Pasukan bolasepak Malaysia baru sahaja menjuarai Piala Suzuki AFF 2010. Secara kasarnya, Stadium Nasional Bukit Jalil dan Stadium Gelora Bung Karno masih panas dengan aksi-aksi lincah pasukan Malaysia dan Indonesia.Tidak cukup dengan sembang di gerai makan, status di facebook, penulisan-penulisan di blog, dan buah mulut di surau juga menjadikan bolasepak sebagai agenda utama yang dibincangkan. Beginilah akibatnya apabila sebilangan besar umat Islam terkena sihir Piala Suzuki 2010. Sememangnya, sukan bolasepak tidaklah haram, kerana hukumnya adalah mubah. Tetapi, apa yang berlaku, umat Islam sudah tersimpang jauh daripada matlamat asal kehidupan. Buat masa ini, bolasepak pula bagaikan matlamat hidup!
Bukan setakat status di facebook, profile picture juga ditukar sebagai tanda sokongan terhadap pasukan masing-masing. Ternyata umat Islam begitu mudah disihir apabila media menggembar-gemburkan isu ini.
Selepas sebulan kemenangan ni, apa pula jadinya? Sudah tentu sudah tiba masanya untuk para penyokong melupakan kemenangan ini. Ini menunjukkan semangat yang membara kini adalah satu semangat yang terlalu rendah nilainya. Kerana semangat ini adalah semangat yang berkala, bermusim, dan mempunyai pasang-surutnya. Namun, semangat yang rendah nilai inilah yang sedang membelit umat Islam saban hari.
Berlainan pula dengan semangat aqidah yang dimiliki oleh para sahabat. Mereka sememangnya mempunyai semangat keislaman yang tinggi sehingga mereka menemui ajal mereka sama ada di pembaringan mahupun di medan jihad. Semangat mereka tidak sekali-kali bermusim, kerana semangat mereka adalah semangat yang ditarbiyah dengan idea dasar dari Ilahi. Inilah semangat yang tertinggi nilainya dan semangat yang sentiasa diredhai oleh Allah SWT.Perkara ini dibuktikan melalui peristiwa seorang sahabat dalam satu peperangan. Di dalam peperangan ini, Ja’far bin Abi Thalib yang di amanahkan oleh Rasullah saw untuk menjadi Amirul Jihad mengepalai kaum muslimin. Beliau telah ditebas tangan kirinya yang memegang teguh panji Ar-Royah! Langsung disambut oleh tangan kanan beliau! Kemudian tangan kanannya pula dipotong tanpa belas kasihan, Ja’far bin Abi Thalib tidak mengalah, malah memeluknya dengan sisa tangan yang ada! Allahu Akbar, sahabat mulia ini akhirnya ditusuk dengan lembing dari belakang sehingga terbelah badan beliau dan syahid di medan peperangan! Rasulullah saw menganugerahkan gelaran Ja’far Al-Janahain kepada beliau, iaitu Ja’far yang mempunyai dua kepak yang kini sedang bebas berterbangan di jannatul Firdaus, Subhanallah! Inilah hasilnya setelah bermati-matian memperjuangkan panji Rasulullah saw!
Lihatlah dengan mata hati kita! Inilah semangat yang ditonjolkan ole
h para sahabat. Semangat mereka tiada pasang-surut. Sebaliknya, semangat mereka terus menjulang-julang dan membara-bara bagaikan api yang sentiasa disimbah minyak. Jiwa Islam mereka tidak pernah kuncup! Malah terus mekar mewangi untuk ditauladani oleh umat-umat selepas mereka! Semangat keislaman mereka bagaikan langit dengan bumi jika dibandingkan dengan semangat bolasepak yang ditonjolkan oleh umat Islam dewasa ini.
h para sahabat. Semangat mereka tiada pasang-surut. Sebaliknya, semangat mereka terus menjulang-julang dan membara-bara bagaikan api yang sentiasa disimbah minyak. Jiwa Islam mereka tidak pernah kuncup! Malah terus mekar mewangi untuk ditauladani oleh umat-umat selepas mereka! Semangat keislaman mereka bagaikan langit dengan bumi jika dibandingkan dengan semangat bolasepak yang ditonjolkan oleh umat Islam dewasa ini.Wahai umat Islam! Adakah kalian tidak sedar bahawa kalian sudah terlalai dengan mainan sihir bolasepak ini? Bukankah saudara kalian di Palestin, Iraq, Selatan Thai, Chechnya, dan umat Islam di seantero dunia sedang memerlukan pembelaan kalian?
Apakah yang kalian akan hujahkan di hadapan Allah kelak apabila mereka menghajatkan pembelaan kalian, tetapi kalian sibuk bersorak-sorai menyokong pasukan kesayangan kalian? Adakah kemenangan pasukan kesayangan kalian akan menjadi hujah di hadapan Allah kelak? Masihkah kalian tidak sedar bahawa kalian sedang lalai akibat sihir bolasepak ini? Ayuhlah bangkit daripada kelalaian!
*****
وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ۗ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَىٰ ۗ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ ۙ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِن وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu" [al-Baqarah(2):120]
Maksud hadis:
"Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun, kamu akan mengikuti mereka", Sahabat bertanya, 'Ya Rasulullah, adakah Yahudi dan Nasrani yang kamu maksudkan?'. Jawab Nabi: "Siapa lagi kalau bukan mereka?". [HR Muslim]