Pages

02 July 2011

Peristiwa 28 Rejab yang Disorokkan


Seperti yang kita sedia maklum, peristiwa 27 Rejab menukilkan suatu sejarah yang amat penting bagi dunia Islam, yakni peristiwa Israk Mi'raj. Walaupun sudah beberapa hari, malah beberapa minggu selepas 27 Rejab, peristiwa ini masih dicerita dan diceramahkan di rumah-rumah Allah. Tidak kurang juga para khatib berkhutbah tentang perkara ini.

Tapi, adakah kita tahu tentang perkara yang berlaku sehari selepas 27 Rejab? 28 Rejab juga merupakan suatu peristiwa yang teramat penting, tetapi adakah kita tahu peristiwa apakah itu? Peristiwa ini terus disorokkan, agar umat Islam melupakannya dan tidak bangkit-bangkit.

Pada 28 Rejab 1342H, satu-satunya institusi politik Islam, yakni Negara Khilafah secara rasminya dijatuhkan oleh Mustafa Kemal Atarturk Laknatullah. Inilah bayaran yang diberikan kepada pihak British supaya beliau menjadi presiden Turki yang pertama dan digelar Bapa Pemodenan Turki.

Sejak peristiwa ini, kita sebagai umat Islam telah kehilangan sebuah perisai yang selama ini melindungi kita selama ini. Umat Islam disembelih, dibunuh, dirogol, dan dibuli oleh musuh-musuh Islam tanpa pembelaan. Sistem-sistem yang diturunkan oleh Allah SWT seperti sistem ekonomi, sistem pendidikan, sistem pergaulan, sistem pemerintahan, dan lain-lain dimansuhkan dan digantikan dengan sistem demokrasi yang datang daripada aqidah kufur.

"Sesungguhnya seorang Imam (Khalifah) adalah laksana perisai, di mana orang-orang akan berperang di belakangnya dan menjadikannya sebagai pelindung (bagi dirinya)" [HR Muslim]

Umat Islam juga diselubungi arus sekularisme sejak kejatuhan Khilafah, di mana umat Islam sangat benci akan politik dan menganggap politik itu adalah mainan kotor. Lalu, sebilangan besar umat Islam hanya menganggap Islam hanya mengatur kehidupan dari segi ibadah seperti solat, puasa, berzakat, berzikir, dan lain-lainnya yang bersifat kerohanian sahaja.

Penolakan umat Islam dari segi politik dilihat sebagai suatu perkara yang membunuh pemikiran. Umat Islam mundur dari segala segi kemajuan, sama ada kemajuan teknologi mahupun ekonomi sejak Islam tidak menjadi kuasa besar politik dunia 1300 tahun lampau. Kemunduran umat Islam jelas terpampang pada hari ini. Apple, dibangun oleh siapa? Samsung, dibangun oleh siapa? Intel, dibangun oleh siapa? Walhal, ilmu-ilmu sains, teknologi, geografi, sejarah, dan pelbagi jenis ilmu telah dicarigali oleh ilmuwan-ilmuwan yang beriman seperti Ibnu Sina, Jabir Hayyan, al-Idrisi, al-Khwarizmi, al-Jahiz, al-Farabi. Tetapi, apakah realiti umat Islam hari ini? Umat Islam hari ini sangat mundur dan hanya berdakwah untuk mengimarahkan masjid sahaja!

Islam tidak pernah mundur, tetapi umatnya sahaja yang mundur sejak Islam tidak menjadi kuasa besar politik dunia, sejak Khilafah dijatuhkan secara rasmi pada 28 Rejab 1342H. Dan perkara ini terus disorokkan. Dan apabila diberitahu, ramai pula umat Islam yang menolak dengan alasan bahawa penegakan Khilafah setelah kejatuhannya adalah utopia semata-mata. Walhal, ia adalah janji Nabi SAW yang bermaksud:

"...Kemudian, akan kembali Khilafah di atas jalan kenabian..." [HR Ahmad]

Ada juga yang terus menolak dan hanya menfokuskan pengimarahan masjid sahaja dan terus menganggap politik itu kotor oleh kerana melihat warna politik UMNO dan PAS yang asyi bertelagah, tanpa melihat kepada politik Nabi SAW dan para sahabat.

Anda telah tahu peristiwa 28 Rejab. Adakah anda mahu berdiam diri ataupun menyebarkan perkhabaran ini? Anda mahu menyorok kebenaran atau penyebar kebenaran? Ada peringatan dan khabar gembira daripada Allah SWT dan Nabi SAW:

"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Al Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati (pula) oleh semua (mahluk) yang dapat melaknati" [TMQ al-Baqarah(2):159]

"Barangsiapa yang ditanya mengenai suatu ilmu, lalu dia menyembunyikannya, maka dia akan dikekang pada hari kiamat dengan api". [HR Ibnu Majah dan al-Hakim]

"Tetapi Rasul dan orang-orang yang beriman bersama dia, mereka berjihad dengan harta dan diri mereka. Dan mereka itulah orang-orang yang memperoleh kebaikan, dan mereka itulah orang-orang yang beruntung". [TMQ at-Taubah(9):88]



Jom usyar blog ni. Banyak info tentang isu umat Islam:
Ar Rayah World News
Comments
25 Comments

25 comments:

Liyana Zahim said...

Mcmne org islam nk menguasi international politics sdgkan ngara islam tu sndri pro amerika.. Cth Iran.. Ahamdinejad tu pro amerika dlm senyap yg mnindas hak2 civilian di ngre dia.. Kononnye mperjuangkan islam, berani bsuara mkritik tndakan israel pda palestine.. Sbb tu bley suke suki bckp tnpa serangan fizikal dri israel.. Cam UAE.. Pun under american umbrella sbb nk dpt plndungan internal security dri ngre2 islam yg bmusuh dgn die cam saudia arabia, iran dan sbgainye.. Administration is controled by western.. Libya, egypt pon same.. Pemerintah skrg nk kuase bkn utk kemakmuran rkyt tp utk pntgn realistic semata2.. Pakistan pon haprak! Haaa.. Sume ngre islam yg besar2 tak buleh pkai..

SYARIFF HAIKAL said...

nice entry bro

SoutulMujahid said...

liyana zahim, suatu analisis yg sgt tepat dan baik. alhamdulillah ada di kalangan kita sudah membuka mata dlm hal ni. kita x perlu mengharap pd pemimpin2 umat islam yg bobrok ini

kita kena struggle utk mendirikan semula Daulah Khilafah!

Liyana Zahim said...

Manusia tlalu degil.. Even tuhan da tnjuk bnyk kebesaran dia cam tragedi tsunami yg mne hanya msjd yg kukuh berdiri sdgkan ade bgunan yg lbh kukuh dri tu.. Kematian kamal atarturk yg hina dan pnuh laknat dri-NYA.. Tp stil xde taubat nasuha.. Yg kafir apatah lg.. Syumul islam tdk dilihat slgi hati tidak dipilih utk mperoleh hidayah.. Semoga kte dilindunginya walo iman msh senipis kulit bawang~

Yas Sara said...

salam ziarah... nice en3 n hope to read more... keep writing :)

fuad ansari said...

sungguh berat amanah yg diberikan kepada seorang pemimpin.. mungkin menjadi pemimpin menjadi kebanggaan di dunia, tetapi hati2 kerana ia juga boleh menjadi kehinaan di akhirat.

Elie Lily said...

rasanya sekarang pun ada umat islam yg menjatuhkan islam sendiri.. tgk sja apa yg terjadi antara islam sesama islam hari ini..astagha..

apa2 pun,masing2 muhasabah diri.. :)

Jangan Kalot said...
This comment has been removed by the author.
Jangan Kalot said...

Ada tak gmbr kubur kamal attartuk?

SoutulMujahid said...

ada... byk koleksi dlm blog ni. hehehe


Kenali Tokoh-tokoh Pengkhianat Muslim


Pengkhianatan Mustafa Kemal Atarturk Laknatullah Terhadap Dunia Islam


3 Mac: Tarikh Duka Umat Islam


28 Rejab 1342H : Lenyaplah Empayar yang Memayungi 3/4 Dunia


Dialog YM dengan Lelaki Turki Sekular

APAN said...

bro...aku samar2 lagi ni pasal info 28 rejab tu...sikit je pasal tu...papepun, tq la share mende ni...

SoutulMujahid said...

kesian. huhu.. xpe.. nnt aku tulis spesifik pasal KHILAFAH

APAN said...

aku da humpe sikit2 mende yg ko selalu sebut tu...

betol la link ni kan?
http://www.mykhilafah.com/

tpi gitu ar...x berapa rajin nak baca ma...

SoutulMujahid said...

betol r tu. tp tu r.. kena r rajin2kan diri. kalau x, bila lagi umat islam nak bangkit?

Noor Faezah Mazli said...

Blog ang penuh dengan info. MashaAllah.. :)

HazHand said...

yeih!!! thanks for the info!!! tyvm!

niena shopping2u said...

ouh..thanks... :D rmai yg tatau, sy ada trbaca jga psl ni tpi xbrp lengkap

amir aizat said...

great! tq sharing,

epics said...

nice info. semoga orang politik di negara kita berbaik2 dan bekerjasama menentang musuh Islam. insyaAllah...

Esempoi said...

saya baru tahu ni
tq atas info

Sharinginfoz said...

thanks 4 sharing

shidah2020 said...

mnjd pembaca setia sgt2 bagus . . apa2pn , bnyk lagi info yg umat Islam blm tau pasal keruntuhan Daulah Khilafah ni . . jom pi baca :

SN:Bagaimana Khilafah dihancurkan

HAFIZAL said...

org islam asik berperang sesama sendiri....macam ner islam nak terus berkembang

Anonymous said...

Terima kasih atas maklumat 28 rejab.Ianya menambah maklumat ana.

Ana syorkan penulis membaca buku bertajuk 'Penderitaan Ummat' karangan Maulana Zakaria Rah.A.Ianya sedikit sebanyak membuka minda dan pandangan ante berhubung isu kelemahan dan punca umaat islam lemah dan cara mengISLAH umat ini.
Agar tidak memperlekeh apa2 usaha badan atau individu utk mengajak umat kepada kegemilanga Islam(walauapa cara pun ctnhya ajak memakmur masjid). PANDANGLAH SETIAP INDIVIDU ISLAM DGN RASA KASIH SAYANG.

Anonymous said...

Maaf En Hafizal.
Ana tujukan kepada penulis blog dan semua pelawat blog ini.

tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...