Sebuah kemalangan ngeri berlaku hari ini di Batu Tiga, Shah Alam, berhampiran dengan Seksyen 15, Shah Alam. Kemalangan itu melibatkan sebuah van cap Toyota dan sebuah lori cap Hino. Van tersebut dikatakan merempuh belakang lori tersebut dan menyebabkan kedua-dua kenderaan terbabas di bahu jalan.
Kedua-dua kenderaan didapati mengalami kerosakan yang amat teruk sekali. Kelihatan juga surat khabar bersepah-sepah di atas jalanraya. Kemungkinan van tersebut adalah van yang membawa surat khabar. Kemalangan ini menyebabkan kesesakan lalu-lintas lebih kurang 3 kilometer disebabkan oleh keprihatinan masyarakat Malaysia yang suka membuat pemerhatian terperinci sekiranya berlaku sebarang kemalangan.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan walaupun kemalangan berlaku dengan amat teruk. Mangsa hanya luka-luka kecil sahaja.
-Sekian SoutulMujahid (wartawan tak bertauliah) melaporkan untuk soutulmujahid.com. Semoga kita dijauhkan daripada segala kecelakaan. Wallahu a'lam.
*Lagi gambar kemalangan di bawah







