Pages

07 June 2011

Isteri = Pelacur Kelas Pertama?


"Seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi".

Inilah 'peringatan' daripada seorang wanita yang bernama Dr. Rohaya Mohamed, seorang doktor yang mengeluarkan kenyataan berlandaskan paksi kejahilan. Kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau jelas menghina nak merendahkan martabat wanita yang telah ditinggikan oleh Islam sejak hamba-Nya, Muhammad SAW diutus menjadi Rasul.

Menyamatarafkan isteri sebagai pelacur kelas pertama jelas mengguris perasaan wanita khususnya dan umat Islam umumnya. Islam mewajibkan isteri melayan suami untuk menggapai redha Allah SWT dengan cara yang halal dan mulia. Tetapi pelacur melayan lelaki yang menjadi pelanggannya semata-mata kerana wang. Perbezaan redha Allah dan wang ringgit jelas dan bagaikan langit dengan bumi!

Perkahwinan juga bukanlah semata-mata kerana seks, tetapi perkahwinan adalah sebagai perkongsian hidup, saling lengkap-melengkapi, dan soal berkasih-sayang yang akan dibawa dan dipertanggungjawabkan di hari pembalasan. Mana mungkin si isteri melayan si suami seperti pelacur kelas pertama, kerana bidang pelacuran tidak menitik beratkan elemen-elemen yang dinyatakan tadi!

Maksud hadis: Dari ‘Aisyah r.a katanya:”Pada suatu waktu ketika aku sedang haidh, aku minum. Kemudian gelasku kuberikan kepada nabi s.a.w, baginda baginda meletakkan bibirnya di bekas mulutku lalu baginda minum pula. Pernah ketika aku sedang haidh, aku makan sepotong daging. Setelah kugigit daging itu kuberikan kepada nabi s.a.w lalu baginda menggigitnya pula dibekas gigitanku.
[Muslim]

Adakah pelacur kelas pertama akan melakukan perkara seperti hadis di atas? Hadis di atas jelas menunjukkan kemuliaan si isteri, bukan kemuliaan si pelacur kelas pertama.

Sudah jelas lagi bersuluh, walaupun beliau itu bergelar doktor, ia masih dipasung dengan kejahilan tatkala sekularisme didaulatkan dalam kehidupan. Pemikiran-pemikiran 'ilmuwan' seperti ini tidak boleh dijadikan panduan kerana mereka ini secara jelas telah didoktrin dengan doktrin-doktrin kapitalis. Tambahan pula, kenyataan beliau seperti menunjukkan beliau memiliki 'otak porno'.

Islam tidak pernah menyamakan layanan yang terbaik itu sebagai layanan pelacur kelas pertama. Bahkan pelacur itu sendiri dilaknat oleh Allah SWT. Layanan yang terbaik itu telahpun diajar oleh Nabi SAW, dan bukan berpaksikan kepada layanan seperti pelacur kelas pertama.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:” Sesungguhnya tujuh petala langit dan bumi sama mengutuk orang yang selalu berzina dan bau kemaluan pelacur di dalam neraka dapat mengganggu ahli neraka kerana sangat busuknya. ”
[HR al-Bazzar]

*****

Ahmad, an-Nasaie dan al-Hakim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :”Sebaik-baik wanita ialah yang menyenangkan seorang lelaki apabila ia melihatnya, yang taat kepadanya apabila ia menyuruhnya dan ia tidak menyalahi suaminya dengan sesuatu yang tidak menyukakannya pada dirinya dan hartanya.”
[HR Muslim]

SUMBER KENYATAAN: 'Layan Macam Pelacur'
Comments
43 Comments

43 comments:

ika~~ said...

ok fine,doc ni lak femes pas gambit and adinda evans.

btw aku ase dia slh pkai terms kott.in a way aku pn mcm jelek gle dgr perkataan tu.allah dah beri tempat yg istimewa bg wanita2 yg menjadi isteri solehah dia lak buat term baru utk mereka.haish~

Shira Shafrida said...

belajar tinggi tapi pemikiran sekular.

Miss Annaz said...

sakit gak hati bila baca kenyataan doc tu..
dia sbg wanita juga seorang is3 x patut kenyataan sebegitu keluar dr mulut seorang yg bepelajaran tinggi..

Klu dh begitu kenyataannya baik x payah terikat dgn satu ikatan perkahwinan...

SoutulMujahid said...

org kafir pun mempersoal kenyataan doktor ni. tak malu kah kita???

kay shafiQ said...

Ayat doc 2 mungkin x brape sesuai dan gak sensitif kat golongan hawa.

MOK&SONS said...

amboi..cantiknyer bahasa...memalukan umat islam jer bila non muslim tanya..haih...

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

macam mana doktor ini tahu bagaimanakah cara layanan pelacur kelas pertama tu.. dia pernah cuba ke.. Memang cakap main lepas aje kan doktor ni..

Anonymous said...

ilmu tidak seimbangan antara dunia dan akhirat,sebab 2 jdi mcm nie..bercakap mestilah berlandaskan agama..bukan duniawi semata-mata..

ana aufiah @ nor athirah zulkefli said...

pelacur kelas pertama??hurmm...kata DR.
tapi maksud pelacur pun xdapat nak elaborate...
huhu...
maafla...sy xpndai mcm DR tuh...

lahau lawala quwataillah billahil'aliyuladziem...

yang pasti..menjadi Isteri yang solehah kerana nak menggapai redha Ilahi...Allahualam..

bagus...satu perkongsian yang baik...^_^

SoutulMujahid said...

haha.. setuju dgn Mak Dara... dia pernah jadi pelacur kelas pertama ke???

Anonymous said...

maaf saya tidak la menyokong aper yg dr tu kata, cuma nak bagi pandangan jer, saja juga setuju apa yg doktor tu kata. Maksud pelacur tu bukannya nak samakan isteri ngan pelacur, tapi cara layanan pelacur tu yg disuruh diikut tapi jangan la sampai keluar batasan islam, itu ajer maksudnyer. Kadang kadang servis yang pelacur bagi untuk lelaki memang isteri pon kalah, kekadang tu layanan isteri macam kayu, suami xder mood, sedangkan pelacur tu tahu macam mana nak melayan seorang laki itu hingga puas, tu maksud layan macam pelacur bukannnya suruh jadi pelacur, kita jangan la mudah melatah, cuba lihat konsep yang lebih luas, jangan salah faham, saya x suruh kita buat dosa tapi kita leh amik apa yang pelacur lakukan untuk lelaki selagi x dosa disisi islam untuk dipraktikkan di alam rumah tangga, tu jer, ok salam.

SoutulMujahid said...

astaghfirullahal azhim!!!

adakah islam mengajar si isteri melayan si suami seperti mana pelacur kelas pertama melayan pelanggan?

seperti yg saya nyatakan di atas, islam sudahpun mengajar mcm mana isteri perlu melayan si suami, yakni utk mendapat redha Allah. apb redha Allah menjadi matlamat, pastinya ia lebih tggi drpd layanan pelacur!

dan pelacur hanya melayan utk wang dan kepuasan seks pelanggannya sahaja. tp redha Allah lebih drpd segala2nya. astaghfirullah. anda dipasung dan dibelunggu dgn sekularisme. astgahfirullah

cik kacak said...
This comment has been removed by the author.
cik kacak said...

ya Allah , dye cakap macam org pendek akal

femes pulok dye ni sat g =='

Anonymous said...

maaf. sama macam anon kedua. tidak setuju tapi jangan fikir term dia. luaskan. cara layanan isteri menyebabkan suami makan luar. bukan menyamatarafkan.

SoutulMujahid said...

anonymous,saya yakin anda adalah blogger. cuba berani sikit utk tonjolkan diri, bukan hanya sekadar guna 'anonymous'

1 soalan utk anda:
istilah mana yg patut digunakan, melayan suami seperti yg disyariatkan islam atau melayan suami seperti pelacur kelas pertama?

kalau anda perempuan, saya nak tau mcm mana pelacur kelas pertama layan pelanggan.

Anonymous said...

ermm, nampaknya saudara Soutul salah faham, bukannya saya menyamatarafkan isteri macam pelacur, jauh dari itu. Saya x katakan isteri seperti wang yg saudara maksudkan, yang saya maksudkan layanan isteri haruslah lebih dari pelacur itu selagi ia tidak melanggar hukum islam dan untuk menghalang masalah rumah tangga dlm hubungan suami isteri, itu saja, bukannya saya suruh buat perkara terkutuk. Jangan la saudara gunakan perkataan sekularisme semata sama untuk menyekat pemikiran. Islam itu luas, islam sesekali tidak menghalang sesuatu selagi ia dibolehkan dalam islam. Janganlah letak islam itu sempit sehingga ruang keindahan islam kita hancurkan. sekian.

Brotha said...

Bro, the real problem is the selection of words.

Yes I am not totally agree with the selected words, "pelacur", but here, the meaning behind is more important.

Don't be the what-so-called jumud, bro.

If analogies (a form of knowledge) cannot be used, then why don't you forbid the usage of English also? Oh forbid Malay usage too ok.

SoutulMujahid said...

mmglah anda dan doktor tu x samakan isteri dgn pelacur. tetapi membuat analogi 'pelacur' adalah sgt menghinakan

kenapa x cakap, "layan suami spt apa yg nabi saw ajar, agar suami x makan luar". kan berpahala dan tidak merendahkan martabat wanita?

memang doktor tu x menyamakan isteri dgn pelacur, tetapi membuat perumpamaan spt itu mmg dilihat sebagai jumud dan langsung tidak islami

Anonymous said...

tade blog pun. camni lah. term itu luas sebenarnye. org skrg die paham dengan istilah2 cetu. jgn laa terlalu konservatif. tak pernah langgan pelacur, mane na tau. btw, sebab utama suami makan luar? can guess it aite. buka mata luas2.

SoutulMujahid said...

istilah2 yg x diterima akal yg waras

sepatutnya beliau mengingatkan para isteri utk melayan suami dgn cara yg islam ajar, bukan cara pelacur kelas pertama

Makbonda said...

Boleh tak kita ajar anak kita
"Kita mesti berani licik dan kejam macam perompak kelas pertama,barulah orang respek"

Ataupun

"kita mesti berani macam Sidina Hamzah,barulah Islam terdaulat"

hi hi hi masuk tajuk tak?

APAN said...

erm...aku baru tau pasal isu ni.bila tngok kat link bharian pun...cam ramai yg x puas hati...tah ar...

erm...aku nak tanya sikit...tuan blog ni pompuan kan?aku ragu2..

Anonymous said...

mcm kenal je pic 2...????

SoutulMujahid said...

@APAN: dei apan. ini blog lelaki lah. kenapa? aku ni mcm pondan ke?

@anonymous: itulah gambar dr. rohaya mohamed. kenape?

mabk.abubakar said...

hermmm.. "pelacur" tu sendiri dah menunjukkan maksud yang berbeza.. tak kiralah 'kelas" keberapa pun.. "Isteri" tetap "Isteri".. mana bleh disamakan dgn pelacur..

Mohd Saiful Bin Seman said...

Eleh...memang pon..betol gak doktor tu

isme nurul said...

sy baru 3 bulan bergelar isteri kpd cinta halal sy. baca entry sahaja, sy dah rasa tersentuh dan terhina. sy faham, dr rohaya hanya memberi contoh, yg dimaksudkan adalah layanan dlm scope yg lebih luas. apepun, sebagai org islam, beliau patutnya lebih prihatin dengan sensitiviti dan ajaran islam yang memartabatkan wanita. gunalah istilah islamik yang menampakkan minda class pertama!

APAN said...

loh...aku silap letak la ni...aku ingat owner pompuan.sory2...aku letak ko kat dlm bloglist blog juliet...kene tukat romeo la gini...

haha...

YOUsoF said...

Kalau dah pelacur kelas -12 sekalipun. Rasanya sangat tidak bijak lah bila Dr. tu sama tarafkan isteri yang suci dengan pelacur yang kononnya kelas 'suci'..

yahaya said...

kenyataan yg amat menghina kaum wanita....

SoutulMujahid said...

dia tak samakan isteri dgn pelacur. tetapi samakan layanan si isteri bagai pelacur kelas pertama. ini sungguh menghinakan. walaupun aku lelaki, aku tetap rasa terhina

aeshcame said...

Yg bergelar Dr tu x semestinya otak bergeliga~ Perkataan yg dipakai mmg x sesuai sebab langsung x ada kena mengena dgn isteri yg solehah~
x puas hati la ni..

Mujaddid said...

Assalamualaikum w.b.k

Bila darjat seseorang manusia/muslim itu dinaikkan,banyak dugaan yang akan berlaku dan kadangkala keimananya dihijabkan.
Maklumla digelar Dr.
Gelaran sperti Dr,dato,prof dan berbagai itu hanyalah satu gelaran yang dianugerah oleh manusia dan kadangkala penaikkan darjat ini boleh mengkaburkan hati seseorang manusia yang tidak beriman.


Didalam khutbah terakhir baginda Nabi Muhammad S.A.W, beliau ada nyatakan tentang betapa mulianya darjat seorang wanita dan kaum isteri.


"Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu,Mereka juga mempunyai hak diatas kamu"
Jadi isteri ada hak jikalau tidak mahu disamakan dengan pelacur yang hina.

"Layanilah wanita2 kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka sesungguhnya,mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia."

Baginda sudah kata dengan jelas dan tiada kiasan,Wanita adalah TEMAN dan PEMBANTU YANG SETIA dan bukanlah untuk disamakan dengan pelacur kelas pertama.

harap apa yang saya kongsi dapat menenangkan kaum wanita yang sudah berumah tangga.

Mujaddid said...

Sejujurnya,saya tak faham kenapa isu ini perlu dibangkitkan.Kerana bagaimana layanan isteri kepada suami itu bergantung kepada keadaan dan tidaknya sebagai seorang pelacaur..wassalamualaikum w.b.k

Muhammad Zikri Tarmizi said...

salam alaikum saudara mujahid..asif jiddan ya.. ana rasa penggunaan ayat tu salah. memang btl "pelacur" tu tak kena tmpatnya. seharusnya beliau menggunakan spt komen di atas2 tu,mengikut cara isteri Rasulullah.

ana sokong sangat. tetapi kita tak boleh menghina pelacur sesuka hati kita. mereka juga ciptaan Allah suudara. mungkin mereka begitu bukan kerelaan mereka, atau dari kejahilan mereka. mulia buruk mereka kita tak blh nilai kan saudara?

wanita itu mulia disisi Allah,sebagai sayap kiri para2 mujahid Allah. dan mereka wajib dan prlu melayan suami dgn apa cara skalipun.. tetapi layanan itu tak semestinya seperti seorang pelacur. mengikut cara masing2. asalkan si suami senang dgn layanan isterinya.

seorang pelacur ke Jannatullah kerana air dari tapak tgn ke mulut seekor anjing kehausan. fkiran kita ktika itu apa? seorang yang jijik dan laknat ke syurga. takkan kita nak prtikaikan keadilan-NYA.

maafkn ana,pndpt ana sahaja. asif jiddan. ana sokong bntahan knyataan beliau,ttpi ana tak blh mnyokong kritikan ke atas manusia pelacur spt ini. doa2kan mereka kembali ke siratulmustaqiim..
sirrua'la barakatillah ya akhi...

Mardhati Husna said...

mula2 baca tajuk, ingatkan nak cerita pasal seorang istri kerja pelacur klas tinggi..haha.. silap da...upenye ceghitenya begini..

mountdweller said...

Jahil dan langsung tidak mertabatkan kaumnya sendiri!

Ahmad Baei Jaafar said...

Isteri bukan bertaraf pelacur tetapi bidadari kelas pertama. tugasnya bukan sekadar seks seperti pelacur tetapi melakukan segala kehendak suami asalkan boleh menyenangkan hati suami dan mengembirakan kehidupannya. Bidadari tidak akan menyakitkan hati suami dalam segala urusan yang dilakukan.

Anonymous said...

sokong kata kata doktor ni..maksud beliau ialah,melayan aktiviti seks kepada suami seperti layanan seorang pelacur kepada pelanggannya..pelacur memastikan pelanggannya sangat puas.tapi sebagai isteri perlu ditambah dengan layanan kasih sayang dan layanan berahi yg memusakan hati suami sehingga suami tidak makan luar lagi..ramai yang komen bajet suci entah2 makan luar juga..huhu

Anonymous said...

[url=http://loveepicentre.com/map.php][img]http://loveepicentre.com/uploades/photos/7.jpg[/img][/url]
welcome speech for dating event [url=http://loveepicentre.com/success_stories.php]furry dating site[/url] dating nds games
dating usa indian marriages [url=http://loveepicentre.com/]trace his name on dating sites[/url] making money for dating
free oline sex dating [url=http://loveepicentre.com/map.php]dating another attorney at the office[/url] on line dating edmonton

Anonymous said...

friends reunited dating http://loveepicentre.com/taketour.php dating sex simulator games

Anonymous said...

free online dating chat sevice http://loveepicentre.com/taketour/ handicapped dating service
sex dating in robbs illinois [url=http://loveepicentre.com/]hanging out vs dating[/url] texas dating service reviews
hiv posative dating [url=http://loveepicentre.com/faq/]black dating services[/url] free christian dating service [url=http://loveepicentre.com/user/leepmee0000/]leepmee0000[/url] evagaline lily dating the hobit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...