Pages

24 July 2011

Alasan Bangang Mengelak Solat


Pernah tak ajak adik-beradik atau kawan-kawan korrang untuk tunaikan solat? Tanggungjawab kita bukan saja tunaikan solat, tapi menjadi tanggungjawab kita untuk ajak saudara seislam kita untuk tunaikan solat, lebih-lebih lagi solat berjamaah.

Tapi entah kenapa, paling lama pun 15 minit je untuk tunaikan solat, ramai yang mengelat. Main bola terkejar-kejar atas padang boleh pulak? Ayat-ayat kat bawah ni, mungkin korang biasa dengar...

1. "Gi dulu... Gi dulu..."
Ini ayat rasmi untuk orang yang mengelat solat. Kononnya suruh kita pergi dulu, nanti dia datang. Tunggu punya tunggu, tak muncul-muncul jugak.

2. "Aku pakai seluar pendek ni... Mana boleh solat"
Dah ko pakai seluar pendek tu, sapa suruh? Sapa suruh dedahkan aurat? Aurat lelaki (antara pusat hingga lutut) adalah dalam semua keadaan, kecuali bersama isteri tau tak? Dedah aurat boleh, solat tak boleh pulak. Pelik... pelik...

3. "Aku berpeluh ni..."
Mak aihhh... berpeluh punya pasal, tak nak solat? Peluh tu najis ke, bang? Lainlah peluh yang ko keluarkan tu, keluar air kencing.


4. "Baju aku kotor..."
Baju kotor, boleh solat lagi. Kotor tu bukannya najis, cuma lebih baik berpakain kemas dan bersih untuk menghadap Allah. Tapi lebih baik solat dalam berpakaian kotor daripada terus tinggalkan solat. Ye dak?

5. "Tunggu aku habis main game jap..."
Nanti ko main game dengan Mungkar dan Nakir ye?

6. "Sibuk kerja... Tak sempat"
Kerja berjam-jam boleh. Nak solat, 15 minit tak boleh. Sedarlah, rezeki tu, Allah yang bagi. Bila-bila je Dia boleh tarik. Syirik kalau kita yakin kerja yang bagi kita rezeki!


7. "Nantilah aku solat"
Ada orang yang ingatkan kita solat pun kita boleh nak tangguh-tangguh. Kalau takde orang yang ingatkan, lagilah teruk. Dengan manusia, kita nak tepati masa. Tapi, dengan Allah, kita buat acuh tak acuh je. Tapi, bab nak solat di awal waktu ni memang payah. Nilainya begitu mahal. Beruntung kita kalau kita dapat jaga solat 5 waktu di awal waktu.

*****

Tajuk entry sentap sikit. Sebab kadang-kala perlu sentap-menyentap sikit golongan macam ni. Peringatan untuk diri sendiri juga...
Comments
25 Comments

25 comments:

eyna_chan said...

tersentap hati mak nakk..hehe

tp ade je org pmpuan xnk solat sbb xde telekung. huk3

myra yusreena said...

huhu..betol2..tapela..yang penting kite da tunaikan tggungjawab kite,nasihatkan dye..kalau tak sedar2 jugak, antara dye ngan Allah la kan..

Anonymous said...

ak pernah dgr alasan yg lg best.." ak x mandi wajib lg lar"..

SoutulMujahid said...

hahahaha.. best gak alasan tu! rugi tak bubuh dalam entry ni. hahaha. thnx sebab tambah! huhu

ZORA said...

solat itu tiang agama..:)

Elie Lily said...

solat! jangan tak solat! ;)

Anonymous said...

telekung bukan syarat wajib untuk solat.kalau dah tutup aurat,boleh jalan dah.orang mesir x pakai telekung pun untuk solat.orang malaysia selalu menganggap telekung tu wajib untuk solat.pakai baju kurung dan tudung pun boleh solat dah.asalkan aurat ditutup,tidak jarang,tidak ketat,tidak menampakkan tubuh badan :)

cik pha said...

solat tu tiang agama,tanpa solat RUNTUH LAH iman..kalu takde telekung,masih boleh solat.asal baju berlengan pnjng dan longgar,kaki berstokin,tudung menutupi dada..

seliparjepung said...

tajuk yg best.. klu ad yg trase tu mmg patot la..
bak kata ustak azhar idrus,, tegur mmg nk suh bg trase pong, klu dok, xpggl tegur la..kuakuakua

SoutulMujahid said...

haha. betol gak tu. bagi kesan skit dalam jiwa

HAZWAN17 said...

yang pasal baju kotor dan berpeluh tu selalu sangat aku jumpa terutama orang lelaki lah...

Liyana Zahim said...

haaa igt sng ke nk soh org solat..

TYNTHA LANA said...

alamak..dah tersentap..takmo kawan,hahahha

~hurmm..lana sendiri pun ada masalah kengkadang tu bab solat ni..sebagai hambaNya, kadang2 terlajak juga, buat kesilapan dan sebagainya.. apapun, bab solat ni, lana rasa,kalau dri kecik tak dididik dgn baik, tak didik ttg kepentingan,kewajipan solat ni..alamatnya..sehingga dewasa sukar nak perbaiki diri..

~pendapat lana berdasarkan pengalaman sendiri :)

Al-Fakir Hamidi said...

salam.

jika mereka masih sukar utk diajak, maka sama2 lah kita doakan agar kita dan mereka diberi Hidayah. semoga kita tetap dgn jalan ini, dan semoga mereka diberi kekuatan utk kembali.

insyaAllah, kulluna fi Jannah.

dreamygirl said...

-)

Terbelog said...

soalt tu wajib
tp ada gak x buatkan
setan byk sgt kot

Encik JI said...

kalo bab solat ni, memang liatlah manusia. buknnya lama pun solat,luangkan masa 10minit tuk solat.

10min x 5waktu =50 min. extra 10 min tuk berzikir sume tu.

sejam sehari diperuntukkan solat. tu pun orang xmampu nak buat.

24 jam yang diberi tuk sehari tak ckup ke?

banyak sangat kejenya, smpai lupa Allah, lupa diri.

APAN said...

ayat atas sekali yg no 1 tu pun penah diamalkan gak.tpi xde la kelentong x gi lps tu.cuma ter kemudian.huhu...

Qaseeh Tolia said...

Lagi kurang ajar... Kubur masing-masing..hum....org yg sombong terhadap PENCIPTANYA...

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Dari Huzaifah r.a. bhwa Rasulullah saw bersabda,`Adalah seseorang itu mempelajari Islam sebagaimana ia belajar mencorakkan kain (dgn berwarna2) sehingga tidak mengetahui apakah sebenarnya puasa, solat, qorban dan sedekah. Ia belajar kitab Allah (AlQuran) seperti berjalan pada malam hari` Riwayat Ibnu Majah.
Orang sekarang belajar agama dgn berjuzuk2 sehingga sesuatu ibadah itu tiada kaitan dgn ibadah yg lain. Walhal dlm ibadah solat sahaja selain pentingnya amali solat, solat itu sendiri ada ruh dan sifat2nya spt yg dinyatakan dlm Surah AlMukminun:1-11 قَدۡ أَفۡلَحَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ (١) ٱلَّذِينَ هُمۡ فِى صَلَاتِہِمۡ خَـٰشِعُونَ (٢) وَٱلَّذِينَ هُمۡ عَنِ ٱللَّغۡوِ مُعۡرِضُونَ (٣) وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِلزَّكَوٰةِ فَـٰعِلُونَ (٤) وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِفُرُوجِهِمۡ حَـٰفِظُونَ (٥) إِلَّا عَلَىٰٓ أَزۡوَٲجِهِمۡ أَوۡ مَا مَلَكَتۡ أَيۡمَـٰنُہُمۡ فَإِنَّہُمۡ غَيۡرُ مَلُومِينَ (٦) فَمَنِ ٱبۡتَغَىٰ وَرَآءَ ذَٲلِكَ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡعَادُونَ (٧) وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِأَمَـٰنَـٰتِهِمۡ وَعَهۡدِهِمۡ رَٲعُونَ (٨) وَٱلَّذِينَ هُمۡ عَلَىٰ صَلَوَٲتِہِمۡ يُحَافِظُونَ (٩) أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡوَٲرِثُونَ (١٠) ٱلَّذِينَ يَرِثُونَ ٱلۡفِرۡدَوۡسَ هُمۡ فِيہَا خَـٰلِدُونَ
Dan begitu juga dlm hubungan hak milik awam dan daulah, jika tidak Allah SWT menggelarkan senagai pendusta agama spt dlm Surah AlMaun:4-5 فَوَيۡلٌ۬ لِّلۡمُصَلِّينَ (٤) ٱلَّذِينَ هُمۡ عَن صَلَاتِہِمۡ سَاهُونَ
Wallahualam

wan_cikgumuzik said...

tak perlu beralasan kalau nak buat... itu sahaja kesimpulannya..

SoutulMujahid said...

ntahlah... solat 15 minit pon x nak buat.. entahlah.. pening2... rosak semua amalan kalau x solat

Kafe Que said...

"Jangan kata pada SOLAT aku ada KERJA
Kata pada KERJA sekarang waktu SOLAT"

Pegang kata-kata ni..InsyaAllah korang tau mana yg perlu diutamakan. Kerja,duit kalau xberkat pun xgune kn. Selamat beramal ;)

Achik Kuat Bebel said...

macam mana klu prmpuan xtutup aurat, tp die sembahyang...sah x solat dia?

SoutulMujahid said...

salah satu syarat sah solat adalah menutup aurat. kalau x tutup aurat, mmg terbatal solatnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...