Pages

22 March 2011

Libya Diserang, di Manakah Kalian, Wahai Tentera Muslim?

Nampaknya Libya bakal menjadi Afghanistan dan Iraq. Serangan telah dilancarkan oleh negara-negara kafir yang terang-terangan memusuhi Islam seperti AS, Britain, Sepanyol, dan lain-lain. Seperti biasa, PBB yang merupakan badan penipu hanya mampu menyuarakan kecaman demi kecaman, kononnya mereka menentang keras tindakan negara-negara kafir tersebut.

Tatkala PBB terus mengecam, nyawa umat Islam semakin hari semakin melayang dek senjata-senjata kaum kafir tersebut. Manakala umat Islam pula, terus meniru perbuatan PBB dan masyarakat dunia lain, yakni hanya mengutuk dan mengecam. Walhal, kita sendiri sudah sedia maklum, negara-negara kafir tersebut telah menjalani proses imunisasi terhadap kecaman dan kutukan itu.

Sedangkan, tanggungjawab menyelesaikan masalah umat Islam itu terletak pada bahu umat Islam, bukan pada negara-negara kafir tersebut. Mereka kononnya ingin menyelesaikan masalah di tanah umat Islam, tetapi sebenarnya mereka menggunakan tiket pergolakan politik di tanah umat Islam untuk menghancurkan agama Allah di muka bumi ini.

Bercakap berkaitan jihad, pasti ada di kalangan umat Islam akan menafikan kewajipan berjihad ini. Ayat yang lazim kita dengar adalah: "itu negara orang, kita tak boleh suka-suka campur tangan". Lihatlah! Betapa berjayanya penjajah-penjajah kufur dahulu kala memecahbelahkan umat Islam dengan sempadan-sempadan nasional! Sikap lengai umat Islam terhadap nasib yang melanda umat Islam yang lain amatlah menguntungkan kaum kafir harbi dan amat merugikan umat Islam sendiri.

Manakala tentera umat Islam pula, diikat, dipasung, dan dibelenggu dengan semangat patriotik. Peralatan perang dan jentera serangan dibeli dengan harga yang amat mahal, tetapi hanya menjadi hiasan. Mereka hanya ingin mempertahankan negara sendiri sahaja. Ya, hanya bertahan sahaja, tanpa keluar berperang apabila sudah tiba kewajipan berperang. Perkara ini boleh diibaratkan seperti pasukan bolasepak yang kaya telah membeli penyerang-penyerang handalan, tetapi hanya mengamalkan strategi bertahan.

Hasilnya, umat Islam semakin hari semakin ramai yang dibunuh, akibat sikap tidak endah umat Islam sendiri yang tidak ingin mencampuri urusan umat Islam dengan menggunakan tiket 'sempadan negara'. Tidakkah kita tahu, Salahuddin al-Ayyubi yang berbangsa Kurdish tidak berdiam diri untuk menyelamatkan umat Islam yang berbangsa Arab di Baitul Maqdis?

Justeru, kesempatan ini terus digunakan oleh kaum kafir harbi tersebut untuk terus memecahbelahkan umat Islam, setelah mereka kalah dalam beberapa siri perang Salib. Inilah 'Perang Salib' abad moden. Mereka bersatu melancarkan perang ke atas umat Islam, tetapi umat Islam hanya mengecam sahaja. Tentera umat Islam pula tidak mengambil endah urusan umat Islam yang dibunuh, atas alasan sempadan negara. Inikah balasan yang wajar diberikan kepada umat Islam yang lain setelah kita sendiri mengaku mereka saudara kita? Atau kita hanya pandai menabur kata-kata manis di bibir sahaja?

Inilah kecelakaan yang melanda umat Islam apabila ketiadaan Khilafah! Kehormatan umat Islam dirobek-robek, tetapi masih ramai yang berdiam diri! Apakah kalian akan jawab, wahai pemimpin-pemimpin dan tentera-tentera, apabila disoal di hadapan Allah kelak setelah kalian melihat saudara kalian diratah, tetapi kalian hanya berdiam diri? Apakah yang kalian akan jawab terhadap dakwaan-dakwaan mereka di hari kebangkitan kelak?

Ayuhlah! Segeralah bersiap-siaga menuju medan jihad untuk meraih kemuliaan di sisi Allah! Selamatkanlah saudara-saudara kita! Hancur-leburkan pakatan-pakatan kuffar itu! Allahu Akbar!
Comments
8 Comments

8 comments:

شاح اندرني said...

Salam.. Ana tak faham.. Apa salah libya.. Libya hampir dengan mesir.. Yang Ana faham mereka buat semua ini untuk 'minyak libya' yang penting di mata mereka. Alasan Ghadaffi pemusnah rakyat itu palsu

SoutulMujahid said...

mereka akan mencari 1001 alasan utk menghancurkan dunia Islam. selain drpd nak ambik minyak, mereka sgt berdendam dgn umat Islam dan sgt ingin menghancurkan Islam.

Gadaffi pun sepatutnya turun drpd pemerintahan. beliau bukan pelaksana hukum Islam

Nadiah Abdah said...

salam..geram sgt bial dengar berita tadi..knp US sibuk sgt nk bom2 istana org?ish..semoga Allah membalas perbuatan org kafir laknatullah tu..

SoutulMujahid said...

pemimpin2 muslim terus membisu...

umar said...

sbb tu sbg seorang muslim...tanggungjawab kita menyeru kpd pihak berkuasa ambil tindakan.bantu saudara kita di sana...bukan duduk peluk bantal duit lagi...

kes spt libya ini sdh byk terjadi...tetapi umat islam bagai dipasung dek kerana semangat patriotisme...semangat kebangsaan....yg membelenggu leher dari memandang mereka itu juga adalah saudara kita...tanggungjawab kita....

kerana itulah negara islam amat diperlukan utk menegakkan kembali keadilan utk kaum muslimin....

Wal said...

Tentera Muslim di mana?
Masih di Facebook. Mentag orang pada post blog.

Hehehe.

SoutulMujahid said...

x salah nak buat semua tu. tp jangan lupa selamatkan saudara kita di sana. kalau x, apa guna latihan yg keras dan senjata yg canggih?

Dzikri Asmawi said...

bile bercakap pasal jihad, jihad ikot lain yg lebih diutamakan...jihad iman lah...jihad puase lah...dan mcm2 lagi jenis jihad yg da bnyk lari dari konsep sebenar jihad yg Rasulullah laksanakan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...