
Berikut merupakan anntara golongan yang pernah ditemui oleh Rasulullah SAW semasa peristiwa Israk:
1. Golongan yang hasil tuaian mereka sangat lumayan. Setelah dipetik hasil tuaian itu, tumbuh semula hasil tuaian itu lagi, lagi, dan lagi. Lalu, Nabi SAW bertanya kepada Jibril, "Siapakah mereka itu wahai Jibril?". Lalu Jibril AS menjawab, "mereka itulah golongan yang membelanjakan harta mereka di jalan Allah".
2. Golongan yang menghantuk kepala mereka pada batu. Mereka menghantuk, lalu pecah kepala mereka, lalu kepala mereka pulih seperti sedia kala dan mereka menghantuk lagi kepala mereka pada batu itu. Nabi SAW bertanya kepada Jibril, Siapakah mereka itu wahai Jibril?". Lalu Jibril AS menjawab, "mereka itulah golongan yang memberatkan solat". Inilah seksaan bagi golongan yang meninggalkan solat.
3. Golongan yang mempunyai kuku tembaga, lalu mereka mencakar tubuh badan mereka dari atas sampai ke bawah sehingga kulit tercerai dari isi. Nabi SAW bertanya kepada Jibril, "Siapakah mereka itu wahai Jibril?". Lalu Jibril AS menjawab, "mereka itulah golongan yang suka mengumpat".
4. Golongan yang dihidangkan makanan yang halal, tetapi mereka memilih untuk menjamah makanan yang haram lagi bernajis dan busuk. Nabi SAW bertanya kepada Jibril, "Siapakah mereka itu wahai Jibril?". Lalu Jibril AS menjawab, "mereka itulah golongan yang mempunyai jalan yang halal untuk bersetubuh, tetapi memilih jalan zina". Seksaan ini bukan hanya terjadi kepada isteri yang berzina, tetapi ditimpakan juga kepada si suami yang berzina.
5. Nabi SAW tercium bau yang amat harum ketika perjalanan Baginda SAW bersama Jibril. Nabi SAW bertanya kepada jibril, "Siapakah mereka itu wahai Jibril?". Lalu Jibril AS menjawab, "Itulah kubur Masyitah". Masyitah merupakan seorang wanita yang mempertahankan aqidahnya dan sanggup mati bersama-sama keluarganya demi mempertahankan aqidahnya.
29 June 2011
5 Golongan dalam Peristiwa Israk Mi'raj
10 Orang Cari Pasal:
- SoutulMujahid said...
-
maaf la sebab buat artikel membosankan ni. nnt aku buat artikel pasal ARTIS ye
-
29 June 2011 11:50
-
Anonymous said...
-
ok la nih artikel mcm ni.
-
29 June 2011 12:17
- touya said...
-
komen entry sendiri ? sedih kot ayat komen tu .
ada banyak golongan lagi kan ? -
29 June 2011 12:54
- SoutulMujahid said...
-
komen sebab artikel2 mcm ni x mendapat sambutan. tp kalau cerita pasal artis, ramai r yg suka
semalam aku dgr ceramah, ustaz tu bg tau 5 je. aku tulis 5 je. kang salah cakap, bdosa plak. huhu~ -
29 June 2011 14:49
- Al-Fakir Hamidi said...
-
Syukran :)
-
29 June 2011 15:01
- qudwa said...
-
thanx...info yg best...
isk isk...insaf nye bace...(>__<) -
29 June 2011 16:06
- mr. WARN said...
-
thanks, okeh what artikel nie..mengingatkan org lain :)
-
29 June 2011 17:24
- suha said...
-
time kasih..perkongsian yg bagus (^_^)
cik suha tak suke cite artis hehe kalo cite katak boleh la layan lalala -
29 June 2011 17:38
- SoutulMujahid said...
-
hahaha.. sstgh org bosan dgn cerita mcm ni. huhu~
-
29 June 2011 18:04
- APAN said...
-
rilek la bro...xde komen bukan maksud xde orang baca ma.jngan terlalu mengharap komen sngat.nanti binasa.haha...
aku pun bz...tu pasal x jenguk2 sini.dan bukak blog pastu blas komen2 gitu je la.mlm ni baru nak balas jejak semua balik...
harap2 dpt dpt la jadi golongan no 1 tu nanti... -
29 June 2011 22:24