Pages

28 February 2011

Kebesaran Allah di Salar de Uyuni, Bolivia

Subhanallah. Agung sungguh aturan-Nya. Dia menciptakan dari sesuatu yang tiada kepada ada. Dialah Maha Pencipta yang Maha Bijaksana.

Salar de Uyuni terletak di Bolivia. Ia merupakan cermin yang terbesar di dunia, kerana mempunyai sifat pantulan seolah-olah sifat pantulan cermin.

Selain daripada itu, Salar de Uyuni juga merupakan dataran garam terbesar di dunia, yakni seluas 10582km persegi. Subhallah!

Mari kita lihat kebesaran Allah ini... ^^,


*****

وَهُوَ الَّذِي مَدَّ الْأَرْضَ وَجَعَلَ فِيهَا رَوَاسِيَ وَأَنْهَارًا ۖ وَمِن كُلِّ الثَّمَرَاتِ جَعَلَ فِيهَا زَوْجَيْنِ اثْنَيْنِ ۖ يُغْشِي اللَّيْلَ النَّهَارَ ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir. [ar-Ra'ad:3]
Selanjutnya...

27 February 2011

Pilihanraya Kecil DUN Kerdau - Perjuangan Islam Menurut Pandangan Sekular Najib

Pilihanraya kecil bakal menjelma lagi. Selain daripada pembaziran duit rakyat, kempen pilihanraya acuan thoghut demokrasi itu turut diwarnai dengan warna-warna yang berbaur permusuhan sesama Islam dan fitnah-menfitnah terus berlaku.

Najib mengambil kesempatan di pilihanraya ini untuk berucap untuk menyebarkan idea-idea sekularnya. Ucapannya tampak baik, kerana ucapan yang berunsur Islamik, seoalah-olah beliau adalah seorang pemimpin yang menjaga aqidah dan menerapkan syariat Islam.

Dalam ucapannya sempena pilihanraya kecil Kerdau, beliau tidak mahu melihat umat Islam itu miskin, rumah robek, dan sebagainya. Inilah hasil asuhan puak-puak kuffar terhadap pemikiran Najib. Beliau hanya menumpukan perjuangan Islam itu hanya pada bentuk material, bukan pada keimanan, penerapan hukum syarak, dan akhlak Islamiyyah.

Kebendaan itu bukanlah yang paling utama dalam Islam. Andai kata seseorang itu miskin tetapi ia berdakwah dan berjuang di jalan Allah, ia lebih mulia berbanding si kaya yang sekular dan menggunakan topeng Islam untuk menjadikan sandaran perjuangan mereka.

Dan seperkara yang perlu diperhatikan adalah, isterinya sendiri tidak menutup aurat, menteri-menteri beliau juga merupakan pendokong ajaran sekular dan kapitalis. Mereka tidak pernah berjuang untuk menjaga aqidah dan menegakkan hukum syarak walaupun sudah memegang kekuasaan dan kekayaan.

Wahai umat Islam! Janganlah kita terpedaya dengan dakyah-dakyah puak-puak sekular yang menggunakan topeng Islam. Mereka tidak lain tidak bukan menggunakan kekuasaan yang mereka miliki untuk menyenangkan hati kaum kuffar dan mengeyangkan perut mereka dan kroni-kroni mereka sahaja!

اللَّهُ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَن يَشَاءُ وَيَقْدِرُ ۚ وَفَرِحُوا بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا فِي الْآخِرَةِ إِلَّا مَتَاعٌ

Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga yang menyempitkannya. Dan mereka (yang ingkar): bergembira dengan kehidupan dunia, sedang kehidupan dunia itu tidak lain, hanyalah kesenangan yang kecil dan tidak, kekal berbanding dengan kesenangan hari akhirat. [ar-Ra'ad:26]
Selanjutnya...

22 February 2011

'Bagaimana Hendak Menayang Payudara Kepada Lelaki'


Sepanjang aku menulis blog, saat inilah yang aku rasa paling pelik bercampur lucu. Tak sangka ada makhluk Allah yang buat carian di google dan terkena pada blog aku.

Aku tak pastilah sama ada yang membuat carian tu lelaki ataupun perempuan. Tapi nampak gayanya, macam perempuan yang buat carian tu. Hehehe... Harap-harap kalau nak tayang pun, biarlah tayang pada suami sahaja. Tapi pelik, kenapa kalau nak tayang pada suami perlu buat carian di google? Bukankah aurat suami dan isteri tiada batasan? Pelik kan?

'Bagaimana Hendak Menayang Payudara Kepada Lelaki'. Tak ke lucu dan lucah tu? Dan tak pasal-pasal terkena pada blog aku. Hehehe... Sila klik pada imej untuk 'tumbesaran' imej.

Sapa punya kerja ye tu? Berani buat pengakuan??? Hehehe...
Selanjutnya...

21 February 2011

Rancangan Hiburan Melampau



Tidak cukup dengan Akademi Fantasia yang melalaikan umat Islam, kini pelbagai rancangan hiburan diperkenal bagi memenuhi slot-slot rancangan televisyen. Malaysia Idol, Mentor, One in a Million, dan pelbagai lagi program dilihat kononnya sebagai rancangan yang melahirkan bintang yang bergemerlapan.

Hakikatnya, rancangan-rancangan tersebut langsung tidak menyumbang kepada kebangkitan ummah, malah terus melayukan ummat, lebih-lebih lagi ummat Melayu. Lazimnya, masyarakat Melayu adalah beragama Islam. Maka, umat Islam berada dalam keadaan yang amat rugi, iaitu mudah dilalaikan dengan rancangan hiburan.

Malah, ada di kalangan mereka kononnya menyertai rancangan-rancangan seumpama itu adalah untuk mengubah nasib diri dan keluarga, seolah-olah tiada jalan lain untuk ditempuh bagi mencari punca pendapatan. Inilah corak pemikiran masyarakat hari ini. Pemikiran masyarakat hari ini dipimpin oleh jalan yang diketengahkan oleh kaum yang mendokong budaya hedonisme.

Lebih malang lagi, pemimpin-pemimpin kita terus membisu seribu bahasa walaupun melihat lambakan rancangan hiburan ini yang semakin membelenggu kehidupan masyarakat. Lebih kelakar lagi, pemimpin-pemimpin yang melaungkan slogan-slogan Islam hanya tinggal slogan sahaja.

Justeru, sekiranya masyarakat terus menelurusi arus kehidupan ini, apakah kesudahan masyarakat akan datang? Sudah tentu masyarakat akan terus hanyut dan kebangkitan sama sakali akan gagal berlaku. Generasi muda pula pasti tidak menjadikan Islam sebagai ideologi yang diperjuangkan. Malah, kemungkinan besar mereka menjadikan ideologi kapitalisme sebagai perjuangan, kerana ideologi ini menjamin mereka untuk terus bebas berhibur.

Oleh yang demikian, sistem kehidupan yang rosak wajib ditukar, bukan sekadar menukar pemimpin. Sekiranya pemimpin sahaja yang ditukar, tetapi sistem tidak ditukar, sudah pasti masalah sama akan berlaku dari semasa ke semasa. Sudah tiba masanya ummat bangkit untuk meninggalkan arus kehidupan masa kini yang terlalu banyak berhibur. Bangkitlah menuju kebangkitan yang hakiki.

Kembalilah kepada kehidupan Islam yang mengejar keredhaan Allah sebagai maksud hidup. Arus kehidupan dalam sistem kapitalisme hanyalah untuk menempah keseronokan hari ini dan kesengsaraan hari esok.
Selanjutnya...

19 February 2011

Kepala Otak Bercelaru. Ketandusan Ilham untuk Menulis!



Akhir-akhir ni aku malas betul nak update blog aku. Semuanya gara-gara kepala otak aku yang bercelaru. Bila fikiran bercelaru, aku ketandusan idea apa nak ditulis. Kerana blog aku ni bukan blog lawak atau blog meluahkan perasaan. Tetapi blog yang lebih kepada dakwah.

Oleh itu, aku tidak boleh hentam keromo dalam aspek penulisan blog aku. Aku mesti menjaga kualiti penulisan aku. Dalam keadaan fikiran yang bercelaru, aku sememangnya ketandusan ilham untuk menulis. Ini adalah asbab kenapa Allah tak bagi aku ilham.

Walaupun di luar sana berlaku terlalu banyak kemungkaran dan kebejatan akhlak, aku kepala otak aku (yang geliga) tetap tidak dapat menjana ayat-ayat yang bombastik (seperti tulisan sebelum-sebelum ini. hehe).

Nak blogwalking pun rasa malas. Aku mintak, para pembaca mendoakan aku supaya otak aku dapat menjana ayat-ayat bombastik seperti sedia kala. Hehe. Bukannya apa, tujuan aku menulis blog ni adalah untuk kebaikan diri sendiri dan ummah. Jadi, sekiranya aku mensia-siakan kemudahan internet dan blog yang dikurniakan oleh Allah SWT, amat rugilah aku. Allah SWT dah bagi kemudahan, kita tak nak guna untuk tujuan dakwah. Rugi kan?

Oleh yang demikian, apa yang aku dapat syorkan adalah supaya para pembaca rajin-rajinkan diri untuk baca penulisan-penulisan terdahulu, yakni semasa aku baru berjinak-jinak dalam dunia blog ni. Penulisan-penulisan terdahulu amat jarang dibaca kerana pada waktu tu, blog ni tak terkenal seperti sekarang. Hehe...

OKlah. Cukup bagi aku yang kering idea ni membebel. Doa-doakanlah supaya aku dapat menyumbang kepada ummah seperti sedia kala. Wassalam

Awas, Bahaya Rebranding!

ISA: Sistem Zalim Ciptaan Manusia

Wasiat Terakhir...

Ustaz-Ustazah Sekarang: Apa Nak Jadi?

1Malaysia Nadi Perpecahan Ummah
Selanjutnya...

14 February 2011

Maulidur Rasul Disambut Setiap Tahun, Namun Malaysia Terus Sekular

Berbaju Melayu lengkap. Bersongok dan bersampin. Cantik berwarna-warna. Perarakan ribuan manusia di ibukota setiap tahun menjadi rona-rona yang tidak asing apabila 12 Rabi'ul Awwal menjelma. Sepanduk-sepanduk dijulang tinggi. Tertera ayat-ayat cinta kasih terhadap Nabi Muhammad SAW.

Beginilah rona-rona yang mewarnai negara kita setiap tahun. Inilah sambutan Maulidur Rasul. Setiap tahun, akan wujud satu tema baru. Tahun ini, Najib mengetengahkan tema baru, iaitu "1 Malaysia, 1 Ummah". Nampak suci sungguh tema Maulidur Rasul tahun ini. Sedar tak sedar, kali ini Najib menggunakan topeng agama untuk mempropagandakan 1Malaysia.

Lebih malang lagi, para perarak bukan sahaja membawa sepanduk, tetapi mereka mengibarkan Jalur Gemilang semasa berarak! Alangkah rendahnya maruah umat Islam apabila mereka mengibarkan bendera yang tidak pernah diiktiraf oleh Islam, sebaliknya Jalur Gemilang itu diiktiraf oleh King George VI! Bukankah mereka sepatutnya mengibarkan ar-Royah dan al-Liwa'?

Sememangnya sambutan Maulidur Rasul tidak salah untuk disambut, selagi tiada unsur-unsur yang bertentangan dengan hukum syarak. Tetapi, sedarkah kita, sambutan keagamaan seperti Ma'al Hijrah, Maulidur Rasul, dan sebagainya yang dianjurkan oleh puak sekular adalah untuk membutakan mata kita tentang penyelewengan mereka terhadap Islam?


Apabila mereka menyeleweng, mereka akan tutup penyelewengan itu dengan sambutan-sambutan keagamaan, supaya masyarakat buta dengan penyelewengan mereka. Apabila masyarakat sudah dibutakan, pasti ada yang akan menyatakan bahawa "kerajaan Malaysia adalah kerajaan yang Islamik kerana menyambut Maulidur Rasul".

Hakikatnya, penyelewengan pemimpin-pemimpin sekular ini adalah jauh lebih besar jika dibandingkan dengan sambutan-sambutan keagamaan ini. Hak rakyat dirompak, Islam tidak diterapkan, hukum akal manusia digunakan di dalam Parlimen, dan pelbagai penyelewengan lagi dilakukan oleh pemimpi-pemimpin hari ini. Begitu besar penyelewengan mereka, mudah sungguh mereka menutupnya dengan sambutan Maulidur Rasul.

Jika benarlah mereka sayang dan cinta akan Nabi Muhammad SAW, mereka bukan sekadar menyambut Maulidur Rasul. Tetapi mereka sebagai pemimpin, menerapkan hukum-hakam Islam yang sudah lengkap diturunkan. Namun sayang, mereka lebih rela menatang hukum-hakam sekular yang datang daripada Barat untuk dijadikan acuan sistem kehidupan. Inikah cara mereka menyayangi Nabi Muhammad SAW?

Dan di saat Nabi Muhammad SAW dihina oleh kaum kafir, di manakah tanda kasih dan cinta terhadap Nabi Muhamma SAW? Pemimpin-pemimpin muslim yang bobrok hari ini hanya berdiam diri, manakala para tentera terus dipasung, tanpa menjawab hinaa kaum kafir tersebut dengan JIHAD AKBAR.

Justeru, sambutan Maulidur Rasul bukanlah suatu cara yang paling utama untuk menunjukkan rasa cinta dan kasih terhadap Nabi Muhammad SAW. Sekiranya hukum-hakam Islam diterapkan 100% tanpa ditinggal sedikitpun, inilah cara yang benar bagi kita untuk menunjukkan rasa cinta terhadap Nabi Muhammad SAW.

Tuntasnya, marilah kita kembali kepada kehidupan Islam yang 100%. Janganlah kita mudah untuk dibutakan oleh puak-puak sekular. Sesungguhnya mereka tidak sayang akan Nabi Muhammad SAW. Sebaliknya, mereka amat sayangkan Barat dan hukum-hakam mereka yang ditatang setiap waktu.
Selanjutnya...

Kebodohan dalam Menyambut Hari Valentine


Belumpun tirai 13 Februari melabuh, aku sudah nampak anak-anak muda menyambut Hari Valentine pada tengah hari 13 Februari di ibu kota. Aku dan bapaku yang sedang menikmati juadah tengah hari hanya tersenyum sinis melihat kedua-dua anak muda ini yang kemaruk cinta menyambut Hari Valentine.

Malangnya, yang menyambut Hari Valentine ini adalah anak-anak muda muslim. Di kepala, tudung disarung. Tetapi teddy bear dan bunga diusung merata tempat. Memalukan sungguh. Maka, di sini kita tidak seharusnya hairan sekiranya anak-anak muda bertudung ini terjebah dalam kancah zina.

Bagi lelaki hidung belang, waktu inilah peluang keemasan yang dinanti-nantikan. Peluang hanya datang sekali-sekala. Peluang yang hadir digunakan secukup-cukupnya untuk 'mengayat' si awek. Mula-mula, teddy bear, bunga, dan coklat. Kemudian, si lelaki hidung belang pula mendapat habuan hasil perbelanjaan membeli teddy bear, bunga, dan coklat.

Muslim yang menyambut Hari Valentine ini, bahasa kasarnya memang boleh dikatakan bodoh. Apa yang Yahudi dan Nasrani buat, pasti sebilangan besar muslim cuba untuk meniru.

Apabila perut mula memboyot hasil penzinaan dengan pakwe hidung belang baru nak mula menyesal. Pakwe tu nak tunggu buat apa? Angkat kaki sudah. Buat apa nak tunggu lagi?

Sudah-sudahlah tu tiru budaya Barat. Nampak sungguh kebodohan umat Islam yang menyambut Hari Valentine ni. Berbuih khatib baca khutbah, lenguh tangan blogger menulis pasal Hari Valentine ni, jangan buat endah tak endah.
Selanjutnya...

12 February 2011

Pertembungan Hari Valentine dan Maulidur Rasul!


14 Februari bakal menjelang. Golongan yang kemaruk cinta dan yang bercinta bagai nak rak menunggu-nunggu hari ini dengan penuh harapan. Hari yang penuh dengan kemaksiatan, dosa, dan noda ini bagaikan upacara wajib tahunan. Hari Valentine tahun ini dilihat agak istimewa kerana ia bertembung dengan Maulidur Rasul.

Seperti biasa, masjid-masjid, surau-surau, atau jemaah-jemaah Islam akan menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad SAW sebagai tanda cinta dan kasih terhadap Nabi SAW. Sambutan-sambutan tersebut mungkin berupa ceramah, zikir munajat, dan sebagainya. Dah sudah tentu, ceramah-ceramah Maulidur Rasul tidak akan dikenakan bayaran walaupun satu sen. Walaupun ceramah-ceramah tersebut tidak dikenakan bayaran, sambutan masyarakat terhadap Maulidur Rasul adalah hambar dan dingin jika dibandingkan dengan sambutan Hari Valentine.

Walaupun golongan yang menyambut Hari Valentine perlu mengeluarkan wang, ia tetap akan menjadi acara tahunan bagi mereka yang kemaruk cinta. Masakan tidak, mereka perlu membeli kondom, teddy bear, kad ucapan, dan bunga ros untuk pasangan kekasih untuk mengukuhkan lagi ransangan zina. Mengeluarkan sejumlah wang untuk 'cinta suci' kepuasan zina pada sambutan Hari Valentine bukanlah suatu masalah bagi mereka, kerana tubuh diserahkan semata-mata kerana cinta, dan air mani yang dipancutkan semata-mata kerana kasih.


Beginilah keadaan anak-anak muda kita. Leka dan terus leka kerana anasir-anasir jahat daripada Barat berjaya menerobos ke dalam jiwa anak-anak muda. Sedikit demi sedikit mereka menghancurkan jiwa umat Islam. Lama kelamaan, umat Islam hanyut dengan nafsu serakah. Benih manusia dibazirkan begitu sahaja. Jika lahir bayi hasil perzinaan, dibuang pula bayi itu.

Jika diperhatikan, bukan perlempiasan hawa nafsu bukan sahaja berlaku pada Hari Valentine. Tetapi berlaku juga pada sambutan Hari Kemerdekaan, Tahun Baru, dan sebagainya. Dan pada hari Valentine ini, upacara melepaskan nafsu yang bersarang di jiwa dilakukan dengan lebih gencar, tatkala jiwa muda bergelojak pada Hari Valentine.

Mengapakah semua ini berlaku? Semuanya berlaku adalah disebabkan oleh kebusukan dan kebobrokan sistem kehidupan yang diterapkan. Masakan tidak, hukum Allah tidak diterapkan, tetapi hukum akal manusia ditatang dan diagung-agungkan di dalam Parlimen. Kesannya, masalah ini tidak akan selesai dan tidak akan menunjukkan rona-rona untuk masalah ini surut dalam arus kehidupan. Malah, ia akan bertambah membarah dan menjadi penyakit berjangkit. Semuanya adalah kerana sistem kehidupan kita kini tidak diatur mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Bijaksana!

Jadi, kita sendiri akan melihat realiti yang kemungkinan besar berlaku, anak-anak muda tidak mempedulikan Maulidur Rasul, dan mementingkan sambutan Hari Valentine. Ini adalah kerana ini memenuhi tuntutan nafsu seksual, supaya mereka dapat bermadu kasih, berdua-duaan, lalu melakukan zina di 'hari suci' bagi golongan yang kemaruk cinta.

Justeru, kita tidak seharusnya berasa pelik, mengapa Hari Valentine ini terus disambut, bagaikan sambutan wajib setiap tahun. Walaupun ada individu-individu atau jemaah-jemaah yang menyeru umat Islam agar tidak menyambut Hari Valentine, ia tetap disambut juga. Tidak kurang juga media-media menyiarkan tentang keharaman menyambut Hari Valentine ini. Tidak cukup dengan itu, khutbah-khutbah Jumaat juga menyeru agar umat Islam meninggalkan sambutan Hari Valentine. Namun, ia tetap berlaku saban tahun.

Bagaimana Hari Valentine akan menemui noktah sekiranya pemimpin-pemimpin kita sendiri terus berdiam diri? Mereka juga mengalami kecelaruan befikir kerana menganut fahama sekular. Bagaimana mereka ingin memimpin masyarakat ke jalan Allah?

*****

Maksud hadis:

Daripada Abu Sa’id al Khudri ra, beliau berkata : Rasulullah SAW pernah bersabda : “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya : “Wahai Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan?” Nabi SAW menjawab : “Siapa lagi kalau bukan mereka?” [HR Muslim].
Selanjutnya...

08 February 2011

Seandainya Ikhwanul Muslimin Memerintah Mesir...

Kebobrokan kepimpina dikatator Hosni Mubarak sudah tidak dapat ditahan lagi oleh masyarakat Mesir. Justeru, berlakulah pergolakan politik yang amat teruk sehingga berlaku rusuhan dan desakan pengunduran diktator Hosni Mubarak.

Justeru, masyarakat menganggap situasi yang berlaku di Mesir adalah 'revolusi'. Walhal, ianya bukanlah suatu revolusi, sebaliknya hanya sebuah 'reformasi', kerana sistem pemerintahan tidak ditelingkupkan, tetapi hanya menukarganti pemimpin jahat yang sedia ada.

Sehubungan dengan itu, gerakan-gerakan Islam berharap pembangkang paling berpengaruh di Mesir, Ikhwanul Muslimin dapat memegang tampuk kepimpinan Mesir, agar keharmonian dan hukum syariah akan terwujud, asbab daripada pemerintahan mereka.

Sebelum itu, mari kita perhalusi, jalan yang ditempuh dan digunapakai oleh Ikhwanul Muslimin untuk memerintah. Semenjak zaman Hassan al-Banna lagi, Ikhwanul Muslimin menggunapakai jalan demokrasi untuk meraih kekuasaan. Perkara ini adalah suatu perkara yang terang lagi bersuluh, dan tidak dapat dinafikan.

Mari kita fikir sejenak. Adakah demokrasi yang digunapakai akan dapat mengembalikan kedaulatan al-Quran dan as-Sunnah? Mana mungkin sistem yang dicipta oleh golongan kafir ini akan mendaulatkan al-Quran dan as-Sunnah! Tambahan pula, demokrasi merupakan suatu sistem yang lahir daripada akal manusia yang terbatas dan sentiasa melahirkan perselisihan dalam kalangan ummat manusia.

Tidak terhenti sekadar itu, realiti kebusukan demokrasi juga jelas terpampang di Palestin. Sebelum Sheikh Ahmad Yassin meninggal dunia, Hamas tidak menyertai demokrasi. Tetapi, selepas kesyahidan Sheikh Ahmad Yassin, Hamas sudah mula terjerat dengan jerangkap samar Israel dengan menyertai demokrasi untuk menentang parti sekular Fatah.

Keputusannya, Hamas menang dalam pilihanraya demokrasi tersebut. Namun, pendokong demokrasi, Amerika dan Israel tidak berdiam diri dengan kemenangan Hamas, justeru tidak mengiktiraf Hamas sebagai pemerintah. Inilah penipuan demokrasi! Sistem jahiliyah demokrasi yang menentang Islam sememangnya tidak ingin melihat Islam itu didaulatkan!

Justeru, perkara yang sama tidak mustahil akan berlaku kepada Ikhwanul Muslimin yang sememangya memperjuang Islam melalui jalan demokrasi. Justeru, hanya jalan yang telah ditunjukkan oleh Nabi SAW sahaja yang jelas memancarkan sinar Islam. Tiada lain yang sebaiknya. Islam hanya akan didaulatkan dengan cara yang ditunjuk oleh Islam!

*****

أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ ۚ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ

Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah. [al-Maaidah(5):50]
Selanjutnya...

05 February 2011

Krisis Mesir: Wajarkah Najib Dipuji?



Krisis di Mesir dapat mempamerkan sejauh mana kebenaran slogan 1Malaysia, "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Kita sendiri boleh menilai mana satu kaca, mana satu permata.

Kelewatan dan kelembapan menteri-menteri pimpinan Najib Razak sudah menjelaskan, slogan 1Malaysia hanyalah untuk menggula-gulakan rakyat. Hanya indah khabar daripada rupa. Rakyat tidak didahulukan, sebaliknya dibiarkan resah-gelisah dek situasi yang melanda Mesir.

Tapi, apa yang pelik, masih ada golongan intelektual yang belajar di Mesir mengucapkan 'Terima Kasih' kepada Najib sambil bersorak gembira di Buletin Utama tempoh hari. Sungguh tak masuk akal. Ramai lagi yang terkandas akibat kelembapan para menteri, mereka masih boleh bersorak gembira.

Tak usahlah percaya dengan retorik menteri-menteri sekular kita. Kerana mereka memerintah tidak mengikut panduan al-Quran dan as-Sunnah. Hal sepenting ini pun masih boleh dilengah-lengahkan.

Mungkin sekiranya suku-sakat mereka yang terancam, barulah mereka dengan segera mengambil langkah susulan. Sekiranya rakyat biasa sahaja yang mengalami masalah, maka ia boleh dilengah-lengahkan. Tak kiralah sama ada pelajar-pelajar Mesir itu penyokong pembangkang atau tidak, sememangnya ia adalah tanggungjawab pemerintah untuk menjaga keamanan mereka.
Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...