23 April 2011

Konsert Justin Bieber Rosakkan Akhlak Masyarakat



Baru-baru ini, si jambu Justin Bieber datang menggegarkan negara dengan konsert 'My World Tour'. Konsert tersebut telah berjaya merasuk 17000 peminat walaupun harga sangat mahal.

Seramai 17000 berjaya dirasuk oleh budak jambu ini. Entah apa yang istimewa dengan budak jambu ini pun kita tak tahu. Ini bukan ayat dengki, tetapi persoalan yang harus dilontarkan kepada peminat-peminat yang telah berjaya dirasuk dan disihir oleh si jambu ini.

Beginilah masyarakat kita dirosakkan dengan sistem kehidupan yang liberal dan sekular. Masyarakat lebih sayang dan dekat kepada artis-artis walaupun artis ini tidak menjamin syurga dan bahagia di akhirat kelak. Di samping itu, masyarakat terus jauh daripada agama dan terus leka dibuai arus hedonisme.

Peminat yang telah disihir itu bukan sahaja terpekik terlolong melihat si Jambu Justin Bieber. Mereka juga dicampurkan lelaki dan perempuan dalam satu stadium bagaikan rojak. Lebih teruk lagi, rela menonton konsert itu dalam keadaan hujan! Inilah 'pengorbanan suci' para peminat bagi Justin Bieber!

Apa yang dapat disimpulkan di sini adalah, kehidupan yang dicatur oleh pemerintah sekular hari ini jelas mempamerkan kerosakan dari segala segi kehidupan. Masyarakat yang rosak terus dicetak dengan terterapnya hukum-hakam sekular. Masyarakat juga terus leka dibuai arus hiburan melampau.

Sekiranya Justin Bieber itu adalah seorang pejuang Islam, sokonglah dia. Tapi sayangnya, dia adalah seorang yang kafir dan sibuk melalaikan umat manusia. Dengan hanya mencipta seorang ikon penyanyi, umat Islam terus leka. Betapa liciknya kaum kafir Barat menyerang pemikiran umat Islam!

Comments
17 Comments

17 Orang Cari Pasal:

ana aufiah @ nor athirah said...

kehidupan yang penuh di selubungi dengan dengan ideology hedonism,liberal...dan zaman kini tinggal lagi satu fase dimana kita telah melepasi fasa1,fasa2,fasa3 kini kita di fasa ke 4 dan bakal ke fasa 5...bersiap sedialah...

menusuk hati said...

tu lah pasal...yang banyak ikut pun budak-budak kita yang dalam ic dia mengaku islam.Hancus!

SoutulMujahid said...

kesian dgn org yg kena sihir tu. terpekik terlolong sebab gilakan justin bieber ni

Pirate said...

sy x faham... best sgt ke budak nie?

Blog Master Jabatan Matematik IPG KBM said...

NGAMNO yg rosakkan.....!!

Al-Fakir Hamidi said...

Salam.

saya ada sahabat, yang juga ter-'gila'-kan si Justin Bieber ni.

kadang-kadang, kebencian kepada mereka yang dirasuk ini, akan menyebabkan mereka semakin menjauh.

apa kata kita cuba memahami mereka, dan menarik mereka secara perlahan? agar di Akhirat nanti, mereka tak berkata kepada kita: "si polan itu tak pernah pun mengajak saya melakukan kebaikan!"

kadang-kadang, mereka ini memerlukan sesuatu, yang kita tak tahu. oleh itu, hendaklah kita yang 'tahu' ini, sama-sama membuatkan mereka 'tahu' akan yang hak dan batil.

insyaALLAH, seterusnya ALLAH-lah tempat kita mengadu, agar mereka diberi Hidayah.

just komentar pendek :)
*senyum sokmo.

Salam.

HOI ! said...

Justin Bieber .. mcm lha ensem sgt.. mcm beruk jer saye tengok :D

awek music said...

naseb baik budak2 kelas aku semue benci sama justin bieber..just setengah budak perempuan yang bujet2 hot jerw minat! swear tak layan!!!bosan!

KRAFMAN JULIA said...

ohoo...seb i x minaat JB tuh...

Anonymous said...

Justin Beaver? sape budak ni? saye tak kenal pun...adekah saye ketinggalan? :P

SoutulMujahid said...

justin beaver? haha.. lawak giler

remot213 said...

saya pun kadang-kadang tak faham ape la yang best sangat dengan justin bieber nie . tengok la nanti , lambat laun menjunam jugakdia nie nanti . haha . dah menjadi adat dalamhidup jatuh dan bangun :) dan , sy ade dpt tau jugak dia nie kutuk Islam . astagfirullah !

Anonymous said...

dia nie antichrist....

A to Z Lyrics said...

dunia dunia... ini laa dikatakan akhirzaman...

fauzi said...

ala, biasa la tu, orang kafir memang suka ngan justin bubur nei

Anonymous said...

puiihhh....kalau aku jumpa justin beiber, ku ludah depan2 nya...macam sial je...

Mr J said...

apa yang special sangat tentang mat jambu ni? bagi tiket percuma pun saya tak nak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...