11 June 2011

Tak Payah Nak Nasihat Aku. Dosa Aku Punya, Kubur Lain-lain


Tak tutup aurat, pakai baju ketat, berlaga pipi, pegang tangan, bercium, berpeluk, dan macam-macam lagi maksiat berlaku depan mata kita. Sesungguhnya aksi-aksi melampau tersebut membuatkan golongan tertentu stim menyakitkan hati dan mata kita sebagai seorang muslim.

Lalu, golongan yang kental imannya menegur puak-puak pelampau tersebut. Lazimnya, ayat yang agak skema berbunyi, "Dah kawin belum? Haram buat macam ni...". Takpun, ayat yang sangat sinis, "Waaaa.... Bila korang kawin? Tak ajak aku pun!". Ayat sinis ini sebenarnya sangat menusuk ke dalam jiwa raga puak-puak pelampau tu, pendek kata, MAKAN DALAM.

Seperti biasa, apabila didatangkan kebenaran yang bertentangan dengan hawa nafsu, SESETENGAH daripada mereka akan melenting tanpa berfikir panjang. Ayat yang terkenal yang berdesing di telinga kita lazimnya berbunyi,"Eh... Lantak la... Tak payah nak nasihat aku. Dosa aku punya. Kubur lain-lain. Dosa aku, aku dengan Allah, bukan aku dengan kau". Biasa dengar kan? Biasa dengar kan? Biasa dengar kan?

من رأى منكم منكرا فليغيره بيده ، فإن لم يستطع فبلسانه ، فإن لم يستطع فبقلبه و ذلك أضعف الإيمان

"Barangsiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia merubah/mencegah dengan tangannya (kekuasaan) jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan), dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya (merasakan tidak senang dan tidak setuju). Dan itu adalah selemah-lemah Iman".
[HR Muslim]

Dengan mengatakan "Dosa aku, aku dengan Allah" menunjukkan bahawa dirinya begitu berani di hadapan Allah. Lihatlah keangkuhan manusia yang gelap hatinya akibat membuat maksiat dan mempertahankan maksiat tersebut. Mereka memandang seolah-olah dosa itu macam biskut, kejap ada kejap takde. Lebih teruk lagi, menganggap Tuhan Sekalian Alam itu sebagai abah mereka, boleh suka-suka buat dosa-pahala. Abah kau!

Ketiadaan Daulah Khilafah yang mendaulatkan al-Quran dan as-Sunnah dilihat punca utama gejala liberalisme ini berlaku. Pemerintah sekular hanya membiarkan masalah ini berlaku di kerusi-kerusi empuk mereka. Kerosakan akhlak manusia tidak lagi diendahkan, bahkan mereka terus hanyut dengan agenda-agenda sekular mereka.

*Ooppp!!! Jom singgah blog ni sat. Ada kartun! Huhu~:
sekeping biskut secawan teh

Comments
20 Comments

20 Orang Cari Pasal:

tieykah said...

semoga kita sentiasa berada di jalan Allah.Insya Allah.:)

peep said...

telinga2 da dipekakkan olh syaitan dah.. nasihat la mcm ne pon x kemana gak.. nauzubillah :(

Ieyda binti eynal said...

Salam . Sebab kubur lain2 lah kita tegur . Kalau kubur sama boleh jugak tolong2 kan ? ni kubur lain2 x dpt tolong dlm kubur tolong awal2 kat dunia ni . Betul x ?

eyna_chan said...

salam

kubur lain2?
abes tu sape mandikan jenazah dia? sape kafankn dia? sape solatkn jenazah dia? sape galikan lubang kubur tuk dia?? sape? sape????

eyna_chan said...

ade jugak trselit link biskut ngn teh kt bwh tu. haha

Es Kay said...

:)

SoutulMujahid said...

senyum je beliau ni :p

shidah2020 said...

bdk sekolah pn lagi teruk !!!!!!!!!! melampau betul bdk sekolah yg diduduki oleh budak ni <<<
geram2 !!!!!!!!!!! Khilafah100 !!! cepatlah tegak dgn usaha kami . . ya Allah , berjayakanlah kami mengubah manusia kpd berfikiran islami ~

sangat setia said...

huhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.

melayu ?


islam ?

Ibnushukran said...

skrang ni mmng bertambah teruk, sosial sana sini.. xkan nk tnggu bala tiba baru nk insaf.. nauzubillah..

alif haris said...

haha memang kubur lain2 .. tapi malas r nnt kt akhirat die tarik kaki kite skali masuk neraka sbb tak nasihat die ..

kid said...

kadang yang jenis tak paham bahasa langsung tu masalah.yang makan dalam tu OK lagi.mungkin dorg boleh insaf dengar ayat macam tu.

Anonymous said...

btl doh pe anda komen tu.. dan sama dgn pendapat dgn ambe.. skrg nih, malaysia ditadbir oleh kerajaan sekular. bila pelaksanaan undang2 yg agak rapuh myebabkan rmai melayu tidak serik bt dosa. malahan berulang2 dan semakin menjadi kebiasaan.. kesudahannya, dilihat perkara haram solah-olah menjadi halal. apabila di tegur, ditegur kita smula. sbbnye, perkara yg dh di anggap halal bg mereka.. lagkah perlu dibuat, kembali kepada agama, betulkan sistem pendidikan. agama letak di hadapan. nescaya, tiada lg org2 yg bodoh sombong wujud..

+akufobia+ said...

dapat balasan kat dunia kang baru tahu.haha.

semoga mereka dalam lingkungan mereka yang akan mendapat hidayah DIA.

♥rusdiana usman♥ said...

semoga kita tdk termasuk dlm golongan tersebut..=)

APAN said...

mende yg paling bahaya aku rasa bila org pikir mende tu semua dah jadi biasa.biarpun si pemikir tu tak buat pun maksiat2 yg disebutkan di atas ni.tpi gitu la...masing2 anggap mende tu cam dah normal...

hmmm...aku bukan nak ngaku aku jenis pemikiran mcm tu.kalau nak gi tegor depan2 mmg aku x boleh wat kot.just naikkan kebencian dlm hati boleh la tengok dorang wat semua tu...

hmmm....payah2...

Makbonda said...

Sememangyalah kubur kita lain-lain,tapi saya takut seandainya kita akan berjiran,saya tidak dapat bersemadi dengan tenang kerana dikejutkan oleh jeritan-jeritan dari liang lahad sebalah.

Aqeedah Mumtazah said...

Salam..terima kasih sebab ziarah blog saya terkejut pula dgn komen anda di shoutchat saya..rupa2nya ini merupakan tajuk artikel awk hehe;D btw best2..biasalah manusia2 sebegini yg perasan dirinya betul dan x terbuka utk menerima teguran org..sepatutnya kita berlapang dada dgn teguran lagi2 melibatkan dosa pahala

Mujaddid said...

Assalamualaikum w.b.k
Kata2 sebegini sering diungkapkan oleh mereka yang beragama islam namun tidak beriman kepada Allah.

Salah satu contoh lagi kepada wanita yang tidak menutup auratnya.
Bila disuruh pakai tudung,pelbagai alasan yang diberinya.Alasan-alasan yang sering diungkapkan oleh wanita-wanita sebegini "Perempuan pakai tudung pun perangai tak senonoh,berkhalwat pulak tuwh","tak bersedia lagi,dah kahwin nnti pakai la","Pakai tudung bukan untuk dipaksa!" dll.

sebenarnya,orang sebegini mencari alasan untuk menghalalkan perbuatan mereka itu.
Mereka sudah meletakkan nafsunya lebih dari darjat keimanan mereka..
wassalam.

Anonymous said...

budak2 zaman skrg nie susah nak nasihat..adik aku pun payah gak nak nasihat..kesian mak asyik duk tunggu pukul 1 baru reti blk rumah..pernah mak nak parang dia tp dia lari dari rumah dah mcm mn tu..adoi sbr jer lah..aku dah puas tegur tetap mcm tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...