Pages

07 December 2011

Aku Lebih Tua, Akulah yang Betul!


Ayat orang-orang tua kita yang agak ortodoks apabila ditegur, "aku makan garam lebih awal daripada kau!". Ayat ni merupakan ayat keramat orang yang lebih tua daripada kita, walaupun hanya 2-3 tahun lebih tua daripada kita.

Ayat ni seolah-olah membenarkan semua tindakan dan kata-kata mereka. Bagaikan 'dalil' untuk golongan seperti ini untuk menghalalkan tindakan mereka. Lazimnya bila kita dengar ayat ni, kita akan kaget, terdiam, dan terkedu seketika kerana hilang punca dan kering ilham nak balas apa.

Tak usah gusar... Kali ni aku ada satu ayat keramat untuk orang lebih muda apabila anda dihambur dengan ayat keramat orang tua. Itu pun kalau korang berani. Kalau diorang cakap "aku makan garam lebih awal daripada kau!", maka bersegeralah ucap, "patutlah pakcik bodoh. Pakcik kecik-kecik makan garam. Saya kecik-kecik minum susu!".

Biarkan mereka kaget pula. Orang lebih tua tak semestinya betul. Kerana bumi mana tidak ditimpa hujan? Kadang-kadang di antara mereka, ada yang dah nyanyuk dan ego lantas mempertahankan tindakan mereka walau terang-terang tindakan mereka tu salah.

Sebenarnya senioriti bukanlah satu standard untuk mengukur betul-salah tindakan seseorang itu. Kalaulah senioriti menjadi ukuran kita, dah tentu Abu Jahal dan Abu Lahab lebih benar daripada Nabi Muhammad SAW sebab mereka minum susu kambing lebih awal daripada Nabi SAW. Kagetlah Nabi SAW kalau Islam letakkan senioriti sebagai standard. Rendahnya tahap pemikiran orang yang menggunakan senioriti sebagai standard. Dan senioriti juga tidak menjamin seseorang itu lebih tahu daripada orang yang lebih muda.


Hakikatnya, standard kita adalah pada hukum syarak, bukan pada senioriti. Tapi masalahnya, bukan senang nak tundukkan ego orang tua. Mereka saja yang betul (sebilangan) kerana mereka tak nak tundukkan ego dan malu kalau ditegur oleh 'budak kecik'.

Macam manalah ye Nabi SAW berhadapan dengan orang jahiliyah yang lebih tua daripadanya? Susah kan? Tapi akhlak Nabi SAW berjaya melembutkan hati orang-orang tua dan memenangi hati orang-orang muda. Pengajarannya, orang tua tak semestinya sentiasa betul walaupun makan garam lebih awal. Orang muda bukan tak tahu semua kerena mereka minum susu masa kecik-kecik. Kalau ada orang lebih muda tegur kita, rujuk standard amal kita (hukum syarak). Jangan sesekali pertahankan ego kita kerana takut dimalukan. Wallahu a'lam.
Comments
18 Comments

18 comments:

hamba fakir said...

Terbaik. Orang tua selalu menggunakan hujah itu bila ketandusan idea.

budaksetan said...

yang ni guwa setuju,biar pon guwa baru 16 tahun,guwa jugak layak bagi pendapat

SoutulMujahid said...

bagi la pendapat. nnt aku tumbuk kau. hahahahaha

hamba fakir said...

Kata kat pakcik itu "jangan lihat siapa yg kata, tapi lihat apa yg dia kata" .

NZ Diaz said...

erk, beranikah saya?

Liyana Zahim said...

Kalo tua bajet btol tape.. Ni yg lau gunekan title hajah/haji tu takley blah.. Aku da p mekah, aku taula.. Stetmen mtk kasut size 8..

sc said...

terbaikk :D

Faiz Tapit said...

nice dude

NURUL NADIAH MAMAT said...

patutlah darah tinggi....banyak makan garam...... ;p

mselim said...

Ayat 67 surah al-Anfal turun setelah selesaikan Perang Badar yang dimenangi oleh kaum Muslimin. Dalam perang tersebut, kaum muslimin telah menawan lebih kurang 70 pemuka Quraisy. Rasulullah saw telah menawarkan pandapat para sahabatnya tentang untung nasib 70 pemuka Quraisy tersebut.

Maka bangkitlah pendapat daripada Saidina Abu Bakar as-Siddiq ra. Beliau berpendapat supaya dilepaskan sahaja tawanan tersebut. Kemudian, bangkit pula pendapat Saidina Umar al-Khattab. Beliau berpendapat supaya dibunuh sahaja tawanan tersebut. Kedua-dua pendapat daripada dua sahabat besar Rasulullah saw ada benarnya. Pendapat Abu Bakar lebih kepada tolak ansur dan berunsur pendamaian manakala pendapat Umar al-Khattab lebih memikirkan kepada ancaman kaum musyrikin yang bakal bangkit jika dilepaskan bergitu sahaja. Oleh sebab itu, pendapat Umar lebih kepada keselamatan kaum Muslimin di kemudian harinya.

Akan tetapi, Rasulullah saw memilih pendapat Abu Bakar as-Siddiq ra. Setelah itu, turunlah ayat 67 dalam surat al-Anfal. Para jumhul ulama berpendapat, Allah swt lebih menyenangi pendapat Umar al-Khattab.

Maka diketahuilah bahawa, susuk paling unggul seperti Rasulullah saw sendiri juga ditegur oleh Allah swt dalam al-Quran. Namun, kita tidak boleh terkongkong dengan dakwaan bahawa Rasulullah saw ditegur oleh Allah swt menyebabkan ‘hilangnya’ sifat maksum milik baginda. Ia tidak benar sama sekali kerana teguran Allah swt terhadap baginda adalah untuk mendidik baginda dan bukan untuk menjatuhkan martabat kerasulan baginda Rasulullah saw.

Jika dilihat daripada segi logik akal, setiap perbuatan Rasulullah saw ditegur dalam wahyunya. Ia mencakupi hubungan Rasulullah dengan isteri-isteri baginda, sahabat dan musuh-musuh Islam.

Jikalau dihitung dengan jumlah ayat dalam al-Quran, berapa banyak ayat yang menunjukkan baginda ditegur oleh Allah swt? Hanya sedikit sahaja berbanding beribu ayat yang diturunkan oleh Allah swt.

Ini membuktikan Rasulullah saw hanya membuat kesalahan yang sangat kecil yang kemudiannya diperbetulkan pula oleh Allah swt. Yang lebih hebat adalah, kesalahan tersebut adalah normal bagi manusia biasa yang mana dengan kata lain, ia adalah tidak menjadi kesalahan jika manusia tersebut bukan bermaktabat seorang Rasul dan Nabi.

Namun yang pasti, teguran Rasulullah oleh Allah swt menunjukkan semua manusia WAJIB ditegur untuk memperbetul dan mendidik mereka. Kita jangan melenting jika ditegur kerana ingatlah Rasulullah saw juga pernah ditegur malahan sehingga hari ini kita akan membaca kisahnya dalam al-Quran. Siapalah kita ini berbanding Rasulullah saw jika ditegur pun melenting sakan.!

lyza said...

hahahaha..
saya kekdang tu ada gak menjawab bila kena camtu.. tp jawab dlm tak serius la..lbh kurang "sapa suruh makan garam..patut la dah kena darah tinggi.. orang makan la nestum..kan sedap.."
pastu akan kena balik.."haa menjawab, menjawab.."
then saya balas blk.."bkn mejawab..tapi bgtau ja.." then saya gelak2 terus blah...
Apa pun bergantung pada sapa org tua tu la.. klau orang tua "gila" saya biar je dia dgn kegilaan dia tu..mmg tkleh betulkan dah..dia aje btul..lantak le....

Mirull Ibnu Azman said...

ade terbaca hadis Nabi riwayat Bukhari yang memerintahkan kita taat kepada pemimpin walaupun dia seorang budak Habsyi. tapi terlupa hadis full dia. sape2 ade terbaca diharap boleh kongsi~

L said...

hormati orang tua..pada tempatnye

jom baca kejap..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2011/12/aku-sayang-parent-aku-korang.html

Dzikri Asmawi said...

mak bapak aku selalu ckp cmnih...mkn garam dulu dari aku...ntah pape lah...tapi mmg betul pon yg hang bgtau tuh...betul salah kita sandarkan pada hukum syara' la baru betul...ape punye standard lah letak standard betul salah pada sape mkn garam dulu...

APAN said...

kalau praktikkan ayat ko tu mkn pelempang la jawabnya kot.haha...

payah nak jumpa orang tua yg boleh terima kata2 orang lain.ckp anak sendiri pun pyh nak dengar...mudah sngt dengar kata jiran...

ZORA said...

org tua lebih berpengelaman dri kita..:P

model pakaian murah said...

woww great post good luck

Sogambut Boys Projk said...

org tue sebot camtu bile kite dah menang debat ngan die, terutame sekali mak bapak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...