Chef Three merupakan seorang chef beragama Islam yang terkenal di Malaysia. Pada suatu hari, beliau membuat satu masakan baru yang dinamakan Kari Kerbau Pendek Siam. Bahan-bahan yang digunakan, ada bahan halal dan ada bahan yang haram. Antara bahan yang diperlukan untuk membuat Kari Kerbau Pendek Siam adalah:
1. Serbuk kari Alababas (Halal)
2. Kaki khinzir (Haram)
3. Asam jawa (halal)
4. dan lain-lain...
Setelah dicampur-campur dan dimasak selama 45 minit, maka jadilah satu menu baru iaitu Kari Kerbau Pendek Siam. Jadi, apakah status kehalalan masakan ini? Adakah ianya halal atau haram? Persoalan ini timbul kerana ada bahan yang haram dan halal bercampur.
Jawapannya:
"Aku mendengar Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya yang Halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan diantara keduanya ada perkara yang samar-samar, kebanyakan manusia tidak mengetahuinya, maka barangsiapa menjaga dirinya dari yang samar-samar itu, berarti ia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya, dan barangsiapa terjerumus dalam wilayah samar-samar maka ia telah terjerumus kedalam wilayah yang haram, seperti penggembala yang menggembala di sekitar daerah terlarang maka hampir-hampir dia terjerumus kedalamnya. Ingatlah setiap raja memiliki larangan dan ingatlah bahwa larangan Alloh apa-apa yang diharamkan-Nya. Ingatlah bahwa dalam jasad ada sekerat daging jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya dan jika ia rusak maka rusaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah bahwa segumpal daging itu adalah hati”. [HR. Bukhari dan Muslim]
Kari Kerbau Pendek Siam tu haram untuk dimakan kerana ia bercampur dengan ramuan yang haram + halal. Tapi, adakah Chef Three jatuh kafir kerana memasak makanan yang haram tu? Chef Three tidak jatuh kafir dengan hanya memasak dan memakan makanan haram itu. Tetapi hanya melanggar syariat dan boleh jatuh fasiq sahaja, tidak sampai jatuh kafir.
Berbalik kepada topik asal. Malaysia negara Islam atau negara kafir? Lihat saja perlembagaan Malaysia. Perlembagaan yang diasaskan daripada aqidah kufur yang membelakangkan hukum-hakam Allah. Undang-undang perlu dibahas dan digubal tanpa merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah.
Hanya secebis saja undang-undang Islam diamalkan. Itupun disempitkan sesempit-sempitnya. Contohnya kita berjual-beli dengan cara yang dibenarkan Islam. Yang lain, majoriti perundangan negara merujuk kepada perlembagaan kufur.
"padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba" [al-Baqarah (2):275]
Justeru, kekeliruan ini sebenarnya wajib dibetulkan. Ramai yang menyangka bahawa Malaysia adalah negara Islam. Dan kekeliruan yang seumpama dengannya juga adalah Iran dan Arab Saudi juga adalah negara Islam.
Disebabkan dasar dan perlembagaan sesuatu negara itu tidak diletakkan pada Islam, negara tersebut adalah negara kafir. Hal ini adalah sama dengan negara-negara Barat seperti Britain. Mereka tidak meletakkan dasar dan perlembagaan negara pada Islam. Nampak tak persamaan Malaysia dengan Britain?
Cuma yang membezakan Malaysia dan Britain adalah majoriti penduduk yang beragama Islam. Majoriti penduduk tidak bersabit langsung dalam menentukan status keislaman sesuatu negara. Tetapi jangan pula kita terkeliru. Walaupun Malaysia negara kafir, ia tidak bermaksud bahawa penduduknya turut sama kafir. Penduduk Malaysia yang beragama Islam tetap Islam dan tidak menjejaskan status keislaman walaupun tinggal di sebuah negara kafir.
Malaysia hanya NEGARA UMAT ISLAM (muslim country), bukan NEGARA ISLAM (Islamic Country). Negara Islam HANYA SATU sahaja, yakni Negara Khilafah yang akan tertegak sedikit masa sahaja lagi berdasarkan maksud hadis:
"...Kemudian akan kembali Khilafah di atas jalan kenabian..." [HR Ahmad]
Wallahu a'lam

