakap pasal kebangkitan umat Islam pun sama saja nada dan intonasinya. Sungguh membosankan. Tidur lagi sedap.

+++++


Inilah perkara yang sudah lama aku perhatikan dan pihak berwajib perlu ambil serius. Tak sanggup lagi aku tengok lebih ramai yang tidur berbanding yang mendengar khutbah. Wahai khatib dan orang yang berwajib, sedarlah, terlalu ramai yang terseksa kerana menahan mengantuk semasa khutbah Jumaat.
Selanjutnya...

11 August 2011

Kesempitan Ibadah Bulan Ramadhan di Bawah Pemerintahan Sekular


Terpampang jelas sepanduk-sepanduk Ramadhan daripada parti sekular seperti UMNO dan PKR. Tak sangka, mereka (lebih-lebih lagi UMNO) juga prihatin tentang penghulu segala bulan, bulan Ramadhan. Tapi keprihatinan mereka hanya setakat itu sahaja. Ramadhan demi Ramadhan berlalu, namun pemikiran sekular mereka masih tertancap kukuh di hati mereka.

Kononnya, hukum syariah telahpun dijalankan tatkala umat Islam di Malaysia mengamalkan ibadah puasa. Begitu sempitnya skop Islam bagi golongan yang mempunyai pemikiran sekular ini. Seolah-olah, Islam itu hanya agama yang memandu umatnya ke jalan ibadah yang berbentuk ritual sahaja seperti solat, berpuasa, berzakat, berzikir, dan sebagainya. Walhal, Islam adalah sebuah ideologi yang sempurna yang memandu umatnya dari segala aspek kehidupan termasuk berpolitik, berekonomi, beribadah, dan sebagainya.

Skop sempit mengikut kepala otak mereka secara langsung memberi impak yang negatif kepada umat Islam seluruh dunia. Misalnya, Palestin masih belum dibebaskan daripada cengkaman Yahudi laknatullah. Umat Islam di Urumqi pula dilarang berpuasa oleh pemerintah kafir China. Umat Islam di seluruh dunia ditindas tanpa pembelaan umat Islam, walhal sudah berapa trillion wang dibelanjakan untuk membeli senjata-senjata canggih di negeri-negeri umat Islam? Namun sayang, senjata-senjata canggih itu dibeli hanya untuk digunakan semasa pertunjukan dan perarakan.


Sayangnya, pemerintah umat Islam pada hari ini langsung tidak mengejar kemuliaan jihad di bulan Ramadhan untuk membebaskan saudara-saudara kita yang setiap masa dibuli oleh musuh-musuh Allah. Sebaliknya, golongan yang beraliran sekular ini meneruskan tradisi Ramadhan saban tahun hanya dengan amalan-amalan ritual semata-mata seperti menyiarkan bacaan al-Quran di televisyen, menyiarkan rakaman solat tarawih, dan sebagainya. Lihatlah, mereka memandang Islam itu pada skop yang begitu sempit!

Kita sebagai umat Islam, tidakkah kita berasa janggal akan hal ini? Mereka mengatakan syariat Islam itu dijalankan, tapi mereka masih lagi membiarkan saudara seaqidah kita dibuli oleh musuh-musuh Allah. Mereka mengatakan syariat Islam itu dijalankan, namun ia hanya mencakupi berpuasa di bulan Ramadhan sahaja.

Inilah akibatnya apabila pemerintah itu ketandusan pemikiran Islam. Mereka memperhamba diri mereka kepada penjajah kafir harbi, yakni British. Mereka rela British menjadi tuan mereka, lantas mereka tak ubah seperti lembu yang dicucuk hidung. Marilah kita bersama-sama mengambil pengajaran. Islam itu tidak sekadar solat, berpuasa, dan amalan-amalan ritual yang lain. Islam adalah suatu cara hidup yang sempurna dan tidak sempit. Sesungguhnya, hukum sekular yang diterapkan oleh pemimpin-pemimpin sekular hari ini ternyata menyempitkan pemikiran masyarakat.
Selanjutnya...

08 August 2011

Lumrah Blog Agama - Aku Blogger yang Gagal

Aku mula menulis blog pada tahun 2009. Tahun ni, dah tahun 2011. Kiralah sendiri dah berapa tahun aku blogging. Entry pertama aku, aku fikir sebuah entry yang bagi aku sangat bermanfaat Awas, Bahaya Rebranding!. Itu bagi aku, bagi pembaca lain, aku tak pasti.

Pembawaan aku dalam dunia blogging ni, paling utama adalah untuk menasihatkan diri sendiri dan orang lain. Pendek cerita, blog ni lebih menjurus kepada blog yang Islami, pada hemat aku. Blog ni bukan blog jual muka (BJM), bukan blog lawak, bukan blog fotografi, dan seangkatan dengannya. Fokus aku adalah untuk menyampai pemikiran yang Islami sejak dari mula aku blogging.

Tapi, siapa sangka... Bukan semua blog mendapat hati di kalangan pembaca. Lebih-lebih lagi blog yang membawa Islam. Aku tabik kepada blogger otai seperti Hamka (kereta mayat) dan Tg. Farra Waheeda (Diriku Dr.Cinta) yang mana blog mereka cukup mendapat sambutan. Itupun hanya beberapa saja blog agama yang mendapat sambutan. Selebihnya, yang mendapat sambutan, sudah tentu BJM. Dan blog SoutulMujahid ni antara blog agama yang terkebelakang dan sangat kurang mendapat sambutan.

Aku cuba uslub seperti kuiz yang menawarkan hadiah untuk menarik pembaca, tapi sayangnya kuiz tu langsung tak mendapat sambutan. Aku dah pun delete entry tu supaya tidak lebih malu di kemudian hari.

Sehingga saat ini, inilah saat yang aku rasa aku sudah lesu untuk blogging. Aku hampir berputus asa untuk berdakwah dalam alam maya ni. Tapi, hakikatnya aku tidak boleh berputus asa daripada rahmat Allah. Kerana, perkara ini adalah lumrah bagi orang yang berdakwah, yakni akan berasa asing dan ganjil. Lihatlah, follower dah 1000+, tapi respond amatlah ciput. Aku rasa, bab-bab agama ni, ramai orang yang tak mau ambil peduli. Kan?

Untuk tinggalkan dunia blogging, aku rasa sayang pula, sebab dunia aku memang sangat meminati bidang penulisan sejak di bangku simpanan sekolah lagi. Lagipun, sejak 2009 aku menempuh onak duri bersama blog ni, tak mungkin sekelip mata saja aku boleh meninggalkannya. Emm.. Entahlah. Sampai saat ni, aku sudah menyatakan aku seorang blogger yang gagal.
Selanjutnya...

07 August 2011

Benarkah Umat Islam Wajib Berpuasa?


Mungkin soalan ini agak keterlaluan untuk disoal, lebih-lebih lagi ketika kita sedang berada di dalam bulan Ramadhan. Namun, soalan tersebut ada rasionalnya bagi mereka yang berfikir. Kalau kita berpuasa, takkanlah kita hanya beramal secara ikut-ikutan saja?

Sebelum menjawab persoalan di atas, mari kita tinjau dulu suatu perkara yang dinamakan 'taklif hukum' atau dalam bahasa bonda bermaksud 'beban hukum'. Ia terbahagi kepada 3 pecahan, iaitu:

1. Taklif Hukum Individu
Merangkumi kewajipan-kewajipan yang dibebankan kepada individu-individu semata-mata. Kewajipannya wajib dilaksanakan tanpa perlu mengadakan undian (seperti dalam bangunan maksiat parlimen), menunggu tertegakknya sebuah negara Islam, atau menunggu kambing bertelur untuk mengamalkannya. Contohnya: solat, menunaikan zakat, berdakwah, dan lain-lain.

2. Taklif Hukum Jemaah/Parti
Jemaah atau parti politik Islam, bebanan hukumnya adalah sebuah badan pemikir dan memuhasabah pemerintah. Jadi, parti politik tidak layak memerintah negara, seperti yang berlaku pada hari ini.

3. Taklif Hukum Negara
Pemerintah wajib melaksanakan sistem-sistem yang termaktub dalam Islam, seperti menerapkan sistem ekonomi Islam, sistem pergaulan Islam, sistem hukuman Islam, dan lain-lain. Negara juga adalah badan pelaksana untuk melancarkan jihad. Dan banyak lagi taklif hukum yang dipertanggungjawabkan kepada negara.


Jelas, peranan ketiga-tiga golongan seperti di atas adalah amat berbeza.

Berbalik kepada persoalan di atas, benarkah kita wajib berpuasa di bulan Ramadhan? Jawapannya, ya, sememangnya kita wajib berpuasa berdasarkan dalil:

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" [TMQ al-Baqarah(2):183]


Ayat ini jelas menjelaskan taklif hukum bagi individu-individu muslim. Tapi bagaimana pula dengan taklif hukum jemaah/parti dan taklif hukum negara? Taklif hukum jemaah/parti sedang dilaksana oleh jemaah-jemaah Islam di seluruh dunia. Apa yang hendak difokuskan adalah taklif hukum negara.

Ramai orang begitu menfokuskan tentang taklif hukum individu dan jemaah semata-mata, tanpa menghiraukan masalah-masalah kenegaraan. "Lantak hang lah negara ni negara kafir ke, yang penting, aku boleh solat". Inilah kesempitan pemikiran yang membelenggu umat Islam. Mereka mengecilkan skop Islam itu hanya pada amalan-amalan ritual sahaja. Bab bernegara, mereka dengan segera menolaknya kerana ia berkisar tentang politik. Walhal, sekiranya umat Islam itu tidak berpolitik (politik Islam), bagaimakah kewajipan-kewajipan dalam bernegara itu akan terlaksana?

Betapa besarnya dosa pelaburan kita, sekiranya kita hanya membiarkan masalah ini berlaku, tanpa ada fikir risau tatkala hukum-hakam Islam itu masih belum diterapkan.

KESIMPULAN: Anda sudah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, anda wajib berpuasa. Anda sudah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, anda wajib solat. Anda sudah beriman dengan Allah dan Rasul-Nya, anda wajib menegakkan Khilafah!
Selanjutnya...

06 August 2011

Anjing-anjing Thoghut Mengganggu Dakwah


Ini bukan anjing najis mughallazhoh. Tapi anjing yang digaji oleh pemerintah sekular untuk menghalang kelompok dakwah untuk berdakwah. Anjing-anjing ini sanggup mengenepikan agama Allah kerana hati mereka telah dibutakan dengan nikmat dan manfaat dunia yang sementara.

Mereka ini bagaikan anjing yang dirantai oleh tuannya. Apabila mereka diarahkan untuk menggigit mangsa, mereka akan dilepaskan untuk menggigit mangsa. Sayangnya, mangsa mereka adalah kelompok-kelompok dakwah. Pesta maksiat, konsert, pergaulan bebas, dan pelbagai maksiat lain terpampang di depan mata, tidak mereka halang. Tetapi dakwah juga yang mereka pilih untuk dihalang.

Ingatlah wahai anjing-anjing thoghut! Kalian begitu berani di atas dunia ini. Tetapi kalian pasti kecut perut apabila diadili di hadapan Allah kelak! Kalian mengaku beragama Islam, tetapi kalian mengkhianati agama Allah secara terang-terangan!

"Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit serta yang ada di bumi; dan kecelakaan besar bagi orang-orang yang kufur ingkar (terhadap Al-Quran) dari azab yang amat berat (yang akan menimpa mereka kelak). Orang-orang yang mengutamakan dunia lebih daripada akhirat, dan menghalangi manusia dari jalan agama Allah, serta menghendaki jalan itu menjadi bengkok terpesong, mereka itulah orang-orang yang terjerumus ke dalam kesesatan yang jauh terpesongnya". [TMQ Ibrahim(14):2-3]

*Peristiwa ini berlaku pada 6 Ogos 2011 / 6 Ramadhan 1432H, Jumaat, di Masjid Negeri Shah Alam
Selanjutnya...

02 August 2011

Berseksi-seksi di Bulan Ramadhan


Alhamdulillah... Bulan Ramadhan yang dinanti datang lagi. Bulan yang dinanti-nanti oleh golongan yang beriman dan bertaqwa. Tapi orang yang hanya fikirkan manfaat, mesti dia fikir nak untung berniaga kat bazaar je. Sebab tahun lepas, aku sendiri nampak peniaga bazaar Ramadhan takde kemaluan tak malu tak puasa.

Sebut pasal bazaar, mungkin akan teringat sesuatu perkara yang tragis. Maksud 'tragis' ini sesuai digunakan untuk kaum lelaki. Tragis tengok kaum hawa yang berseksi-seksi di bulan Ramadhan. Di bulan Ramadhan pun tak mampu nak ambil iktibar, apa lagi di bulan-bulan lain.

Ambillah iktibar di bulan Ramadhan ni. Terlalu banyak kelebihan untuk digarap. Kalau tak mahu jugak ambil iktibar, tak tau nak kata apa. Cuma, apa aku nak jelaskan, perkara ini berlaku kerana tiadanya penerapan undang-undang syariah. Mereka seksi pun, tetap dibiarkan. Ini menunjukkan sekularisme sedang membelenggu kita. Kita hanya ingat Islam tu hanya pada puasa, zikir, solat, dan ibadah khusus sahaja, dan tidak pada aspek politik dan pemerintahan.

OK pendek saja entry pada kali ni. Kang sentap lebih-lebih kang, tak mau baca dah blog aku. K bye :p



مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيْمَانَاً وَاحْتِسَاباً غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

"Sesiapa mengerjakan puasa Ramadhan kerana imannya (kepada Allah) dan mengharapkan pahala dariNya, akan diampunkan untuknya segala dosanya yang lalu".
[HR Bukhari dan Muslim]

Komen, jangan tak komen :p
Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...