Pages

08 March 2011

Ustaz Asyik Hentam Kaum Wanita

Terdengar di corong masjid. Seorang ustaz dengan lantang menegur kaum wanita tentang aurat. Perkara ini sudah biasa kita dengar. Sudah lali dengan ayat-ayat sebegini. Para muslimah pasti ada yang terkena tempelak ini sekiranya terkena batang hidung sendiri tentang apa yang dikatakan oleh ustaz itu.

Memang benar belaka apa yang dikatakan oleh ustaz itu. Tetapi situasi ini sudah berungkali berlaku dan mungkin ada yang sudah bosan mendengar teguran-teguran lantang ini. Asyik cakap benda sama, yakni asyik memuhasabah kaum wanita. Bukannya bosan dengan isi muhasabah itu. Tetapi bosan dengan gaya para ustaz yang asyik hendak menghentam kaum wanita.

Persoalannya, adakah para ustaz ini hanya perlu memuhasabah kaum wanita? Bagaimana pula dengan kaum lelaki? Adakah kaum lelaki semuanya betul, sehingga tidak perlu dimuhasabah? Adakah semua kesalahan perlu dibebankan ke atas bahu kaum wanita?

Kebanyakannya, muhasabah yang dilakukan dilihat sebagai berat sebelah. Memuhasabah kaum wanita secara berlebihan, sehingga 'terlupa' untuk memuhasabah kaum lelaki pula. Lazimnya, para ustaz ini memuhasabah kaum wanita tentang aurat dan tanggungjawab isteri.


Aurat lelaki yang ciput itu pun ramai lelaki yang 'tidak mampu' untuk tutup. Perkara ini jarang untuk diambil berat oleh para ustaz. Sebaliknya, hanya bertumpu kepada aurat wanita. Tanggungjawab pula, tidak sedarkah terlalu ramai para suami mengabaikan tanggungjawab mereka? Ramai anak-anak terabai, isteri tidak mendapat mendapat nafkah, suami memukul isteri dengan tidak mengikut hukum syarak, dan banyak lagi, kenapa para ustaz ini tidak memuhasabah kaum lelaki?

Kaum lelaki juga wajib dimuhasabah, sebagaimana wajibnya memuhasabah kaum wanita. Sangat tidak kena sekiranya asyik hendak menyentuh tentang aurat wanita dan tanggungjawab isteri. Seolah-olah hanya wanita sahaja yang perlu menutup aurat dan melakasanakan tanggungjawab seorang isteri.

Kesimpulannya, muhasabahlah dengan adil. Bukan hanya bertumpu pada kesalahan wanita sahaja. Lelaki juga perlu dimuhasabah. Bahkan, patut dimuhasabah dengan lebih lagi. Ini adalah kerana aurat yang ciput pun masih 'tak mampu' nak tutup. Apalah susah sangat nak tutup aurat dari pusat hingga lutut? Kalau aurat sendiri pun tak boleh nak jaga, aurat isteri apa lagi?

Wallahu a'lam
Comments
22 Comments

22 comments:

niniem said...

kadang2 x leh nak tuding jari kat org len kan:)

SoutulMujahid said...

adillah dalam berdakwah. jgn menghentam2 je...

fakeplasticlife said...

my 2cents thought..

setuju dengan hal tersebut...
kalau perempuan buat salah pon, bleh dikatakan sebenarnya sbb lelaki yang tidak bertanggungjawab..
kalau anak, isteri tak menutup aurat, bukankah salah ayah, suami yang tidak bertanggungjwb tak menegur atau membimbing mereka?
kaum lelaki kan adalah ketua yang akan membimbing wanita..apsal nak muhasabah wanita lebih2..betulkanlah ketua dulu, barulah boleh betulkan org bwh tu..
walhal di akhirat kelak, kaum lelaki akan ditanya adakah mereka melakukan tanggungjwb membimbing kaum wanita di bawah jagaan mereka..setiap dosa wanita pon, mereka yg kene tanggung..

Wallahu a'lam

naim said...

nice sharing bro.. =)

FARISZ@AZ.Com said...

Tidak salah memunasabah dan "menghentam" wanita yang tidak menutup aurat tetapi perlu sampingkan dengan memunasabahkan dan "menghentam" lelaki yang tidak menutup aurat.

Banyakkan hadir berbagai aktiviti dan program untuk lihat segala teguran.Ada waktu khusus teguran buat wanita dan ada waktu khusus teguran buat lelaki dan ada waktu teguran bagi kedua-dua belah pihak,ia bergantung pada tajuk forum atau program.

Mungkin dilihat asyik "dihentam" wanita tetapi tdiak "hentam" lelaki sebab ketidak aktifan dalam.

Menutup aurat adalah tanggungjawab setiap individu, jika anak dan isteri tidak menutup aurat tetap salah anak dan isteri dan menjadi salah suami juga jika tidak menegur.
Apa yang penting setiap individu sama ada anak atau isteri atau ayah memainkan peranan untuk menunaikan tanggungjawab.

Anonymous said...

Alhamdulillah. Rupanya ada juga yang sedar isu ini. Saya juga sering menghadiri majlis2 ilmu sama ada di masjid atau di pejabat. Seperti yg dikatakan penulis, hanya aurat perempuan disebut2. Seolah2 lelaki tiada aurat. Selalu kesalahan isteri disebut spt tidak melayan nafsu suami, tidak bersolek utk suami. Tetapi kesalahan suami spt mengharap duit isteri, tidak membantu kerja rumah, tidak membantu menjaga anak, tidak pula disebut. Malah tidak sebut langsung. Kalau pasal gejala sosial memang salah perempuan sajalah. Sedangkan Allah SWT telah tetapkan hukuman zina sama sahaja kepada lelaki atau perempuan. Bezanya hanya kalau sudah berkawin atau belum. Tetapi masyarakat kita memang suka menghukum perempuan. Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri apabila menghadiri majlis2 ilmu. Kepada para ustaz yang memberikan tazkirah, perlu adil dalam menyeru kebaikan. Jika hendak tegur, tegurlah semua. Jangan berat sebelah.

Anonymous said...

comel gambo awek yg kt atas tuh!!!

SoutulMujahid said...

ish3.. itu plak yg difokusnya :p

SZS said...

mmg ramai ustaz byk komen pasal kaum hawa.dosa org pompuan akan ditanggung oleh org lelaki (bapa/suami).wajib atas kita menegur sapa2pun yg membuka aurat samada laki/wanita.

Anonymous said...

teguran terhadap wanita mesti diteruskan.teguran terhadap lelaki mesti lebih agresif.

Anonymous said...

sian ke ppuan, kalu dh bt salah, suka tunding jari kat org lain.. pdahal pkai tudung2 ni dh jd tnggungjawab diri sndiri.. org ppuan ni mcm beby ke? nk kena pkaikan lampin utk beby? bila laki paksa, kata bukan urusan kita, bila kita hentam2, kata salah lelaki sbb xajar.. hek eleh..
takde ag dgar ppuan yg cakap, "ni salah aku nih, org tegur aku utk kbaikan aku jgk. kat neraka nnt aku kena bakar sbb menampakkan aurat aku pd laki2 lain.. bila la nk insaf.. cpt2 kmbali ke agama la gini.."
ppuan.. emmm.. jenis degil keras kepala.. insaf la wahai ppuan2..

SoutulMujahid said...

ni bukan soal pompuan buat dosa. apa yg anda komen tu dah out of topic. ya, mmg kita kena muhasabah mereka ttg dosa mereka

tp sstgh ustaz skang lebih suka menghentam wnita. laki yg x reti tutup aurat xnak plak muhasabah

Anonymous said...

nabi diperlihatkan ramai wanita yg masuk neraka antaranya disebabkan aurat, lelaki ramai juga dalam neraka antaranya disebabkan tanggungannya ke atas wanita. Lelaki byk jugak ustaz2 hentam tp tgk bab yg berkenaanlah spt tanggungjwb memimpin keluarga, mendidik anak isteri dsbnya. Jgn sampai nanti kita mempersoalkan kenapa nabi xdiperlihatkan golongan ahli neraka kaum lelaki yg xmenutup aurat...kerana dosa2 lelaki mgkn lebih byk pada perlakuan2 lain..bukannya ustaz2 terlepas pandang tp mgkn ustaz2 tu memberi penekanan kepada bab2 lain yg selalu diperberatkan atas lelaki..wallahu'alam

Anonymous said...

soultul mujahid. x perlu kot kita menegur mana2 ustaz yang berbuat teguran dgn lantang. saya rasa awak patut tegur benda lagi besar yg terang2 maksiat seperti akademi fantasia ke konsert jom heboh ke. kita mencari keredhaan ALLAH. adakah kita pergi kuliah, dgr ceramah adalah semata2 untuk menyangkal apa yg disampaikan ataupun mencari keredhaan ALLAH? saya tau anda tuju kepada siapa. pertama kali saya kenal ustaz ni kt youtube adalah takbir ultraman. 10 minit syarahan untuk ajar anak tu semuanya ditujukan kepada ayah. ayah sembahyang dlm lagu. ayah x berani tegur anak. alfatihah dlm rukuk. ajar anak wuduk. ajar anak sembahyang dgn betul. imam was2. suami pakai rantai mcm beruk. seluar pendek berbunga. suami tidak reti niat puasa.tua2 pon x reti hukum hakam, cari surah yassin dlm Quran x jumpa kt mana, tu belum suruh cr surah al ankabut lagi, datang surau bila time nisfu syaaban sebab ada makan, kuar pagi balik petang tau cari makan je sama mcm kambing, adakah tidak lantng bila suami yg pakai rantai disuruh bg minum air kelapa sbb abang kan beruk? adakah subjek teguran untuk wanita sahaja? semua tu adalah untuk lelaki. jgn tengok sedutan youtube sahaja. cubalah dengar full syarahan.dgrlah syarahan kelebihan para ibu. semuanya memuji kaum wanita. saya akui dalam bab aurat memang golongan wanita kena teruk. dalil. fitnah bagi kaum lelaki adalah kaum wanita. ustaz ni cuti dr bg kuliah dlm sebulan tu ada 4,5 hari sahaja. dia bukan ceramah di masjid surau yg sama. berapa ramai audience dia yg xde access dgn youtube? org setempat dan sbgnya. mungkin awk kata ulang benda sama. tapi saya rasa semua tempat kena tegur mcm tu kot.saya berterima kasih kepada ustaz ni kerana menyedarkan saya. maaf kalau tersalah bahasa.

SoutulMujahid said...

hah? YouTube? saya tak tahu menahu langsung ttg video YouTube ni. video YouTube mana 1 nih??? ustaz mana nih???? serius terkejut dgn komen yg sebegini rupa. inilah akibatnya membuat tuduhan melulu.

Anonymous said...

saya memohon maaf kerana membuat tuduhan melulu. mohon didelete komen saya semalam.

AinNur Raudhah said...

Entry yang benar.:)) InsyaAllah lepas ni kita sama-sama bermuhasabah khilaf diri sendiri kerana bukan masalah Ustaz/Ustazah tapi diri kita sendiri yang leka dan lalai dalam membantu saudara kita (muslimah) mengikut Syari'atullah berlandaskan al-Quran dan As-sunnah. Bagi kaum Adam, adakah anda juga lupa pesan Allah dalam Surah yang sama, ayat 30 HINGGA 30.
Pada kebiasaannya, hanya menyemtuh salah satu ayat sahaja bukan kedua-dua ayat sekali.

Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang LAKI-LAKI yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya.”

- Surah an Nur, ayat 30-31

Anonymous said...

kepada SoutulMujahid...
adakah kamu akan marah pada org yg keluarkan kata yg agak kasar untuk memberitahu kamu tentang suatu bahaya dihadapan kamu?
ape yg sy tahu ada khilaf ulamak tentang aurat lelaki.mazhab syafie mengatakan antara pusat higga lutut bg lelaki.tp ada khilaf mengatakan paha dan lutut lelaki bukan aurat....

SoutulMujahid said...

bukan marah kerana kekasaran tu. tp marah sebab memuhasabah secara tidak adil. seolah2 wanita je yg asyik salah. nabi x ajar pun cara dakwah sedemikian

Rasailul Ashwaq said...

Emo-emo belaka =.=

Bakawali said...

Gentleman, kena baca berulangkali biar sampai faham... Ini kisah sepontan,,,bila penulis terdengar kuliah dicorong pembesar suara...di suatu hari, di sebuah tempat... Alangkah baik nya, kalau masa itu 'pak ustad' nasihat dua2 golongan sekali... baru adil... Lebih2 lagi masa itu mungkin golongan lelaki yg ramai...
Wallahu a'lam

ArtForAuction said...

Setuju, memang setuju. Terutama, apabila nak bercerita tentang tanggungjawab rumah tangga. Selalunya diberatkan tentang tanggungjawab perempuan seperti mengurus rumahtangga dan melayan suami etc. Kalau tentang tanggungjawab suami--ada, tapi jarang. Sedangkan tanggungjawab suami itu banyak dalam rumahtangga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...