BAITULMUQADDIS - Pertempuran berlaku di bandar Rahat awal pagi selepas polis Israel memusnahkan sebuah masjid yang didakwa dibina secara haram, kata polis dan beberapa saksi.
Beberapa penduduk tempatan dan ribuan anggota polis berkumpul di masjid dengan membuat sekatan bagi menghalang penganut Islam memasuki kawasan runtuhan.
Pertempuran berlaku apabila sejumlah penduduk yang tinggal berdekatan masjid itu keluar rumah bagi menghalang kerja-kerja merobohkan masjid.
Seorang jurucakap pertubuhan Pergerakan Islam berkata, anggota-anggota polis melepaskan gas pemedih mata dan peluru getah.
"Mereka (anggota-anggota polis) memasuki masjid dan menangkap jemaah yang bersolat termasuk saya yang dibawa ke luar bandar sehingga operasi (merobohkan masjid) selesai dilakukan," kata seorang saksi, Yusuf Abu Jamer.
Polis mengesahkan perobohan itu dengan menyatakan sebuah mahkamah tempatan mengeluarkan arahan bahawa struktur itu perlu dirobohkan kerana ia dibina tanpa permit.
Abu Jamer berkata, masjid itu, salah sebuah yang terbesar di bandar Rahat dibina untuk memerangi pengedaran dadah di kawasan tersebut.
"Jelas bahawa, tindakan Israel itu bertujuan untuk kami terlibat dalam pengedaran dadah dan jenayah berbanding bersolat," katanya.
Bandar Rahat didiami oleh 45,000 penduduk dan dikenali sebagai kawasan penduduk Badwi. - AFP
SUMBER:
KOSMO
Ini bukanlah penghinaan pertama, kedua, ketiga, keempat, mahupun kelima oleh zionis laknatullah. Sepanjang Khilafah diruntuhkan pada 3 Mac 1924, tananh umat Islam terus diceroboh lebih-lebih lagi bumi Palestin
Umat Islam pula asyik sibuk berdoa dan berzikir tatkala saudara mereka dihina dan dibunuh. Ada juga menyatakan umat Islam perlu menunjukkan 'akhlak yang baik' untuk menawan hati orang-orang kafir. Ya memang benar umat Islam dianjurkan untuk berdoa, berzikir, malah untuk menunjukkan akhlak yang baik. Tetapi, adakah ini jalan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW apabila umat Islam dihina dan diseksa oleh kaum quraisy? Tidak! Rasulullah SAW dan para sahabat bertungkus-lumus untuk membina sebuah negara Islam atas perintah Allah untuk membela nasib umat Islam.
Pemimpin-pemimpin umat Islam hari ini pula tidak menyibukkan diri mereka untuk menyiapkan bala tentera mereka untuk memerangi pengganas dunia ini. Tetapi mereka sibuk mengeyangkan perut mereka dan kroni mereka. Kecemerlangan ekonomi menjadi kayu ukur kepimpinan mereka kerana landasan pemikiran mereka adalah landasan pemikiran kapitalis!
Sesungguhnya kehinaan telah menyelubungi jiwa umat Islam setelah Daulah Khilafah itu diruntuhkan. Tiadanya Daulah Khilafah, maka tiadalah seorang Khalifah yang akan membela umat Islam berlandaskan syariat-Nya. Memang benarlah kata-kata Rasulullah yang bermaksud:
"Sesungguhnya seorang Imam (Khalifah) adalah laksana perisai, di mana orang-orang akan berperang di belakangnya dan menjadikannya sebagai pelindung (bagi dirinya)" [HR Muslim]
Selanjutnya...