Pages

11 December 2011

Fitnah Lelaki Terhadap Wanita



Tonton video atas ni sebelum baca. Kalau ada sapa-sapa tersentap pasal entry ni, aku mintak maaf awal-awal. Entry ni tak ditujukan kepada sesiapa secara spesifik, tapi secara umum.


Seringkali kita dengar pasal fitnah perempuan terhadap lelaki. Fitnah perempuan yang kita nampak, memang dari banyak sudut. Lirik senyumnya, matanya, auratnya, potongan badannya, wangi-wangian, dan macam-macam lagi yang aku tak larat nak tulis kat sini.

Mungkin disebabkan terlalu fokus terhadap fitnah wanita terhadap lelaki, kita terlepas pandang pasal fitnah lelaki terhadap wanita. Ya, benar fitnah wanita terhadap lelaki tu kita nampak lebih dominan dan menonjol. Itu aku tak nafikan. Tapi, disebabkan terlalu fokus pasal wanita, kita lupa pasal lelaki. Al-Quran dan Hadis sememangnya menekankan tentang fitnah wanita, tetapi al-Quran dan Hadis tidak melupakan pasal fitnah lelaki terhadap wanita!

Seperti yang dinyatakan oleh syeikh di atas, para muslimin mengambil gambar dan memuatnaik gambar-gambar yang bermacam-macam pose di facebook. Apa tujuan semua itu? Mungkinkah untuk menggalakkan seseorang muslimin itu menyimpan janggut, memakai serban atau kopiah? Perkara itu amatlah jarang berlaku, sebaliknya menimbulkan fitnah terhadap wanita.

Ada jugak golongan yang warak memuatnaik gambar dalam facebook. Dah la perwatakannya warak, kacak pulak tu. Lalu ramailah pulak golongan muslimah like gambar tu. Bukan saja like, malah apa yang kita dapat lihat, ramai pulak muslimah yang 'tersangkut' dek mata kail fitnah lelaki warak tu. Kononnya memuatnaik untuk menggalakkan orang lain untuk meniru cara Nabi SAW, padahal tindakannya itu membawa fitnah kepada muslimah!

Kalau pun memuatnaik gambar tu sekadar nak bagi kenal, tak perlulah bubuh gambar yang besar-besar dan bermacam-macam pose sampai membuatkan muslimah lain tersangkut di mata kail tu. Cukuplah sekadar gambar biasa-biasa saja. Tapi, apa yang berlaku banyak pulak para muslimah tersangkut. Bermacam-macam pujian diberikan. 'Cutenyaaa, muka awak nampak alim, kacaknya, hensemnya...' dan lain-lain. Ada juga pujian fitnah yang 'berbentuk islamik' ya? Contohnya 'indahnya ciptaan Allah, hensemnya ciptaan Allah ni...' dan macam-macam lagilah!

Jadi, jangan fikir hanya wanita je boleh bawak fitnah kat laki. Laki pun boleh bawak fitnah kat wanita jugak. Ini adalah kerana kaum wanita juga dikurniakan gharizatul nau' (naluri berkasih-sayang/seksual). Mereka juga boleh terangsang dengan gambar-gambar kaum Adam :p

Oleh itu, berpada-padalah dalam bergambar dan memuatnaik gambar kat facebook dan laman sosial lain ya kawan-kawan. Kita asyik fokus pada fitnah wanita, dalam masa yang sama kita terlupa pasal fitnah lelaki terhadap wanita. Wallahu a'lam.


Comments
14 Comments

14 comments:

NaRuFiQ said...

alhamdulillah....terima kasih kerna menegur....insyaALLAH....doakan saya mempunyai kudrat yang kuat untuk buang segala gambar di fb...kadang2 bila kita dah selesa dengan perkara yang 'biasa' , sukar untuk kita lakukan perkara yang 'tak biasa'....mungkin itu yang orang panggil perkara lalai yang menipu manusia....

SoutulMujahid said...

kalau letak gambar sekadar nak bagi kenal, xde masalah asalkan x timbul fitnah.

Saya Suka Baca Blog! Ninie Simmons said...

Thank You for sharing.. :)

NZ Diaz said...

Alhamdulillah aku memang jarang letak gambar. kat Facebook pun tak ada gambar. hehe apa pun, terima kasih kerana peringatan ini :)

LadyBird said...

ni 1st time dgr perempuan terangsang tgk gambar lelaki.. mcm palsu je :)..

fitrah kejadian wanita x seperti lelaki.. nalurinya pun begitu..

cuma mereka tetap tertarik dengan kekacakan dan kehenseman kaum lain jenis sesuai dengan fitrahnya..

tetapi fitrah kami terlalu lemah untuk dirangsang hanya menggunakan gambar..

LydSunshine said...

You're handsome brother, so you're the fitna for women. Lelaki yg cakap ni pun cute. Heheh.

L said...

laki mana xsuka tgk pmpn tayang macam2? hehe. bila tiada rasa malu dalam diri. macam2 boleh jadi.

APAN said...

xde la gambo aku pose maut dlm fb rasanya...lagipun mmg x bnyak pic dlm tuh.yg bnyak membe tag ada la.huhu....

SoutulMujahid said...

haha. betol. mmg hensem syeikh yg cakap ni. terpegun la sapa yg dgr ceramah dia. haha

Teacher Basariah said...

info menarik..taktau nak komen camna..layan je la..hehe

naim said...

HAHA..

kupasan seorang yang bujang.. :)

Bagus2.. :)

Anonymous said...

saya rasa entry ni ada kena-mengena dgn 'seseorang' yg islamik tapi dia suka sgt3 tayang gambar hensem dia kat facebook kan? lepas tu dia guna justifikasi lain utk dia halalkan dia letak gambar dia kat facebook kan? ramainya muslimah kita cair kat situ. hmmm.. sy rasa entry ni mmg ada kaitan dgn 'seseorang' tu. tp tuan belog tak tulis siapa orangye. betul tak?

Tinta.Muallimah said...

dah lama x sesat disini...mantopp!!

SoutulMujahid said...

anonymous: buang yg keruh, ambik yg jernih. bukan nak cakap sapa2. tp bg peringatan secara umum. kalau terkena kpd 'seseorang' tu, padan muka. sapa suruh tayang muka :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...