Pages

12 February 2011

Pertembungan Hari Valentine dan Maulidur Rasul!


14 Februari bakal menjelang. Golongan yang kemaruk cinta dan yang bercinta bagai nak rak menunggu-nunggu hari ini dengan penuh harapan. Hari yang penuh dengan kemaksiatan, dosa, dan noda ini bagaikan upacara wajib tahunan. Hari Valentine tahun ini dilihat agak istimewa kerana ia bertembung dengan Maulidur Rasul.

Seperti biasa, masjid-masjid, surau-surau, atau jemaah-jemaah Islam akan menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad SAW sebagai tanda cinta dan kasih terhadap Nabi SAW. Sambutan-sambutan tersebut mungkin berupa ceramah, zikir munajat, dan sebagainya. Dah sudah tentu, ceramah-ceramah Maulidur Rasul tidak akan dikenakan bayaran walaupun satu sen. Walaupun ceramah-ceramah tersebut tidak dikenakan bayaran, sambutan masyarakat terhadap Maulidur Rasul adalah hambar dan dingin jika dibandingkan dengan sambutan Hari Valentine.

Walaupun golongan yang menyambut Hari Valentine perlu mengeluarkan wang, ia tetap akan menjadi acara tahunan bagi mereka yang kemaruk cinta. Masakan tidak, mereka perlu membeli kondom, teddy bear, kad ucapan, dan bunga ros untuk pasangan kekasih untuk mengukuhkan lagi ransangan zina. Mengeluarkan sejumlah wang untuk 'cinta suci' kepuasan zina pada sambutan Hari Valentine bukanlah suatu masalah bagi mereka, kerana tubuh diserahkan semata-mata kerana cinta, dan air mani yang dipancutkan semata-mata kerana kasih.


Beginilah keadaan anak-anak muda kita. Leka dan terus leka kerana anasir-anasir jahat daripada Barat berjaya menerobos ke dalam jiwa anak-anak muda. Sedikit demi sedikit mereka menghancurkan jiwa umat Islam. Lama kelamaan, umat Islam hanyut dengan nafsu serakah. Benih manusia dibazirkan begitu sahaja. Jika lahir bayi hasil perzinaan, dibuang pula bayi itu.

Jika diperhatikan, bukan perlempiasan hawa nafsu bukan sahaja berlaku pada Hari Valentine. Tetapi berlaku juga pada sambutan Hari Kemerdekaan, Tahun Baru, dan sebagainya. Dan pada hari Valentine ini, upacara melepaskan nafsu yang bersarang di jiwa dilakukan dengan lebih gencar, tatkala jiwa muda bergelojak pada Hari Valentine.

Mengapakah semua ini berlaku? Semuanya berlaku adalah disebabkan oleh kebusukan dan kebobrokan sistem kehidupan yang diterapkan. Masakan tidak, hukum Allah tidak diterapkan, tetapi hukum akal manusia ditatang dan diagung-agungkan di dalam Parlimen. Kesannya, masalah ini tidak akan selesai dan tidak akan menunjukkan rona-rona untuk masalah ini surut dalam arus kehidupan. Malah, ia akan bertambah membarah dan menjadi penyakit berjangkit. Semuanya adalah kerana sistem kehidupan kita kini tidak diatur mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Bijaksana!

Jadi, kita sendiri akan melihat realiti yang kemungkinan besar berlaku, anak-anak muda tidak mempedulikan Maulidur Rasul, dan mementingkan sambutan Hari Valentine. Ini adalah kerana ini memenuhi tuntutan nafsu seksual, supaya mereka dapat bermadu kasih, berdua-duaan, lalu melakukan zina di 'hari suci' bagi golongan yang kemaruk cinta.

Justeru, kita tidak seharusnya berasa pelik, mengapa Hari Valentine ini terus disambut, bagaikan sambutan wajib setiap tahun. Walaupun ada individu-individu atau jemaah-jemaah yang menyeru umat Islam agar tidak menyambut Hari Valentine, ia tetap disambut juga. Tidak kurang juga media-media menyiarkan tentang keharaman menyambut Hari Valentine ini. Tidak cukup dengan itu, khutbah-khutbah Jumaat juga menyeru agar umat Islam meninggalkan sambutan Hari Valentine. Namun, ia tetap berlaku saban tahun.

Bagaimana Hari Valentine akan menemui noktah sekiranya pemimpin-pemimpin kita sendiri terus berdiam diri? Mereka juga mengalami kecelaruan befikir kerana menganut fahama sekular. Bagaimana mereka ingin memimpin masyarakat ke jalan Allah?

*****

Maksud hadis:

Daripada Abu Sa’id al Khudri ra, beliau berkata : Rasulullah SAW pernah bersabda : “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya : “Wahai Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan?” Nabi SAW menjawab : “Siapa lagi kalau bukan mereka?” [HR Muslim].
Comments
5 Comments

5 comments:

Anonymous said...

semua ini berlaku atas kelalaian manusia..
biasakan yang betul...betulkan yang biasa

Cahaya Mata said...

erm..kdg2 terpikir jga saya..adkh mereka benar2 xtahu sejarah valentine ni...atau buat2 xtahu..jelas lagi brsuluh perayaan tu milik agama lain..tpi berderu-deru umat islam bergumbira mnyambutnya..

SoutulMujahid said...

malangnya, hari valentine lebih mendapat sambutan berbanding majlis2 agama..

Nur_Wa said...

best review..
dah lame x bace your writing..

SoutulMujahid said...

thanx Nur_Wa.
lama x baca gi mana?? hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...