Pages

07 September 2011

Kemalangan Ngeri Van-Lori di Batu Tiga, Shah Alam


Sebuah kemalangan ngeri berlaku hari ini di Batu Tiga, Shah Alam, berhampiran dengan Seksyen 15, Shah Alam. Kemalangan itu melibatkan sebuah van cap Toyota dan sebuah lori cap Hino. Van tersebut dikatakan merempuh belakang lori tersebut dan menyebabkan kedua-dua kenderaan terbabas di bahu jalan.

Kedua-dua kenderaan didapati mengalami kerosakan yang amat teruk sekali. Kelihatan juga surat khabar bersepah-sepah di atas jalanraya. Kemungkinan van tersebut adalah van yang membawa surat khabar. Kemalangan ini menyebabkan kesesakan lalu-lintas lebih kurang 3 kilometer disebabkan oleh keprihatinan masyarakat Malaysia yang suka membuat pemerhatian terperinci sekiranya berlaku sebarang kemalangan.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan walaupun kemalangan berlaku dengan amat teruk. Mangsa hanya luka-luka kecil sahaja.

-Sekian SoutulMujahid (wartawan tak bertauliah) melaporkan untuk soutulmujahid.com. Semoga kita dijauhkan daripada segala kecelakaan. Wallahu a'lam.

*Lagi gambar kemalangan di bawah









Comments
12 Comments

12 comments:

APAN said...

barai habis van yg rempuh belakang tu...seb baik x terok orangnya...
bertauliah, x bertauliah...makluamt baik disampaikan :)

SoutulMujahid said...

aku rasa laju giler van tu bawak, sampai lori pon boleh terbabas. mintak ALlah jauhkan kecelakaan drpd kita. amin

aimaniman said...

aahh minta dijauhkan daripada kemalangan.. takut n ngeri tengok tiap2 ari ada je berita buruk..berhati2 lae dia jalan raya kan, malang memang x berbau macam durian, kalau berbau dah tentu orang dapat ngelak...

fuad ansari said...

bawak laju2 kalau eksiden sorang2 takpe lagi.. tapi kalau bawak laju2 langgar orang lain yg tak bersalah, tu yg tak berapa nak syok tu..

fairuz said...

sumpah gua takut dgn eksiden T____T

Dzikri Asmawi said...

oooowh...eksiden ni aku nmpk smlm...time balek keje...mmg dasyat...

Ghuroba' said...

kalau takde orang mati, bukan ngeri namanya..at least ada kepala yang pecah ke, badan terbelah dua ke..itu baru la ngeri..hehe

Liyana Zahim said...

Peh dasyat nye.. Tkutla bawak lori pasni.. Hahahahahahah~

naim said...

Mesti bawa deras nie

:((

setiap tahun mesti yg mati...

SoutulMujahid said...

walaupun xde org mati, ngeri gak tu. van tu hancur

Cik Aqilah Wardah said...

wuwuwuwu~ kek umah den je ni..

x pasan pon ade exiden.. :D
hehehehe

A to Z Lyrics said...

sah bawa laju sgt laa nie.. ish ish ish!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...