05 July 2011

Kecelaruan Pemikiran Pengkaji Teori Konspirasi


Beberapa minggu lepas, aku ada kenal dengan sorang mamat melalui fankpage Oh! Media
. Dia nampak berminat dengan Islam, dan aku fikir dia ni boleh dijadikan contact dakwah.

Kemudian, aku pun chat dengan dia. Sembang-sembang pasal Islam. Lama-kelamaan, makin mengarut. Rupa-rupanya pengkaji teori konspirasi. Patutlah mengarut, merepek, meraban, dan melalut. Hujah-hujahnya ada yang tak masuk akal dan aku rasa macam nak tempeleng je kalau ada depan aku. Namun alhamdulillah aku masih dapat mengawal emosi aku pada ketika itu.

Cara dia nak tegakkan Islam, adalah mengarut dan seolah-olah, untuk menegakkan Islam, perlu ada kelebihan-kelebihan tertentu untuk menegakkan Islam. Kerana dia ni boleh melihat MASJID GHAIB. Itu katanya... Kebenarannya aku tahu sejauh mana. Walhal, menegakkan Islam tak perlukan syarat seperti itu dan SETIAP MUSLIM wajib berdakwah dan memperjuangkan Islam. Dia jugak mengaku bahawa dia terlibat dalam KABINET IMAM MAHDI dan menyatakan akan ada huru-hara pada tahun 2012. Terpengaruh dengan filem?

Aku siap ajak dia minum untuk perbincangan lanjut. Tapi dia menolak dengan alasan dia 'telah membocorkan banyak rahsia'. Bocor rahsia kat facebook boleh, tapi nak berbincangan di alam nyata tak berani pulak! Akhirnya, dia offline setelah aku mendesak untuk berjumpa dia.

Jom kita tengok perbualan aku dengan dia. Aku sempat print screen beberapa perbualan penting. Mohon komen anda...





















Comments
29 Comments

29 Orang Cari Pasal:

Akim Iqbal said...

lawak bangang !!!!!!!!!!!!!! hahahahaahhahahahahahaha

Liyana Zahim said...

Mayb blom smpt abis blajo lg mamat tu kot? Mamat kah? Hahaaha.. Konspirasi teori tu hidden agenda.. Derived from western xperience.. Tp ade bnyk lg conspiracy theories kat dunia ni.. Most of 'em bkait rapat dgn agama n politik.. Cam september 11 n sgale jns kes2 laen unrevealed to media or world.. Asenye dak ni terlalu tksub dgn bhn bacaan tak abes die tuh.. Soh bg dalil pon bnyk sungoh dalil.. Straight to the point tatau sudeh.. Nk mngulas psl islam perlu tngi ilmu agamanya. Bkn bules suke suki ckp.. "ala tak igt lah, tak smpt bce la, blom abes bace la.." Lau imam bce kutbah jwb cmni tme ceramah kompem kne baling kasut imam tu.. Cisss jgn lyn bdak blom akil baligh tu lg!

SoutulMujahid said...

budak mabuk. siap terlibat dlm KABINET IMAM MAHDI. cehhh!!!

Faiz Tapit said...

kah3!! lawak lawak!

Pemburu Cinta Agung said...

bani tamim?pernah terdengar...boleh tak akhi bg link dia dkat ana scara private n knapa ya minta ana delete nasyid dalam blog tu?

budaksetan said...

HAHA xD
biar pon aku tak paham apa, aku gelak jugak sebab tapit gelak,hihi

SoutulMujahid said...

emm... masalah jugak. aku buat entry ni bukan utk org gelak. tp org dah gelak. nampak sgt mesej aku x sampai

Shira Shafrida said...

kesian awak.. hahaha

actually, saya pun tak faham kenapa dorang gelak.. sebab saya rasa ini serious..

Encik JI said...

ni pngikut kerajaan langit. bahaya ad org cmni.

HAZWAN17 said...

kadang-kadang terlalu taksub berkonspirasi sangat pun tak boleh jugak

evagurl (podshop) said...

aku taw niat ko baik, tp aku rase tindakan print screen ko tu x bape kena ah. better u keep that conversation to urself.

SoutulMujahid said...

apa yg x kena? aku dah censored dah pon

blog anda bes juga said...

2012.

get ready, huh?

xpayah pegi jauh, esok lusa apa berlaku,

ada sesape tahu???

killuminati said...

giler ke apa. x masuk akal langsung.

Anonymous said...

perlu ke print screen?
rasanya tak payah.

Anonymous said...

"aku serius nak belanje ko makan"
haha..nak pancing pahlawan terbilang ngan ajak makan..mane bole..nanti FBI jejak die ^^

APAN said...

ini mcm punya orang pun ada ke...hmm.terlalu taksub ngan mende konspirasi la tu smpai lupa mende yg lain.mcm la org lain x penah tau pasal konspirasi dia ckp tu....

SoutulMujahid said...

belanja makan pun xmau... x dapek den nak nolong!

samizul.net said...

Alamak, fikir fakta bertulis panjang ala karangan,. Rupanya chat pula, ehe. Aku fikir tuan saoutulmujahid ingin mengupas / mengulas sesuatu tentang 'urus niaga' mereka-mereka yang berada di mistisfiles... ^^,

Jemput Baca: MENANTI NUFFNANG ISLAMIK

Dzikri Asmawi said...

hahahahaha....lawak2....

SoutulMujahid said...

apa yg lawak xtau r. ni bukan entry lawak

.::: mr IQ :::. said...

Teori Konspirasi Adalah Satu Konspirasi. Woha
kesian betul kat dia... Diseleweng sampai camtu sekali...

aishah said...

aku xrsa lawak lgsung. aku rs kelaka part ko da ajak die jmpa, pstu die offline. itu pon aku tsnyum je, xgelak pon.

pndpt aku la kan. die tu org bese2 je yg suke bc psl konspirasi2 nih. so die bc, die fhm, die bgtao. tu je. not more than that.

SoutulMujahid said...

bukan setakat faham dan bg tau. dia siap kata dia ada dalam KABINET IMAM MAHDI. habis, kalau org yg xde dlm kabinet imam mahdi, x dapat la dia berjuang? x adil kalau mcm tu. sedangkan, Allah wajibkan semua umat islam utk berdakwah

crayon said...

2012 ni ada konsert lady gaga kat malaysia ka?? lepaih tu org pas marah!! lady gaga pun keluar dari malaysia.. kah kah kah.. apa benda mamat tu merepek? mesti budak kecik tu

Amoi_Soya said...

apa yg dia ngarut? xde bukti. penat bc..gelak senyum gelak senyum...tu je dia buat ? selain bebel2 tanpa hadis sahih. aish....moga dia dapat hidayah...

SoutulMujahid said...

dia dok ngarut pasal teori konspirasi dia

loli said...

macam kanak² riang je beliau tu...main buboh asal boleh je :-/

Eera Shera said...

menyampah balik2 teori konspirasi..kdg2 tu ngarut sgt

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...