Pages

23 November 2011

Indonsial vs Malingsia


Dendam kesumat Indonesia terhadap Malaysia sekali lagi dapat ditonjolkan pada suka SEA 2011 di mana Indonesia menjadi tuan rumah. Paling ketara, dendam kesumat ini ditonjolkan pada sukan bolasepak. Bukan sahaja pemain bolasepak Malaysia yang menjadi ejekan, bas penyokong Malaysia juga 'diserbu' dan dikepung oleh sebilangan besar peminat fanatik Indonesia.

Pelbagai cemuhan dan kutukan terpaksa dihadapi oleh Malaysia contohnya 'Malaysia Go to Hell!'. Apa yang sedih, Upin Ipin yang tidak bersalah juga turut terkana palitan ejekan ini. Tidak kurang juga penyokong-penyokong Malaysia mengejek pasukan Indonesia dengan panggilan 'Indon' dan sebagainya.

Semangat nasionalisme antara negara-negara di dunia hari ini bermula dengan konsep pemerintahan Barat kufur 'pecah dan perintah'. Setelah mereka puas merompak hasil bumi tanah umat Islam dan mendoktrik pemikiran umat Islam dengan pemikiran asobiyah, nasionalisme, demokrasi, kapitalisme, dan sebagainya, mereka berikan pula kemerdekaan. Kemerdekaan itu pula diberikan kepada boneka-boneka mereka yang rela meneruskan legasi impirealis. Walaupun para imperialis itu sudah tiada di tanah umat Islam, legasi mereka tetap tertancap kukuh dalam sistem yang diterapkan oleh boneka-boneka mereka. Maka tidak hairanlah mengapa sistem demokrasi dan kapitalis terus diterapkan di negara umat Islam

Kemudian, atas dasar nasionalisme yang membuak-buak, Presiden Soeharto telah melancarkan konfrontasi ke atas Malaysia yang diberikan nama 'Ganyang Malaysia' kerana tidak berpuas hati dengan Persekutuan Tanah Melayu yang ingin menggabungkan Brunei, Sabah, dan Sarawak untuk menjadi negara Malaysia. Mungkin bertitik-tolak daripada kejadian ini, semangat nasionalisme rakyat Indonesia menjadi membuak-buak sehingga tidak mempedulikan ikatan aqidah sesama muslim. Bahkan, perang saraf terus dilancarkan ke atas Malaysia walaupun Indonesia baru sahaja ditimpa gempa bumi di Padang.

Dendam kesumat ini terus membara apabila Indonesia dikalahkan dalam perlawanan akhir Piala Suzuki. Misi membalas dendam Piala Suzuki itu nampaknya tidak kesampaian apabila mereka sekali lagi tewas dalam perlawanan akhir bolasepak Sukan SEA 2011 walaupun semangat nasionalisme mereka dibakar oleh media-media pro-asobiyyah. Setelah tidak puas hati dengan kekalahan yang dialami dalam Piala Suzuki, laman web di Malaysia yang tidak bersalah dijadikan mangsa keadaan apabila digodam oleh penggodam tidak bertanggungjawab


Penyokong-penyokong Malaysia pun apa kurangnya. Turut menghina dan mengejek Indonesia dengan panggilan yang tidak enak seperti 'Indon Bodoh' dan sebagainya. Inilah salah satu bukti kejayaan para imperialis kufur memisahkan umat Islam dengan sempadan-sempadan negara, walhal umat Islam itu adalah umat yang satu. Tatkala umat Islam Indonesia dan Malaysia bertelingkah, kaum kafir terus bertepuk tangan dan bersorak-sorai meraikan kejayaan mereka memecah-belahkan umat Islam. Mereka tersenyum puas melihat pertelagahan sesama umat Islam hanya kerana sebiji bola yang boleh dibeli di kedai sukan al-Ikhsan.

Beginilah kelakuan sebilangan umat Islam sesudah mereka disuntik dengan racuan nasionalisme. Mereka terus melupakan ikatan aqidah sesama muslim. Sungguh jelas mereka lebih mengagungkan negara yang menerapkan hukum kufur berbanding ikatan aqidah. Menang piala atau pingat bagaikan amalan yang boleh dibawa ke dalam kubur dan dihujahkan di hadapan Allah. Mungkinkah pingat dan piala itu akan membela mereka di hari akhirat kelak?

Namun, bukan semua rakyat Malaysia dan Indonesia itu jahat. Apa yang kita lihat hanyalah sebahagian sahaja. Marilah kita semua bersatu di bawah SATU NEGARA yakni Negara Khilafah kerana Tuhan kita satu, Kitab kita satu, Rasul kita satu, dan Kiblat kita satu kerana kita adalah UMAT YANG SATU
Comments
21 Comments

21 comments:

fuad ansari said...

pasti orang bukan islam tertawa melihat orang islam berpecah belah dek kerana sifat asobiyah..

entri terbaru saya juga berkaitan perkara ini.. kebetulan...

(",)

moshi said...

Sedih tengok macamni :(

Anonymous said...

Sebagai bekas student sekolah di indonesia, memang ketara jika belajar sejarah dari kacamata mereka... Pada mereka, peristiwa ganyang malaysia adalah perkara yang sensitif. Berbeza dengan kita, yang tak rasa apa-apa dengan peristiwa itu...sebab cuba belek buku teks sejarah!!!!!!

Hanis Nizam said...

Saya rasa sedih jugak :(

Saddila said...

dua-dua negara tak saling hormati .
memanglah ada perbalahan .
tak pernah nak aman . saling mengutuk . menghina . SEDIH .

wak jhali said...

aku sedih utk malaysia..kebaikan dan bantuan yg diberi tak memberi bekas pun...dikatakan pulak Malaysia nak menjajah tanah mereka...kita tak pernah kisah pun peristiwa lama tu..ingin berbaik..kita bagi mereka tempat dan ruang utk mereka cari rezeki di Malaysia..tak kita ganggu dan hambat mereka...sebab kita anggap mereka ni saudara dan sahabat..ade yg dapat PR lagi dah...nak ape lagi...bukan nak maki atau nak kutuk...tapi kebiadapan yg mereka pamerkan distadium mereka....rasanya belum ade lagi rakyat Malaysia yg memijak atau membakar bendera mereka setakat ni...bukan tak berani tapi menghormati dan rakyat Malaysia bukan dari golongan tak bertamaddun...siapa yg tak hormat siapa sebenarnya...bukti telah mereka pamerkan dgn jelas....

Wyna Nubies said...

As Salam,

Biar sekuat mana pun The Hidden Hand mempengaruhi emosi segelintir Malaysian dan Indonesian..mereka takkan dapat menguasai seluruh rakyat Nusantara utk membenci antara satu sama lain kerana kita semua sudah seperti saudara...

Diharap pergaduhan ini tidak mencetuskan perang melainkan mencetuskan sebuah pasukan hebat dari kalangan pemuda-pemudi yang beriman dan bertakwa kepada ALLAH S.W.T..amin...

Liyana Zahim said...

Socially, sukan tu ley disintergate races..

Liyana Zahim said...

*disintegrate..

LydSunshine said...

Lagipun rakyat Indon jadi begitu kerana media mereka juga yg selalu provok sentimen rakyat mereka supaya rasa benci itu semakin menjadi-jadi.

abu idris said...

Marilah kita semua bersatu di bawah SATU NEGARA yakni Negara Khilafah

Radin87 said...

inilah apa yang terjadi apabila Media dibebaskan. Cuba tengok sebelum dengan selepas media Indonesia dibebaskan? jauh beza kan?
Masih nak perjuangkan kebebasan bersuara dan kebebasan media??

lyza said...

Ingat indon,teringat my x maid..teringat tu.jadi sakit hati sb anak2 kena dera dgn maid..pastu bila jd plak cenggini..lg sakit hati tu bertambah2.. cuma taknak la ikut jejak penyokong2 biadap ni.. sb nanti saya pun kelihatan sama cam dorang...

Teacher Basariah said...

setuju dengan pandangan pengarang..umat Islam berpecah..kita rugi..kafir laknatullah gembira dan ketawa terbahak2..hmm..

LadyBird said...

smg mrk semua mampu menggunakan akal tuk berfikir mana yg baik dan mana yang buruk..

Anonymous said...

Tu la beza antara rakyat msia n indonesia..malaysia sopan santun ..

SoutulMujahid said...

org indonesia pon ada yg bersopan-santun. ini cuma secebis je. jgn ingat smua org indonesia tu jahat

Yastro said...

Aku rasa cuma segelintir je yg jenis kaki betah dan menyebabkan hubungan kedua2 negara ni menjadi renggang. Tp sbbkan yg sikit tu la...kesemuanya menjadi panas dan bertambah panas...

Anonymous said...

relax sudahhhhhh....cume orang indonesia, jangan la nak sentap sangat..pemikiran tu kasi waras sikit ehh ! peace yooo

Anonymous said...

panggil INDON pun nak saiko..dorg panggil MALINGSIA kat kita, ok jerr

Anonymous said...

Endon sontoloyo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...