Pages

14 January 2011

Tudung Hajah Siti Nurhaliza

Entri kali ni bukanlah nak memburuk-burukkan seorang public figure, yakni Hajah Siti Nurhaliza. Cuma sebagai peringatan kepada diri sendiri dan para pembaca, terutamanya Hajah Siti.

Sekarang ni, macam-macam fesyen tudung. Cuma ikut syariat ataupun tak ikut syariat je. Apapun, ikutlah syariat, bukan ikut artis walaupun artis tersebut bergelar Hajah, Tan Sri, Datuk, nenek, ataupun makcik

Lepas balik haji, Hajah Siti pakai tudung. Tapi sayangnya tudungnya langsung tak ikut syariat. Ada yang terbonjol jambul kat depan ala-ala menteri kita. Ada sorang ustaz ni cakap, tudung macam ni adalah 'tudung nasi lemak'. Sebab, nasi lemak yang berbungkus tu, kadang-kadang kita masih nampak ikan bilis terkeluar sebab bungkusannya tak sempurna. Hehehe...



Ha... yang ni pulak, memang tak layak digelar tudung. Hanya layak digelar 'penutup rambut'. Apalah fungsi pakai benda ni? Adakah benda ni jadi sandaran untuk Hajah Siti menutup rambutnya?



Masalah kita adalah: ummat tak pandang syariat sebagai tolok ukur. Tetapi memandang artis sebagai ikutan. Kalau artis tu tersimpang, tersimpanglah orang yang mengikut. Artis memainkan peranan yang amat besar dalam kehidupan akhir zaman ni...

*****

وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. [an-Nur:31]
Comments
37 Comments

37 comments:

Honeyz said...

salam...

tajuk yg menarik perhatian.. ;)

ntahla.. cume tula, makin terkejut n x paham tgk semakin lama cam semakin terdedah lak rambutnye..

ni ckp secara general jela.. kalau difikir2kan, perempuan kalau mmg nk berubah utk pakai pakaian mengikut syariat, lillaahitaala pastinya, n (bg yg dh berkahwin) suaminya pulak bukan shja x halang, bahkan memberi sokongan n galakan, rasanya mudah baginya utk berubah ke arah kebaikan tu..

wallahua'lam...

*selagi kita masih bernafas, selagi kita masih ada aqal n agama, beringatla..insaflah akan kesilapan yg kita lakukan, n segera kembali kepada hukum syariat yg ditetapkanNya.. (peringatan wat semua, khususnya diri sendiri)

mira_nas said...

mcm ni lah... kita sejak lahir sudah islam kerana keturunan.. kita tak dapat rasa macam mana rupanya dapat hidayah dan keluar dari kegelapan..

spesifiknya..perempuan, anak gadis dan wanita tak tahu kenapa mereka perlu pakai tudung..mereka hanya pakai ikut fesyen tanpa ambil tahu apa tuntutan menutup aurat mengikut syariat sebenarnya,,

Mama Kembar 3 said...

ni lah jadinya bila pakai tudung sekadar utk cover line sbb dulu terlepas cakap nak pakai tudung, and bukannya pakai sbb tuntutan agama. mama pun fenin nengok tudung dia yg makin lama makin ciput tuh

neyra shazeyra said...

menarik

Ahmad Kamil said...

salam....bukak aurat tetap akn dpt dosa even nmpak sikit je pown..rasanya masyarakat kita perlukn LEBIH BYK pendedahan tntg isu DOSA PAHALA . bukn psl tutup aurat je..sbb mostly igt klau dh bwat sesuatu ibadat tu even tak smpurna dh cukup..

nor haninah said...

setiap manusia tidak perfect...atas diri sndiri yg melihat jika kuat imannya tidak perlula mengikut fesyennya...jika perlu dtegur tegurla dengan cara yang berhemah bukan dengan mempersendakan...

ekstremis DBP said...

tolok ukur? adakah sama maksud dengan tanda aras = standard ? kosa kata bahasa melayu yang hebat!

Liana said...

salam..

dato' siti tgh dlm transition nak memakai hijab.. iAllah nnt hidayah sampai kat dato' siti dan dia akan pakai hijab dgn betul.. skrg belum ready kot.. tp sdg mencuba sedikit2..

WAllahua'lam

SoutulMujahid said...

hidayah dah pun sampai kepada beliau. al-Quran kan hidayah? jadi, bila dah dapat hidayah, terpulang kpd kita nak terima atau tolak hidayah tu

Liana said...

As-salam.. benar kata ukhti AQ mmg hidayah dan petunjuk.. ttp ana maksudkan hidayah yang Allah tujukan kepada yang terpilih.. sejenis hidayah yg mampu menggerakkan hati seseorg untuk mengejar sesuatu itu.. (term hidayah yg digunakan apabila kita katakan kpd mualaf bhw mereka mndpt hidayah drNya) Jom kita sama2 doakan spy ikhwah dan akhawat yg masih tidak “heed” (menerima) hidayah Allah spy satu hari terasa bhw mereka sudah ketinggalan dan terus akan mula mengejar menjadi true Muslim =)

WAllahua’lam

Liana said...

afwan.. x perasan pnulis blog seorg lelaki.. ana meant akhi instead of ukhti.

noornazuha said...

Artis mcm ni x boleh jadi ikutan..peminat kena bijak menilai...

Anonymous said...

Salam alaik, hidayah sepatutnya dicari, bukn ditunggu, cube bygkan lau mati sblm dpt hidayah, ble Allah tanya knp xpky tudung?? dijawab:'sebb ana xdpt hidayah lagi... berani ker jawab gtu???
renungan bersama....wallahua'lam

Anonymous said...

ramai lg orang2 besar yg pakai tudung gne ..
seharusY mereka sebagai orang yg berpelajaran tunjukkn sifat yg baik yg boleh dicontohi olh anak2 muda skrg ..
tiada guna pandai ilmu dunia jika ilmu akhirat terabai .. :)
> sekadar luahan<

+AnamuSafir+ said...

assalamualaikum..

tudung artis..tudung artis..

:)

alhamdulillah setakat ni saya suka artis bertudung aeperti waheeda, wardina.. compare dgn yg lain2..mereka lagi Ok.. mudah2an mereka istiqamah..

siti ni pulak.. memang dgn bertudung sepenuhnya dia sangat cantik dan ayu.. mudah2an hati dia x tertutup utk menutup aurat dgn sempurna..lagi pula.. ada gamba siti masa sekolah dulu, pakai tudung lengkap.. so.. sbnrnye memang dia dah dpt petunjuk dulu.. cme sekarang? hmmm..

okla.. no komen.. tp memang artis macam ni bukan contoh terbaik

Anonymous said...

saya tak suke tudong mcm pegi gereja toe.... baek tk payah pakai tudong...

Anonymous said...

salam...maaf la...tapi ade siket nak tanye...ni siarkan gambar siti ni ade mintak izin ke? bukan pe...sekarang ni macam-macam ley jadi...takot2 ukhti ley kena dakwa ni atas tuduhan memalukan orang...

x baik kite dedahkn aib orang...takot nanti kat akhirat Allah bukak aib kite...

maaf la ye...yg buruk dtg dr saye...yg baik dtg dr Allah s.w.t...

SoutulMujahid said...

ukhti? maaf silap line lah. boleh panggil saya 'akhi' ye

mgkin saudara/ri perlu faham sama ada saya benar2 nak dedahkan aib orang atau nak beri iktibar kpd org lain

dia sendiri x malu dgn apa yg dilakukannya, adakah saya dikira mendedahkan keaiban org?

Melayu Islam said...

Liana..tutup aurat tu wajib, macam solat gak wajib, mana mana yg wajib kane buat,tak buat berdosa.artis selalu kata belum mendapat hidayah. itu adalah alasan semata2 utk meyokong dosa yg meraka lakukan. camna dgn solat? ada ke artis yg brani kata belum terbuka hati nak mendirikan solat. kalu nak kata slow2 bertudung bleh tapi utk adk2 kita yg blum akil baligh.

KESIAN le dekat bapa2 @suami2 mereka, tak pasal2 kena tanggung dosa tangunggan meraka yang tidak bertudung. sayangilah bapa2 dan suami anda dgn menunaikan perintah Allah

Anonymous said...

bila artis buat tak betul masih ada yang akan sokong perbuatan mereka...buat slow2 la, tak terburu-buru dan apa2 jelah yang berkaitan...

umat sebenarnya tau siapa yang mereka perlu jadikan contoh tauladan, hanya kerana turutkan nafsu...

yang tak tau, jadikan nabi s.a.w.,sahabat sahabiah sebagai contoh ikutan

merekalah golongan yang ada sebahagian masa hidup kat dunia lagi dah dijanji syurga...

ARTIS???

Warisan2u.Com Enterprise said...

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya".

Encik JI said...

kekeke, ni fesyen ape ni cik siti.

da lma aku xdengar kaba cik siti ni, dah lama xtgk nyanyi2 ni. haha

susah sgt kot nk tutup.

bagi aku, yang salahnya dato' k!. cik siti ni dh jadi hak mlik dato' k, dosa cik siti ni dh bawah dato' k .

dh boleh menjadikn korang dayus biarkn aurat bini2 korang dilihat oleh lelaki bkn muhrim.

PicoRico said...

biarla dia..dia dh cukup waras utk pkkan hal dosa pahala..tntu dia tahu apa yg terbaik utknya,tk payah la kita nk kutuk mcm2 plak...

Anonymous said...

alangkah baiknya...alangkahnya indahnya dunia tanpa artis......mcm zaman dulu dulu...manusia hidup dengan penuh kehormatan dan maruah...

A to Z Lyrics said...

hahaha.. comey sungguh bila siti bertudung itam tu~ suka sgt tgk.....~

azirock said...

cik siti nak pakai tudung fesyen tu, bukan nak tutup aurat......kalau nak tutup aurat jauh lagi la.....

Eryati said...

kan..apa ku kata...

Anonymous said...

Dunia akhir zaman,Islam di mulut bukan di hati

Anonymous said...

Kenapa artis dijadikan idol?menyanyi tu jek dah haram..tak payah tgk die nye style..

Polkadotslove said...

cik siti lebih cantik pakai tudung yang 100% tutup aurat berbanding yang nampak jambul etc etc. :)

WhoAmie ItisMei said...

http://whoamieitismei.blogspot.com/2011/10/tudung.html

Hisham Ahmad said...

Bila di Mekah kononnya keluar statement dapat petunjuk ler, dapat hidayah ler....so bila balik sini, xnampak plak semua tu...artis malaysia kebanyakkan mcm sampah juga. kalau xfhm ugama, rujuk pada ustaz, jangan buat statement bodoh yg mana mkn diri sendiri..Bagi saya artis malaysia Melayu adalah separuh dari sampah masyarakat juga. Hidup dengan kepuraan, Arak, maksiat, ego adalah sebahgian dalam hidup mereka....

... said...

Salam,

Astaghfirulla.

Kami sebagai umat Islam masing2 harus menjaga percakapan kami di mana jua, melalui tulisan mahupun lisan dan pada setiap waktu. Selalulah ingatkan diri sendiri dan saudara/saudari lain bahawa dalam agama Islam, tidak pernah digalakkan untuk bercakap yg tidak baik mengenai orang lain. Kalau x ada yg baik untuk dikatakan, kita simpan dalam hati kerana menuduh, mengata, mengutarakan, dll tentang kelemahan insan lain adalah bukan hak kami. TETAPI, kami boleh menegur dengan cara yang baik.

(An-Nahl, 16:125) - Invite to the way of your Lord with wisdom and good instruction, and argue with them in a way that is best. Indeed, your Lord is most knowing of who has strayed from His way, and He is most knowing of who is [rightly] guided.

(Al-Ankabut, 29:69) - And those who strive for Us - We will surely guide them to Our ways. And indeed, Allah is with the doers of good.

Moga Allah membimbing kami semua ke arah jalan yang benar.

WAllahua'lam.

Amar ma'ruf nahi mungkar.

... said...

Aseef jiddan jikalau percakapan ana menyinggung mana2 pihak. Al maklum, ana dah lama tidak berbahasa melayu, sudah karat jadi maybe sounds a bit offensive to some. IAllah, tak sampai begitulah ya.

May Allah (SWT) always watch over ana's words. Amin.

~idaman~ said...

salam..betul juga hidayah dh pn sampai kpd beliau..sayang tk nak terima atau tolak hidayah tu..

Anonymous said...

Maka saya bercita - cita untuk menjadi artist (penyanyi lelaki terbaik) untuk menyebarkan dakawah & menjadi role model. Sebab dah terbukti cara ni merupakan cara yang amat berkesan utk sebarkan islam :)

Badio Salleh said...

entry yang sangat menyedarkan, cuma mungkin boleh diperbaiki dengan tidak meletakkan gambar2 tersebut (cuma diskripsi cara pemakaian) kerana baik utk bersangka sekiranya Dato siti benar2 bertaubat suatu hari nanti, lebih baik gambar2 aibnya juga tidak tertayang sebagai tatapan umum, Wallahualam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...