Pages

31 May 2011

Anwar Hadi - Barang Pinjam [Video]

Takde idea pulak nak menulis hari ni. Rasanya cukuplah kot berkongsi satu video yang aku jumpa. Sangat mendalam maksudnya. Kali ni saudara kita, Anwar Hadi bercerita tentang 'Barang Pinjam'. Video ni berbahasa Inggeris. Sesiapa yang tak paham Bahasa Inggeris, boleh la cuba Google Translate. LOL



Antara perkara-perkara penting yang disentuh oleh beliau:
1. Pinjam barang orang, reti-retikanlah diri untuk menjaga amanah tu
2. Seluruh tubuh badan kita ni pinjaman daripada Allah SWT. Perkara ini yang paling menyentuh jiwa dan paling takut aku dengar
3. Jangan sesuka hati melabel orang lain 'kafir'.

Sekian. Wallahu a'lam
Selanjutnya...

29 May 2011

Al-kisah Blog Seekor Makcik yang Menghina Islam...


Beberapa hari lalu, negara digemparkan dengan sebuah blog seekor makcik yang berani menghina Islam. Makcik yang menedakwa dirinya seekor 'hajah' tersebut menyatakan dia pernah ke Tanah Suci Makkah dan dia merupakan seorang muslim. Melalui kenyataan-kenyataannya, ternyata dia adalah sememangnya kafir sejak awal ataupun TELAH kafir kerana dia secara terang-terangan menghina Islam.

Justeru, blogger dan pemilik akau facebook yang 'prihatin' telah share alamat blog makcik tersebut, lantas menyebabkan blog makcik keparat itu terkenal dek publisiti murahan. Yang mempopularkan blog makcik itu bukannya dirinya sendiri, tetapi golongan yang 'prihatin' tersebut.

Golongan yang 'prihatin' itu secara tidak sedar telah menjadikan makcik itu dan blognya terkenal. Lantas, penghinaan terhadap Islam telah disebarluaskan. Semuanya gara-gara kemudahan 'share' dan 'keprihatinan' masyarakat.

Sewajarnya, tidak perlulah menghebahkan kepada umum tentang penghinaannya terhadap Islam, tetapi terus melaporkan kepada pihak pemerintah agar pihak pemerintah menjalankan tindakan susulan. Menghebahkan penghinaannya terhadap Islam di khalayak atas dasar keprihatinan sebenarnya adalah tindakan yang menguatkan tunjang blog itu. Ini adalah kerana, makcik syaitan itu pasti berasa teruja dengan trafik blog yang sentiasa meningkat, lantas mendorongnya menghina Islam lagi, lagi, dan lagi akibat 'sambutan' daripada masyarakat.

Inilah natijah apabila ketiadaan Daulah Khilafah memerintah dunia. Lupakah kita, Sultan Abdul Hamid II mengancam untuk menghantar bala tentera hanya dengan sepucuk surat kepada pihak Barat setelah beliau tahu pihak Barat akan membuat satu pementasan untuk menghina Nabi Muhammad SAW.

Lantas, mereka membatalkan pementasan itu kerana takut akan ancaman bala tentera yang akan memporak-porandakan dunia Barat akibat penghinaan itu. Lihatlah perbezaannya hari ini. Golongan kafir dan munafiq seperti makcik keparat ini tidak takut langsung untuk menghina Islam. Bahkan, hukuman yang bakal dikenakan langsung tidak menakutkan. Dan mungkin juga tiada hukuman yang bakal dikenakan. Mungkin hanya cukup sekadar pihak pemerintah menutup blog tersebut.
Selanjutnya...

28 May 2011

Itu Babi, Ini Babi. Semua Benda Nak Dibabikan!


DNA babi dalam kopi, DNA babi dalam kek, DNA babi dalam roti. Pendek kata, hampir semua benda nak dibabikan dalam kehidupan umat Islam. Maka, babi dalam kandang, hutan, mahupun di zoo telah mencapai populariti secara tidak semena-mena. Golongan babi ini pasti pelik sekiranya mereka tahu populariti mereka melonjak secara tiba-tiba.

Hal ini jelas menunjukkan kehidupan umat Islam amat mudah diperkotak-katikkan. Ini bukan perkara kecil, kerana ia melibatkan halal-haram dan ia menjadi darah daging umat Islam.

Tanpa rasa bersalah, golongan tertentu memperkuda umat Islam untuk kepentingan dan keuntungan peribadi. Manakala pemerintah pula tidak mengambil tindakan serius. Buktinya, isu makanan dan minuman halal menjadi isu yang bermusim. Sekejap timbul dan sekejap tenggelam. Selepas ia 'diselesaikan', ia tetap akan berlaku semula.

Sekiranya pemerintah benar-benar serius ingin menangani masalah ini, pasti tidak akan ada pihak yang berani mencampurkan bahan-bahan yang bersumberkan daripada sumber yang haram seperti babi. Sebaliknya, mereka berani untuk berbuat demikian.

Manakala nasib umat Islam pula, umat Islam telah 'menjamah' babi tanpa disedari. Mungkin setelah dicampur-campur bertahun-tahun, lengkap seekor babi masuk ke dalam perut umat Islam. Perkara ini tidak mustahil berlaku di zaman sekular!

Jelas terbukti, sistem demokrasi yang digunapakai adalah sistem yang gagal. Hukum syarak amat mudah dipermainkan sehingga babi menjadi santapan harian tanpa umat Islam sedari. Pendek kata, semua benda nak dibabikan!
Selanjutnya...

25 May 2011

Couple Islamik?

Yang hak jangan dicampur dengan yang batil. Semoga kita dijauhkan daripada ditusuk jarum-jarum syaitan yang halus itu. Tambahan pula, ramai lelaki jatuh imannya hanya kerana wanita.

Semoga kita dapat membina hubungan halal lagi diberkati. Amin ya Allah...



Waduh-waduh! Renung-renungkan... Selamat beramal!
Selanjutnya...

Allah dan Lembu Tidak Sama


Cuba kita sebut "Allah, Allah, Allah...". Sama tak perasaan kita kalau sebut "Lembu, lembu, lembu...". Mungkin ada di kalangan kita rasa sama je kan? Sedangkan, Allah itu Maha Pencipta yang Maha Berkuasa manakala lembu itu adalah makhluk ciptaan-Nya yang tidak mempunyai daya upaya.

Perkara ini boleh menjadi pengukur aras iman kita. Perasaan menyebut 'Allah' dan 'lembu' adalah sama, faham-fahamlah tahap iman kita di mana. Tepuk dada, tanya iman.

Golongan yang alim, apabila nama Allah disebut, pasti gementar hati mereka kerana takutkan Allah. Apabila berkumandangnya azan, pasti meremang bulu roma mereka kerana si muazzin memuji dan mengagungkan Allah SWT. Kita pula bagaimana? Mesti ada yang tak rasa apa-apa kan? Lebih-lebih lagi yang menulis ni.

Bahkan, bukan sahaja ada yang tak rasa apa-apa, bahkan tidak berasa takut walaupun sedikit untuk meninggalkan solat.

Apa pun, tepuk dada tanya iman. "Allah, Allah, Allah... Lembu, lembu, lembu...". Sama tak perasaan kita?

*****

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah".

[al-Anfaal(8):2]
Selanjutnya...

23 May 2011

Kebaikan Susu Ibu


Siapa sangka, al-Quran yang diturunkan 1400 tahun yang lepas pun menceritakan tentang kaedah penyusuan. Begitu agung isi kandungan al-Quran.

Jom kita sama-sama ambil tahu kebaikan susu ibu...

1. Kaya dengan kolustrum yang mengandungi antibodi untuk mencegah penyakit seperti penyakit kuning

2. Kaya dengan DHA (Asid Lemak Decosahexaenoic / Omege 3) asli yang membuatkan IQ bayi 3-5 kali ganda lebih cerdik daripada bayi lain.

3. Kaya dengan protein (Whey) yang mudah dihadam oleh perut bayi. Ini mencegah bayi daripada mendapat penyakit sembelit dan cirit-birit.

4. Kaya dengan AA (Aracadonic Acid) untuk penglihatan mata bayi.

5. Kaya dengan Immunoglobulin (IgG) yang menghalang jangkitan virus dan bakteria pada perut bayi.

6. Kaya dengan hormon dan faktor pertumbuhan untuk merangsang perut bayi supaya matang dengan lebih cepat.

7. Kaya dengan Macrophage yang menjadi pelindung bayi daripada jangkitan penyakit.

8. Kaya dengan Taurina yang bertindak menstabilkan membran sel retina dan otak bayi.

9. Kaya dengan bakteria baik, iaitu Lactobacillus yang membantu proses penghadaman bayi.

10. Kaya dengan Lactoferin yang boleh membantu menyerap zat besi untuk pembentukan sel darah merah.

11. Mengeratkan hubungan bayi dengan ibu =)

*****


"Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan..."
[TMQ al-Baqarah(2):233]
Selanjutnya...

20 May 2011

Perginya Pemilik Blog Telordibasuh Menghadap Ilahi


Malam tadi, memang aku terkejut membaca entri-entri blog yang mengatakan pemilik blog telordibasuh meninggal dunia. Aku tak selalu jenguk ke blog tu. Tapi tahu kewujudan blog tu.

Rasa macam tak percaya kan? Bila-bila masa saja kita boleh dipanggil tanpa ada petanda. Semuanya kehendak-Nya. Semoga kita sentiasa bersedia untuk berjumpa dengan-Nya. Takut kan sekiranya amalan dan modal kita tidak cukup untuk berjumpa dengan Pencipta Yang Maha Agung tu?

Aku pergi nanti macam mana pulak ye? Aku tak harapkan penghormatan itu-ini daripada anda semua. Cukuplah dengan mendoakan kesejahteraan aku di sana. Dan harap kalau aku pula yang pergi sikit masa lagi, akan ada blogger yang tolong bagi tahu pada blogger lain, supaya ramai yang mendoakan kesejahteraan aku di sana.

Semoga kita memanfaatkan dunia blogging semua medium dakwah dan untuk menampung amalan semasa hayat dan semasa kita di alam barzakh, Insya Allah


Ya Allah, ampunkanlah segala dosa arwah. Tempatkan dia dalam kalangan golongan yang beriman dan bertaqwa. Terang dan lapangkanlah kuburnya.
Selanjutnya...

19 May 2011

Perbezaan Kita dengan Para Sahabat


Sahabat r.a. merupakan golongan yang diredhai oleh Allah semasa mereka berada di dunia lagi. Rapat dan hampirnya mereka dengan Rasulullah SAW membuatkan mereka sangat faham tentang agama; merekalah sahabat, merekalah ulamak.

Banyak perkara yang amat membezakan kita dengan para sahabat. Berikut merupakan secebis sahaja yang dapat dinukilkan di ruang yang terbatas ini. Mari kita sama-sama muhasabah diri kita yang hina ini di sisi Allah SWT...

1. Para sahabat pengsan-pengsan ketika mengambil wudhuk kerana terlalu takut dan gentar untuk menghadap Yang Maha Berkuasa. Tapi ada di antara kita buat dek je kan? Bukan saja tak pernah pengsan ketika nak menghadap Ilahi, yang tinggal solat pun bersepah-sepah.

2. Solat Saidina Ali r.a. begitu khusyuk sehingga sahabat lain boleh mencabut anak panah yang tertusuk pada belakangnya. Tapi kita...? Siap boleh ingat kunci tang mana masa solat... Soalan matematik siang tadi... Ingat nak main Call of Duty...

3. Para sahabat berpolitik untuk terapkan 100% hukum-hakam Islam. Tapi ada di antara kita menolak politik dengan alasan politik itu kotor, dan hanya suka iktikaf, zikir, dan membaca al-Quran tanpa menghiraukan pengabaian penerapan hukum-hakam Islam.

4. Para sahabat sibuk berdakwah sana-sini untuk mengembangkan Islam. Tapi ada di antara kita cukup sibuk nak jadi artis. Kononnya ada bakat, dimuatnaik dalam YouTube, facebook, dan sebagainya untuk menggapai populariti sebagai artis. Tak kiralah yang bertudung, lelaki, mahupun perempuan. Ramai sungguh yang suka benar nak jadi artis. Kan?

5. Para sahabat mencari redha Allah dengan meneladani kehidupan Rasulullah SAW. Tapi, ramai pula di antara kita meniru dan meneladani artis dalam kehidupan sehari-harian. Artis tu pakai itu-ini, kita nak tiru walau melanggar hukum syarak. Boleh jamin syurga ke?

6. Saidina Umar r.a. sendiri pergi berjalan bersama-sama pembantunya untuk melihat urusan rakyatnya, walaupun pada waktu itu tiada teknologi canggih. Beliau sendiri yang pergi mengambil makanan untuk diberikan kepada rakyatnya. Tapi pemimpin kita hari ini, walaupun teknolgi canggih sudah wujud seperti internet, kereta, telefon, dan sebagainya, urusan ummat tetap tidak terpelihara. Rakyat terus dibiarkan miskin tanpa pembelaan. Mungkin tunggu wartawan bawa kamera kot?

7. Saidina Abu Bakar r.a. menolak jawatan sebagai khalifah ketika ummat memilihnya sebagai pengganti Rasulullah SAW kerana takut memikul amanah sebagai seorang pemimpin. Tapi ramai pula pemimpin kita hari ini dok sibuk suruh undi depa, tapi bila dah naik takhta, janji ke mana, hukum syarak ke mana...

8. Para sahabat menangis mengenangkan kesalahan-kesalahan mereka. Tapi ada di antara kita menangis kerana pelajar Akademi Fantasia tersingkir.

9. Saidina Abu Bakar r.a. merupakan sahabat yang amat lembut. Tetapi beliau sangat bertegas dengan memerangi golongan yang menjadi nabi palsu dan golongan yang tidak membayar zakat. Tapi ada tak pemimpin-pemimpin kita melaungkan seruan jihad apabila al-Quran dibakar, Allah dihina, dan Rasulullah SAW dihina?

10. Para sahabat menggunakan kuasa politik untuk menerapkan 100% hukum syarak. Tapi pemimpin hari ini menggunakan kuasa politik mereka untuk mengenyangkan perut mereka dan kroni mereka. "Duit Rakyat Didahulukan, Perut Menteri dan Kroni Diutamakan".

*****

Semoga kita mengambil pengajaran daripada kehidupan manusia agung, Nabi Muhammad SAW dan para sahabat. Lebih-lebih lagi orang yang menulis ni... Amin...
Selanjutnya...

18 May 2011

Langgar Anak, Lenyek Anak! [Video]

Video kali ni memang sangat mengerikan. Sila berhati-hati ye. Malang tidak berbau

video


Semoga Allah selamatkan kita dari segala malapetaka. Amin...~
Selanjutnya...

16 May 2011

Kes Simbah Asid – Keselamatan Rakyat Menjadi Taruhan


Kes simbah asid semakin menjadi-jadi yang sekarang telah memakan mangsa ke 23. Identiti si penyimbah asid tersebut masih menjadi “misteri” bagi pihak PDRM dan masih belum ada sebarang tangkapan yang dibuat terhadap pelaku ini. Amat pelik, dalam keadaan bandaraya Kuala Lumpur yang penuh dengan CCTV di sana sini, pelaku ini masih bebas seolah-oleh tiada sedikit pun rasa takut dengan tindakan jenayah yang dilakukan yang mana setiap tindak-tanduknya sepatutnya boleh diperhatikan dengan kewujudan CCTV yang banyak itu. Mungkin pemerintah lebih berminat dengan CCTV yang digunakan untuk merakam aksi seks musuh politik mereka untuk dipertontonkan kepada seluruh rakyat. Dengan kes-kes sebegini yang semakin meningkat, ia bakal menimbulkan rasa tidak selamat di kalangan rakyat. Malah, rakyat akan sentiasa berasa dalam ketakutan kerana si pemangsa melakukan jenayah tersebut secara rambang dan dilakukan pada bila-bila masa sahaja tanpa mengenal mangsa.

Apakah pemerintah Malaysia cuma memejamkan mata dan memekakkan telinga untuk menyelesaikan m
asalah ini secara tuntas? Apakah mereka lebih berminat dalam menangkap dan menghalang aktiviti- aktiviti dakwah Islam berbanding menghentikan pusat-pusat maksiat serta kejadian jenayah yang semakin berleluasa? Sikap para pemerintah yang hanya mementingkan tindakan yang menguntungkan diri mereka serta kroni-kroni mereka merupakan suatu pengkhianatan kepada rakyat. Mereka selesa bergerak ke sana ke mari dengan dikawal rapi oleh berpuluh-puluh pengawal keselamatan serta konvoi polis, tetapi dalam masa yang sama rakyat sentiasa dalam ketakutan untuk bergerak bebas. Malah lebih malang lagi dengan tindakan mereka yang suka menghalang aktiviti-aktiviti dakwah yang hendak dianjurkan oleh para pendakwah yang ikhlas.

“Tidaklah seorang pemimpin yang apabila diserahkan urusan kaum Muslimin, kemudian dia mati, sedangkan dia mengabaikan/melalaikan urusan tersebut, kecuali Allah mengharamkan syurga untuknya”
[HR Bukhari & Muslim].

Oleh itu, adalah menjadi salah satu amanah utama para pemimpin untuk memastikan keselesaan dan keselamatan rakyatnya supaya berada pada tahap yang maksimum. Ini adalah merupakan bebanan tugas yang wajib dipikul dengan sebaik-baiknya oleh pemerintah kerana ia akan dipersoalkan oleh Allah di hari akhirat nanti atas setiap nyawa rakyat yang berada di bawah pemerintahannya. Hanya dengan diterapkan hukum-hakam Islam secara menyeluruh sahajalah yang dapat menjamin keselamatan dan kesejahteraan seluruh umat manusia.

SUMBER: MyKhilafah.com
Selanjutnya...

14 May 2011

Buatmu, Wahai Golongan yang Meninggalkan Solat!


Wahai Golongan yang Meninggalkan Solat!
Sekiranya kalian haus semasa hayat kalian, kalian boleh meminum rezeki Allah yang enak-enak. Sirap bandung, kopi, sirap... Semuanya kalian boleh teguk untuk menghilangkan dahaga. Tetapi, air manakah yang bisa menjadi asbab untuk menghilangkan dahagamu ketika kalian menghadapi sakaratul maut?

Wahai Golongan yang Meninggalkan Solat!
Sungguh cergas kalian berlari ke sini-sana mengejar bola di tengah dan tepi padang. Berapa gelen peluh yang kalian keluarkan untuk tujuan itu? Tidak malukah kalian, kalian mampu berlari ke sini-sana, tetapi tidak mampu untuk menunaikan kewajipan solat yang tidak perlu mengeluarkan bergelen-gelen peluh?

Wahai Golongan yang Meninggalkan Solat!
Kalian berasa lapar sekiranya tidak bersarapan, tidak menjamah makanan tengah hari, dan tidak menjamah santapan malam. Tetapi, tidakkah kalian pelik, jiwa kalian kosong daripada santapan rohani, tetapi kalian tidak sedikitpun berasa lapar?

Wahai Golongan yang Meninggalkan Solat!
Sedarlah, golongan yang mendirikan solat 5 waktu ditambah dengan amalan-amalan sunat pun tidak dijamin syurga, inikan pula kalian yang meninggalkan kewajipan yang merupakan dosa besar! Tidakkah kalian tahu, tiada pilihan ketiga selepas syurga dan neraka?

Wahai Golongan yang Meninggalkan Solat!
Kalian sanggup berjam-jam menghadap facebook, blog, dan youtube, tapi kalian tidak sanggup untuk meluangkan hanya sedikit masa untuk berdamping dengan Pencipta kalian. Tidakkah kalian berasa malu?

Wahai Golongan yang Meninggalkan Solat!
Setiap saat Allah SWT mengurniakan nikmat yang tidak terhitung, tidak malukah kita sewenang-wenangnya mengkhianati Pemberi Nikmat itu? Adakah terlalu payah untuk memanjatkan kesyukuran dengan bersolat?

Wahai Golongan yang Meninggalkan Solat!
Ingatlah, Nabi Muhammad SeAW bersyukur dengan menunaikan solat sehingga kakinya pecah-pecah. Itu Nabi SAW yang telah dijanjikan syurga dan sangat dekat dengan Allah! Bagaimana dengan kita yang rendah dan hina ini? Masih mahu meninggalkan solat?

*****

Jika mata batinmu tidak mampu menangkap dan mencermati secara adil terhadap kemuliaan dan kesempurnaan Allah Maha Pencipta dan tidak mampu mencintai-Nya dengan kecintaan yang hebat, maka janganlah kamu tidak mencintai pemberi nikmat yang berbuat baik kepadamu. Jangan sekali-kali lebih rendah daripada seekor anjing, sebab anjing itu mencintai tuannya yang selalu berbuat baik kepadanya. [Imam al-Ghazali]
Selanjutnya...

11 May 2011

Blogger Hebat Jangan Berlagak!



Aku bukanlah blogger hebat walaupun dah beberapa tahun aku menulis blog. Itu harus aku akui. Apa yang aku nak cakap adalah sesetengah blogger hebat yang berlagak dan sombong untuk tolong blogger baru atau blogger tak hebat macam aku.

Mentang-mentang blog dia banyak follower, banyak komen, trafik sesak, dan banyak lagi kehebatan blognya yang tak mampu aku tulis kat sini, nak tolong blogger lain pun payah.

Apalah sangat kalau kita tolong blogger tak hebat tu untuk naikkan rank blogger tu? Tak payah pun. Insya Allah akan ada ganjaran daripada Allah, lebih-lebih lain blog yang menyeru manusia kepada Islam.

Kepada bloggers hebat, jangan berlagak. Sekarang ni waktu korang, dan bila-bila je korang boleh jatuh. Sikap berlagak korang tu tak sedikit pun menguntungkan korang.

Kehebatan yang berlagak ni dalam dunia blog, aku tabik. Tapi aku tak tabik korang punya sikap yang berlagak dan berat tulang untuk tolong blogger yang tak hebat. Kalau ada sesiapa yang terasa, ubahlah sikap korang sebelum terlambat. Bila-bila je Allah boleh tarik balik anugerah-Nya tu...
Selanjutnya...

08 May 2011

Islam Hanya Sekadar Agama Rasmi, Bukan untuk Diterapkan?



Negara kecoh pula dengan isu agama rasmi. Isu Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia menjadi suatu isu yang amat sentitif buat masa ini, sehinggakan ada beberapa NGO membuat laporan polis tentang isu ini.

Apa yang pasti, isu ini hanyalah isu murahan dan orang yang tak faham sahaja yang akan melenting. Orang yang melenting pula, semangat yang berapi-api hanyalah sementara kerana mereka diikat dengan semangat nasionalisme, bukan diikat dengan ikatan aqidah.

Hal ini dapat dibuktikan dalam 'isu Kalimah Allah'. 'Semangat menentang kebatilan' hanya timbul buat seketika sahaja. Dan 'perjuangan' mereka itu bukanlah berlandaskan hukum-hakam yang telah dimaktubkan oleh Allah SWT, tetapi mereka hanya mengikut telunjuk emosi mereka sahaja.

Perkara yang sama juga berlaku bagi isu agama rasmi ini. Mereka gamaknya tidak faham apakah itu 'agama rasmi', dan apa pula hukumnya menerapkan Islam 100%. Semenjak Islam menjadi agama rasmi, adakah Islam itu diterapkan 100%?

Ternyata tidak! Islam hanyalah agama rasmi yang tidak membawa makna apa-apa terhadap Islam dan umatnya. Inilah dakyah Barat yang amat licik yang telah memperdaya umat Islam. Islam hanya terlekat sebagai agama rasmi sesebuah negara, bukan sebagai sumber sandara hukum untuk menjalani kehidupan sehari-harian.

Dalam kes ini, ternyata mereka amat keliru. Selama ini, pemerintah memerintah mengikut hukum sekular, mereka langsung tidak membantah, malah redha dan mengampu pemerintah sekular hari ini untuk memenuhi keperluan mereka. Ternayata bantahan mereka dalam isu ini hanyalah semangat bermusim dan wujud pasang-surutnya kerana bantahan mereka hanyalah berlandaskan emosi semata-mata.

Sekiranya mereka ikhlas membantah, mereka sudah pastinya awal-awal lagi membantah tindakan pemerintah sekular hari ini yang mengkedepankan akal mereka dan membelakangkan al-Quran dan as-Sunnah. Bantahan ini ternayata satu gimik politik yang amat dangkal, kononnya mereka benar-benar prihatin terhadap kedaulatan Islam.

Hari ini, kedaulatan tidak terletak pada Islam, tetapi terletak pada makhluk. Islam dikhianati oleh pemerintah sekular. Perlembagaan disandarkan pada Perlembagaan Persekutuan yang kufur itu, bukan disandarkan pada perlembagaan al-Quran. Kerana itulah Malaysia dan negara-negara umat Islam yang lain terus menjadi negara kafir walaupun ramai penduduknya beragama Islam.
Selanjutnya...

06 May 2011

Kenapa Lelaki Susah Nak Tutup Aurat? Tolong Jawab!



Sebagai seorang lelaki sejati, aku berasa malu dengan sebilangan besar lelaki yang gagal menutup aurat. Aurat yang ciput; antara pusat hingga lutut bukanlah susah untuk ditutup. Malah, amat mudah sekali ditutup. Ingat ya... Aurat lelaki antara pusat hingga lutut, bukan pusat dan lutut. Bahaya kan kalau ada sapa-sapa faham aurat lelaki itu PUSAT DAN LUTUT.

Aurat lelaki wajib ditutup DALAM SEMUA KEADAAN KECUALI BERSAMA ISTERI. Ini bermaksud isteri sahaja yang layak untuk melihat aurat orang lelaki. Orang lain tidak layak untuk melihat aurat lelaki termasuk ayah, adik-beradik, kawan-kawan, dan sebagainya.

Apa yang pelik, aurat yang ciput ni pun ramai lagi kaum lelaki susah nak tutup. Ada seluar panjang, nak juga pakai seluar pendek yang menampakkan kepala lutut tu. Masa solat taknak pulak pakai seluar pendek?

Mesti ada yang jawab, "Ye la... Dalam solat wajib tutup aurat. Kalau dedah aurat, tak sah solat!". Habis tu, luar solat boleh ke dedahkan aurat? Adakah kita beragama hanya dalam solat? Kalau itulah cara hidup kita, kita ni penganut idea sekular!

Lagi... Ada juga yang pakai seluar pendek ketika bersukan. 'Untuk memudahkan pergerakan semasa bersukan' menjadi tiket yang menghalalkan tindakan sebilangan besar lelaki hari ini. Alasan ini adalah alasan yang amat dungu. Hanya orang kurang akal saja yang akan jawab macam ni. Seolah-olah menutup aurat ini menjadi penghalang kepada prestasi dan kalah-menang permainan. Lihatlah betapa rendahnya mutu pemikiran golongan seperti ini.

Tutuplah aurat tu. Sikit je nak kena tutup. Tak payah pun. Bahkan dengan menutup aurat, anda kelihatan lebih bermaruah. Ingat, hanya isteri kita sahaja yang berhak melihat aurat kita.

Indahnya syariat menutup aurat... Bermaruah dan bersopan. Siapa boleh jawab kenapa lelaki susah sangat nak tutup aurat? Boleh jawab???
Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...