Ayat orang-orang tua kita yang agak ortodoks apabila ditegur, "aku makan garam lebih awal daripada kau!". Ayat ni merupakan ayat keramat orang yang lebih tua daripada kita, walaupun hanya 2-3 tahun lebih tua daripada kita.
Ayat ni seolah-olah membenarkan semua tindakan dan kata-kata mereka. Bagaikan 'dalil' untuk golongan seperti ini untuk menghalalkan tindakan mereka. Lazimnya bila kita dengar ayat ni, kita akan kaget, terdiam, dan terkedu seketika kerana hilang punca dan kering ilham nak balas apa.
Tak usah gusar... Kali ni aku ada satu ayat keramat untuk orang lebih muda apabila anda dihambur dengan ayat keramat orang tua. Itu pun kalau korang berani. Kalau diorang cakap "aku makan garam lebih awal daripada kau!", maka bersegeralah ucap, "patutlah pakcik bodoh. Pakcik kecik-kecik makan garam. Saya kecik-kecik minum susu!".
Biarkan mereka kaget pula. Orang lebih tua tak semestinya betul. Kerana bumi mana tidak ditimpa hujan? Kadang-kadang di antara mereka, ada yang dah nyanyuk dan ego lantas mempertahankan tindakan mereka walau terang-terang tindakan mereka tu salah.
Sebenarnya senioriti bukanlah satu standard untuk mengukur betul-salah tindakan seseorang itu. Kalaulah senioriti menjadi ukuran kita, dah tentu Abu Jahal dan Abu Lahab lebih benar daripada Nabi Muhammad SAW sebab mereka minum susu kambing lebih awal daripada Nabi SAW. Kagetlah Nabi SAW kalau Islam letakkan senioriti sebagai standard. Rendahnya tahap pemikiran orang yang menggunakan senioriti sebagai standard. Dan senioriti juga tidak menjamin seseorang itu lebih tahu daripada orang yang lebih muda.
Hakikatnya, standard kita adalah pada hukum syarak, bukan pada senioriti. Tapi masalahnya, bukan senang nak tundukkan ego orang tua. Mereka saja yang betul (sebilangan) kerana mereka tak nak tundukkan ego dan malu kalau ditegur oleh 'budak kecik'.
Macam manalah ye Nabi SAW berhadapan dengan orang jahiliyah yang lebih tua daripadanya? Susah kan? Tapi akhlak Nabi SAW berjaya melembutkan hati orang-orang tua dan memenangi hati orang-orang muda. Pengajarannya, orang tua tak semestinya sentiasa betul walaupun makan garam lebih awal. Orang muda bukan tak tahu semua kerena mereka minum susu masa kecik-kecik. Kalau ada orang lebih muda tegur kita, rujuk standard amal kita (hukum syarak). Jangan sesekali pertahankan ego kita kerana takut dimalukan. Wallahu a'lam.

