Jumaat lepas ada suatu insiden yang amat memalukan umat Islam. Masjid digunakan untuk kepentingan peribadi dan politik kufur. Aku bukan penyokong Anwar, tapi dengan ilmu yang secebis ni, aku nak ulas sikit apa tentang sumpah laknat seperti video di atas.
1. Kata-kata ustaz tu langsung tak memberi kesan terhadap Datuk T, walaupun dinasihatkan perkara tu tiada dalam hukum syarak. Memang hati dah buta dek kepentingan politik.
2. Pegang al-Quran pun terbalik. Mungkinkah tak biasa atau tak pernah baca quran? Orang yang sentiasa berdamping dengan al-Quran pasti akan berasa janggal kalau pegang al-Quran macam tu. Ustaz tu yang tak pegang al-Quran pun tahu Datuk Eskay tu pegang al-Quran terbalik.
3. Tajwid tunggang langgang. Lafaz basmalah pun tak betul; "BISMILLANIRRAHMANIRRAHIM". Lafaz syahadah pun tunggang-langgang "Ashadu..." dan ada lagi tempat yang amat jelas kesalahan menyebutnya.
4. Mereka bertiga wajib di-qadzaf kerana menuduh zina tanpa membawa 4 orang saksi lelaki yang adil.
5. Peristiwa ini sangat memalukan umat Islam kerana ia dilakukan di dalam masjid. Memang benar-benar mencemarkan kesucian masjid. Apa tanggapan orang kafir setelah melihat kebobrokan akhlak umat Islam yang sanggup berdusta di dalam masjid?
6. Ke mana hilangnya kewibawaan institusi agama seperti JAKIM dan pihak pengurusan masjid? Sewenang-wenangnya membenarkan kemungkaran ini berlaku di dalam masjid. Nama sahaja Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, tapi pemikiran tetap mundur.
7. Perkara ini berlaku kerana tiadanya Daulah Khilafah yang menerapkan Islam secara 100%. Mereka begitu berani berdusta untuk kepentingan politik dan nikmat dunia.
*****
Hujah lanjut tentang sumpah laknat, boleh rujuk sini:
SN257 - SUMPAH LAKNAT - IKUT HUKUM, JANGAN IKUT HAWA!








