Pages

08 January 2011

Anda Sembah Berhala?

Apabila seseorang muslim itu ditanya, "Kau ni kafir ke?", pasti muslim tersebut akan marah, walaupun dia adalah seorang ahli maksiat. Keislamannya hanya pada nama, bukan pada amal perbuatannya.

Selain daripada bertanya seperti di atas, cuba kita tanya kepada muslim yang lain, "Kau ni sembah berhala ke?". Pasti kita akan dimarahi, ataupun pipi kita akan merah buat seketika.

Sedar tidak sedar, ada kalanya memang kita 'menyembah' berhala-berhala tanpa kita sedari. Berhala-berhala yang disembah bukanlah berupa patung. Kerana itulah kita tidak sedar kita sedang menyembah berhala tersebut.

1. Populariti dan Reputasi
Nak sangat orang kenal kita. Apabila populariti diraih, reputasi pula mesti ditingkatkan. Kedua-dua perkara ini sememangnya untuk kepentingan dunia semata-mata. Apabila hilang populariti, kita akan berasa kecewa, kerana kita sedang menyembah populariti, bukan menyembah Tuhan yang tidak akan hilang.

2. Penghormatan
Kita mahukan orang hormat pada kita dan tunduk pada kita. Kalau ada pengikut atau pekerja, kita mahu mereka ikut segala perintah kita walaupun perkara tersebut bertentangan dengan tolok ukur dalam Islam. Macam mana tu? Kita sembah Allah atau sembah berhala?

3. Taksub pada Seseorang
Ketokohan seorang ulama akan sentiasa dikenang. Namun, apabila golongan yang jahil, mereka pasti akan mengutamakan ketokohan ulama mereka walaupun hujah-hujah mereka ternyata salah. Pasti akan ada yang menyatakan, "Itu tok guru! Tak kan dia salah?". Walhal, ulama juga buat salah. Kita nak bersandar pada tok guru yang tidak maksum atau hukum Allah yang sempurna?

4. Kita Sebagai Idola Masyarakat
Kita nak orang ingat dan sentiasa menyebut nama kita. Bukan setakat tu, nak orang fikir dan 'zikir' nama kita. Kita juga menginginkan orang lain menjadikan kita sebagai idola mereka, walaupun sememangnya kita langsung tidak layak untuk dijadikan idola. Jadi, janganlah berangan-angan nak jadi Malaysian Idol, American Idol, dan sebagainya.

5. Demokrasi
Inilah suatu perkara yang masih belum disedari oleh masyarakat hari ini. Demokrasi merupakan suatu sistem pemerintahan yang membelakangi Tuhan. Di dalam parlimen, manusia mengambil-alih tugas Tuhan sebagai Penggubal Undang-undang. Hanya Allah sahaja yang layak untuk menggubal undang-undang. Dalam parlimen, untuk menerapkan hukum-hakam Islam, ahli-ahli parlimen perlu mencapai 2/3 majoriti undi untuk menerapkan hukum-hakam Islam. Adakah hukum-hakam Islam itu diturunkan untuk diundi? Inilah berhala yang selama ini kita tidak sedar, yang kita sedang menyembahnya.

*****

وَالَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّهِ لَا يَخْلُقُونَ شَيْئًا وَهُمْ يُخْلَقُونَ

Dan berhala-berhala yang mereka seru selain Allah, tidak dapat membuat sesuatu apapun, sedang berhala-berhala itu (sendiri) dibuat orang. [an-Nahl:20]
Comments
15 Comments

15 comments:

SDS said...

Betul juga. Tanpa kita sedar kita menyembah 'berhala'...

eyna_chan said...

assalamualaikum


sgt stuju dgn point yg utama
POPULARITI DAN REPUTASI

nk popular snggup tanggal tdung
nk popular sggup tyang aurat
nk popular sggup brpelukan dgn bkn mahram

POPULAR oh POPULAR..

SoutulMujahid said...

demokrasi: berhala yg disanjung2 oleh umat Islam kini

REPUBLIK N9 said...

hiburan pon berhala jugak...

fakeplasticlife said...

sangat setuju dengan semua point!!
terutama tentang populariti dan demokrasi..
kalaulah Rasul Allah masih ada sekarang... ;(

SoutulMujahid said...

apalah yg Rasulullah saw akan kata klu dia nampak umat Islam skrg perjuangkan demokrasi

HaDi said...

Pencapahan definisi 'berhala' yang agak baik dan menarik...
Kupasan yang mnyedarkan bg yg terleka..

King Of Single said...

terima kasih..yup populariti tu yg rmai duk tempah maut ke neraka

yup..kupasan yg menarik ;p

miszlullaby said...

ML kongsi dekat fb ek=)

SoutulMujahid said...

ye.. silakan. TIADA HAKCIPTA

Muhammad Fairul Idzwan B. Ramli said...

Demokrasi, Syirik! Kerana menyekutukan Allah SWT. Allah telah turunkan Islam untuk mengatur kehidupan manusia, tetapi manusia pula ingkar pd Allah dan menggunakan demokrasi untuk mengatur hidupnya.Ya Allah, bantulah umatMu menegakkan Khilafah.

muhammadfathimarzuki said...

walaupun ada buruk demokrasi, tapi dalam demokrasi pn ada perkara yang berkaitan dengan syiar islam. yang buruk kita tolak, yang baik kita ambil.:)

SoutulMujahid said...

sebenarnya saudara keliru. kita bukan nak tolak atau ambil sebagai manfaat. tp kerana hukum syarak

judi dan arak juga ada manfaatnya. tp haram utk kita mengambilnya. Allah SWT bg tau secara langsung ttg perkara ni, maksudnya:

Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya... [TMQ al-Baqarah:219]

sheikh said...

Manusia takkan faham tanpa hidayah.

Hidayah itu sendiri manusia tak faham!

Anonymous said...

jgn pandai tulis jer...
pndai-pandailah buat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...