Kerajaan kapitalis BN mengganas lagi. Setelah banyak kali menaikkan harga minyak, kali ini cukai 6% pula dikenakan ke atas syarikat-syarikat telco. Perkara ini sudah tentu membuatkan rakyat naik darah.
Namun, masih ada juga puak-puak yang terus menyokong golongan kapitalis ini walaupun kehidupan kita makin lama makin dihimpit. Ada yang menyatakan: "Sebelum cukai pun, ada penjual yang menjual topup RM10 dengan harga RM10.50. Orang tetap akan beli sebab ia adalah keperluan harian".
Ya, memang orang tetap akan beli. Tapi fikirlah tentang rungutan orang lain dan kepayahan hidup orang lain. Kehidupan orang miskin amat berbeza dengan kehidupan orang kaya! Cukai 6% itu sudah tentu memberi impak yang amat besar kepada orang miskin dan golongan pelajar.
Inilah cara terbaru kerajaan kapitalis untuk merompak hak-hak rakyat secara halal lagi suci mengikut kaca mata mereka. Ternyata mereka gagal dalam melaksanakan propaganda dungu 1Malaysia; 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'. Propaganda ini hanya retorik semata-mata untuk menggula-gulakan rakyat supaya Pak Najib tampak gah dengan aspirasi khayalannya.
Kepada golongan yang masih menjilat BN, hentikanlah jilatan anda itu. Sekarang anda mendapat habuan kerana menyokong mereka. Tapi ingatlah, nikmat itu tidak akan kekal selamanya dan penyesalan pasti menyusul kerana anda bersekongkol dengan pemerintah yang zalim.
Sekiranya anda hidup senang dan perut anda diisi setiap hari, fikirkanlah saudara seislam kita dan orang lain, walaupun mereka kafir. Masih ramai lagi yang sengsara jika dibandingkan dengan orang-orang yang hidup mewah seperti penyokong-penyokong BN.
PENJELASAN KEHARAMAN CUKAI: Haram Mengenakan Cukai Top Up Telefon Pra Bayar
