22 July 2011
Muslihat Puak-puak MLM [Bhg. 1]
MLM? Siapa tak tahu apa itu MLM? Multi Level Marketing. Hukum sertai MLM adalah haram. Kali ni, aku nak cerita sikit tentang muslihat dan penipuan yang digunakan oleh puak-puak MLM ni. Lebih molek lagi, kita tukar jadi 'Menipu Larut Malam'. Moga-moga kita tak diperdaya. Aku dah kena tipu dengan diorang ni beberapa kali. Apa yang aku tulis ni, adalah pengalaman aku sendiri. Kalau korang ada pengalaman, boleh tambah kat ruangan komen ye.
1. Kalau korang tanya perniagaan apa yang dia buat sekarang, dia akan bermati-matian merahsiakan perniagaan tu. Kalau orang buat perniagaan, buat apa nak sorok-sorok? Sepatutnya perniagaan tu dihebahkan lagi untuk mendapat publisiti. Tapi tidak bagi mereka. Mereka hanya akan cerita kalau ada fail-fail dan katalog-katalog mereka yang diterangkan oleh otai puak Menipu Larut Malam.
2. Guna kereta yang besar-besar, kononnya dah berjaya dalam 'perniagaan' mereka. Tapi entah kereta sapa diorang guna. Kereta bapak dia kot. Tak pun kereta tokey Menipu Larut Malam. Saja pakai kereta besar untuk buat wayang.
3. Kawan korang ni memang jenis tak contact korang. Tiba-tiba suatu hari, beliau SMS atau tepon korang nak ajak lepak kedai mamak. Bila ditanya, diorang akan jawab, "Ala... Saja nak jumpe ko... Lama tak jumpe ko". Tapi bila dah sampai kedai mamak, segala macam fail diorang bawak keluar. Tunjuk fail bagai yang kononnya menunjukkan kejayaan mereka dalam bidang Menipu Larut Malam.
4. Ada jugak, diorang kata diorang buat bisnes bukan MLM. Bermati-matian menafikan mereka tak terlibat dalam MLM. Bila jumpa, memang sah kutu MLM. Ni memang buat aku terbakar. Aku fikir kawan aku je masa tu...
5. Mereka akan libatkan golongan agama untuk menjustifikasi tindakan mereka. Contohnya, mereka akan kata mereka ada panel syariah. Walhal, memang senang-senang boleh bayar ustaz dunia ni. Satu lagi, mereka akan kata haji itu, haji ini ada sertai 'perniagaan' mereka.
6. Gunakan ayat-ayat manis untuk pancing korang, lebih-lebih lagi supaya korang cepat mendapat orang bawah atau 'downline'. Sebab, kalau korang yang cari, orang atas jugak yang dapat habuan.
7. Kerja hanya 2 jam satu hari. Ayat ni biasa dah. Kalau bukan MLM, memang saja je. MLM je kot kerja 2 jam sehari.
8. Kononnya mereka ni jual barang. Pada hal, jual barang tu cuma sampingan je untuk kaburkan mata orang. Harga barang pon mahal giler-giler. Contohnya, ubat gigi sampai RM12. Kopi sampai RM60, dan macam-macam lagi barang yang mahal nak mampos dan tak masuk akal.
9. Bagi pakej umrah kat ahli. Nampak islamik sikit.
10. Sanggup menipu korang supaya korang pergi ke majlis 'talk' diorang. Aku pernah kena tipu, kononnya ada majlis student UTM, untuk bantu budak-budak lepasan SPM. Tengok-tengok, talk Menipu Larut Malam rupanya.
11. Kalau jumpa mangsa, akan bawak duit tebal-tebal untuk buat 'serangan psikologi'. Entah mana diorang ambik duit tu. Entah-entah duit cetak rompak.
Bersambung...
37 Orang Cari Pasal:
- dreamygirl said...
-
hmm..xsemua mlm macam tu.. -)
-
22 July 2011 22:56
- SoutulMujahid said...
-
MLM haram. kena paham tu. huhu~
-
22 July 2011 23:01
- Raja Bukit said...
-
Haram tetap HARAM...
Mohon kongsi link dari blog saya..
http://malayn3um.blogspot.com/2011/02/mlm-tu-haram.html -
22 July 2011 23:17
- Cik Meyo said...
-
oooooooooooooooooooo.
-
22 July 2011 23:38
- SoutulMujahid said...
-
oooooo je???
-
22 July 2011 23:51
- dreamygirl said...
-
mne ad haram..skim piramid tu haramla..kalo haram,watpe orang join..orang Islam..betapa banyaknye produk,syarikat Islam tu..jangankan sebab kegagalan kita sekali menyalahkan semua..-)
-
23 July 2011 00:28
- EzPayment2U said...
-
Apa yg saya tak suka pasal MLM ni ialah ia terlalu materialistik dan biasanya hanya cerita bab duit... duit... duit...
Mereka bercerita seolah-olah macam dlm dunia ni duit adalah segala-galanya dan dlm dunia ni ukuran kebahagiaasan ialah kereta dan rumah besar dan kita tak digalakkan utk berfikiran sederhana dan tidal patut redho di atas qada dan qadar Allah...
Untuk menjadi berjaya dlm MLM harus menjadi org lain dan ikut contoh2 org yg telah berjaya dari segi dunia walau pun akhiratnya tonggang terbalik...
Dlm MLM juga kita diajar supaya jgn terima kebaikan produk / bisnes / syarikat / org lain... Kalau boleh tutup minda kepada kelemahan dan keburukan kepunyaan sendiri...
Dlm MLM juga diajar supaya selalu ingat bahawa kejayaan dtg daripada diri sendiri sedangkan yg tentukan kejayaan ialah Allah S.W.T.
Wahai org2 MLM! Ingatlah TIADA satu apa pun dlm dunia ni milik kita. Semua adalah milik Allah... Kita adalah sekadar hamba / kuli / balaci Allah utk uruskan hak2 Allah... -
23 July 2011 00:30
- SoutulMujahid said...
-
@dreamy girl:
mungkin saudari hanya dengar hujah2 golongan ustaz yg dibayar utk menghalalkan MLM ni
pd hal, ada hadis ttg isu ni. nabi saw sebut pasal orang tengah dalam perniagaan. dlm MLM, xde org tgh, tp kita dapat untung. di situ timbul keraguan. harap saudari mendalami lagi ttg isu ni
kita bukan melihat pd PRODUK, tp kita lihat pd HUKUM. ramai umat islam berzina. xkan kita nak kata zina tu halal? :) -
23 July 2011 00:39
- dreamygirl said...
-
ye..tapi kalo dah haram,kenapa golongan berugama pun ad yang join..terlalu banyak syarikat mlm kat malaysia ni..ratusan kot..ntah2 lebih2 lagi..sudh haram,kenapa malaysia xban kan je orang Islam dari berniaga MLM..(contoh zina tu terlalu jelasla haramya-umat Islam memang ada yang berzina,tapi umat Islam yang beriman xkan berxina)
-
23 July 2011 00:52
- Nani said...
-
saya pun kurang setuju... tak semua MLM menipu. Masi ada MLM yang telus. Kadang bukan company yang tak baik tapi ahli yang tak baik sbb nak kejar pangkat dan income sanggup menipu dan macam2 padahal syarikat ada etika yg telus...
sepatutnya kalau haram, jangan diluluskan permohonan utk company macam ni. Macam kalau org nak buka pusat seks memang tak boleh sebab HARAM so kalau betul fatwa tu jabatan agama Islam Malaysia harus ambil tindakan cepat!
Klau owner bukan Islam mungkin ada kelonggaran mcm nak buka disko tapi bnyk juga syarikat MLM yg diasaskan oleh org Islam. -
23 July 2011 04:55
-
Anonymous said...
-
minx pendapat kalu bg mlm spt skor A,HPA dan stromreader adakah ianya masih haram.. sbb sewaktu saya pergi sesi pengenalan salah satu produk 2 mereka kata.. produk2 ni patuh syariah.. dari segi mlm nya...
-
23 July 2011 07:32
- tokwan muda said...
-
saya pernah tengok skor A, dan stormreaders,ramai kate di usahakan mengikut syariah, tapi kalau untuk lebih penjelasan tuan blog boleh tengok dan siasat sendiri stromreaders dan skor A ni...saya dah pergi skor A, produk diorang berdasarkan produk pendidikan,tapi saya tidak pandai menilai bagaimana ia patuh syariah jadi jalan selamat saya tidak join terus tapi pihak tuan blog boleh tengok2 skor A ni macam mana......
-
23 July 2011 18:06
- amen said...
-
mcm mana ye tentang menjana duit dalam fb.. Ada sapa2 yg boleh jelaskan.. Adakah ia juga kategori MLM.
-
23 July 2011 18:37
- amen said...
-
mcm mana ye tentang menjana duit dalam fb.. Ada sapa2 yg boleh jelaskan.. Adakah ia juga kategori MLM.
-
23 July 2011 18:38
- SoutulMujahid said...
-
emm.. kesian aku baca hujah2 mereka yg menangkan MLM ni. ada yg gunakan justifikasi ustaz dah golongan agama. mereka bukan sumber hukum, dan boleh saja melakukan kesilapan. kita merujuk kpd Al-Quran dan as-Sunnah, bukan merujuk kpd ustaz
memang ada hadis tentang keharaman MLM, tp nabi saw x sebut 'Multi Level Marketing'. Sama juga, Allah x sebut Carlsberg tu haram, tp ALlah haramkan KHAMAR (arak)
cthnya, nabi saw melarang konsep 'shafqatayn fi shafqah wahidah', yakni 'dua akad dalam satu akad'. CONTOH: mesti mendapatkan 2 org downline supaya kita dapat komisyen
dan MLM juga, ada unsur2 gharar (tidak jelas). di mana, orang bawah yg dapat downline, tiba2 org atas dapat komisyen. di sini, secara jelas, orang tengah dalam urusan mencari downline tu xde, tp tiba2 org atas dapat komisyen
kesimpulan, jgn kita pandang ustaz2 atau tuan haji join benda ni. kena jadikan hukum syarak sbg panduan. wallahu a'lam -
23 July 2011 18:51
- Liyana Zahim said...
-
Ade ustaz kne bayo ek? Haram punye ustaz.. Aku tatau MLM ni tp lau org ajk2 bisnes natang hape katalog2 ni aku bolayan.. Mmg tak mnt pon nk niaga2.. Aku salu pk lau betolla sume ahli die tu kai kete beso2, mudah2 p aji.. Da lme kuat lam sotkabo.. Ni xde pon! Cettt! Org mlysia mmg kuat nipu!
-
23 July 2011 19:29
- nuriz said...
-
MLM macam gelang mcm yang kata ubat ubat penyembuh penyakit tu memang tak percaya le, saya pun tak berapa suka le MLM ni..harap maap le pd org yg suka MLM hehe
-
23 July 2011 21:32
- SoutulMujahid said...
-
ade maa ustaz yg dibayar. macam kat bank jugak. bayar ustaz utk halalkan perkara2 haram dalam bank.
-
23 July 2011 21:51
- HAZWAN17 said...
-
dulu selalu jugak join MLM yang murah-murah tapi sekarang dah malas la..bukan senang tu nak cari-cari orang
-
24 July 2011 08:54
- KiD said...
-
ustaz itu pun manusia.tak lari drpd nafsu.zaman sekarang ni takda yg mustahil sebab kita dah mendekati kiamat.Jangan percaya sangat kalau yang kata MLM ni betul.Ramai yang dipergunakan untuk menipu.
-
24 July 2011 17:20
- Tinta.Muallimah said...
-
Aslkm. Lama tak ngomen...ana menyampah betoi MLM. Sistem penindasan org bawahan yang kerja bagai nak mati....upliners pulak goyang kaki.x pernah involve pun sebab rasa semacam sistem yahudi jer....jual nasi lemak ana lebih rela....
-
24 July 2011 20:18
- nurain.samsudin said...
-
mcm2 skrg ni kan. skim cpt kaye to semua. lgsg tak prcyee
-
24 July 2011 20:54
- hamzah ian said...
-
mlm ni bab tahu.. hahaha
-
24 July 2011 21:39
-
Anonymous said...
-
cube try blog nie aididmuaddib.blogspot.com
-
24 July 2011 22:59
- APAN said...
-
x sangka lak aku ko de pengalaman gini bro...bnyak lak tu.haha...
aku pun hampir terjerumus ngan mende gini.nasib baik aku x turun padang je lpas membe aku mesej tu.cam ko tulis tu la.tiba2 lpas aku tanya satu soalan dia terus ajak minum.haha...membe2....
yg terbaru ni lak.housemate aku ma.agak berusia gak la.dah kawen.dia ajak aku gi minum.dia ckp nak jumpa membe...pastu, smpai2 rupanya membe dia tu tngah cari downline. cam haram ma.aku senyap je la. sebab aku paling muda dan kecik kat table tu.yg aku pelik, housemate aku ni cam termakan gak ngan ayat power mamat tu.siap parking BMW depan meja aku ma.haha...
jual insurans pe tah...haha... -
24 July 2011 23:58
- SoutulMujahid said...
-
haaa... kan.. modus operandi diorang ni lebih kurang sama je
-
25 July 2011 00:06
-
Anonymous said...
-
Kiranya Skor A dan HPA adalah haram?
-
26 July 2011 00:55
- zaslan said...
-
matlamat tak menghalalkan cara (atau produk)....yang haram adalah haram. amar maaruf nahi mungkar la bro!
-
26 July 2011 13:53
- SoutulMujahid said...
-
sekiranya ada shafqatayn fi shaqfah wahidah, memang haram
dan kalau xde org tgh utk dapat komisen, haram juga hukumnya
kita jgn tgk pada org tu, tp tgk pada hukum. sebab HPA walaupun dikendali oleh umat Islam, ia bukan sumber hukum -
26 July 2011 18:22
- Encik JI said...
-
sistem berasaskan piramind mmg xboleh pkailah.
kalo secara logik akal sekalipun, memang menyusahkan orang ada lah.
yang kat atas sume senang lenang, yang bwah berpeluh ketiak cari downline.
produk yang dijual mmglah halal dari segi fizikalnya, tetapi orang ni betul-betul join ni sebab nk guna produk tu ke?
kadang2 aku tengok sstgh produk yg dijual oleh geng2 mlm bangang ni xbg untong pn. -
26 July 2011 20:31
-
aishah humaira said...
-
susah hape. nk tau psl mlm ni mcm mne, pegi la jengok aidid muaddib punye blog. konpem berejam melekat dpn pc!
-
28 July 2011 03:23
- Syazani said...
-
UTM?my uni xD
-
31 July 2011 16:34
- iena_mieyna ^^ said...
-
hurm...betul2//setuju sgt dgn apa yg tertulis dlm entry ni...tapi tu la, org yg dah join mlm ni , mmg selama2 nya akan menyokong mlm walaupun kebenaran dah terbukti dpn mata . dah tu , yg join pulak bkn calang - calang , ada yg pandai2 lak tu. saya punya kwn2 , dah lah baru nak buat degree sume , ramai gila yg join mlm ni. ambik mana entah duit banyak2 . hurm...
-
23 September 2011 06:22
- Jabatseni said...
-
Salam Sejahtera ke atas kamu semua!..
Minta tolong tuan rumah terangkan serba sedikit apakah mksud :
1. MLM
2. Jualan Langsung
3. Network Marketing
4. Sistem Piramid
5. Skim Cepat Kaya
6. Sijil Kepatuhan Syariah
7. Perniagaan Konvensional
Sekian, terima kasih -
16 October 2011 16:10
-
Anonymous said...
-
JAUHI ORG2 SCORE A.MUAHAHAHA!!! TEROK GILE KOT.ADE KE AJAR AKU NK KELENTONG ORG.NI 'ILMU' YG DIA AJAR AKU, KLU NK AJAK KWN KAMU JOIN, JGN AJAK DIE DIRECT.CKP YG AWAK NK KWN AWAK TEMANKN AWAK JE.(PADAHAL DIRI SENDIRI DH JOIN)THEN KOMPLOT DGN UPLINE APAKABALA LA..PADAHAL,DAH2 SAH HARAM DLM ISLAM -buktinya:"Dan janganlah kamu melakukan tipu helah dgn cara najash." (Riwayat al-bukhari)ada paham?????
-
26 October 2011 00:49
- Unknown said...
-
bukan kita yg meletakkan hukum haram atau tak...mlm tu more to network.perniagaan yg melibatkan network. sama mcm org jual insuran, ada komisen yg company bagi...kalau piramid ye lah..tp tak semua ye haram...tlg kaji betul2 sebelum meletakkan hukum. saya pun buka pro mlm, tp kpdnkk yg minta company tu registerkan sbg mlm utk mengesahkan perniagaan.apa2 pun usaha, baru ada kejayaan. 5% j eyg berjaya dalam mlm...yg penting belajar cara urus wang dgn betul
-
23 November 2011 18:38
-
Anonymous said...
-
noob...
-
21 March 2012 09:46
