Pages

23 August 2011

Jalur Gemilang: Bendera yang Tak Layak untuk Dikibar


Bulan Kemerdekaan sudahpun menuju ke penghujungnya. Ditakdirkan, bulan kemerdekaan yang hakikatnya penuh dengan kepalsuan ini bertembung dengan penghulu segala bulan, bulan Ramadhan. Di sebalik ramai umat Islam menyambut 'pesta ibadah' ini, ramai pula yang mengibarkan Jalur Gemilang.

Kedai-kedai giat menjual bendera ini. Bangunan-bangunan di sekitar ibu negara pula sudah dicemari dengan tergantung dan berkibarnya Jalur Gemilang. Istilah 'dicemari' amat wajar digunakan, bagi mereka yang benar-benar faham hakikat Jalur Gemilang.

Sejarah mencatitkan, Jalur Gemilang direka oleh seorang lelaki Melayu yang berasal dari Johor, Mohamed Hamzah. Tanpa menghiraukan hukum syarak, bendera ini diluluskan oleh penjajah yang telah merosakkan peradaban Islam di Tanah Melayu. Bagaikan hamba menghadap tuannya, bendera ini telah diluluskan oleh seorang pengganas yang bernama King George VI. Lihatlah begitu hinanya umat yang mengaku Allah itu Tuhannya dan Muhammad SAW sebagai rasulnya, tetapi tunduk dan menghambakan dirinya kepada seorang penjajah yang ganas!

Kemudian, bendera yang melambang semangat asobiyyah ini buat pertama kalinya dikibarkan dengan jijiknya dalam satu majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan pegawai-pegawai King George VI. Ya, amat menjijikkan, kerana bendera direka dan diluluskan atas dasar redha orang kafir yang telah banyak membunuh umat Islam, dan mereka tidak merujuk al-Quran dan as-Sunnah dalam perkara ini.

Mungkin ada pendapat di luar sana yang menyatakan, tidak mengapa kita mengibarkan bendera jijik ini. Kerana ia hanyalah lambang kepada negara-negara sahaja. Hakikatnya, apabila kita mengibarkan bendera jijik ini, akan timbul semangat patriotik. Apabila timbul semangat patriotik, kita akan mempertahankan institusi negara sekular yang dibentuk oleh penjajah-penjajah kufur. Lihat saja perang saraf yang berlaku di antara Malaysia dan Indonesia. Masing-masing mengibarkan bendera masing-masing dan saling mencaci walaupun yang mencaci dan dicaci itu adalah umat Islam.



Begitu besar pengaruh bendera dalam bernegara. Umat Islam berpecah-belah di bawah bendera masing-masing dan sibuk mempertahankan institusi negara masing-masing, tanpa mereka sedari, negara yang mereka diami bukan didirikan atas dasar aqidah. Tetapi, negara yang didirikan adalah atas dasar kekufuran dan keingkaran terhadap Allah dan Rasul-Nya!

Oleh yang demikian wahai umat Islam, sedarlah bahawa Jalur Gemilang bukan bendera kita! Kibarkanlah bendera yang telah dikhabarkan di dalam hadis. Kerana itulah pegangan kita. Tidakkah kita berasa jijik, kita sanggup mengibarkan bendera yang menjadi penyebab perpecahan umat Islam di serata dunia? Lebih mengecewakan, ada juga yang menyatakan Jalur Gemilang adalah maruah mereka. Alahai...

+++++

Maksud hadis:
"Aku benar-benar akan memberikan panji (rayah) ini kepada orang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya, serta dicintai oleh Allah dan Rasul-Nya, lalu Rasulullah memberikan panji itu kepada Ali." [HR Bukhari]

BACA LAGI: BENDERA KITA
Comments
55 Comments

55 comments:

STORY TELLER said...

habis tu nak kibar bendera apa bro?

Anonymous said...

laailahaillaallah muhammadurrasulallah..jahit perkataan ni kt kain pas2 kibar..hehe

Anonymous said...

terima kasih Soutul Mujahid...
baru skrg saya tahu bendera sebenar yang patut dikibarkan...

Liyana Zahim said...

Laaa yeke? Tp histry ni org tak ambk tahu sgt.. Mampuih la hstry cam ni nk reveal dlm text book ke hape~

Dzikri Asmawi said...

aku mmg da lame xkibarkn bendera malaysia...

Nizam said...

Bendera hanyalah sehelai kain yang menjadi pengenalan kepada sesebuah negara. Tak kira macammana rupa pun ia .hahahaha...Tak perlulah nak ekstream sangat. Tapi aku tetap berbangga menjadi rakyat Malaysia dan aku juga suka mengibarkan Jalur Gemilang tanda aku rakyat Malaysia.

Teacher Basariah said...

entry yang menarik dan boleh mencetus perdebatan..hangat..good job!

Anonymous said...

so, kau ada idea yang lebih bagus?

yahudi freemason said...

kang kalau buat bendera bentuk segi tiga,ada logo star of david,ada pentogram korang butthurt..

macam-macam la korang ni.pasal bendera pun nak bebel - freemason la,yahudi la,kristian lah, apa lah - paranoid sangat.

korang ni ingat malaysia ni 100% negara islam ke?habih orang bukan islam ko letak mana?

pentingkan diri sendiri.

ko tau kenapa yahudi buleh dapat jadi saintis,dapat jadi pakar ekonomi,dapat jadi pakar teknologi anugerah nobel semua?

sebab dorang nak takluk dunia - just do it je la.toksah nak kaji bangsa lain nak takluk dunia la apa la.gimam la - dorang buat je.

lagi satu - kang ada yang bangkit cerita "kami tak pentingkan duniawi tapi ukhrawi".

dah pentingkan ukhrawi tu lantak pi dia la nak kuasai duniawi - korang pergilah ukhrawi korang.

in the end,lagu tears for fears - "everybody wants to rule the world".semua pun nak takluk dunia.baik islam ke,komunis ke,yahudi ke,kristian ke,ayah pin ke.

toksah dolak dalik.daripada kau cerita pasal bendera bangang ni yang dah memang isu bangang ni, baik kau fikir benda lain.

takat kejar traffic tak payah la woi.

ZeBentPenzel said...

minta penjelasan kenapa:

1) bendera itu salah pada hukum syarak
2) Meraikan kemerdekaan kita (orang melayu Islam) daripada penjajah (yang terang-terang Kafir Kristian) adalah salah
3) di mana buktinya bendera itu membawa semangat assabiyah, apabila warna biru melambangkan perpaduan dan empat belas bucu melambangkan unity antara empat belas negeri?

Dorky Guy said...

kalau tak minta kelulusan pada orang puteh mahu minta kelulusan siapa ya? jepun? portugis? indonesia? atau luluskan diri sendiri? kalau begitu samala juga tak perlu ke sekolah, orang tanya kenapa boleh jawap saya dah lulus. saya luluskan diri saya sendiri. saya layak dapat PHD.. sebab saya memang lulus. bernas sungguh idea saudara. sorry to say, hujah kamu seperti orang tak belajar sejarah.

Anonymous said...

betul.pasal bendera pown ko nak bising ke.yg menyumbang kepada perpecahan umat islam nih adalah org islam tuh sendiri.

mmg lah malaysia bukan negara islam but you should be grateful that you have a country.

kalau ko tak suka ko blah kluar dr malaysia.tp lah kan ko nak pegi duduk mana?

mana ada negara yg berasaskan daulah khilafah kat dunia nih.so better ko perjuangkan isu yg lebeih fokus pasal perpaduan umat islam.

bukanya duk bebel pasal bendera nih.kemonla bro

Ghuroba' said...

kalau nak mengubah,peranannya terletak di tangan kita semua.
bukan duduk berpeluk tubuh marah sana marah sini.kutuk sana kutuk sini tanpa sebarang usaha utk tegakkan islam.

pelayarilmu said...

x sedar ke bro isu ni lagi memecahbelahkan dan mengasobiyahkan..... fikir sendiri.... x salah menghargai kemerdekaan.... cer la bt tajuk fikir masalah umat ke... ini bendera juga nak dihantamnya.... at least bro ada gambar bulan sabit menunjukkan kita menghargai islam, cuma minda masyarakat sekrg jauh dr islam.... aish tulis biaq pikir bebanyak bro

Anonymous said...

pada saya, isu ni tak payah diperdebatkan. Kalau nak buat bendera lain, bukannya senang.
Bendera nak berkibar 54 tahun lalu, baru sekarang nak pertikaikan.

Anonymous said...

salam
daripada ko duk bincang sal bendera ni baik ko berdakwah kembalikan perpaduan ummah...

Anonymous said...

jgn la narrow minded sgt. bendera tu lmbang negara kita. islam tetap agama kita. yg pnting hati. ayat mcm x sayang negara je.

Anonymous said...

wah~ sebab bendera je ramai yg komen ye? ramai yg tgk dr satu sudut je...
papehal pun good job admin

ROJAK said...

aku suka entri ni. timing memang betul sebab sekarang ramai orang yang sibuk kibar bendera tanpa tahu perkara sebenar. terbuka minda aku pasal masalah bendera malaysia ni. dulu tentera islam sanggup pertahankan bendera masa berperang sampai kudung tangan..tapi untuk berkudung tangan demi bendera malaysia ni..sorry to say memang tak sanggup!

apa kata admin blog ni buat entri pasal bendera pada zaman rasulullah? mungkin pembaca yang lain boleh ambil iktibar.

LadyBird said...

br th psl sjrh bendera ni.. trm ksh ats mklumt tersebut.

Marhaen Kacak said...

bro soutul mujahid..

sori off topic...aku rasa tertarik nak berjumpa dengan bro satu hari..leh tukar2 pendapat...

anyway..gud post dari segi satu sudut... pandangan masing2 mmg berbeza... walaupun aku tak suka dengan unsur2 patriotisme mcm bendera, negaraku n lain2 sama macam ko, tapi bg aku isu bendera ini tiada masalah, cuma terapkan dalam hati kita bahawa islam itu mendahului segalanya, dan jangan berdiam diri dan selesa dengan sistem sekarang ini....

keep up writing bro!

Anonymous said...

benci betul dgn orang yg menggunakan islam utk kepentingan diri. menuduh dan mengutuk orang lain sesuka hati.memalukan orang sesuka hati.konon2 hanya dia yg islam sejati. bertaubat lah. dan minta maaflah dgn artis2 yg kau persendakan. sebab kalu aku ditempat mereka aku tak akan maafkan kau. mahkamah Allah maha adil. jumpa disana nanti, wasallam....

nurul_asrul123 said...

kebenaran yang menakukan.takut keselesaan,keamanan,keselamatan yang dikecapi kini direntap. maka ramai yang cuba menafikan sedangkan mereka sedar akan kebenaran.bila keimanan dan keyakinan pada Allah makin kurang,biarpun mengaku diri islam.

Anonymous said...

dah tak de benda lain ke nk dijadikan isu..
bile dh xde negara baru menyesal.

SoutulMujahid said...

@yahudi freemason

apsal tiba2 freemason plak ni? ko habis baca ke x ni? x pasal2 freemason

habis, negara islam madinah dulu, xde org kafir ke? bahkan lebih byk lagi drpd bangsa kat malaysia. yahudi (dgn berbilang2 suku), arab, parsi, majusi. so? nabi saw pentingkan diri sendiri?

yahudi dapat anugerah nobel? ibnu sina, al-khwarizmi, al-farabi, jabir hayyan, x dapat pun? mereka tu lebih agung drpd penerima anugerah nobel. yg bangga sgt dgn org kapiaq ni apsal?

hanya orang jahil je yg anggap isu ni adalah isu bangang. berbalik kpd AQ dan AS. itu saja

SoutulMujahid said...

@ZeBentPenzel

itu cuma lambang yg dipropagandakan. xde makna apa2 di sisi Allah krn jalur gemilang dicipta oleh akal manusia

SoutulMujahid said...

@Dorky Guy

buat apa nak mintak kelulusan mereka sedangkan ALlah SWT dah tunjukkan jalan? nak redha org kafir atau redha Allah ni?

saya belajar sejarah, tp x tertipu macam saudara :)

SoutulMujahid said...

@Anonymous 3

bersyukurlah krn hidup dlm keamanan Islam, bukan dalam naungan pemerintahan kufur. x perlu nak blah dari malaysia. nabi saw pun pernah berada dlm negara kufur sebelum tertegaknya negara islam madinah. belajar sirah x? :)

SoutulMujahid said...

@pelayarilmu

menghargai kemerdekaan drpd Allah atau kemerdekaan drpd penjajah kufur?

SoutulMujahid said...

Anonymous 4
baru sekarang nak pertikai sebab saya belum lahir lagi 54 tahun leoas

Anonymous 5
memang x sayang negara kufur. tp sgt rindukan Daulah Khilafah

Anonymous 7
ohh.. nasib baik kamu bukan artis ya? kita jumpa di sana ye... tgk macam mana ALlah adili golongan penjilat penjajah ni

Anonymous 8
xda negara? x mungkin berlaku. kerana janji nabi saw, akan kembali Daulah Khilafah mengikut jalan kenabian

Muhammad Fairul Idzwan B. Ramli said...

Al-Liwa dan Ar-Rayah bendera sebenar umat Islam! Umat Islam hanya perlu Syariah Islamiyyah ciptaan Allah SWT! Umat Islam perlukan Khalifah sebagai pembela umat dan menjaga kesucian Islam! Hanya Khilafah, daulah yg aku rindui!

afiqhuri91 said...
This comment has been removed by the author.
pelayarilmu said...

hmm kenapa kata sy sokong sistem penjajah? fiqh aulawiyat daripada "sesuatu yang wajib itu berlaku sebelum perkara yang lain berlaku" adalah perlu difikirkan sedara.... cer awak fikir klu x merdeka mcm mana malaysia skrg? still bwh british... still bwh kafir laknatullah itu lg dahsyt,,,, skrg ni dah merdeka apreciate dan time pru nnt undilah parti yang kebarkan bendera islam.... awak tuduh sy sokong penjajah sama macam awak samakan sy dgn kufar..... ? layakke awak? mcm skrg pas nak bawa islam, dia tulis ke perkataan Allah dan rasul di bendera? sheikh ilmu tggi tp jgn main serkap jarang....kita bincg baik2.... ckp baik2.... nabi berdakwah dgn "bil hal"... dgn hikmah syeikh....klu x sokong pun at least use a good word.... ni ym sy afiqhuri91@yahoo.com.my..... sy anjurkan kita berbincg cara baik... trpulg pda sedare

SoutulMujahid said...

saudara, kes saudara ni kes x ambil nabi saw sebagai rujukan. nabi saw pernah berada dalam negara kufur x? pernah x nabi saw mintak kemerdekaan drpd mereka? tlg jawab soalan ni.

perlu PRU? macam kelakar je. nak tegakkan islam, kena ada pilihanraya. kalau mcm tu, nak solat pon kena undi. LOL

saya x pernah samakan saudara dgn kufar. tp hujah saudara menyokong kemerdekaan drpd kufar.

afiqhuri91 said...

nabi berdakwah scara tersusun asalnya melalui sir dan haza.... itu waqi' kita skrg..... habis tu awak nak jatuhkan pimpinan negara mcm saddam hussein dan akhirnya semua rakyat menderita.... we must change strategy..... step by step... klu nak terus balik buat bumbung tanpa dinding yang kukuh runtuhlah jawabnya...... pasal sokong kufar tu? awak faham x apa maksud sokong? berdiri dibawah ideologi org yg disokong....

SoutulMujahid said...

strategy yg nabi saw dah tunjukkan, bukan strategy yg diatur oleh org kafir. contohnya, ikut jalan demokrasi. sedangkan, jalan nabi saw sudah ditunjukkan

kononnya nak ikut waqi'. seolah-olah islam itu perlu ikut waqi', bukan waqi' ikut islam. rendahnya nilai islam itu sekiranya islam perlu ikut waqi'.

kalau benar islam perlu ikut waqi', dah lama nabi saw terima tawaran kaum kafir quraisy utk tinggalkan dakwah utk dapat harta, takhta, dan wanita. wallahu a'lam

pelayarilmu said...

sy x jatuhkan taraf islam sampai mcm tu sheikh... dalam perjanjian hudaibiyah misalannya.... nabi melebihkan kuffar kerana ada strategi tersendiri.... kita x segenius rasulullah... tp klu sekrang u angkat snjata rasa2 islam boleh brada di atas x dgn kekuatan skrg sdgkan mslh umat masih belum selesai? rasulullah kuatkan aqidah dulu,,,klu sy kata pru u kata sy ikut pnjajah yg pntgkan demokrasi plak.... trpulang pda anda, anda org yg hebat tggi ilmu....tp manner masih kurg.... sy doakan awk brjaya dlm usaha awak dalm uslub dakwah awk.... i have my own style and i sware i know my end of life is mardhotillah...... nauzubillahiminzalik, maafkan sy trkasar bhsa..... klu awk trkasar bhsa dgn sy.... insyaAllah wlupun sy terkecil hati sy berdoa agar sy juga ditenangkan

Anonymous said...

i like pelayarilmu comment.

'Aqil Mirza Anakku said...

haishhh... kita ni dalam perjuangan menuju jala yang sama... cari lah titik pertemuan.. jangan besarkan perbezaan... siapa yg tak rindukan kekhilafahan... at least pengomen2 di sini faham benar konsep khilafah itu..

its a matter of metodologi... sama juga islam disebarkan di nusantara melalui jalan sufi/tasawuf dan berbeza sedikit dengan penyebaran islam di zaman rasullullah dan khulafa' ar-rasyidin... islam disebarkan di sini menggunakan sastera dan seni... semua metodologi baru dan kekreatifan para ulama' silam dalam menyebarkan syiar islam dan dengan izin Allah kita islam pada hari ini..

c'mon pendamba2 sistem khilafah... walaupun apapun pun metodologi kita, arah kita tetap sama. jangan mengkondem dan saling menkondem uslub dakwah masing2... setiap dari kita yg berkesedaran tentang syumul nya sistem ada peranan masing2...wallahualam

Anonymous said...

hmm,patutnye kite bersyukur and yg mana tak betul boleh bincang baik2, pk macam mana nk improve..ini tak terus boikot/bangkang...

"perlu PRU? macam kelakar je. nak tegakkan islam, kena ada pilihanraya. kalau mcm tu, nak solat pon kena undi. LOL"

apasal statement ni boleh kuar plak?bukan ke solat dh wajib ke atas org islam..

Anonymous said...

stupid idology .

SoutulMujahid said...

memang solat wajib. makudnya, nak tegakkan islam, kena ada undi. tegakkan islam itu kan syariat yg wajib? sama juga spt solat. solat itu syariat yg wajib. adakah perlu mengundi utk menunaikan kewajipan solat?

Anonymous said...

Cian dgn penulis ni... sgt2 miskin dgn ilmu... bajek je lebih... dh lebih keji drpd sampah msyarakat je.....

afiqhuri91 said...
This comment has been removed by the author.
pelayarilmu said...

saya berpesan disini agar sahabat2 semua berbincg mggunakan perkataan dan analogi yg baik... kiti di sini sesama muslim, syura adalah digalakkan utk kefahaman.... andai kata bertegang urat sukarla utk menerima kefahaman, beristighfar ikhlaskan niat komen kerana kita ini hamba Allah...

afiqhuri91 said...

buka minda.... jgn sempitkan perkara kepada sesuatu... post ini baik sebemarnya cuma cara penyampaian yg agak harsh dan keterlaluan..... sbgi cdgn.. "bendera rasulullah itu yg terbaik"...."bendera rasulullah adalh teragung" dan seangkatan dengannya..... sy akui penulis blog ini bebas menulis apa shja... tp ingat ilmu itu sampai dgn kefahaman.... dan kefahaman x kan sampai dengan kekasaran.... islam itu syumul, jgn sempitkan, waqi' malaysia adalah demokrasi... berjuang dalam demokrasi... demokrasi menulis blog, demokrasi kepimpinan.... asalkan politik rasulullah tetap ke hadapan.... mcm sy kata PRU dah dekat... pilihla pemimpin yg dapat tegakkan khilafah.... sy x kata parti mana.... fikir2kan sendiri

afiqhuri91 said...

asalamualaikum, ini adalah komen terakhir bg sy buat post ini.... alhamdulillah bnyk input yg dpt dari post ini,.... mgkn ada yg salah faham akan komen sy dia atas "afiqhuri91" pasal demokrasi... like i say sekarang kita dalam negara demokrasi.... kita x boleh angkat senjata sahaja kalau tidak negara akan hancur seperti iraq dan afghanistan.... ambillah peluang ini mewujudkan politik rasulullah di atas ruang demokrasi... (sy x kata demokrasi rasulullah)... maka selepas pemimpin yg mengetuai negara itu adalah pemimpin yang faham islam barulah akan wujud tapak yang kukuh bg kita mempertahankan umat islam secara kukuh... sy berkata bukan cakap kosong... lihat sendiri apabila rasulullah sudah ada kerajaan islam sendiri di madinah dan mempunyai rakyat yg setia... barulah islam dapat berkembang dengan haknya.... maka sekarang kita perlu memilih pemimpin yang faham islam pada PRU akan datang.... mgkn ada salah faham lg dengan menyatakan kita x perlu berlemah lembut dengan mereka.. tidak... lihatlah sirah nabi kembali bagaimana nabi approach umat islam zaman dahulu.... insyaAllah kita akan melihat kembali panji rasulullah tertegak.... sy juga mendambakan khilafah islamiyah... namun ketahuilah... bermula pembinaan individu kepada baitulmuslim sehingga khilafah perlu ada pemikiran yang terbuka.... insyaAllah kita semua mendambakan syahid.... sy bgga dgn shoutul mujahid dgn ilmunya.... wallahualam, sy minta maaf atas segala silap bicara tambahan pula ilmu sy yg seperti habuk di permukaan bumi setitis air di lautan, maaf zahir batin...."sesungguhnya aku diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak" hadis nabi......................

Anonymous said...

die nie bukan apa niehhh. bila xsyg negara macam nie la. xyhla suma orang nk komen yg hardcore2. ak setuju ngn pndpat ko. cumer adab ko dalam menulis jek ak xberapa setuju. xda adab pada negara. jgn la kata xlayak... alahai.. bila manusia nieh terlalu hebad ilmu die. tp adab xder... xder guner bro.. saya rasa ilmu sedara nie mmg hebad laaa. cuma. xda adab. sori to say.. nasihat jerk.. =)
n tq sharing dis ok..=)

farzlee said...

bro soutul mujahid...entry anda dapat tamparan hebat la...hee..kebanyakan pengomen guna hujah akal utk mengatakan kemerdekaan ni kemerdekaan yg benar@betul@sah n sewaktu dengannya...apa pn saya setuju dgn anda n teruskan menulis bg mencerahkan pemikiran penjilat2 sistem kufur ni...:)

farzlee said...

yg guna anonymous plak mmg dasar pengecut...kurang2 letak la nama...nama samaran pn x pa...supaya senang nk soutul mujahid nk jawab komen anda semua SI ANONYMOUS...pengecutkah SI ANONYMOUS...?

SoutulMujahid said...

panel hadis al-Fikrah.net kata artikel ni adalah artikel sampah. macam buat lawak je buat kenyataan yg berpaksikan kejahilan

sebab buat kenyataan tanpa disokong oleh hujah2 berserta dalil. kalau bijak sangat panel hadis al-fikrah.net, sila berikan hujah anda.

x sangka al-fikrah.net ada seorang panel hadis yg jahil

afqh said...

salam saudara
agak lambat beri respons
tapi maaf saya katakan bahawa post saudara kurang penjelasan
saya sebagai orang yang baru baca juga tak faham mengapa jalur gemilang boleh jadi isu

saya cakap berdasarkan pemahaman saya (kalau saya salah tolong jelaskan)
1) pengesahan jalur gemilang oleh penjajah sendiri --- saya tanya saudara, IC saudara disahkan oleh siapa? Jabatan pendaftaran yang ditubuhkan oleh manusia. Sedangkan Allah yang jadikan kita dari rahim ibu. Kenapa kena buat IC pulak? ; Jawapan - Sebab kita manusia berhukum pada yang bertulis.

2)Semangat assobiyah yang saudara utarakan sebab bendera --- Saya pasti saudara juga bersekolah dahulu. Ada lencana kan? Adakah lencana tu utk wujudkan pergaduhan dengan sekolah lain sedangkan kita duduk di negara yang sama? Atau sekadar identiti? ; Jawapan - Bendera tu dicipta sebagai medium identiti negara. Bukan untuk bertekak dengan negara lain macam Indonesia dalam contoh saudara.

3)Maaf sekiranya berkasar. Cara saudara menulis ayat lebih banyak membangkitkan perbalahan berbanding anjakan pemikiran dari kalangan pembaca. Seperti ayat majlis menjijikan dan lain2. Adakah tujuan saudara utk mempecahbelahkan dan wujudkan salah faham serta pergaduhan lebih utama dari memberi ilmu. Harusnya guna lah ayat dan pendekatan yang sesuai. ; Nabi juga ajar kita berdakwah dengan berhemah.

Sekadar nukilan hati dari orang yang kurang mengetahui. Harap beri penjelasan. Terima kasih memberi peluang utk catatkan komen. Salam.

fani cun said...

banyak lagik isu boleh dibangkitkan... tak sedar ker melalui penulisan anda ni dah boleh memecahbelahkan umat islam.. rasanya lagi banyak dosa yang anda dah buat ni.. benda kecil macam ni tak perlu nak diperbesarkan yer.. lagipu semuanya dah jadi sejarah.. orang ramai hormat bendera bukannya memuja bendera..

SoutulMujahid said...

kalau nak bincang persoalan 'byk lagi isu boleh dibangkitkan', sila baca post2 lain. post2 blog ni byk ttg fikrah yg org x sentuh

hakikatnya saudari sendiri belum faham ttg pecah-belahkan umat islam. saya mintak saudari kaji dulu siapa pecah-belahkan umat islam, dan yg mana 1 negara islam yg sebenarnya

insidewinme said...

Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kita perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...