Pages

26 January 2011

Tak Perlu Bertelagah Kerana Blog


Minggu lepas, bloggers di Malaysia digemparkan dengan satu isu hangat iaitu isu 'penipuan blog walking'. Ada beberapa bloggers disifatkan sebagai 'berani' kerana 'berani' mendedahkan kegiatan bloggers yang dikatakan blog walking secara tipu.

Bagi aku, tiada sebab untuk menyifatkan mereka sebagai 'berani'. Ini adalah kerana mereka hanya menulis untuk bacaan umum di alam maya sahaja. Tiada tindakan susulan di alam realiti. Justeru, menyifatkan mereka sebagai berani, bagi aku adalah tidak relevan, kerana tindakan mereka hanya berada dalam ruang lingkup alam maya sahaja.

Aku punya pendapat peribadi dalam hal ini, walaupun pada asalnya aku tidak tahu pun apa itu 'penipuan blog walking' dan 'auto blog walking'. Aku terpinga-pinga apabila membaca beberapa blog yang mendedahkan isu hangat ini.

Pendapat peribadi aku, tak perlulah perbesarkan hal ini. Cukuplah seorang-dua sahaja yang mendedahkan isu ini. Aku tengok macam ada suatu pakatan untuk memperbesar isu ini. Apabila isu ini diperbesar, sudah pasti pertelagahan berlaku di kalangan bloggers yang terlibat mahupun tidak.

Lebih menyedihkan, pertelagahan alam maya ini diburukkan lagi sehingga ada yang label-melabel satu sama lain. Ada yang melabel bloggers lain sebagai 'musuh ketat' dan 'pondan'. Lebih teruk lagi, salah satu pendedahan mereka juga telah mencekup blogger yang tidak bersalah, walhal dia tidak menipu dalam blog walking.

Bagi yang 'menipu' dalam blog walking, aku nasihatkan anda tidak melakukan aktiviti itu lagi. Tak baik main ikut belakang. Mainlah kat depan. Oit... Ko jangan fikir bukan-bukan plak. Otak kotor betullah sapa yang terfikir bukan-bukan tu. Maksud aku, buatlah blog walking sebagaimana orang lain blog walking, untuk mengelakkan ketidakpuasan hati. Menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak. Betul tak peribahasa ni?

Walaupun isu ini agak dah lapuk, aku tak kira. Nak jugak tulis pasal benda ni. aku harap tiada lagi pertelagahan yang remeh-temeh macam ni. Dan tak perlu diperbersar pun. Buat malu je kita sesama muslim bertelagah dalam isu BLOG. Aiiyyyakk... Malu je... Tak timbulkan kebangkitan langsung!
Comments
6 Comments

6 comments:

sembang said...

nama SK pun terlibat..huhuhuhuhuhu..

SoutulMujahid said...

huhuhuhuhu....
xpe... betulkan mana yg salah...
dan x perlu besar2kan isu ni...

Ai Ni.. said...

ha ah..sy t'bc gak 1 2 story..SK pon terlibat..tol ka??hihi..
naseb baik kite ni jenis yg tak kesah seme tu..nak tipu,tipula..tu dorang ngan Allah..cam takde makna nak gaduh sal ni..
eh2..tetibe terkomen lak,,,huhu:)

Al-Fakir Hamidi said...

SK tu ape?

SoutulMujahid said...

SK tu adalah singkatan bagi blog sembangkosong

Pemerhati Dunia said...

Yelah, tak perlulah dibesar-besarkan. isu bw palsu ini perkara kecil shj.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...