Pages

22 January 2011

PTPTN: Helah dalam Sistem Ujrah


1- Setelah meneliti dokumen PTPTN dalam sistem Ujrah, saya mempunyai beberapa perspektif seperti yang akan dibentangkan.

2- Perubahan sistem 3% kepada 1% yang dinamakan sistem Ujrahsebenarnya mempunyai helah tertentu yang harus diketahuï sebelum diisi.

3- Baki yang dikira bukan baki semasa, tetapi adalah baki pada tahun tertentu, dalam kes ini Jun 2008.

4- Perjanjian yang adil sebenarnya hendaklah menggunakan jumlah asal pinjaman seperti yang terdapat dalam perjanjian asal.

5- Menggunakan baki pada tarikh yang berlainan sebenarnya menimbulkan keraguan, contohnya apabila peminjam telah meminjam pada tahun Jun 2000 hingga Mei 2003 (selama 3 tahun).

6- Dalam kes ini, peminjam telah dikenakan kos sebanyak 3% dari tahun 2003 hingga 2008.

7- Justeru, jika pinjaman asal bernilai RM 24000, dengan dicampur dengan kos di atas (3 % x 5 tahun) akan bernilai RM 24000 + RM 3600.

8- Dengan anggapan peminjam belum lagi membayar sebarang jumlah sehingga tarikh tersebut, jumlah yang dinilai dalam perjanjian ini sebenarnya bernilai RM 27600.

9- Melaluï sistem Ujrah, peminjam akan dikenakan 1% daripada jumlah (RM 27600) ini bernilai RM 276, selama 126 bulan iaitu 10.5 tahun.

10- Justeru, peminjam akan dikenakan tambahan sebanyak RM 276 x 10.5 iaitu RM 2898.

11- Maka jumlah sebenar yang dikehendaki dibayar oleh peminjam adalah RM 27600 + RM 2898 iaitu RM 30498.

12- Maka peminjam akan membayar RM 30498 setelah meminjam sebanyak RM 24000.

13- Ini melibatkan pertambahan jumlah sebanyak RM 6498 daripada jumlah asal pinjaman, atau 27.075% daripada jumlah asal.

14- Sebenarnya, setelah dikira, sistem ini adalah satu helah bagi PTPTN mendapatkan kembali bayaran balik dengan cara potongan gaji.

15- Setelah menandatangani perjanjian sistem Ujrah ini, peminjam akan membayar secara potongan gaji tanpa boleh mengelak daripada membayar pinjaman ini.

16- Ini bermakna, keuntungan adalah kepada PTPTN, yang mengambil 27.075% daripada pinjaman asal, DAN pembayaran on-time melaluï potongan gaji.

17- Saya melihat ini sebenarnya adalah helah untuk memaksa peminjam membayar melaluï potongan gaji, dan bukan sebagai satu “ihsan” untuk mengurangkan beban peminjam.

18- Saya melihat ini adalah helah bagi memastikan peminjam yang selama ini hanya membayar RM 50 sebulan, yang entah bila akan habis membayar pinjamannya, akan membayar RM 200+ sebulan mulaï tarikh sistem Ujrah diluluskan.

19- Lebih menguntungkan pihak PTPTN, ia akan berlaku secaraclean atas topeng Syari`ah.

ألا ترون يا من وافق لهذا أنه ربا مبينا وغشا مخفيا؟

Wallahu a`lam.


Sumber Asal: al-Fikrah.net

Awas! Hati-hati dengan 'ilmuwan Islam' yang menyokong helah riba ini, yang menggunakan topeng Islam untuk membenarkan riba dengan pengaruhnya:
PTPTN Baru Berasaskan Ujrah : Ulasan Saya

Sebarkan maklumat ini di facebook, blog, atau apa sahaja cara sekalipun, untuk membongkar kebobrokan ilmuwan Islam yang mengguna topeng Islam untuk membenarkan kemungkaran berleluasa di muka bumi Allah.

Comments
19 Comments

19 comments:

eyna_chan said...

assalamualaikum

nak nmpak islamik, bubuh name 'ujrah'. hadeh...riba tetap riba. name islamik mane skalipon klo da riba tetap salah!!

kasihan kt sy yg brhutang ngn dorang. nk wat cmne....:'(

AlFaQirah Fillah said...

assalamualaikum...

boleh kongsikan apa hukum peminjam ptptn andai tahu?
syukran..

ana juga salah seorang peminjam ptptn. kalau tak pinjam ptptn mmg saya x mampu utk bayar yuran..
asif yer..

jazakumullah

SoutulMujahid said...

berat nak bagi tau, mmg haram berhutang dgn ptptn sebab ada akad riba

x try mintak JPA atau mntk tlg parents?

sy pun xtau nak cakap macam mana... sebab amat sukar nak elak kalau kita jadi student. alhamdulillah ayah sy yg tanggung saya masa belajar diploma dulu...

airaniez wirdani said...

salam..saudara SoutulMujahid.

maaf kalau saya terkasar bahasa.(seperti saudara menyebut perkataan *celaka* dalam blog saya.)

saudara post benda ni,dah terang2 cakap PTPTN haram sedangkan saudara tidak mengalami langsung perit orang yang meminjam ptptn bg saya tak berapa sesuailah.

dalam keadaan terdesak dan terhimpit,demi mengaut ilmu dan membalas jasa ibu bapa yang kurang berkemampuan,hanya PTPTN sumber wang kami.JPA? Bukan semua Course ditanggung.

Sila kemukakan dalil yang bernas jika saudara mengatakan PTPTN ini haram. (terutama kepada mereka yg terdesak seperti kami pelajar universiti beragama Islam yang tinggal di negara Islam ini)

Wallahualam.

abu imtiyaz said...

Dalam fiqih kontemporari, denda kerana terlambat membayar hutang atau ansuran hutang disebut sebagai al-gharamat at-ta`khiriyah atau al-gharamat al-maliyah. (Abdullah Mushlih & Shalah Shawi, Maa Laa Yasa’u at-Tajir Jahlahu, hal. 279 & 335; Ali as-Salus, Mausu’ah Al-Qadhaya al-Fiqhiyah al-Mu’ashirah, hal. 458).

Para ulama' kontemporari berbeza pendapat dalam masalah ini. Sebahagian daripada mereka membolehkannya, manakala sebahagian lagi mengharamkannya. Mereka yang membolehkannya antara lain berdalil dengan sabda Nabi SAW, “Perbuatan menunda pembayaran hutang oleh orang kaya adalah suatu kezaliman.” (HR Bukhari). Juga sabda Nabi SAW, “Perbuatan orang yang berkemampuan (tetapi menunda pembayaran hutangnya) telah menghalalkan kehormatannya dan sanksi (hukuman) terhadapnya.” (HR Ahmad, Abu Dawud, Nasa`i, Ibnu Majah, dan Al-Hakim).

Menurut golongan yang membolehkannya, hadis ini menjadi dalil bahawa jika seseorang itu berkemampuan tetapi ia menunda pembayaran hutangnya, maka ia berhak untuk dikenakan hukuman, termasuklah hukuman denda. Namun, mereka menetapkan dua syarat. Pertama, denda ini tidak boleh disyaratkan di awal akad pinjaman/hutang, supaya dapat membezakannya dengan riba jahiliyah (riba nasi`ah). Kedua, denda ini hanya dikenakan terhadap orang yang berkemampuan, dan tidak dikenakan ke atas orang miskin atau orang yang dalam kesusahan. (TMQ Al-Baqarah (2) : 280). (Abdullah Mushlih & Shalah Shawi, ibid., hal. 337).

Bagi golongan yang mengharamkannya pula, mereka mengatakan bahawa denda seperti ini adalah mirip dengan riba jahiliyah (riba nasi`ah), iaitu suatu pertambahan nilai yang dikenakan ke atas hutang yang disebabkan faktor penundaan tempoh waktu pembayarannya. Padahal riba inilah yang diharamkan oleh Allah ketika Al-Qur`an itu diturunkan (TMQ Al-Baqarah (2) : 275). Biar apapun nama yang diberi, ia tetap riba, baik sama ada diambil daripada orang yang berkemampuan ataupun tidak, baik sama ada disyaratkan di awal akad ataupun tidak. (Abdullah Mushlih & Shalah Shawi, ibid., hal. 338).

Pendapat yang rajih adalah yang mengharamkannya. Hujahnya : Pertama, meskipun orang yang berkemampuan yang menunda pembayaran hutang tersebut layak untuk dihukum, tetapi di sepanjang sejarah Islam tidak pernah ada seorang pun qadhi (hakim) atau fuqaha yang menjatuhkan hukuman denda. Padahal kes-kes seperti ini (tidak mahu membayar hutang) banyak berlaku di pelbagai kota dan wilayah dalam negara Islam. Jumhur fuqaha berpendapat bahawa hukumannya adalah ta’zir, iaitu ditahan/ditangkap (al-habs) dan boleh juga dalam bentuk ta’zir yang lain (selain denda). (Abdullah Mushlih & Shalah Shawi, ibid., hal. 338; Ali As-Salus, ibid., hal. 449).

Ini adalah kerana sudah dimaklumi bahawa pemberi hutang hanya berhak ke atas jumlah wang pokok yang dipinjamkannya dan tidak lebih daripada itu, baik sama ada ia mendapatkannya semula tepat pada waktunya atau selepas tempoh penundaan. Berapa pun tambahan yang diambil sebagai upah disebabkan penundaan pembayaran tidak lain adalah riba yang diharamkan. (Ali As-Salus, ibid., hal. 449).

Kedua, denda yang dikenakan kerana terlambat membayar hutang adalah mirip dengan riba. Maka denda ini dianggap sama dengan riba dan ia adalah haram untuk diambil. Dalam kaedah fiqih ada menyebutkan: Maa qaaraba al-syai’a u’thiya hukmuhu (Apa sahaja yang mendekati/mirip dengan sesuatu, hukumnya dianggap sama dengan sesuatu itu). (M. Shidqi Burnu, Mausu’ah al-Qawa’id Al-Fiqhiyah, 9/252). Kesimpulannya, mengenakan denda kerana terlambat membayar hutang atau ansuran hutang hukumnya haram kerana ia termasuk sebagai riba. Wallahu a’lam.

Muhammad Siddiq Al-Jawi.

abu imtiyaz said...

Caj Perkhidmatan PTPTN - Halal atau haram?
Khamis, 07 Ogos 2008 15:56
1Share
Soalan :

Baru-baru ini Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan kenyataan bahawa Caj Perkhidmatan 3.5% berasaskan jumlah pinjaman yang dikenakan kepada peminjam PTPTN adalah berlandaskan syarak, namun kami pihak pelajar masih lagi ragu-ragu kerana ada beberapa pihak menerangkan bahawa apa sahaja tambahan jika berasaskan peratusan dari jumlah pinjaman pokok ianya adalah riba, minta pihak HTM mengeluarkan Sautun Nahdhah berkenaan isu ini.
Jawapan... baca selanjutnya..
http://www.mykhilafah.com/fikih/856-caj-perkhidmatan-ptptn-halal-atau-haram

Y.O said...

DAH NAMANYA HUTANG...WALAU PUN PADA ORANG BUKAN ISLAM, MESTI KENA BAYAR KAN?

SoutulMujahid said...

ni konsep x paham bahasa ke x paham kot mana ni? sy x kata pun x kena bayar. ini persoalan riba, bukan persoalan bayar tak bayar. cerdik sungguh!

Eyriqazz said...

berkongsi pengalaman saya,rasakan macam ada udang di sebalik batu di sebalik pelaksanaan penurunan dan sistem ujrah ini .

Muslihat PTPTN|Aduan dibuat kepada Biro Pengaduan Awam http://www.eyriqazz.com/2011/01/muslihat-ptptnaduan-dibuat-kepada-biro.html

SoutulMujahid said...

antara jalan penyelesaian yg kita boleh ambik... berdoalah byk2 dan sungguh2.. insya Allah, Allah akan mudahkan urusan kita. amin...

JANGKA PENDEK:

1) Biasiswa JPA
2) Yayasan Anak Negeri (Yayasan Sabah, Yayasan Selangor,dsb yg xde riba)
3) Pinjaman MARA
4) Biasiswa daripada syarikat korporat (Petronas, Shell)
5) Bekerja sambil belajar, atau kerja dulu utk dapatkan duit, kemudian smbung belajar
6) Pusat Zakat
7) Pinjam daripada saudara mara
8) Pinjam daripada orang kaya (fastabiqul khairat!)
9) Mungkin boleh mulakan kempen "Sponsor a Scholar" (fastabiqul khairat!)

JANGKA PANJANG:

1) Ubah kerajaan, ubah sistem
2) Sediakan peluang pendidikan percuma
3) Atasi ketirisan dan karenah birokrasi, perangi RASUAH
4) Salurkan dan alihkan dana daripada perbelanjaan yang sia-sia (hiburan, F1, pertunjukan bunga api etc) kepada dana bagi menampung tajaan pendidikan.
5) Galakkan amalan menderma dan amal kebajikan.
6) TEGAKKAN KHILAFAH, kerana hanya Khilafah yg memberikan pendidikan percuma

insya Allah

Anonymous said...

Malangnya di MALAYSIA tiada KHALIFAH. Nik aziz pon TAK MACAM KHALIFAH. GUNA ISTILAH BODOH "UNDI PAS MASUK SYURGA".. apa ingat dia ALLAH ke? Umno pon bongok jugak.. PKR lagi le.. Yahudi punya geng. Adoi... baik saya je la jadi PM! senang. hehehe :P

Anonymous said...

yang penting satu je dah pinjam bayar

Rasailul Ashwaq said...

Saya dah meneliti dokumen penukaran ujrah dan sudah buat perkiraan. Sefaham saya jumlah semasa itu tidak dikenakan 3%. Apa pernyataan dalam dokumen tersebut yang menyatakan akan dikenakan 3% pada jumlah?

Dzikri Asmawi said...

mmg pinjam kene bayar balek, pinjam 15K, so byr balek 15K la jugak...then xde mslh...

Dzikri Asmawi said...

Jahat giler lah tipu helah diorg nih...jahat bangsat tahap israel nih...silap2 lagi jahat dari israel dan amerika...nasib baik aku xsign aritu...semoga khilafah segera tertegak untuk membantu kita yang tertindas...

Anonymous said...

[url=http://kamagraheredirectly.com/#flacr]cheap generic kamagra[/url] - buy kamagra online , http://kamagraheredirectly.com/#zlzgq kamagra online without prescription

Anonymous said...

[url=http://levitranowdirectly.com/#zoapt]levitra online[/url] - buy levitra , http://levitranowdirectly.com/#mehss order levitra

Anonymous said...

[url=http://buypriligydirectly.com/#lexjk]buy priligy[/url] - priligy 60 mg , http://buypriligydirectly.com/#vdsys priligy 30 mg

Anonymous said...

[url=http://cialisnowdirect.com/#xlkee]cheap generic cialis[/url] - buy generic cialis , http://cialisnowdirect.com/#gohmc cialis 20 mg

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...