
Mengenai Rumah Putera Harapan Ranau:
Rumah Putera Harapan (RPH) merupakan sebuah rumah perlindungan kanak-kanak terbiar di negeri Sabah khususnya di daerah Ranau. RPH diasaskan oleh NGO Islam dan telah dibuka pada 12 Julai 2008. Kanak-kanak yang membesar tanpa ibu bapa (yatim piatu), kematian salah satu daripanya (yatim), mangsa penceraian dan kemiskinan cenderung untuk tidak mendapat pendidikan yang sempurna. Atas kesedaran ini, badan-badan NGO Islam khususnya Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merasakan betapa nasib kanak-kanak ini perlu dibela dengan menyediakan tempat perlindungan dan menyiapkan pendidikan untuk mereka.
Sila hubungi RPH di alamat dan talian:
Lot No 3, Bangunan Serbaguna Koperasi Bakti Peti Surat 960, 89308 Ranau Sabah, Malaysia.
+60198993315
+60198833197
+6088876296
Bantuan kewangan boleh disalurkan pada akaun Bank Islam.
Penama: Rumah Putera Harapan
No. Akaun: 10016010066811
Apa yang ingin diketengahkan adalah:
1. Perkara ini merupakan tanggungjawab pemerintah untuk melunaskan kewajipan mereka, di mana pendidikan dan perubatan wajib diberikan secara PERCUMA
2. Kemiskinan yang melanda umat membuktikan pemerintah sedia ada merupakan pemerintahan yang zalim.
3. Gula-gula pilihanraya sentiasa ditabur setiap kali berlangsungnya pilihanraya. Setelah tamat pilihanraya, mereka membiarkan rakyat terkapai-kapai dengan janji-janji kosong mereka!
4. Mohon umat Islam prihatin dengan isu ini dan iklankan blog ini. Sebarkan bahawa kemiskinan terlalu banyak berlaku akibat kebobrokan pemimpin-pemimpin sekular hari ini merompak hak rakyat!
5. Umat Islam wajib bangkit dan jangan termakan dengan janji-janji manis pemerintah sekular Barisan Nasional. Bangkitlah menuju penegakan semula Daulah Khilafah. Insya Allah keamanan dan keharmonian dunia dapat dikembalikan.