Pages

31 January 2011

Umat Islam Bangkit untuk Revolusi!



Suara kebangkitan kian bergema. Itulah ayat yang paling sesuai diungkap untuk menyifatkan apa yang sedang berlaku di negara umat Islam, di Tunisia, Yaman, dan Mesir.

Setelah sekian lama kerajaan thoghut tersebut memerintah mengikut acuan sekular, kini tiba masanya untuk ummat bangkit untuk merobohkan sistem sekular yang tidak mendaulatkan al-Quran dan as-Sunnah. Sebaliknya, sistem sekular yang sedang bernaung itu sentiasa menjulang tinggi musuh Islam, yakni Israel dan Amerika.

Pemimpin-pemimpin sekular itu bukan sahaja menjadi boneka Israel dan Amerika, mereka juga turut menindas rakyat dengan kemiskinan. Tidak cukup dengan itu, pintu sempadan Mesir-Palestin juga pernah ditutup oleh Mesir dengan tujuan tidak membenarkan pelarian Palestin masuk ke dalam Mesir. Sudah jelas lagi bersuluh, mereka ini wajib dijatuhkan kerana bersekongkol dengan musuh-musuh Islam.


Tetapi, kita harus faham. Bukan sahaja pemimpin yang wajib digulingkan. Sebaliknya, sistem pemerintahan juga wajib ditelingkupkan kepada sistem Islam. Sekiranya mereka hanya menukar kerajaan tanpa menukar sistem, samalah seperti atap yang bocor tidak ditukar atapnya. Tetapi memadai dengan menadah air menggunakan timba. Justeru, masalah tetap tidak dapat diselesaikan, dan masalah terus berlaku.

Gelombang kebangkitan ini sudahpun menebar ke tiga buah negara, iaitu Tunisia, Yaman, dan Mesir. Apa yang diharapkan, gelombang kebangkitan ini terus menebar sehingga Amerika dan Israel jatuh tersembam, lantas kekufuran yang melata di muka bumi ini dapat dihentikan dengan tumbangnya kuasa kufur dunia ini.

Justeru, marilah kita bersama-sama berfikir. Adakah kita hanya mengharapkan revolusi di tanah Arab sahaja? Sebaliknya, seluruh bumi umat Islam harus bangkit menentang kezaliman dan kekufuran. Ayuhlah bangkit!

Sesungguhnya janji-janji Allah untuk tertegaknya Khilafah buat kali kedua, sudah dapat dicium bau harumnya. Sinar Islam sudah mulai memancar. Khilafah akan tertegak dalam sedikit sahaja masa lagi!

وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَىٰ لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا ۚ يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا ۚ وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka. [an-Nur(24):55]





Selanjutnya...

27 January 2011

Perempuan Seksi, Lelaki Terseksa!


Sukakan kecantikan sememangnya lumrah manusia. Lelaki mana tak suka perempuan cantik? Tambahan pula, setiap manusia dikurniakan gharizatun-nau' (naluri seksual/berkasih-sayang). Cuma kita perlu tahu, bagaimanakah cara yang betul untuk memuaskan naluri tersebut.

Sebut saja tentang seksual, segar-bugarlah mata kaum Adam. Mula-mula mengantuk, tapi bila belajar bab pembiakan, segar-bugar mata kaum Adam ni. Itu baru belajar tentang pembiakan, belum lagi melihat sendiri depan mata. Lihat apa? Faham-fahamlah...

Sebenarnya, 'kesukaan' kaum lelaki ini sememangnya mengundang bahaya sekiranya tiada kawalan. Melihat realiti hari ini, keadaan bukan sahaja tidak dikawal, malah sebilangan besar kaum hawa cukup suka untuk menayang aset-aset mereka untuk tatapan kaum lelaki. Siapa yang sering diperhatikan oleh kaum lelaki, dialah perempuan yang 'hot' mengikut kepala otak kaum Barat.

Memang kaum lelaki yang tidak sejenis dengan Azwan Ismail akan terangsang dengan serangan-serangan mata ini! Dari mata, turun ke hati. Bila tengok macam-macam yang ditayang, jiwa kaum lelaki ini mula bergelora dan bergelojak. Gharizatun-nau' kaum lelaki yang tidak sejenis dengan Azwan Ismail ini meronta-ronta supaya pemuasan dilakukan.

Inilah penyeksaan batin yang amat perit bagi kaum lelaki. Jika luka di tangan nampak darah, seksanya batin lelaki siapa yang nampak? Hanya Allah SWT sahaja yang tahu. Masakan tidak, badan yang ramping disarung dengan baju dan seluar yang ketat lagi sendat. Tidak cukup dengan pakaian ketat, tali coli pula sengaja ditayang. Boleh tahu warna apa. Merah jambu? Hitam? Ungu? Jelas kelihatan. Seluar dalam juga bagaikan sengaja ditayang. Boleh tahu juga jenis apa seluar dalam mereka. Mungkin para pembaca lebih arif seluar dalam yang macam mana mereka suka sangat nak tayang.

Buat apa aset-aset mereka ditayang dengan bangga untuk tatapan umum? Ya, memang dengan bangga. Kalau tak bangga, apa rasionalnya menayang buah dada yang besar dengan memakai baju ketat? Yang bertudung pun ikut sama nak tayang. Elok-elok tudung tu menutup dada, diselempang pula tudung tu, supaya buah dada tu ditayang dengan penuh kemegahan.

Cukup-cukuplah menyeksa kaum lelaki. Sedarlah, nafsu seksual lelaki amat berbahaya sekiranya ia tidak disalurkan dengan jalan yang halal. Kalau nak berseksi-seksi pun, seksilah dengan suami sahaja. Bahkan, kalau tak nak pakai apa-apa 24jam depan suami pun boleh. Kerana ia telah dihalalkan oleh Allah SWT.

Janganlah terus menyeksa kaum lelaki. Tutuplah aurat. Ketahuilah, seluruh anggota badan perempuan berpotensi untuk menaikkan ghairah kaum lelaki, termasuk rambut, lengan, leher, hatta kaki sekalipun. Sayangilah diri anda, kasihanilah kaum lelaki. Hentikan penyeksaan ini. Hentikan gangguan seksual terhadap lelaki!
Selanjutnya...

26 January 2011

Open Your Eyes - Maher Zain

Tonton video ni, rasa gementar dan meremang bulu roma dek kebesaran Allah SWT. Maha Suci Allah. Sangat hebat ciptaan-Nya. Dialah Maha Pencipta. Lihatlah keagungan ciptaan-Nya. Sesungguhnya, patung-patung dan berhala-berhala itu diciptakan oleh makhluk, bukan menciptakan makhluk.

Semoga keinsafan kita apabila menyaksikan kebesanaran Allah ini tiada pasang-surutnya.

video

Open Your Eyes - Maher Zain

Look around yourself
Can’t you see this wonder
Spread infront of you
The clouds floating by
The skies so clear and blue
Planets in their orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let’s start questioning ourselves
Isn’t this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright we'll see the signs
We can’t keep hiding from the truth and
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourself
Such perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger, love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Let's start questioning ourselves
Isn’t this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth and
Let it take us by surprise
Find More lyrics at www.sweetslyrics.com
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

When a baby’s born
So helpless and weak
And you’re watching him growing..
So why deny
What's in front of your eyes
The biggest miracle of life..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright we’ll see the signs
We can’t keep hiding from the truth and
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Open your eyes your heart and mind
If you just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth and
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Rabb we raise our hands
Forever we thank You..
Alhamdulillah...
Selanjutnya...

Tak Perlu Bertelagah Kerana Blog


Minggu lepas, bloggers di Malaysia digemparkan dengan satu isu hangat iaitu isu 'penipuan blog walking'. Ada beberapa bloggers disifatkan sebagai 'berani' kerana 'berani' mendedahkan kegiatan bloggers yang dikatakan blog walking secara tipu.

Bagi aku, tiada sebab untuk menyifatkan mereka sebagai 'berani'. Ini adalah kerana mereka hanya menulis untuk bacaan umum di alam maya sahaja. Tiada tindakan susulan di alam realiti. Justeru, menyifatkan mereka sebagai berani, bagi aku adalah tidak relevan, kerana tindakan mereka hanya berada dalam ruang lingkup alam maya sahaja.

Aku punya pendapat peribadi dalam hal ini, walaupun pada asalnya aku tidak tahu pun apa itu 'penipuan blog walking' dan 'auto blog walking'. Aku terpinga-pinga apabila membaca beberapa blog yang mendedahkan isu hangat ini.

Pendapat peribadi aku, tak perlulah perbesarkan hal ini. Cukuplah seorang-dua sahaja yang mendedahkan isu ini. Aku tengok macam ada suatu pakatan untuk memperbesar isu ini. Apabila isu ini diperbesar, sudah pasti pertelagahan berlaku di kalangan bloggers yang terlibat mahupun tidak.

Lebih menyedihkan, pertelagahan alam maya ini diburukkan lagi sehingga ada yang label-melabel satu sama lain. Ada yang melabel bloggers lain sebagai 'musuh ketat' dan 'pondan'. Lebih teruk lagi, salah satu pendedahan mereka juga telah mencekup blogger yang tidak bersalah, walhal dia tidak menipu dalam blog walking.

Bagi yang 'menipu' dalam blog walking, aku nasihatkan anda tidak melakukan aktiviti itu lagi. Tak baik main ikut belakang. Mainlah kat depan. Oit... Ko jangan fikir bukan-bukan plak. Otak kotor betullah sapa yang terfikir bukan-bukan tu. Maksud aku, buatlah blog walking sebagaimana orang lain blog walking, untuk mengelakkan ketidakpuasan hati. Menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak. Betul tak peribahasa ni?

Walaupun isu ini agak dah lapuk, aku tak kira. Nak jugak tulis pasal benda ni. aku harap tiada lagi pertelagahan yang remeh-temeh macam ni. Dan tak perlu diperbersar pun. Buat malu je kita sesama muslim bertelagah dalam isu BLOG. Aiiyyyakk... Malu je... Tak timbulkan kebangkitan langsung!
Selanjutnya...

25 January 2011

Haiwan-haiwan Pelik di Muka Bumi

Jom tengok 10 gambar haiwan pelik yang ada di atas muka bumi ni. Aku pun tak tahu apa nama haiwan-haiwan ni.

Ada sesiapa tahu apa nama haiwan ni? Ada pembaca SoutulMujahid tahu tentang zoology?












Apapun, ini semua kebesaran Allah SWT. Masihkah kita ingin menafikannya? Adakah masih ada di kalangan kita yang ingin menyembah patung ataupun berhala yang tidak mampu langsung untuk menciptakan sesuatu? Patung atau berhala bukan sahaja tidak mampu mencipta sesuatu, malah ia dibuat oleh manusia untuk disembah!

*****


قُلِ ادْعُوا الَّذِينَ زَعَمْتُم مِّن دُونِ اللَّهِ ۖ لَا يَمْلِكُونَ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ فِي السَّمَاوَاتِ وَلَا فِي الْأَرْضِ وَمَا لَهُمْ فِيهِمَا مِن شِرْكٍ وَمَا لَهُ مِنْهُم مِّن ظَهِيرٍ

"Katakanlah (wahai Muhammad kepada kaum musyrik): "Serukanlah makhluk-makhluk yang kamu dakwakan sebagai tuhan selain dari Allah; mereka tidak memiliki kuasa seberat debu pun di langit dan di bumi, dan mereka tiada sebarang bahagian perkongsian (dengan Allah) dalam (mencipta dan mentadbirkan) langit dan bumi, dan Allah pula tidak mendapat sebarang pertolongan dari mereka". [Saba'(34):22]
Selanjutnya...

24 January 2011

Tony Blair Memohon Maaf Semudah ABC

Dalam satu sidang media, bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair memohon maaf atas 'kesilapannya' menghantar tentera ke Iraq bersama-sama sekutunya, Amerika Syarikat. Penghantaran tentera ke sana dikecam oleh umat Islam dan juga rakyat Britain.

Rakyat Britain berasa tidak puas hati dengan kematian tentera-tentera mereka di bumi Iraq. Sehubungan dengan itu, musuh Islam ini diheret ke mahkamah atas tuduhan menipu kerajaan dan menteri kabinet supaya menghantar askar ke Iraq.

Nampaknya, begitu mudah si kafir ini memohon maaf secara terbuka di media setelah membunuh ribuan mangsa tidak berdosa di bumi Iraq, lebih-lebih lagi umat Islam. Pemimpin-pemimpin umat Islam pula terus menjadi pengecut tatkala mereka tidak membela nasib umat Islam di sana, walhal negara mereka dilengkapi dengan kelengkapan perang yang canggih.

Tatkala umat Islam dibunuh, diseksa, dan dirogol, tentera-tentera umat Islam dipasung di kem-kem tentera. Natijahnya, mereka tiada pembelaan dan penyeksaan mereka terus dibiarkan begitu sahaja. Pemikiran-pemikiran tentera hanyalah di ruang lingkup nasional, bukan mencapai tahap pemikiran kepekaan umat Islam global yang ditimpa musibah saat ini.

Setelah bertahun-tahun kaum kuffar membunuh umat Islam di Iraq, mudah sahaja Tony Blair memohon maaf. Persoalannya sekarang, di manakah kehebatan tentera-tentera umat Islam yang sering dicanang? Bukankah tentera-tentera umat Islam dicanang sebagai komando yang amat hebat? Bukankah latihan ketenteraan di hutan belantara itu amat hebat? Justeru, di manakah hasil latihan-latihan itu?

Inilah kesannya apabila Daulah Khilafah tidak memegang tampuk pemerintahan dunia. Darah umat Islam adalah percuma, tentera-tentera terus dipasung, dan pemimpin-pemimpin umat Islam dibelenggu kebaculan mereka. Tatkala umat Islam dibunuh, pemimpin umat Islam masih lagi redha dan bersekongkol dengan Amerika dan sekutu-sekutu mereka!
Selanjutnya...

22 January 2011

PTPTN: Helah dalam Sistem Ujrah


1- Setelah meneliti dokumen PTPTN dalam sistem Ujrah, saya mempunyai beberapa perspektif seperti yang akan dibentangkan.

2- Perubahan sistem 3% kepada 1% yang dinamakan sistem Ujrahsebenarnya mempunyai helah tertentu yang harus diketahuï sebelum diisi.

3- Baki yang dikira bukan baki semasa, tetapi adalah baki pada tahun tertentu, dalam kes ini Jun 2008.

4- Perjanjian yang adil sebenarnya hendaklah menggunakan jumlah asal pinjaman seperti yang terdapat dalam perjanjian asal.

5- Menggunakan baki pada tarikh yang berlainan sebenarnya menimbulkan keraguan, contohnya apabila peminjam telah meminjam pada tahun Jun 2000 hingga Mei 2003 (selama 3 tahun).

6- Dalam kes ini, peminjam telah dikenakan kos sebanyak 3% dari tahun 2003 hingga 2008.

7- Justeru, jika pinjaman asal bernilai RM 24000, dengan dicampur dengan kos di atas (3 % x 5 tahun) akan bernilai RM 24000 + RM 3600.

8- Dengan anggapan peminjam belum lagi membayar sebarang jumlah sehingga tarikh tersebut, jumlah yang dinilai dalam perjanjian ini sebenarnya bernilai RM 27600.

9- Melaluï sistem Ujrah, peminjam akan dikenakan 1% daripada jumlah (RM 27600) ini bernilai RM 276, selama 126 bulan iaitu 10.5 tahun.

10- Justeru, peminjam akan dikenakan tambahan sebanyak RM 276 x 10.5 iaitu RM 2898.

11- Maka jumlah sebenar yang dikehendaki dibayar oleh peminjam adalah RM 27600 + RM 2898 iaitu RM 30498.

12- Maka peminjam akan membayar RM 30498 setelah meminjam sebanyak RM 24000.

13- Ini melibatkan pertambahan jumlah sebanyak RM 6498 daripada jumlah asal pinjaman, atau 27.075% daripada jumlah asal.

14- Sebenarnya, setelah dikira, sistem ini adalah satu helah bagi PTPTN mendapatkan kembali bayaran balik dengan cara potongan gaji.

15- Setelah menandatangani perjanjian sistem Ujrah ini, peminjam akan membayar secara potongan gaji tanpa boleh mengelak daripada membayar pinjaman ini.

16- Ini bermakna, keuntungan adalah kepada PTPTN, yang mengambil 27.075% daripada pinjaman asal, DAN pembayaran on-time melaluï potongan gaji.

17- Saya melihat ini sebenarnya adalah helah untuk memaksa peminjam membayar melaluï potongan gaji, dan bukan sebagai satu “ihsan” untuk mengurangkan beban peminjam.

18- Saya melihat ini adalah helah bagi memastikan peminjam yang selama ini hanya membayar RM 50 sebulan, yang entah bila akan habis membayar pinjamannya, akan membayar RM 200+ sebulan mulaï tarikh sistem Ujrah diluluskan.

19- Lebih menguntungkan pihak PTPTN, ia akan berlaku secaraclean atas topeng Syari`ah.

ألا ترون يا من وافق لهذا أنه ربا مبينا وغشا مخفيا؟

Wallahu a`lam.


Sumber Asal: al-Fikrah.net

Awas! Hati-hati dengan 'ilmuwan Islam' yang menyokong helah riba ini, yang menggunakan topeng Islam untuk membenarkan riba dengan pengaruhnya:
PTPTN Baru Berasaskan Ujrah : Ulasan Saya

Sebarkan maklumat ini di facebook, blog, atau apa sahaja cara sekalipun, untuk membongkar kebobrokan ilmuwan Islam yang mengguna topeng Islam untuk membenarkan kemungkaran berleluasa di muka bumi Allah.

Selanjutnya...

20 January 2011

Darjat Iman Muslim dan Iman Orang Hindu: Mana Lebih Tinggi?

Thaipusam merupakan upacara keagamaan orang Hindu dalam penghambaan diri mereka terhadap 'tuhan' mereka. Penghambaan ini boleh dikira sebagai hebat dek kesanggupan mereka mencucuk sana-sini di bahagian tubuh badan mereka.

Itu agama mereka. Sewajibnya kita tidak boleh redha dengan agama mereka walaupun kita nampak kehebatan 'pengorbanan' mereka dalam penghambaan terhadap 'tuhan' mereka pada hari Thaipusam.

Apa yang ingin difokuskan di sini, adakah kita sebagai orang Islam, darjat iman kita lebih tinggi atau lebih rendah daripada keimanan atau pegangan orang-orang Hindu ini yang rela mencucuk diri mereka di sana-sini?

Rata-rata kita sebagai muslim, dilihat tidak mahu berkorban dari pelbagai sudut. Sebagai contoh, kita amat berkira untuk mengeluarkan sedekah di masjid. Sudahlah berkira, selepas itu kita asyik pula menghulurkan duit berwarna biru. Itupun hanya sekeping dua sahaja.


Maka, tidak hairanlah di masjid-masjid, lebih banyak duit berwarna biru berbanding duit berwarna hijau, merah, dan lain-lain. Dari sini, dapat kita lihat, pengorbanan kita adalah ketinggalan jika dibandingkan dengan 'pengorbanan' kaum Hindu yang rela mencucuk badan mereka di sana-sini.

Mereka sudahpun mempamerkan 'pengorbanan' mereka di hadapan 'tuhan' mereka. Kita pula bagaimana? Di manakah pengorbanan kita di hadapan Tuhan Yang Maha Satu? Mereka yang berada di jalan yang sesat pun boleh berkorban sedemikian rupa, mengapa tidak kita yang 100% berada di jalan yang benar?

Mungkin secara kasar kita boleh nilai 'pengorbanan' mereka mencerminkan darjat keimanan yang lebih tinggi berbanding darjat keimanan kita. Bezanya, keimanan mereka adalah satu keimanan yang tidak boleh dipakai dan menuju ke jalan yang bersimpang-siur, lalu terbabas di dalam kesesatan.

Wallahu a'alam.

*****

الَّذِينَ آمَنُوا وَلَمْ يَلْبِسُوا إِيمَانَهُم بِظُلْمٍ أُولَٰئِكَ لَهُمُ الْأَمْنُ وَهُم مُّهْتَدُونَ

Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. [al-An'aam:82]
Selanjutnya...

18 January 2011

Muhyiddin Mudah Ditipu dan Dijerat Amerika

Pertemuan Muhyiddin Yasin dengan Setiausaha Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton ternyata mempamerkan rendahnya maruah pemimpin Islam seperti Muhyiddin. Beliau sanggup melakukan hbungan diplomatik dengan pembunuh nombor 1 umat Islam ini.

Tatkala tentera-tentera AS sedang menjajah dan membunuh umat Islam di tanah jajahan mereka, Muhyiddin sempat lagi membuat perbincangan dua hala dengan syaitan besar dunia ini. Rendahnya harga diri pemimpin seperti ini! Kerana beliau bukan sekadar tidak mahu memerangi kaum kafir harbi seperti Hillary Clinton, malah membuat perbincangan dua hala dan berjabat tangan dengan wakil negara syaitan ini, yang simbolik dengan keakraban mereka.

Dalam perbincangan mereka, ternyata Muhyiddin sudah terjerat dengan mainan kata-kata dan pujian daripada Clinton. Ternyata pujian Clinton tersebut dilontarkan adalah bertujuan untuk umat Islam khususnya di Malaysia terus tunduk dengan sistem-sistem yang dicipta oleh akal mereka.

Lantas, Clinton menyifatkan Malaysia sebagai model yang patut dicontohi oleh negara-negara membangun lain. 'Nasihat' ini mempunyai maksud yang tersirat, iaitu Clinton mahu negara-negara lain juga turut tunduk dengan AS. Inilah cara halus yang digunakan agar negara-negara lain turut sama dungu untuk mencontohi Malaysia, dalam masa yang sama menuruti kehendak-kehendak AS

Tiga perkara yang menarik minat negara syaitan itu untuk Malaysia terus tunduk dengan sistem thoghut itu adalah:

1. Demokrasi yang subur
Sememangnya puak kuffar seperti AS amat gembira dengan tertegaknya institusi politik di muka bumi ini yang berasaskan demokrasi. Demokrasi ternyata lahir daripada akal manusia dan membelakangkan hukum-hakam Allah di dalam parlimen dengan majoriti 2/3 undi.

Walaupun demokrasi di Malaysia dikatakan 'subur', Clinton masih tidak menyedari hakikat kebusukan demokrasi yang diamalkan di Malaysia. Demokrasi di Malaysia bukan sahaja cacat kerana asal-usul demokrasi itu sememangnya cacat. Tetapi, demokrasi di Malaysia adalah demokrasi yang cacat lagi busuk. Buktinya, kebusukan demokrasi dapat dihidu di Perak apabila tumbangnya Pakatan Rakyat di sana.

2. Kerajaan Efektif
Ini merupakan satu ampuan yang cukup dahsyat yang pernah dilontarkan. Masih ramai rakyat miskin, hidup merempat, kos kehidupan yang meningkat, dan semakin ramai rakyat yang benci akan kerajaan Barisan Nasional, beginikah dikatakan 'efektif'? Adakah kerajaan yang mengamalkan rasuah dan merompak hak-hak rakyat disifatkan sebagai efektif?

3. Pembangunan Ekonomi yang Pesat
Kos hidup semakin meningkat, nilai matawang semakin jatuh, lambakan graduan menganggur, isu kehabisan minyak masak di pasaran, kenaikan harga minyak, bebanan cukai ke atas rakyat, dan bermacam-macam lagi kepincangan ekonomi akibat sistem ekonomi kapitalis, adakah ekonomi Malaysia layak disifatkan membangun dengan pesat?

Lebih malang lagi, pihak menteri dan kroni tidak merasa kepayahan dan penderitaan rakyat akibat kos hidup yang lebih meningkat. Sebaliknya, hanya mereka sahajalah yang menikmati 'kepesatan pembangunan ekonomi'.

Begitu mudah umat Islam ditipu oleh Barat agar umat Islam itu sendiri yang menjadi ejen Barat dalam tidak sedar. Mereka tunduk dengan sistem ciptaan mereka. Mereka juga bagaikan kerbau dicucuk hidung. Hukum-hakam Islam dicampak sejauh-jauhnya, dan hukum-hakam sekular dijulang tinggi dan diterapkan dalam kehidupan. Inilah penderhakaan sebenar terhadap Islam.

Dari sini, Allah telah mempamerkan kehinaan umat Islam hari ini. Marilah kita bersama-sama menegakkan semula Daulah Khilafah, agar keimanan dan ketaqwaan terhadap Allah SWT menjadi asas dalam pemerintahan. Justeru, sistem sekular tidak akan mendapat tempat walaupun sejengkal dalam kehidupan umat Islam

*****

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِّن دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ ۚ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ ۖ إِن كُنتُمْ تَعْقِلُونَ

هَا أَنتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ ۚ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ

إِن تَمْسَسْكُمْ حَسَنَةٌ تَسُؤْهُمْ وَإِن تُصِبْكُمْ سَيِّئَةٌ يَفْرَحُوا بِهَا ۖ وَإِن تَصْبِرُوا وَتَتَّقُوا لَا يَضُرُّكُمْ كَيْدُهُمْ شَيْئًا ۗ إِنَّ اللَّهَ بِمَا يَعْمَلُونَ مُحِيطٌ

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! Kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). Dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: "Kami beriman", tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), katakanlah (wahai Muhammad): "Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu". Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada. Kalau kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan, maka yang demikian) menyakitkan hati mereka; dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. Dan kalau kamu sabar dan bertaqwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan”. [Aali-‘Imraan: 118-120]
Selanjutnya...

15 January 2011

Surat Pembaca: Tajwid al-Fatihah


Surat pembaca kali ini adalah surat pembaca yang pertama disiarkan dalam blog ini. Sekiranya anda hendak menghantar surat, sila klik sini ,insya Allah.

Sebenarnya, e-mail ini telah diterima pada 26/12/10. Tetapi tertangguh hingga ke saat ini kerana agak sukar ingin menjawabnya melalui kaedah penulisan dan penerangan tidak dilakukan secara bertalaqqi.

Insya Allah, soalan ini dijawab sebaik mungkin mengikut ilmu saya yang amat cetek ini. Dalam bidang tajwid, insya Allah ilmu saya ini boleh digunakan untuk diri sendiri dan untuk mengajar orang lain walaupun saya bukanlah seorang guru tajwid. Alhamdulillah.

Berikut merupakan soalan yang diajukan, berserta jawapannya:

SALAM , SAYA INGIN BERTANYAKAN ..........

ADA SEDIKIT PERBEZAAN TAJWID , CARA MEMBACA BISMILLA DAN
AL FATIHAH .

SEMASA ANAK BUAH SAYA , HENDAK LAFAZ NIKAH , MINGGU LEPAS , TUAN IMAM GURU NIKAH ( BERUMUR 60HAN ) , MEMBETULKAN ANAK BUAH SAYA MEMBACA BISMILLA DAN AL FATIHAH .

ANAK BUAH SAYA BACA BISMILLA ………….. Bismilla , HIR RAHMA , Nir Rahim , AL FATIHAH ………………. Alhamdu-lillah, hirabbil alamin - AR RAHMA , NIR RAHIM

IMAM GURU NIKAH , SUROH ANAK BUAH SAYA BACA BALIK , DENGAN
Bismilla , HIR RAHMAN , Nir Rahim , Alhamdu-lillah , hirabbil alamin –
AR RAHMAN , NIR RAHIM ………………….


1.0 RAMAI ORANG ORANG MUDA , MEMBACA BISMILLA , SEPERTI INI ..........
Bismilla , HIR RAHMA , Nir Rahim

RAMAI ORANG TUA TUA PULA , MEMBACA .......
Bismilla , HIR RAHMAN , Nir Rahim

APA TAJWID YANG BETUL , ........... RAHMA ATAU RAHMAN ?

2.0 BACAAN AL FATIHAH PULA , RAMAI ORANG ORANG MUDA MEMBACA
.........Alhamdu-lillah, hirabbil alamin - AR RAHMA , NIR RAHIM ………………..

RAMAI ORANG TUA TUA PULA , MEMBACA
Alhamdu-lillah , hirabbil alamin –
AR RAHMAN , NIR RAHIM ……………………….

APA TAJWID YANG BETUL , ........... RAHMA ATAU RAHMAN ?

Wassalam ,
Walaahuallam bishawab

DARIPADA ,
ISMAIL AHMAD
KUALA LUMPUR , MALAYSIA

++++++++++++++++++++

Terima kasih, saudara Ismail Ahmad, kerana sudi bertanya

1. Dari segi kalimah, sudah tentu sebutan 'ar-Rahman' adalah yang betul. Tetapi sekiranya kita menyebut "ar-rahmaannirrahiim", maka, ia adalah kesalahan besar (lahan jali) yang boleh membatalkan solat, kerana sabdu ditambah, dan mengakibatkan huruf 'Nun' ditambah menjadi dua huruf.

Oleh yang demikian, bacaan hendaklah dibaca secara terus yakni "ar-rahmaanirrahiim...", supaya tiada sabdu dan bacaan dapat dibaca dengan betul.

Maka, apabila bacaan dibaca secara terus, tidak akan timbul persoalan 'Rahma' atau 'Rahman'.

Wallahu a'lam

Boleh rujuk sini untuk kesalahan-kesalahan tajwid dalam al-fatihah:
Kesalahan-kesalahan Tajwid dalam al-Fatihah

*****

Sebarang komen dan pembetulan amat digalakkan bagi perkongsian ilmu yang lebih mantap.
Selanjutnya...

14 January 2011

Konsep Perjudian yang Halal Lagi Suci

Malam semalam, buka TV, tengok TV3, rancangan 360. Rancangan yang memaparkan jenayah-jenayah tanah air yang tak pernah surut. Bukan sahaja tak pernah surut jenayah di Malaysia ni. Malah, makin bertambah dari hari ke hari.

Bila makin bertambah, makin biol kepada otak Najib dan menteri-menterinya yang berhaluan sekular tu. Mana tak biol, Allah dah turunkan jalan penyelesaian, dia cari jalan jahiliyah. Kesan pada dirinya di dunia hanyalah membiolkan kepala otak dia sebab nak fikir penyelesaian yang tak kunjung tiba. Kesan kepada rakyat pula, rakyat jadi mangsa jenayah. Kesan kat akhir bagi Najib... Emmm... Faham-fahamlah... Saudara Malik tengah tunggu tu kalau tak bertaubat. Kesan kepada rakyat di akhirat pula, sesiapa yang tak berjuang menghapuskan sistem yang diterapkan sekarang, bakal menempuh nasib yang sama, iaitu menjadi tetamu Saudara Malik. Na'udzubillahi min dzalik...

Oh ya... Berbalik kepada topik asal. Rancangan 360 memaparkan kes 'judi haram'. Polis dok ligan sakan penggiat 'judi haram' ni. Masalahnya sekarang, ada ke 'judi haram'? Kalau ada judi haram, mesti ada judi halal punya. Betul tak?

Dalam al-Quran dan as-Sunnah, pernah tak kita dengar istilah 'judi haram' mahupun 'judi halal'? Allah tak bodoh, malah Dialah Yang Maha Bijaksana. Tapi, manusia berhaluan sekular inilah yang bodoh bertingkat-tingkat sampai ada melabel 'judi haram'? Judi adalah judi. Tiada langsung istilah judi haram. Judi haram diistilahkan untuk menjadi sandaran kononnya ada pula judi yang lebih suci, yakni judi halal.

Judi halal memang ada sebenarnya. Tapi hanya ada dalam
kepala otak puak-puak sekular. Contoh judi halal adalah premis-premis perjudian yang diberi lesen oleh kerajaan Thoghut Barisan Nasional. Mudahnya ia menjadi halal. Isi borang, bayar yuran pendaftaran, dan selesai. Semudah 123.

Aduhai... Inilah lumrah kehidupan yang bertunjangkan sekularisme. Bingkai kehidupan tidak lari daripada melanggar hukum-hakam Rabbul Jalil. Inilah konsep perjudian yang halal lagi suci. Beraninya mereka ini mengubah hukum-hakam Allah hanya dengan wang ringgit dan kekuasaan yang dipegang.

*****

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ ۖ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا ۗ وَيَسْأَلُونَكَ مَاذَا يُنفِقُونَ قُلِ الْعَفْوَ ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمُ الْآيَاتِ لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ

"Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: "Dermakanlah - apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir" [al-Baqarah:219]
Selanjutnya...

Tudung Hajah Siti Nurhaliza

Entri kali ni bukanlah nak memburuk-burukkan seorang public figure, yakni Hajah Siti Nurhaliza. Cuma sebagai peringatan kepada diri sendiri dan para pembaca, terutamanya Hajah Siti.

Sekarang ni, macam-macam fesyen tudung. Cuma ikut syariat ataupun tak ikut syariat je. Apapun, ikutlah syariat, bukan ikut artis walaupun artis tersebut bergelar Hajah, Tan Sri, Datuk, nenek, ataupun makcik

Lepas balik haji, Hajah Siti pakai tudung. Tapi sayangnya tudungnya langsung tak ikut syariat. Ada yang terbonjol jambul kat depan ala-ala menteri kita. Ada sorang ustaz ni cakap, tudung macam ni adalah 'tudung nasi lemak'. Sebab, nasi lemak yang berbungkus tu, kadang-kadang kita masih nampak ikan bilis terkeluar sebab bungkusannya tak sempurna. Hehehe...



Ha... yang ni pulak, memang tak layak digelar tudung. Hanya layak digelar 'penutup rambut'. Apalah fungsi pakai benda ni? Adakah benda ni jadi sandaran untuk Hajah Siti menutup rambutnya?



Masalah kita adalah: ummat tak pandang syariat sebagai tolok ukur. Tetapi memandang artis sebagai ikutan. Kalau artis tu tersimpang, tersimpanglah orang yang mengikut. Artis memainkan peranan yang amat besar dalam kehidupan akhir zaman ni...

*****

وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. [an-Nur:31]
Selanjutnya...

13 January 2011

Campak Sunnah ke Dalam Longkang

Berbicara tentang sunnah, pastinya tidak akan terlepas daripada perbincangan politik. Kerana politik yang ditauladani oleh sunnah Rasulullah SAW adalah suatu perkara yang wajib untuk dilaksanakan. Hanya golongan yang sempit pemikirannya sahaja tidak mahu berbincang soal politik. Kononnya politik itu kotor dan jijik.

Perjuangan politik sunnah adalah suatu tuntutan yang amat besar dalam Islam, kerana melalui jalan inilah Islam diterapkan dalam kehidupan. Islam itu lengkap diturunkan tanpa ada cacat-cela walau sedikitpun. Justeru, wajarkah kita menganggap Islam tidak memimpin penganutnya dalam permasalahan politik?

Setelah jatuhnya Daulah Khilafah pada 3 Mac 1924, wujud beberapa golongan pejuang Islam dalam kancah politik dunia. Ada yang benar-benar memperjuangkan politik mengikut sunnah. Ada juga yang terus menolak politik, kerana seperti mana yang dinyatakan di atas, politik itu kotor dan jijik. Tidak kurang juga, ada golongan pejuang Islam yang memperjuangkan politik mengikut telunjuk Barat.

Apa yang hendak difokuskan kali ini adalah golongan yang ketiga. Golongan inilah yang memperjuangkan Islam menggunakan telunjuk Barat. Dalam masa yang sama, menyeru umat Islam supaya mencari 'medan perjuangan yang realistik'. Seolah-olah, apa yang telah ditintakan di dalam al-Quran dan hadis tidak realistik. Adakah sunnah itu lapok ditelan zaman? Adakah sunnah itu kolot dek arus pemodenan? Sungguh kurang ajar bagi mereka yang menganggap pengamalan politik sunnah itu tidak sesuai dengan kehendak zaman.

Mungkin golongan ini akan menyatakan, "kami tidak mendakwah sunnah sebagai lapok ditelan zaman". Tetapi, hakikatnya, sememangnya kalian menyatakan sunnah itu lapok ditelan zaman. Istilah 'realistik' itu sememangnya menggambarkan penghinaan terhadap sunnah.

Malah, golongan inilah yang menundukkan Islam mengikut realiti dan arus semasa. Apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW dan para sahabat adalah tidak realistik. Mereka menggunakan alasan ini tidak lain dan tidak bukan kerana mereka menganggap Islam itu anjal. Apa yang dapat disimpulkan melalui situasi ini adalah, 'masyarakat mengubah hukum', bukan 'hukum mengubah masyarakat'.

Golongan seperti inilah yang amat disayangi oleh puak kuffar kerana kesudian mereka menggunapakai sistem ciptaan mereka. Lihatlah, mudahnya golongan pejuang Islam ini dijinakkan oleh dakyah-dakyah Barat. Tambahan pula, ada ulamak-ulamak besar menyokong perjuangan mereka dalam ruang lingkup demokrasi, sekularisme, dan sistem-sistem thoghut yang lain. Ramai di kalangan kita tidak mengkaji hujah ulamak-ulamak akhir zaman ini, sebaliknya terus bertaqlid buta lantas menyanjung tinggi sistem-sistem ciptaan thoghut.

Justeru, di mana selayaknya sunnah diletakkan mengikut pandangan golongan ini? Sudah tentu bagi mereka, sunnah hanya layak untuk dicampakkan ke dalam longkang. Masakan tidak, payah jerih perjuangan Rasulullah SAW hanya dipandang enteng dan hukum Islam tidak diterapkan dalam perjuangan. Sebaliknya keadaan semasa yang mengubah tingkah-laku sebilangan besar umat Islam hari ini.

Justeru, amat wajar kita mempersoal aqidah kita sekiranya persoalan 'sunnah dan realistik' membelunggu pemikiran kita. Ragu-ragu dengan sunnah? Sunnah tidak realistik? Tepuk dada, tanya iman...

Wallahu a'lam

*****

وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ ۖ لَهُمْ قُلُوبٌ لَّا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَّا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لَّا يَسْمَعُونَ بِهَا ۚ أُولَٰئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ ۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai."[al-A'raaf:179]
Selanjutnya...

11 January 2011

Ana Raffali, Kontroversi, dan Facebook

Majlis lalai AJL 25 baru sahaja melabuhkan tirainya. Labuhnya tirai majlis lalai itu diselubungi kontroversi. Menangnya penyanyi berbaju kurung, Ana Raffali mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan peminat-peminat majlis lalai ini.

Mereka melabel juri-juri sebagai 'buta seni', ibarat mereka lebih arif tentang seni berbanding para juri. Justeru, wujudlah sebuah page di facebook yang menonjolkan rasa tida puas hati mereka terhadap keputusan kontroversi itu.

Inilah sikap segelintir rakyat Malaysia. Apa sahaja yang mereka tidak puas hati, pasti akan ada page benci itu dan benci ini di facebook. Penyelesaiannya tidak kunjung tiba, tetapi yang ada hanyalah suara orang-orang yang terpekik terlolong yang penuh dengan emosi.

Ana Raffali sudah pun menang. Sudah tentu keputusan itu takkan berubah. Bahkan, beliau telahpun menerima sebuah trofi dan wang tunai berjumlah RM35000. Mereka yang beremosi terpekik terlolong tu dapat apa pula? Adakah Ana Raffali akan menghulurkan 3% daripada RM35000 yang dimenanginya kepada golongan yang tidak puas hati ini kerana memberikan komen ikhlas terhadap keputusan majlis lalai AJL 25?

Tak perlulah kita beremosi dalam hal-hal remeh sebegini. Kerana ini menunjukkan rendahnya tahap pemikiran kita. Emosi sahaja yang lebih, tetapi penyelesaiannya entah ke mana. Lagipun, buat apalah kita nak berkisah sangat dengan majlis lalai seperti ini? Nak selamatkan industri muzik? Lebih baik luangkan masa untuk perjuangkan Islam. Insya Allah, di syurga kelak, muziknya jauh lebih indah berbanding muzik di atas dunia ini yang penuh dengan kelalaian.
Selanjutnya...

09 January 2011

Followers Aku Lebih Ramai daripada Followers Kau! Haha!

"Followers aku lebih ramai daripada followers kau! Haha!". Ayat ni memang sangat kejam. Siap gelakkan orang lagi. Ada tak di antara kita cakap macam ni pada rakan blogger yang lain?

Ayat di atas dilontarkan kerana ketidakfaham tentang blogger tentang menulis blog. Apa yang dikejar hanyalah jumlah, bukan kualiti. Jadi, apakah nilainya ramai followers di hadapan Allah sekiranya mesej yang disampaikan tidak mendekatkan diri kita kepada Allah, dan blogging untuk populariti sahaja?

Namun, itu sekiranya dipandang dari satu sudut. Ada baiknya sekiranya ramainya followers itu, disandarkan kepada ketaqwaan terhadap Allah SWT. Jadi, bagaimanakah ramainya followers itu sangat bernilai di sisi Allah?

1. Mudah dibaca oleh ramai orang
Insya Allah bila ramai followers, ramai juga yang tahu updates entri kita. Maka, dakwah melalui penulisan dapat dicapai dengan mudah hanya di hujung jari.

2. Pengaruh lebih baik
Lazimnya, blogger yang mempunyai ramai followers, akan mempunyai pengaruh yang besar. Komen pun, insya Allah banyak juga. Jadi, apabila followers ramai, mungkin akan mendorong pelawat untuk membaca hasil-hasil penulisan blogger tersebut. Tapi hati-hati! Don't judge the book by its cover! Banyak blog yang mempunyai ramai followers, tapi isinya hampeh. Contoh: Gambar tak tutup aurat, gambar cover cun, gambar tayang muka, dan sebagainya. Huh!

3. Memberi semangat kepada penulis blog
Blogger yang ramai followers pasti mempunyai tekanan yang tersendiri. Para followers dahagakan hasil-hasil penulisan blog tersebut. Demand inilah yang menjadi tekanan kepada tuan blog untuk menulis. Maka, ia akan memberi semangat dan dorongan kepada tuan blog tersebut untuk terus menulis kerana Allah.

Jadi, sekiranya kita faham matlamat menulis blog, insya Allah ayat di atas tidak akan keluar daripada mulut kita. Sekiranya kita benar-benar ikhlas menulis blog, kuantiti followers tidak seharusnya dijadikan matlamat utama.

Sebaliknya, jika hendak kejar followers banyak-banyak pun, landaskan niat kita kerana Allah SWT. Antaranya seperti yang dinyatakan di atas. Kualiti penulisan dan kuantiti followers yang dikejar mestilah mantap bagi melahirkan kebangkitan ummat melalui bidang penulisan.

Wallahu a'lam

*****

حُنَفَاءَ لِلَّهِ غَيْرَ مُشْرِكِينَ بِهِ ۚ وَمَن يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَكَأَنَّمَا خَرَّ مِنَ السَّمَاءِ فَتَخْطَفُهُ الطَّيْرُ أَوْ تَهْوِي بِهِ الرِّيحُ فِي مَكَانٍ سَحِيقٍ

(Amalkanlah perkara-perkara itu) dengan tulus ikhlas kepada Allah, serta tidak mempersekutukan sesuatu pun denganNya; dan sesiapa yang mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Allah maka seolah-olah dia jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau dihumbankan oleh angin ke tempat yang jauh (yang membinasakan). [al-Hajj:31]
Selanjutnya...

08 January 2011

Anda Sembah Berhala?

Apabila seseorang muslim itu ditanya, "Kau ni kafir ke?", pasti muslim tersebut akan marah, walaupun dia adalah seorang ahli maksiat. Keislamannya hanya pada nama, bukan pada amal perbuatannya.

Selain daripada bertanya seperti di atas, cuba kita tanya kepada muslim yang lain, "Kau ni sembah berhala ke?". Pasti kita akan dimarahi, ataupun pipi kita akan merah buat seketika.

Sedar tidak sedar, ada kalanya memang kita 'menyembah' berhala-berhala tanpa kita sedari. Berhala-berhala yang disembah bukanlah berupa patung. Kerana itulah kita tidak sedar kita sedang menyembah berhala tersebut.

1. Populariti dan Reputasi
Nak sangat orang kenal kita. Apabila populariti diraih, reputasi pula mesti ditingkatkan. Kedua-dua perkara ini sememangnya untuk kepentingan dunia semata-mata. Apabila hilang populariti, kita akan berasa kecewa, kerana kita sedang menyembah populariti, bukan menyembah Tuhan yang tidak akan hilang.

2. Penghormatan
Kita mahukan orang hormat pada kita dan tunduk pada kita. Kalau ada pengikut atau pekerja, kita mahu mereka ikut segala perintah kita walaupun perkara tersebut bertentangan dengan tolok ukur dalam Islam. Macam mana tu? Kita sembah Allah atau sembah berhala?

3. Taksub pada Seseorang
Ketokohan seorang ulama akan sentiasa dikenang. Namun, apabila golongan yang jahil, mereka pasti akan mengutamakan ketokohan ulama mereka walaupun hujah-hujah mereka ternyata salah. Pasti akan ada yang menyatakan, "Itu tok guru! Tak kan dia salah?". Walhal, ulama juga buat salah. Kita nak bersandar pada tok guru yang tidak maksum atau hukum Allah yang sempurna?

4. Kita Sebagai Idola Masyarakat
Kita nak orang ingat dan sentiasa menyebut nama kita. Bukan setakat tu, nak orang fikir dan 'zikir' nama kita. Kita juga menginginkan orang lain menjadikan kita sebagai idola mereka, walaupun sememangnya kita langsung tidak layak untuk dijadikan idola. Jadi, janganlah berangan-angan nak jadi Malaysian Idol, American Idol, dan sebagainya.

5. Demokrasi
Inilah suatu perkara yang masih belum disedari oleh masyarakat hari ini. Demokrasi merupakan suatu sistem pemerintahan yang membelakangi Tuhan. Di dalam parlimen, manusia mengambil-alih tugas Tuhan sebagai Penggubal Undang-undang. Hanya Allah sahaja yang layak untuk menggubal undang-undang. Dalam parlimen, untuk menerapkan hukum-hakam Islam, ahli-ahli parlimen perlu mencapai 2/3 majoriti undi untuk menerapkan hukum-hakam Islam. Adakah hukum-hakam Islam itu diturunkan untuk diundi? Inilah berhala yang selama ini kita tidak sedar, yang kita sedang menyembahnya.

*****

وَالَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّهِ لَا يَخْلُقُونَ شَيْئًا وَهُمْ يُخْلَقُونَ

Dan berhala-berhala yang mereka seru selain Allah, tidak dapat membuat sesuatu apapun, sedang berhala-berhala itu (sendiri) dibuat orang. [an-Nahl:20]
Selanjutnya...

06 January 2011

Bulan Safar Bulan Sial?

Tidak cukup dengan fenomena filem dan drama hantu, sebenarnya masih ada lagi beberapa amalan khurafat atau kepercayaan karut masyarakat Melayu. Sejak dahulu lagi, masyarakat Melayu melabel bulan Safar sebagai 'bulan sial'.

Mereka mengelakkan diri daripada berkahwin dalam bulan Safar, bimbang-bimbang perkahwinan mereka ditimpa kesialan disebabkan 'kesialan' bulan Safar. Antara kesialan yang dimaksudkan adalah perkahwinan tersebut tidak akan dikurniakan zuriat dan ada juga yang mengeluarkan pendapat songsang, perkahwinan tersebut akan berakhir dengan perceraian

'Kesialan' bulan Safar juga dikaitkan dengan turunnya bala bencana pada bulan Safar. Kemuncak kesialan bulan Safar adalah pada hari Rabu pada minggu terakhir bulan Safar. Maka, amalan-amalan sesat diamalkan bagi menolak kesialan yang melanda. Antara amalan yang dilakukan oleh sebilangan masyarakat melayu adalah mandi di laut atau sungai beramai-ramai untuk menolak sial dan menulis ayat-ayat tertentu dan mandi bersamanya. Ternyata amalan-amalan ini adalah bertentangan dengan sunnah dan ianya adalah sesat!

Amalan-amalan sesat ini sudah sebati dengan jiwa masyarakat hari ini. Mungkin agak sukar untuk mengikis kepercayaan ini, kerana ianya diperturunkan sejak turun-temurun daripada nenek moyang kita yang tegar amalan khurafat mereka. Namun, tanggungjawab untuk menyatakan kebathilan sialnya bulan Safar adalah tanggungjawab bersama.

Ternyata kepercayaan mereka tiada asasnya langsung, bahkan sesat lagi menyesatkan. Bala dan perceraian bukan sahaja berlaku pada bulan Safar, tetapi boleh berlaku bila-bila masa mengikut ketentuan daripada Allah SWT. Firman Allah SWT:

قُل لَّن يُصِيبَنَا إِلَّا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَنَا هُوَ مَوْلَانَا ۚ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal". [at-Taubah:51]

Marilah kita bersama-sama kembali ke pangkal jalan. Dalam Islam, tiada sial dan celaka disebabkan oleh bulan atau masa. Semuanya adalah ketentuan Allah SWT. Jadikanlah al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan hidup, bukan nenek moyang kita sebagai panduan hidup.

Jangalah sesuka hati melabel sesuatu 'sial', atau kita lebih sial daripada yang disialkan kerana menyesatkan orang lain dengan amalan-amalan bid'ah yang boleh merosakkan aqidah kita. Wallahu a'lam.

sumber gambar: Abu Nuha Corner
Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...