09 June 2011

Kenapa Blog Jual Muka Mendapat Sambutan Hangat?


Melihat dunia blogging, apa yang aku nampak sekarang adalah penuh dengan sandiwara duniawi. Lebih ramai mencari populariti berbanding mengejar amalan untuk bekalan di akhirat kelak dengan blogging.

Sejak aku menerjah ke dunia blogging yang luas ini, sememangnya aku didedahkan dengan pelbagai kebejatan akhlak manusia. Blog walking ke merata-rata blog, Allah telah mempamerkan kerosakan syakhsiyah dan akhlak manusia. Bukan aku sengaja nak melihat keburukan orang lain, tetapi ia menjadi lumrah akhir zaman, kemaksiatan berlaku di mana-mana, baik di alam nyata mahupun alam maya. Blog lucah, blog bajet hot, blog couple macam nak rak, blog jual muka, dan macam-macam jenis blog aku jumpa, semenjak aku mula menjengah ke dunia blogging pada lewat 2009.

Apa yang nak aku tekankan dalam entry kali ini adalah Blog Jual Muka (BJM) di Malaysia. Ia lebih dominan jika dibandingkan dengan blog lucah, blog bajet hot, dan blog couple macam nak rak. BJM dikatakan lebih dominan kerana jumlah followers dan komen mencapai angka yang sangat luar biasa.

Jumlah followers tak mainlah setakat ribu-ribu, tapi mencapai angka puluhan ribu. Komennya pula, setakat entry, "Aku pening. Mood aku tak baik ni..." pun boleh mencapai komen yang beratus-ratus, walhal isinya kosong dan langsung tidak ilmiah! Malah, karangan jenis autobiografi jauh lebih ilmiah daripada itu walaupun ia bertajuk, 'Aku Seluar Dalam Koyak'.

Cuba kalau blogger lelaki atau perempuan yang tidak jual muka yang tulis macam tu, rasa-rasanya aku boleh jamin, orang pun tak lalu nak komen. Bahkan mungkin kena maki, "Woi, kalau pening telanlah panadol sampai ko mampus. Menyemak je aku baca blog ko ni. Tak ilmiah langsung!".

Sebabnya, pemikiran ummat masa kini masih belum berubah. Masih terpedaya dengan jualan murah muka itu yang disolek dengan solekan tebal lagi pekat. Asalkan muka cantik sahaja, ramai yang terpedaya. Lihat saja, BJM di Malaysia ni, berapa puluh ribu followers mereka? Semuanya gara-gara tertipu dengan bisikan syaitan dan penipuan solekan tebal itu. Blog yang benar-benar ilmiah kurang mendapat sambutan kerana dakwah itu belum sebati dalam jiwa masyarakat kerana kehidupan masa kini diselubungi sekularisme yang jijik lagi kotor.

Kalau bertudung tu, buatlah cara seorang muslimah yang benar-benar ingin menjaga maruah, bukan berselindung di sebalik tudung untuk menjual muka di blog. Sudah bertudung, dipakainya pula bulu mata palsu, dan solekan yang berlebih-lebihan. Lepas tu, buatlah muka yang agak-agak cute lagi hot. Kembung pipi, mulut muncung, tayang lesung pipit... Ya, memang nampak comel. Tetapi LELAKI YANG TAK GAY macam aku ni pun rasa menyampah tengok seorang muslimah bertudung buat gaya-gaya bajet macam tu untuk meraih populariti duniawi. Dan sedarlah, Islam telah menetapkan larangan bertabarruj!

Apa yang aku nak nasihatkan diri aku dan rakan-rakan sekalian, jangan tertipu dengan kecantikan yang ditayang tu. Kecantikan pada seseorang perempuan bukan untuk ditayang dan dimegah-megah, apa lagi untuk dijual di blog untuk mencari publisiti. Tak takut untuk aku cakap, publisiti tersebut adalah publisiti murahan untuk meraih populariti.

BJM ni, tak perlulah aku bagi tau kepada pembaca-pembaca. Harap faham-faham sendiri. Semurah mana mereka jual muka mereka di BJM mereka, harap para pembaca tidak 'berurusniaga' dengan mereka. Sekian. Wallahu a'lam.


*****

Maksud hadis:
"Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”Allah mengutuk wanita yang bertatu atau minta ditatu, wanita yang mencukur alis dan mereka yang meminta dicukur alis mereka, wanita yang membentuk giginya agar kelihatan cantik dan mereka yang mengubah ciptaan Allah.” [HR Ibnu Mas'ud]

Comments
115 Comments

115 Orang Cari Pasal:

babybubble said...

suka post nih .

shah said...

blog lucah tue termasuk blog movie aku ker..
hehehehehe..
tp aku suke entri nie juga..
kadang2 gedik la pula tengok..

SoutulMujahid said...

ha.. dah tau ada movie lucah, pi la buang.. ish3.. shah oo shah...

ohh ddy said...

aku kategori ape ah plak?? baise2 je ek? ehheheheh

Ummu Nuha said...

salam...nak buat cmne..smua suka bt BJM..hehe

JIJI YU said...

hehe..leh tak aku nak promote entry ni kat blog aku...

Ieda Al-Habsyi said...

yeahh! setuju. entri terbest :)

Shira Shafrida said...

apa maksud 'berurusniaga' di atas ye?

kurang faham..

hana nabihah said...

terasa sikit -__- tapi aku dulik apa..janji xkacau orang lain :D kahkahkah

eyna_chan said...

huhu...jeles tgok org rmai folowers
tp klo rmai pn xgne gak, xsume bce entri kite. yg komen pn sorang dua je. da tu org yg same je

=__='

btw nice entry ^^b

erniemusliana said...

dah dorang wat blog for fun, mmg lah tade ilmiah.

SoutulMujahid said...

@ohh ddy: nnti aku baca blog ko ek. hehe

@JIJI YU: silakan. x letak link pun xpe. tp kalau letak lg bagus, supaya org lain boleh buat rujukan

@Shira Shafrida: mereka kan jual muka. jd jgnlah beli drpd mereka. hihi~

@hana nabihah: betul ke x kacau org? cuba fikir semula. hihi~

@eyna_chan: x perlu jeles. kena usaha lg. follower ramai tp x baca x guna jugak :p

Ain Zulaikha said...

huhuhuhuhu tak berani nak describe lebih.. bagus entry ni by the way..

agak2 blog saya macam mana pulak? huhuhu tak de unsur ilmiah jgk pun T___T

Fathiah Hamim said...

saya blog jenis apa? tapi memang macam tuh la sekarang. bukak page orang, pampang muka depa dulu.

shidah2020 said...

haha . . agak marah ye dia ni . . x pe2 , bgs jugak untuk dikongsi kt blog . terbaek !
nasihat-menasihati ~

Ad-Dien said...

tiap yang kita kongsikan itu spatutnya mnjadi manfaat dan berguna kpd org lain, menyuluh kepada kebaikan bukan sbaliknya, wallahua'lam..

Konspirasi Dunia- Tree of Life(WADi)

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

rasenye xsalah kut.. yang penting kena jaga batasnye..

Sebab dunia blog ni sekadar tulisan jer, ia melibatkan persahabatan jugak

Koding said...

Sbb ramai yang nak cuci mata tengok awek2 cun..

cik najihah said...

haip..
thanks singgah..
terpulang pada individu masing2..
honestly mmg agak terase lah dengan post di atas tapi its great..kamu setidak2 nya menyedarkan juga..
tapi masing2 diberi akal & fikiran untuk menilai..maaf andai tersilap kata..
:)

wanUSJ said...

BJM=Blog Jalan Mudah..

A.L.I.L B.L.O.G said...

Blog sy mmg tkde smbutan pun sbb bkn blog bjm.. huhu.. -.-

Shira Shafrida said...

alamak aii..

suka tgk je muka dorang.. tak beli pun.. :P

Akim Iqbal said...

HAHAHAHA... lulz

BJM BJM BJM BJM BJM EVERYWHERE !!!
BJM BJM BJM BJM BJM EVERYWHERE !!!
BJM BJM BJM BJM BJM EVERYWHERE !!!
BJM BJM BJM BJM BJM EVERYWHERE !!!
BJM BJM BJM BJM BJM EVERYWHERE !!!
BJM BJM BJM BJM BJM EVERYWHERE !!!
BJM BJM BJM BJM BJM EVERYWHERE !!!
BJM BJM BJM BJM BJM EVERYWHERE !!!
BJM BJM BJM BJM BJM EVERYWHERE !!!
BJM BJM BJM BJM BJM EVERYWHERE !!!
BJM BJM BJM BJM BJM EVERYWHERE !!!
BJM BJM BJM BJM BJM EVERYWHERE !!!
BJM BJM BJM BJM BJM EVERYWHERE !!!
BJM BJM BJM BJM BJM EVERYWHERE !!!
BJM BJM BJM BJM BJM EVERYWHERE !!!
BJM BJM BJM BJM BJM EVERYWHERE !!!
BJM BJM BJM BJM BJM EVERYWHERE !!!
BJM BJM BJM BJM BJM EVERYWHERE !!!
BJM BJM BJM BJM BJM EVERYWHERE !!!
BJM BJM BJM BJM BJM EVERYWHERE !!!
BJM BJM BJM BJM BJM EVERYWHERE !!!
BJM BJM BJM BJM BJM EVERYWHERE !!!
BJM BJM BJM BJM BJM EVERYWHERE !!!
BJM BJM BJM BJM BJM EVERYWHERE !!!
BJM BJM BJM BJM BJM EVERYWHERE !!!
BJM BJM BJM BJM BJM EVERYWHERE !!!
BJM BJM BJM BJM BJM EVERYWHERE !!!
BJM BJM BJM BJM BJM EVERYWHERE !!!
BJM BJM BJM BJM BJM EVERYWHERE !!!
BJM BJM BJM BJM BJM EVERYWHERE !!!
BJM BJM BJM BJM BJM EVERYWHERE !!!
BJM BJM BJM BJM BJM EVERYWHERE !!!
BJM BJM BJM BJM BJM EVERYWHERE !!!
BJM BJM BJM BJM BJM EVERYWHERE !!!
BJM BJM BJM BJM BJM EVERYWHERE !!!
BJM BJM BJM BJM BJM EVERYWHERE !!!
BJM BJM BJM BJM BJM EVERYWHERE !!!
BJM BJM BJM BJM BJM EVERYWHERE !!!
BJM BJM BJM BJM BJM EVERYWHERE !!!
BJM BJM BJM BJM BJM EVERYWHERE !!!
BJM BJM BJM BJM BJM EVERYWHERE !!!
BJM BJM BJM BJM BJM EVERYWHERE !!!
BJM BJM BJM BJM BJM EVERYWHERE !!!
BJM BJM BJM BJM BJM EVERYWHERE !!!
BJM BJM BJM BJM BJM EVERYWHERE !!!
BJM BJM BJM BJM BJM EVERYWHERE !!!
BJM BJM BJM BJM BJM EVERYWHERE !!!
BJM BJM BJM BJM BJM EVERYWHERE !!!
BJM BJM BJM BJM BJM EVERYWHERE !!!
BJM BJM BJM BJM BJM EVERYWHERE !!!
BJM BJM BJM BJM BJM EVERYWHERE !!!
BJM BJM BJM BJM BJM EVERYWHERE !!!
BJM BJM BJM BJM BJM EVERYWHERE !!!
BJM BJM BJM BJM BJM EVERYWHERE !!!

Miss Lady Iena Nazir said...

tiem kaseh atas peringatan..
(:

Seri Kandi Islam said...

ade unsur lawak juge disini w'pun dlm nada marah.. mcm gaya BABBBK pun ade.. tp, setujulah en3 ni. menunjukkn ramai rakyat malaysia amnya dan ummat islam khususnya yg masih lagha dgn topik2 yg ntah ap2.. dgn bnda yg borak2 kosong.. just kite bandingkan jek dgn blog2 atau status FB yg berbentuk ilmiah, haram lah dyrang nak komen smpai pnjg jele.. plg koman pun dyrang like je.. yg plg trk, pndg sebelah mate pn xnk.. haish.. rugi2...

Macha said...

aku rasa kau ni kene faham dgn jenis org berbloging ni..ada yg personal, ada yg berunsur ilmiah dan lain2 lagi..dan kau kene lbh faham..yg byk letak muka aka BJM ni..blog personal,yg isi dlmnya berkisar ttg hidup dorang..

kau tak boleh nak salahkan mereka..kau try buat blog personal..mesti la blog tu penuh dgn gambo muka kau..betul x?

bende ni dah jd mcm diari dorang..

dah menjadi kebiasaan, blogger yg mempunyai muka paras yg cantik..mmg la akan dpt folower yg byk berbanding blogger yg kurang cantik..tp bende ni sebenar tak penting pun,kebanyakan blog yg femes mempunyai isi2 yg menarik, bagaimana cara mereka mengolah bende tu supaya bende tu jadi menarik bila org baca..heheh

ni ada contoh blog yg bukan personal
http://telordibasuh.blogspot.com/
http://tubelawak.blogspot.com/
dan yg plg cool http://blogserius.blogspot.com/ :PP

dan blog hana nabihah.. tak tgk dia punya title ?? ni ha,biaq aku copypaste ni this is the story about a girl named HANA NABIHAH << nampak tak apa yg aku nampak??? kau gile ke..blog personal xde gambo owner dia? nanti org kata syok sendri,fake dan blablabla..hahahhaha
laa kira blog life story dia la..

so konklusi dia..xde la istilah BJM yg kau maksd kan..dan aku rs kau ni patut studi pasal kategori2 blog ni..dan aku ada nampak ayat2 kau ni mcm jalez dgn dorang..wkkwkwkwkkwkwk


p/s:jalez detected..!!! kahkahkah
p/ss: nak cepat pames? buat post mcm #adindaevans

kahkahkah

Anonymous said...

Inba butthurt LoL

SoutulMujahid said...

aku femes krn ilmu yg aku tabur, alhamdulillah. semogaa aku dan kalian mendapat manfaat, amin...

blog personal perlu ke letak gambar2 bersolek tebal? boleh la baca pasal larangan bertabarruj kat link atas tu

aku tulis bukan ikut idea dan kepala otak aku semata2. aku ada sertakan hujah, insya ALlah ilmiah.

kalau ko tgk post aku yg lepas2, ada je pasal personal life aku. tp x pulak aku letak muka aku. kalau ko nak tau, aku ni dikategorikan lelaki kacak jugaklah. hehehehehehehehe~

btw, thnx 4 ur comment. aku dah ada kat dunia blogging ni sejak 2009. insya Allah dah tau dah, dah masak dah dgn dunia blogging ni. thnx!

Macha said...

betul, byk blogger yg fames sbb cara peyampaian suatu isi tu..cara dia olah, dan bende ni mmg memerlukan ilmu dan sedikit skill..tak kesah la..

nama pun blog personal, blogger jenis ni lebih suka cerita ttg hidup dorang, aktiviti yg dorang lakukan..so untuk menarik perhatian pembaca supaya tak bosan bila baca, mereka selit la sedikit gambo..dan semesti la ada muka mereka...betul x?

yee..skg ni dunia akhir zaman, byk berlaku kerosakan di muka bumi ni, tak lps juga akidah..dan zaman skg ni byk manusia yg fasik..kau tau kan? bende ni mmg dah jadi tren la pd blogger2..sp nak baca kalau blog tu kosong jek..heehhehe

pasal larangan bertabarruj tu,bende ni dah mcm org dah tak hirau pada jaman skg..sbb tu skg byk manusia yg fasik..

yg pasal post pasal personal life kau tu, kau pun tau kan jenis blog kau ni..so tu la jawapan dia..ye aku tau kau lelaki kacak, tp bende tu hanya pinjaman je..bila2 masa je boleh kene tarik balik..so bersyukur la..

dan aku rs tak ramai yg buat blog berunsur ilmiah,agama ni..sbb bende ni org tak suka baca..ada betul ka?

so aku respek kau sbg blogger yg punyai satu blog ilmiah yg menarik dibaca..syabasss

p/s:hehehehhe

Ahmad Kamil said...

salam...bro soutul mujahid......bebaru ni apeb ade gak bwat entry lbey krang gini...teremosi sket...bila kita nk dakwah kt org len jgn smpai kita ditelan emosi...kalau tak dakwah tu tak berjaya malah golongan sasaran dakwah tu mungkin akan jd lagi teruk..sesungguhnya dakwah itu melalui cara yg terbaik : perbahasan yg baik,contoh yg baik, dan nasihat yg baik....mmg ada perasaan marah yg mulia dlm Islam...iaitu marah apabila agama dihina dan dipersenda..tpi dalam situasi dakwah kepada org lain..perasaan marah bakal jadi satu halangan untuk dakwah tu berlaku secara berkesan...

kotak hitam said...

setuju,tapi masing-masing ada pendapat masing-masing,dan entry ni sebagai peringatan..
terima kasih...

dan satu lagi.. blog aku camne pulak?hehehe

Aqilah said...

Tumpang tanya, maksudnya pakai braces tu haram ke?

Anonymous said...

to macha:

sy rasa tiada unsur2 jeles dlm artikel ni. kita menegur org x solat, adakah kita jeles sbb dia x solat?

kecualilah anda sndri yg trsentap dgn artikel ni... lgpun dia mnulis brdasarkan hadis2 dan ayat2 quran. tu pn masih lg nk prtikaikan?


tuan blog ni pn kacak jugak tp x la jual muka smata2 nk tarik pmbaca. biarlah blog kita d gemari krn isinya (yg brilmuah)..bkn rupanya.

wsalam :)

Anonymous said...

*brilmiah

Anonymous said...

Salam...minta izin utk share..

syukran.

SoutulMujahid said...

sila share. x kisah artikel dlm blog ni dicopy & paste ke mana2 pun asalkan x mengubah isikandungannya. blog ni tiada hakcipta

pasal aku 'KACAK' tu, main2 je. hehehe. x kacak mana pun. kui3~

fnatasha.hafizi said...

salam.entri yg bagus.. ^^
tapi kbykan blogger skang just write for fun kot..
sometimes ad gak selit2 ngan info.. :)

senyumSOYA said...

thanks dtg singgah...
masing2 punya pndpt dan gaya tertentu nk tarik followers..

tapi jgn pulak smpai menyimpang dari agama...(^^!

p/s : nasihat yang bagus akan diterima.. insyaALLAH..

Faiz Tapit said...

keh3. nsb baik blog aku berilmiah

Afiq Din said...

blh diambil pedoman

SoutulMujahid said...

blog faiz tapit mmg berilmiah. sebab tu aku follow dan selalu baca. hehehehehe~

Anonymous said...

nasihat yang bagus...sesungguhye jgn jemu utk menasihati kerana mrk yg saling nasihat-menasihati adlh mrk yg tidak rugi...wallahua'lam :)

kid said...
This comment has been removed by the author.
kid said...

setuju pasal yang kat atas ni.sebab blog2 BJM macam ni dah bertambah-tambah aku tengok.Kadang2 nak berblog pun kena fikir 2 kali nak letak gambar.Aku rasa kebanyakkan blogger jenis macam ni tak alert dengan dunia it.Bila gambar dah tersebar luas tahu pula nak bising.

SoutulMujahid said...

jadi, x hairanlah ada byk gambar awek2 melayu kita kat YouTube. mudah je golongan x bertanggungjawab ni ambik kesempatan

kalau kena rogol jangan salahkan blogger atau wordpress aaaa. hahaha~

Es Kay said...

Kalau dah nak wujudkan blog personal ? Kenapa tak buat untuk hanya invited readers ? Musykil ! kenapa nak pablik ?
kenapa nak pablik ?
kenapa nak pablik ?
kenapa nak pablik ?
kenapa nak pablik ?
kenapa nak pablik ?
kenapa nak pablik ?
kenapa nak pablik ?
kenapa nak pablik ?
TAYANG MUKA KAT INVITED READERS SUDAHLA..
TAYANG MUKA KAT INVITED READERS SUDAHLA..
TAYANG MUKA KAT INVITED READERS SUDAHLA..
TAYANG MUKA KAT INVITED READERS SUDAHLA..
TAYANG MUKA KAT INVITED READERS SUDAHLA..
TAYANG MUKA KAT INVITED READERS SUDAHLA..
TAYANG MUKA KAT INVITED READERS SUDAHLA..
TAYANG MUKA KAT INVITED READERS SUDAHLA..
TAYANG MUKA KAT INVITED READERS SUDAHLA..
TAYANG MUKA KAT INVITED READERS SUDAHLA..
TAYANG MUKA KAT INVITED READERS SUDAHLA..
TAYANG MUKA KAT INVITED READERS SUDAHLA..
TAYANG MUKA KAT INVITED READERS SUDAHLA..
TAYANG MUKA KAT INVITED READERS SUDAHLA..

Marah ?

SoutulMujahid said...

muahahaha. marah nampak

YOUsoF said...

Aku ikut Akim Iqbal jugak..

BJM BJM BJM BJM BJM EVERYWHERE !!!

Haalanara said...

whats more can I say....thumbs up!!!

Wilayah Sepet Kuku said...

angkat 2 ibu jari kaki n tangan utk entry nie..

kalau nak beli barang,tengok luar dulu..molek sampul molek bekas...beli..sekali balik umah..ada ulat dalam..biasalah!...lumrah alam sekarang..

Len kali...jual lah nasi plak yea...malas lah nak kuar makan...bungkus jek senang..hehe

A retarded kitty said...

aku jual tulisan aku.
kekeke
blog BJM? wa tak heran

SoutulMujahid said...

tulisan xpe. jgn jual muka. benci la gedik2 kat blog nih

iszieylyanziy said...

banyak jek BJM..dats y lah timbul isu muka cantik takda kaitan dengan kefamousan blog...huhu...salah sorang kot,,hahaha...apa pon thanks 4 da ingatan,,ngee,,,

tiefazatie said...

nice n3..btw thax 4 sharing..

Queen F said...

setuju bro :) ye lah bukan nak menyibuk cuma saling mengingatkan.. kalau rasa kena batang idung, jangan pulak cepat melatah.. kadang2 kita tak sedar keburukan di sebalik menda tu.. pikir-pikir kan lah.. :)

eqa said...

nice entry :)

Lanunsepet said...

sahabat2 sekalian terimalah nasihat ni..
pada blogger yang BJM, hentikanlah sekarang maksiat yang berlaku di blog anda.

blogger wanita muslim yang dedahkan aurat di blog peribadi, anda sedang buat dosa 24 JAM.

Lanun wajib tegur sebagai saudara seagama.

Atiqah Ali said...

huh? best post ni..
iqa sukaa.. byak komen..
ade yang tak puas hati ade yang okay~
btw, bersyukur pada orang yang MENYAKITI mu kerana dia yang MENABAHKAN kamu, bersyukur pada orang yang TAK MENGENDAHKAN kamu kerana dia ygMEMUPUK mu BERDIKARI, bersyukur pada orang yg MENJATUHKAN kamu kerana dia yang MEMPERHEBATKAN kemampuan mu.. thumbs up to admin....
moga setiap post anda buat akan banyak beri manfaat kpada semua orang.. walaupun kita tau, now rmai orang tak amik endah.. tapi anda bolah tarik balik org yang baru nk mula kepada malakukan dosa, supaya sedar dan kembali ke landasan yang betul.. =)

SoutulMujahid said...

sob sob... ;(
terharunya baca komen di atas
terima kasih ya ;(

♥ Princess ♥ said...

betul ;) sgt bermanfaat ;)

zieraSharpLet said...

sy suka :]

pnuh informasi

kritikan mmbuka pmikiran

Haru Biru said...

byk sangat komen... hmm... jualan murah mcm tu mesti la ramai yang suka.. kekeke... rasa geli plak nak singgah blog mcm tu.. hahaa...

nurathirahkaman said...

informasi terbaik...tapi my blog pong more to my diary takan nak boh muka org len lak...:)

Cik Farah said...

thanx 4 sharing :)

Bintu ZulAziz said...

terbaekk!!~

Zara is Haura said...

love reading it! syukran ats prkongsian!

APAN said...

aku rasa aku belom tergolong glm geng BJM ni lagi kot...x sampai hati lagi nak wat camtu.muka pun x seberapa.tpi bukan nak kate xde trus...ada gak sikit2.huhu...

aku mmg x pndang sngat kat tuan punya blog yg cntik2.kalao masok pun stakat tngok gambo dia hari2 jemu gak...pastu tambah lak citer pasal balak la.haha... (bukan semua gak la)

tpi kalau entri dia menarik utk bacaan aku, aku baca je la.x memilih paras rupa.papepun, aku setuju ngan entri ko ni.haha...

kasi boikot...

alif haris said...

haha .. blog jual muka ! kih3 .. klu cmtu followersnye mst tak ikhlas nk follow sbb follow atas dasar hot atau cantiknya girl tu ..:D

MERAH said...

salam,boleh tahan pedas entri kali ni.Memang byk pon skrg remaja buat blog nak tayang muka lpas tu inti blognye kureng (maklumlah dah nama pon personal blog kan).

BJM ni xkira lah lelaki ke perempuan, 2-2 sama je. Cuma orang biasa hentam perempuan sebab kalau dah tunjuk muka tu, badan sekali nak kena tunjuk dengan aksi yang ntah pape.sekarang ni semua orang nak jadi model even konon gaya muslimah tapi jika dilihat gambanya agak keterlaluan. Orang yang tengok tu GELI & MALU. camne la tu.


Jom singgah!
Kalau penting kenapa macam-macam alasan timbul?
Kau ni tak malu ke?
Kekasih bukan suami, bukan TUHAN!

Ieyda binti eynal said...

betul sangad tuh . Lg bagus kat blog tuh x yah letak muka . Profile guna le gamba katon cincan . HAHA :PP

cik ungu said...

ni betul cepumas punya gambar neehhh..

awek kiri tu mesti ade lesung pipet kannnnn. penat je mekap tapi muke kene blur. kuang3~

Anonymous said...

nasihat yang terbaik! aku sokong 100%.

pernah terbaca satu entry pasal sorang pompuan ni. aku rasa pompuan lain patut jadikan contoh:
http://www.evagurl.com/2011/06/door-to-exit.html


sorry gua takde blog, tpksa guna nama anon.

SoutulMujahid said...

makkkk eeehhhh!!! terkesima aku tgk owner blog tu.. adeehh... lawa siot

Shakinah Sholehuddin said...

entri yg sgt bagus.
kdg2 kita ni perlu diberi peringatan kerana manusia sering terlupa...

Anonymous said...

like...

amranaiman said...

nice entry terbaik... huuu :D

ChaCha said...

suka yang ni..blog cha kaogeri ape?hhee

SoutulMujahid said...

adehh... ramainye tanya blog mereka kategori ape... ponat den nak nengok semua. hahahaha

: husna : said...

alhamdulilah..nice entry...
hehe. mak cik xsuka meriah di public.
xkira mane2, jgn la org kenal mak cik.
so kt blog ke, fb ke, mmg gambo xde..:)

tqaroslan said...

this is impressive and awesome to be read. :)

hana said...

erm..
dapat link dari Apan..
btw i like dis entry...
haha..
tapi blog saye x pasti plak de ilmiah ke x...
=D

SoutulMujahid said...

berusaha ke arahnya. blog sy ni bukan ilmiah mana pon. tp sy benci BJM

semut api said...

BJM=diorang rasa cantik bila buat gtu..

:: Zahratu Billaurah :: said...

Suka sangat post ni ^_^ Alhamdulillah.
Semua kembali kpd niat. Tutup aurat untuk apa. Kerana apa?

Ajieda Ajis said...

entry yang meanrik... saya suka.

Atika Aula said...

sy setuju 100% dgn entri ni..
kalau betul pun nak letak gambar, nak tunjuk kan siapa pemilik blog tu, letak la sekeping, tp jgn smpai menimbulkan fitnah. tu kalau nak letak la..bg muslimah. kalau tak nak letak lagi bagus..selamat. sekarang ni,dunia it lebih bhya drpd dunia realiti. hmm...thumps up :)

UNA budak BAEQ said...

erm nak cakap apa ye nak cakap apa ye . nak ckap apa ye . kalaolahh .

ok ini saya suka . entry macam nih lah . penuh perasaan dan tak mustahil adegan sentap menyentap akan berlaku . dan apa boleh buat clap utk sesiapa yg terasa saja. mcm es kay ckp dah blog personal tuh pepandai lah private . kehkeh

muhasabah jika ada rasa salah terhadap Allah.
im here to be with youuuuu~

daylachan said...

ingat sy sorang je xsuka tgk dorg tayang muka...hiih

Noah Syakirin said...

blog BJM tu, kalau betul wat untuk personal dan suka2 je, wat private saja sudahla.

SoutulMujahid said...

jual keayuan wajah pd harga yg murah. ahaks!

Dee said...

tetibe nak nyibuk.....ramai je kenalan yang lebih alim dari diri saya...dan mereka mmg aktif berdakwah....tapi malangnye, bukan makin ramai mendekati mereka, bahkan melarikan diri dari mereka...kenapa? rata2 mengatakan mereka benci cara mereka berdakwah..."kasar" kata nye dan "macam die bagus sgt"...kenapa? cara mereka berdakwah membuat mereka sakit hati dan rasa marah...


tapi ada juga rakan yg alim...tetapi tidak pernah "fire" rakan2 lain secara direct...malah kalau diajak kemana2,contoh ke karaoke atau wayang, dengan lembut dan bersahaja die berkata "tak palah...saya tak ikot...sbb sy plan nak baca quran mlm ni" instead "kenapa nak pergi semua tu? kan lagha....."

kerana kelembutan die, dan teguran lembut yang tidak menyentuh perasaan....ade rakan tak bertudung terus bertudung dgn sempurna mengikut syariat....alhamdulillah...


so, point saya...nak tegur org...nak berdakwah...perlukan soft skill yg tertentu...bukan fire direct baeekkk punya....apa ntah lagi terhadap golongan remaja/dewasa yg rata2 cara hidup dah sebati dgn mereka....


wallahuualam....selamat berdakwah

Dee said...

oh, btw....saya takde blog mcm empunya sebut2 di atas tu...

tapi sebagai teguran je sebab tetibe terlintas kat kepala selepas membaca komen2 kat atas...


sekian terima kasih...huhu

~HanAlia said...

suka btl aq dgn entri ni...hoho

[sutera kasih] said...

teruskan berdakwah soutulmujahid..org yg menegakkan kebenaran mmg sentiasa ditomah, dkritik, dkeji kerana menyampaikan kebenaran..semoga awk kuat & tabah utk memberi teguran kpd saudara sesama Islam..yg pnting, jgn cepat melatah & melenting if anda mendpt kritikan semula..

..indahnya dakwah secara berhikmah & penuh kelembutan..

cik fatin afiqah ♥ said...

bismillah .. nice entry ^^

.sweet-ants. said...

SETUJU.

Encik JI said...

aku mmg sngat xsuka bila masuk je blog, kluar gmbar muka pmpuan tu. geli doe.

lg2 blog yang letak sekali ngn badan ni, nk show off asset ke dik? abang xnak tgk.

geli la weh blog2 murahan cmni. haha.

kang aku ltak gmbar aku beso2 kt blog, korang nak tgk? kekeke.

Ayeem Jemain said...

hehehe alamakk

Kafe Que said...

gua rase entry lu ni bgus dibace oleh blogger2 lain..kdg2 kite trlupa bila dah sronok sgt berblog.kdg2 solat dilengahkan,ngaji xde,ngumpat la,kutuk2 org..masyaAllah..

Najihah Yusof said...

Alhamdulillah; akhirnya ada yang sudi menegur mengenai masalah ini. tak adalah rasa macam kita seorang je :)

LydSunshine said...

Tu la Soutul, blog akak ni sikit punye ilmiah, tapi tak ramai pun org nak follow, mentang2 le akak tak jual muka kat blog. *kekeke.. gurau je. Blog akak takde ilmiah pun, kdg2 merapu jugak. Tapi akak sgt setuju dgn pendapat kamu cuma tak berani nak kuarkan entry begini. Maklumlah... nnt follower BJM naik hangin plak. Takkan tak tau sifat2 peminat fanatik kat Malaysia ni. Pantang org yg mereka minat kena cucuk sikit. Habis ribut petir jadinya. Huhu.

Anonymous said...

blog awak bgus ada unsur2 nasihat

norhatizahmohamed said...

suka entry ni :'D

Princess Nusy said...

mmg mnarik isu ni..ske3..skrg2nye bg peringatan kat bdk baru cm sy nyh..hmpir2 jgk terikut2 dgn trend BJM nyh..mmg ramai duk puji gmbar masa letak bnyk2 dulu..(kat situ bleh jd riak)...org laki mane tau..huhu..skrg ni dah bnyk dah buang gmbar2 dlm entry n wall..Alhamdulillah.. =))

SoutulMujahid said...

hahaha. alhamdulillah x terjebak dgn BJM. mari kita sebarkan. BJM x bagus. benci BJM. blog jadi 'hebat' sebab BJM baik x payah

cik kompas said...

nice!!

..ayuni.shukor.. said...

salam...like88 this post

Ku Azhar said...

ooo br fhm.... xpe la yg mana baik ku terima yg mana buruk ku tolak.. :)

mutiahnasir said...

betul betul betul betul.

Raden said...

aku bkn bjm kn? kn? kn?

SoutulMujahid said...

hmm.. entah. tepu dada tanya iman. ngahahahaha~

loVe puRpLe said...

bestlah entry nie.. (^-^) thanks 4 d ilmu..

sha my heart said...

setuju dgn entri. Kadang2 rimas juga. diorang ni nak berblog ke jual muka (kpd blogger yg tak famous lgsg)?
Kalau blogger famous,tak kisah sebab diorang ada isi utk dikongsi. tak de la tayang gambar semua kan?

Ini Kisah Tia said...

blog saya takdelah tayang muka saya. tapi sedar jugak , entri saya bukannya berilmiah sangat. apapun , saya sokong entri ni ..

nor iza said...

blog sy utk suka2 je kumpul koleksi blog2 yg sy follow...
x kisah pon x ramai followers, xde org nk melawat blog or comment post sy sbb sy buat blog hanya utk suka2 sebagai tempat luahan perasaan bukan utk BJM..hehehe..
sy suke follow blog ni dr dulu lg sbb blog ni berinformasi walau jarang2 dapat bukak n abiskan masa utk bace post2 di blog ni..peace!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...