Pages

28 July 2011

Jenis-jenis dan Fesyen Tudung

Fesyen tudung. Siapa yang tak ambik tahu pasal fesyen tudung kontemporari? Kalau tak ambik tahu pasal fesyen tudung, jom baca kat sini. Yang memang ambik tahu pasal fesyen tudung, digalakkan baca. Mungkin anda terlepas pandang fesyen tudung yang beredar mengikut aliran zaman.


1. Tudung Nasi Lemak
Pernah tengok nasi lemak ikan bilis? Kat daun pisang tu, ada sedikit terbuka dan menyebabkan ikan bilis tu terkeluar kerana daun pisang tak menutup rapat bungkusan nasi lemak tu. Sebab tu fesyen tudung ni dinamakan 'Tudung Nasi Lemak'.


2. Tudung Bukit
Memakai tudung, tapi kedua-dua bukit ditayang dengan sengaja untuk tatapan percuma. Tak kisahlah apa saiz bukit tu. Tetap nak tayang percuma jugak. Bila diperhatikan, bangga sampai hidung kembang semangkuk. Alahai, mudahnya bagi tayangan percuma. Kalau dah bagi tayangan percuma, nak bagi apa kat suami nanti? Suami anda setaraf dengan orang asing kah sampai apa yang suami anda sahaja yang berhak lihat, anda sudah tayang percuma kepada orang lain.


3. Tudung Sarung Nangka
Pakai tudung ketat sampai menampakkan segala yang ada di kepala, sehingga menampakkan bentuk telinga sekalipun. Kalau kat telinga tu ada 7 subang, semuanya nampak bentuk. Inilah fesyen tudung sesat yang semakin menjadi aliran muslimah masa kini. Ikut artis katakan...




4. Tudung Alien
Dinamakan tudung alien, sebab kepala si pemakai tudung ini meman sebijik dengan kapala alien. Tudung ini juga dikenali sebagai tudung bonggol unta.

Maksud hadis: "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya" [HR Muslim]



5. Tudung Papa Kedana
Kebanyakan yang pakai tudung ni adalah golongan minah rempit sekolah. Pakai tudung sebagai syarat masuk sekolah sahaja, bukan ikut hukum syarak. Masakan tidak, tudung singkat sampai nampak tengkok. Love bite kat leher pon boleh nampak. Mungkin terlalu papa kedana sampai tudung yang labuh sikit pun tak mampu nak beli. Bukan papa kedana bab ekonomi, tapi lu fikirlah sendiri...



6. Tudung Dato'
Ni, tak tau nak terangkan macam mana... Tak terkata. Fesyen? Entah... Mungkin pembaca lebih arif


7. Tudung Apa Jadah Entah?
Ini satu masalah besar lagi. Tudung yang artis ni pakai, mesti jadi ikutan para remaja, seolah-olah artis ni adalah seorang nabi untuk dijadikan ikutan. Alahai artis, berhentilah kalian daripada terus memesongkan ummat daripada ajaran Islam yang sebenar.


8. Tudung Muslimah
Inilah tudung yang benar-benar menyejukkan mata memandang. Mengikut hukum syarak, tidak menonjol, sopan, dan tertib. Tidak jarang, tidak ketat, dan menutup dada :)

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. [ TMQ an-Nur(24):31]

*****

Entry sentap lagi. Maaf. Bukan nak menghentam kaum wanita. Cuma nak sentap je. Baguslah kalau anda terasa. Tapi terasa je tak cukup. Semoga kalian menjadi muslimah sejati yang menjadi pendokong deen Allah. Amin... :)




Comments
66 Comments

66 comments:

Nurul Nafisah said...

alhamdulillah . . .
terbaek la . . .
harap lagy banyak entri2 macam nie . . ^^
terutamanye pasal tudung budak sekolah . . ^^

eyna_chan said...

hehe..tersentap hati mak nak =p

tudung papa kedana tu cam comel la plak ^^

Ayeem Jemain said...

sentap mak nakkkkkkk

SoutulMujahid said...

ngeh3... lukis sendiri guna paint :p

Khairol Ikhwan said...

alhamdulillah, gaya penulisan bersahaja, best, harap2 terserap masuk ke jiwa pembaca..

nak baca bab onani pulak... hmppphhhhh ....

Anonymous said...

wei ko xde no bapa muslimah tu ke??.. haha.. nk jumpe bapa die tros..hehe

FYA PELANG! said...

hurm,, terikut sanagt fesyen. fesyen lah sangat. tapi, agame langgar. and tu lha yang msuarakat ite ikut. bagus lha tu. bagus :'(

FYA PELANG! said...

typo ehhh.

* sangat
* masyarakat

maaf maaf :)

Al-Fakir Hamidi said...

salam.

Fesyen lelaki?
:)

Asyila Zainuddin said...

tapi kalo macam heliza helmi tu rasanye ok lagi kot.. kan? :)

Hashira Yusoff said...

hahaha..yg last skali always the best! *thumbs up utk muslimah yg pkai mcm tu. ^___^

Encik JI said...

aku still freehair. haha.

fesyen panas namanya

dreamygirl said...

thanq -)

lyza said...

sentap gak..tapi ini lah kenyataannya...:(
tu blum lg pakai tudung tapi kain belah sampai ke peha.. dengan kebaya ketat,dengan seluar ketat sampai nampak segala lurah..dan tak lupa gak pakai tudung tapi lengan baju separuh..tak pun hampir nampak ketiak..:(
Pesen zaman sekarang nie...

Akim Iqbal said...

woi haram nih haram nih.. muahahahahah.

TYNTHA LANA said...

huishh..memang sentap mantap habis ni abgmacho,hahahaah

~abgmacho patut promote entry ni lebih luas..jarang yg berani buat mcmni :)

kerisperak said...

hehehe.. yg kartun gambar budak sekolah tu muka pun kene censored? macam2 istilah tudung keluar... kekeke..

Anonymous said...

Tudung Saji mana??hehe

Anonymous said...

num tujuh tuh tudung siput sebenarnya , haha

Mohamed Firdaus Shajahan said...

every women want to follow the corporates,artist,their star...

when they gonna realise they religion guide?

SoutulMujahid said...

nak promote camne ek? dah buat macam2 dah. kalau suka, share artikel ni kat mana2. xde hakcipta.

SoutulMujahid said...

muslimah tu, kalau nak jumpa wali dia, gi indonesia. x pun, like facebook fanpage dia: Oki Setiana Dewi

Muhammad Azman said...

Hoh! gambar 2nd tu lps cencored dari tak lucah trus nmpk mcm gambar lucah je..

Makbonda said...

Baik-baik membeli nasi lemak yang bungkusnya sedikit terbuka,bila nak jamah rupanya ada sebaris tentera putih rakyat sang lalat. Sebab itu jangan memakai tudung nasi lemak nanti mudah tercemar.

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Dlm keadaan sekarang yang dihujani dgn pelbagai fesyen, banyak perkara yang perlu dipertikaikan. Dah banyak pula masa yang dihabiskan utk mengkritik mengenai pemakaiannya. Sebenarnya mereka telah lari dari tujuan asalnya pemakaian iaitu berasakan `taqwa`. Surah Al`Araaf:26 يَـٰبَنِىٓ ءَادَمَ قَدۡ أَنزَلۡنَا عَلَيۡكُمۡ لِبَاسً۬ا يُوَٲرِى سَوۡءَٲتِكُمۡ وَرِيشً۬ا‌ۖ وَلِبَاسُ ٱلتَّقۡوَىٰ ذَٲلِكَ خَيۡرٌ۬ Hai anak Adam [1] sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa [2] itulah yang paling baik.
Istiqomah perjuangan dlm menyampaikan kesedaran adalah fokus kearah sifat `taqwa` dan bersihkan dari pakaian dlm kesyirikan dan maksiat. Disebabkan bukan berasaskan `taqwa`lah dan sebaliknya berasakan hiburan, komersial dan bermegah2an maka menderu2lah manusia mengerumuninya sebagaimana terdapat dlm Surah AlJumaah:11 Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baharu tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri (di atas mimbar - berkhutbah).
Wallahualam.

pengemis Cinta~ said...

Assalamualaikum..banyak lagi fesyen tak cakap kat sini.hehe. xpa nanti entry lain akan menyusul.;).mohon share ya, dkt fb PC.syukran. May Allah bless.amin..

SoutulMujahid said...

fesyen macam mana tu? setakat ni, ini saja yg dapat dikesan. huhu...

silakan share. xde hakcipta

Teacher Basariah said...

Cikgu bagi A..tahniah..teruskan usaha!

SoutulMujahid said...

komen mak bonda memang best!

sop said...

suka tgk tudung muslimah juga

Faiz Tapit said...

tudung syahrizat aku paling suka. evergreen gitu. wakakakaa

SoutulMujahid said...

wowowowowowowo... tapit komen kat blog aku r

nurfarahin zainal abidin said...

tudung hana tajima takde ke? tgh hot skang di pasaran. hahaha

APAN said...

sentap lagi bro...mcm2 jenis tudung dah skang.semua yg ko list aku penah tengok.yg minat rempit tu, mmg singkat kot tudung.nape la.pelik2 je time skolah dulu...

mira said...

wow, entry yg sgt bagus! pringatan yg baik sbb masih rmai yg xsedar. mohon share link entry ney ya, :)

SoutulMujahid said...

boley2... takde hakcipta. silakan share ilmu ni

mamat said...

ni yang terbaik..tahniah admin blog ni.. cerita ni memang saya sangat suka..dan brharap ramai yang akan sedar..
saya minta izin kongsi cerita ni dalam blog saya..dan saya akan berikan backlink kepada blog ni semua :D

SoutulMujahid said...

ALHAMDULILLAH. silakan share. tiada hakcipta

Dzikri Asmawi said...

nice one...=)

Radi's Share said...

Jilbab bukanlah seperangkat asesoris, atau sekedar mode busana yang aturan pakainya dapat diatur sesuai selera si pemakai. ^_^

RARA aihara said...

=)
perkongsian menarik !

Liyana Zahim said...

Skrg btudung sbb trend.. Jnji lawo n rmai org usya.. Tu je mentality mreke.. Haaa.. Ade ek name tdung papa kedana? Wakakakkakakakakakaka~

M.E Z.A.F.I.R.A.H said...

alhamdulillah... bagus entry ni.. dakwah yang baik..

Anonymous said...

inilah cara mengumpat alaf baru.kau mempersendakan cara mereka bertudung.Memang cara mereka salah , tapi itu dosa mereka dgn tuhan. Camna dosa kau dgn mereka. kalau ingin mencegah kemungkaran berdepan lah secara peribadi dgn mereka.Kalu tak mampu niat je dlm hati. baik kau cepat2 mtk maaf sebab dosa kita dgn manusia tuhan tak ampun slagi tak dimaafkan. kalu tak sempatdi dunia diakhirat nanti tau le nasib kau camna.Wasallam

Anonymous said...

lepas mengumpat cakap Alhamdulillah..napa dah kenyang makan daging saudara seniri ke??? wakakkakaka .Dakwah ke camni . sila rujuk ustad @ ustazah. ini ke cara berdakwah cara modem???

SoutulMujahid said...

anonymous: faham x konsep mengumpat? sila balik ngaji kitab, dan komen kat sini ye. TQ! :)

Anonymous said...

aku bagi nasihat je,moga2 mereka yg kau persendakan ini tak menghalang kau masuk syurga dan moga2 kau tak muflis diakhirat sana angkara mereka.sila rujuk ustad betul ke cara kau ini dalam berdakwah. setau aku menjatuhkan aib seseorang adalah berdosa walaupun memang mereka bersalah.

SoutulMujahid said...

mengaibkan? ni bukan mengaibkan brader. kalau mengaibkan, aku canang cerita apa yg dia buat sorok2. contohnya dia meliwat sorok2, dan aku hebahkan kat orang lain. itu baru mengaibkan

tp ini tidak. mereka sendiri yg dedahkan aurat tanpa segan silu. aib ke ni? belajar lah dulu sebelum komen

A to Z Lyrics said...

tudung alien... (OMG!) terbaekkkk deeee~

ina-fahmi said...

alhamdulillah jika semua org sedar penting nya tudung untuk menutup aurat..tp ramai yg x faham makna bertudung yg sebenarnya..bila bertudung seperti gambar terakhir kurang nafsu kaum adam pada si pemakai nya..elakkan maksiat mata..semoga diri ku terus begini...

Anonymous said...

tudung muslimah sejati ialah dari warna yang tidak menarik perhatian seperti warna hitam serta labuh.contoh yg diberi tu agak jarang sikit serta menarik perhatian.

putera said...

anonymous: cara lu ckp mcm lu jeles je bro..jgn rasa diri lu bagus sngt pasal agama..org mcm ko ni lah yg lagi mengeruhkan keadaan..sebelum nk mengajar org pergi nilai diri sendiri dulu ye..

Anonymous said...

kalu ak mcm ni je..kalu xpuas ati,,bg alamat jumpa face to face dgn empunya blog..amacam..anda kata anda islam nk nasihat btoi2..itu cara yg terbaik.stakat komen2 ni bukan ape,space limitation and sometimes u will misunderstanding what exactly they want to deliver..ak?ak mmg da knal sape empunya blog

SoutulMujahid said...

aikk... mcm out of topic je... cakap bg pihak sapa ni? huhu. x paham

WhoAmie ItisMei said...

http://whoamieitismei.blogspot.com/2011/10/tudung.html

WhoAmie ItisMei said...

putera kami bukannya alim ulama' cuma menegur apa yang salah... Klu sekarang Ulama' sudah tak dipedulikan oleh pemerintah.. kamilah yang kena berusaha utk.. membetulkan.. Ilmu tu Allah yang punya.. bukan Ana yang punya.. so kongsikan apa salahnya, tak luak pun...

~idaman~ said...

nice entry..

Shuk_ArChie said...

hahahahaha lawak la baca entri ni.. kahkahkah.. bahasa power! hehehe

Suhaili Othman said...

TERBAIKKKKK ! :)

Obie said...

salam.

agak-agak, shahrizat dan siti redha tak gamba dia letak kat sini?

adanaberkat said...

untung ada orang nasihat.kekadang orang kita kena sentap baru faham...nak harap suami, ayah kekadang takut tak dapat apa yg di hajati...tiap2 bulan masuk dalam ac.ribu2

Anonymous said...

Mungkin boleh update semula blog ni dgn 1 jenis lg tudung..tudung balik umrah atau tudung sebelum pegi pejabat SPRM.

Anonymous said...

setuju..!!!!

elmyra said...

mohon copy...and paste..tulisan menarik untuk tatapan umum

Anonymous said...

lelaki tak kisah, asal dari perut ke lutut tertutup,apa fesyen pun bole :)

Anonymous said...

Tidakk kisahlah pakai tudung stail macamana pun, asalkan menutup aurat dan tidak menampakkan rambut atau body sendat seperti wanita2 bukan Islam yang berpakaian seksi yang boleh menaikkan nafsu lelaki normal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...